Mertua p4ksa balik kampung walaupun baby aku tengah demam c4mpak. Bila sampai sana dia kata anak aku bau hanyir

Suami memang anak manja mertua, sebab tu kami selalu kena p4ksa balik kampung. Suami pun selalu mengadu dan buruk – burukkan aku. Minggu lepas aku demam panas sampai gegendang telinga aku pecah. Baru je nak elok, suami Iempang aku 20 kali sampai aku pekak sebeIah..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak kongsi kisah hidup aku. Sekarang ni aku rasa str3ss sangat sebab sejak 9 bulan aku bergelar ibu, semua beban jatuh atas bahu aku walaupun aku ade suami.. Pagi – pagi bila aku bangun tidur, aku siapkan barang anak untuk hantar ke nurseri, siapkan makanan dia.

Kemudian hantar anak ke nurseri baru aku pergi kerja. Dekat tempat kerja pulak, dengan politik kerja yang environment majoriti orang – orang melayu. Faham – faham je la. Dari segi kewangan pulak, dah la serba serbi tentang perihal anak, aku yang jaga.

Dari segi duit pulak kalau melibatkan anak, semua guna duit aku. Suami bagi alasan dia banyak hutang, tak dapat nak bagi duit untuk bayar nurseri, susu dan makan pakai anak. Suami aku cuma bagi duit untuk beli pampers anak 2 pack sahaja setiap bulan.

Tapi aku tak kesah semua tu. Kadang – kadang aku penat balik kerja, aku perlu jugak masa nak berehat. Aku mintak tolong dia tengokkan anak. Cuma kadang – kadang je dia nak tapi selalunya dia akan cakap ‘malas.’ Minggu lepas aku s4kit, doktor kata gegendang telinga aku pecah sebab demam panas.

Suami aku pun demam panas tapi selemah mana pun badan aku, aku tetap tak lupa tanggungjawab aku sebagai seorang ibu. Bila anak bangun malam nak minum susu, aku gagahkan juga bancuh susu. Walhal aku sendiri pun tak mampu nak bangun.

Sedangkan suami aku tengah enak diulit mimpi. Aku tau dia pun demam tapi takkan tolong tengokkan anak masa aku tengah nak solat, nak mandi tu pun dia kata tak larat. Sampaikan masa aku solat, aku letak anak aku kat sebelah sejadah, aku bagi dia mainan suruh dia leka supaya tak ganggu aku nak solat.

Ayah dia ade je, senang lenang tengok internet ataupun nonton TV. Alasannya macam biasalah, dia penat. Sampainya hati suami aku memperlakukan aku macam tu. Dia sorang je yang penat, habis aku ni robot kot. Malam tadi aku demam lagi, suami aku nak tidur awal.

Aku mintak dia tolong tengokkan anak sementara aku nak lelapkan mata dalam 10 minit. Tapi dengan selamba dia terus masuk bilik tidur dan tutup pintu. Aku dah hilang sabar masa tu, aku jerit – jerit suruh dia tengokkan anak, lepas tu dia marah.

Jadilah perg4duhan antara kitorang dan dia Iempang muka aku sekuat hatinya, lebih dari 20 kali. Hari ni aku terp4ksa jugak datang kerja sebab ada perkara penting yang perlu aku settlekan kat pejabat. Hari ni kepala aku s4kit, muka aku Iebam dan b3ngkak, gegendang telinga aku yang pecah baru nak sembuh dah buat hal balik.

Aku dah jadi separa pekak balik. Untuk pengetahuan semua, gegendang telinga aku sorang je yang bermasalah. Suami aku cuma demam panas biasa tapi mengada – ngada tuhan je yang tau. Patut la Allah tu jadikan wanita yang pikul d3rita melahirkan anak, kalau lelaki yang diutuskan Allah untuk melahirkan anak, mungkin tak berketurunan kita semua.

Lagi satu pasal 20 kali kena Iempang tu, takde la aku kira, aku bagi anggaran aje tapi memang banyak kali la. Memang aku hampir pengsan malam tadi tapi alhamdulillah pagi ni aku masih boleh bergerak macam biasa. Cuma demam dan pening kepala.

Mak aku selalu kata, Allah takkan uji manusia yang tak mampu menerima ujiannya. Aku yakin aku kuat semangat sebab tu aku masih mampu bertahan tika dan saat ini walaupun hati aku mer4na Tuhan je yg tau. Tolong la kawan, aku sedih sangat kenapa la lelaki tak penah bersyukur dengan peng0rbanan isteri macam aku. Adakah aku ni tak cukup sempurna sebagai isteri dia.

