Mertua p4ksa letak garam asam limau dekat Iuka bersalin kalau tak, tak dia akan halau saya keluar

news.allmhidotcom warning

Suami menangis dalam kereta minta maaf dengan saya. Bila suami tanya, mertua tak mengaku. Ipar duai tuduh saya buat fitnah. Saya terus masuk bilik dan ambik bekas vicks dan air limau yang saya sembunyikan dari mertua. Mertua terus halau kami dengan mengatakan suami anak derh4ka dan tak akan masuk syurga..

#Foto sekadar hiasan. Saya dalam dilema sekarang ni. Saya tahu keluarga mertua memang tak sukakan saya. Masalahnya bekas suami yang dulu cerita macam – macam pasal saya..

Dia rapat dengan mertua. Jadi dengan dengar sebeIah pihak je saya terus dibenci. Ok lah saya tak nak cerita pasal tu sekarang ni. Saya cuma nak minta pendapat semua. Saya baru bersalin anak ke dua 10 hari lepas. Suami hantar saya berp4ntang rumah mertua sebab dia sibuk sangat sekarang ni.

Projek dia kena tipu, jadi dia jarang boleh ada dekat rumah. Mak saya pulak patah tangan, tak boleh nak jaga saya berp4ntang. Mertua hanya tolong uruskan anak saya yang sulong tu jer. Mandikan dan tidur dengan dia sebab dia suka kacau adiknya. Makan minum mandi saya, saya yang buat sendiri.

Mertua suruh saya letak vicks dekat Iuka jahitan tu. Saya tak nak sebab mesti pedihkan. Dia p4ksa – p4ksa saya suruh letak. Dia cakap kalau tak nak dengar cakap dia, tak boleh berp4ntang kat rumah dia. Saya pun tipu la cakap letak dah vicks..

Kemudian dia mak mertua saya letak garam campur asam limau, katanya untuk cepat tanggalkan benang jahitan tu.. Saya berkeras tak nak sebab sebelum ni tak pernah dengar pun orang buat macam tu. Dia simpan baju saya dalam bag dan letak kat pintu. Katanya kalau tak turut cakap dia bila – bila masa dia boleh c4mpak bag saya keluar.

Sedih sangat dia buat saya macam ni. Petang kelmarin lepas saya mandi dia buatkan air garam campur limau nipis suruh saya cuci tempat Iuka. Saya ambik dan masuk bilik. Tapi saya buang air tu ikut tingkap. Dia tanya saya dah buat ke macam dia suruh, saya bohong dia cakap dah.

Tapi dia tahu saya bohong. Dan dia cakap esok dia sendiri yang akan cuci Iuka saya pakai vicks dan air limau tu. Tak tahu nak rasa apa dah sekarang ni. Pernah ke korang buat apa yang mertua saya cakap tu ? Mungkin saya yang tak tahu ada cara macam tu. Tapi saya rasa mestilah pedih kalau letak vicks.

Sambungan… Alhamdulillah saya sekarang dah ada kat rumah mak. Terima kasih yang tak terhingga untuk seorang h4mba Allah dari group ni sanggup datang ambik saya kat Jengka 11, beliau dari Kuantan. Saya dan suami tinggal kat Shah Alam. Saya berp4ntang kat rumah mertua di Pahang, dan keluarga saya di Kelantan. Tu yang agak susah untuk saya bergerak.

Petang tu saya bagitahu mertua yang saya nak balik Kelantan. Tapi dia tak bagi. Dia cakap kalau saya nak balik tolong balik sorang, anak – anak tinggal kat sini. Dia tahu saya tak akan ke mana – mana tanpa anak. Saya call suami berkali – kali tapi tak dapat. Suami memang selalu keluar kawasan..

Nak suruh family datang ambik, memang merasa Iuka jahitan kena vicks dulu la saya. Sebab agak jauh. Akhirnya saya cuba hubungi seorang h4mba Allah ni yang ada tawarkan pertolongan untuk saya dalam komen. Alhamdulillah ada respon dari beliau. Kami berpakat malam tu dia akan ambik saya dalam pukuI 3 pagi, sebab masa tu semua dah tidur.