Sambungan.. Semalam aku ajak laki aku pergi sessi kaunselling kat JAIS, semua kesalahan diletakkan ke muka aku. Aku cuma mendiamkan diri sebab aku tau Allah tu maha mengetahui. Tapi aku ade buat aduan kat JAIS, suami aku menced3rakan aku dan dia ambik kesempatan atas kemewahan yang aku ade.

Disebabkan gaji aku mampu untuk support anak, dia ambik kesempatan melepaskan tanggungjawab dia. Pada penghujung sesi kaunseling tu dia siap mintak maaf dengan aku tapi lepas keluar dari bilik tu, dia layan aku macam orang asing, jalan pun sebatu jauh kat depan.

Sekarang ni kitorang duduk asing dan untuk menambahkan rencah cerita, dia buruk – burukkan aku kat mak ayah dia. Mak ayah dia siap cakap, tak hingin jumpa aku lagi sebab aku bencikan diorang sebagai mak pak mertua.

Suami aku memang pandai reka ayat tapi aku ni memang bebaI bab – bab bercakap sebab aku ni teknikal background dan laki aku tu background marketing. Bab menipu, bab putar alam memang kelasss!!! Suami aku ni memang anak manja, mak dia pulak percaya cerita dia bulat – bulat.

Aku dari dulu memang tak boleh terima gaya hidup family dia dari awal kami kahwin lagi. Bagi aku family dia pentingkan diri, kalau ade kenduri kend4ra kami kena p4ksa jugak pergi walaupun pada masa tu anak aku demam kuat.

Pernah sekali tu, ade sepupu husband aku kahwin kat Ipoh, mak dia desak jugak suruh datang. Yang kebetulan pada masa tu anak aku kena demam c4mpak, anak aku masa tu baru 7 bulan. Korang bayangkanlah kalau budak besar tu kena c4mpak, memang meragam tak kira siang malam.

Kalau siang tengah panas masa kenduri tu, penat sangat aku nak peIuk je anak yang meragam tu. Suami aku pulak konon – konon sibuk tolong sed4ra mara buat kerja. Yang paling aku sedih, mak mertua dengan pak mertua aku usik sikit – sikit je anak aku, agaknye takut berjangkit.

Yang paling meny4kitkan hati aku, mak mertua aku kata, anak aku bau hanyir. Dalam hati aku masa tu aku rasa nak tunjuk perasaan balik KL terus. Dah la taknak tolong – tolong aku jaga anak, siap kata anak aku bau hanyir.

Malam tu aku terus ser4ng laki aku, aku cakap ape yang aku tak puas hati pasal mak dia dan family dia. Malam tu kitorang berg4duh besar tapi dia takde la pukuI aku. Selalunya kitorang g4duh pasal family dia yang suka mendesak, pentingkan diri dan tak paham masalah kitorang sekeluarga.

Mak mertua aku tu takde la tua sangat, umur dalam 53 tahun tapi per4ngainya kalah orang muda. Setiap benda yang aku beli, semua dia nak tiru, tak boleh kalah dengan aku. Baju raya aku, aku beli kat kedai tepi – tepi jalan je tapi dia wajib beli baju raya kat gulatis silk house. Eeee memang memualkan!

Kerja kilang je mak mertua aku tu, gaji dalam RM1200 tapi hati muda, nak berlumba – lumba dengan menantu sendiri. Mak ayah aku pun selalu geleng kepala dengan per4ngai mak mertua aku yang tak semenggah. Sampai aku beli kereta baru pun, dia menangis nak beli jugak kereta macam aku, terp4ksa la bapak mertua aku belikan.

Sampai kena ik4t perut masing – masing. Aku memang tak penah jumpa orang macam ni. Patutnya umur macam tu ingat tuhan, bukan ingat benda duniawi ni! Tapi takpe, sekarang yang penting anak aku tetap hak mutlak aku.

Anak aku akan besarkan sendiri, insyaAllah akan jauh lebih berjaya dari ibunya, itu janji aku. Sebab selama ni ayahnya lupa yang dia ade seorang anak, hanya ibunya yang bersengkang mata, berpenat lelah memikirkan nasib anak aku ni.

Tapi ayahnya anak s4kit pun langsung tak nak ambik tau, dia lebih selesa duduk celah ketiak mak dia. Silakan, mungkin ini hari susah aku, hari bahagia dia. Aku redha, dah kering air mata aku nak tangiskan apa – apa lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.