Malam tu saya dukung anak sulung yang berusia 1 tahun 6 bulan dan anak kedua saya 11 hari. Baju bawak yang mertua saya dah siap packing dalam bag jer masa dia nak halau saya haritu. Alhamdulillah, saya ditemukan dengan insan yang sangat baik hati. Akak ni nak hantar saya balik Kelantan tapi tunggu pagi katanya.

Jadi, dia bawak saya rehat rumah dia dulu. Masa saya kat rumah dia suami saya call. Saya cerita semuanya kat suami dan suami suruh saya tunggu kat rumah akak tu dulu sebab dia akan datang. Malam tu suami sampai, dia ambil saya terus ke rumah mertua. Dalam kereta dia tak habis menangis minta maaf.

Sampai rumah mertua, ipar duai semua ada. Bila suami tanya, mertua tak mengaku. Ipar duai tuduh saya buat fitnah. Saya terus masuk bilik dan ambik bekas vicks dan air limau yang saya sembunyikan dari mertua. Mertua terus senyap.. Masa tu saya dah tak dapat tahan airmata lagi bila ingatkan apa yang mertua buat kat saya.

Iuka saya sangat teruk dan banyak sangat jahitan, susah untuk saya berjalan. Hari pertama hingga hari ketiga berp4ntang saya hanya diberi makan maggi kari cup. Hari keempat baru saya keluar beli ikan kat seberang jalan untuk masak. Tak habis dengan tu dip4ksa pulak saya letak vicks dan air limau kat Iuka jahitan.

Saya cerita semuanya depan ipar duai. Mertua hanya diam.. Ipar pulak nampak memang tak puas hati saya cakap mak diorang macam tu. Diorang cakap masa diorang p4ntang, mak diorang jaga diorang dengan baik..
Suami saya nampak terlalu sedih.

Dia cakap selagi keluarga dia tak boleh terima saya dengan ikhlas, dia tak akan balik ke rumah tu lagi. Mertua terus haIau kami dengan mengatakan suami anak derh4ka dan tak akan masuk syurga. Saya sedih memikirkan suami. Mungkin dia tersepit di antara ibu dan isteri.. Saya tak nak suami saya jadi anak derh4ka.

Dalam perjalanan balik ke Kelantan, suami cakap dia sedih bila dapat tahu mak dia bagi saya makan maggi jer. Sedangkan dia dah bagi 2.5k dekat mertua untuk buat belanja dia, saya dan anak. Ada yang cakap kenapa tak upah orang jaga dalam berp4ntang? Saya pun cadangkan macam tu dulu.. Tapi suami tak yakin orang dapat jaga saya dan baby dengan baik.

Dia ingatkan bila minta tolong ahli keluarga, akan lebih selamat. Rupa – rupanya lagi teruk. Sekarang alhamdulillah saya dah selamat berp4ntang kat rumah mak. Tenang em0si saya. Terima kasih untuk warga – warga KRT yang memberi pendapat pada post saya sebelum ni. Dan terima kasih tak terhingga untuk akak yang tolong saya haritu.. Jasa akak saya tak akan lupa sampai bila – bila. Inshaallah hubungan silaturahim kita tak akan putvs. Hanya Allah yang boleh baIas jasa akak.

Komen Warganet :

Beri Din : Dunia ni memang tak adilkan. Kadang – kadang rasa tak sabar nak m4ti demi keadilan di sana. Semua orang kahwin harapkan kebahagian tapi ada yang jumpa suami k3jam, ada yang mak, pak, ipar k3jam. Dekat syurga ja tak jumpa semua ni kan, ner4ka lagiIah. Nasib baik hidup ni sementra ja. K0rbanlah walau perit demi redhaNya tuk miliki syurga hanya milikNya.

Zeisha Mona : Biarlah keluar rumah tu yang penting jangan ikut apa yang disuruh. Kenapa banyak mertua jahat macam ni eh? Tak ingat kat anak perempuan nanti ke? Kalau anak dibuat begitu dengan mertua dia.

Liza Leader Bne : Sedihnya sis, lebih baik sis mengadu pada nurse yang datang buat lawatan ke rumah tu, semoga dia dapat tolong bagi pendapat atau selamatkan sis. Memang nampak sangat nak mend3ra. S4kit oi. Macam ni elok p4ntang umah sendiri sis, saya anak no.2 p4ntang rumah sendiri.

Upah orang datang separuh hari. Basuh kain, kemas rumah, uruskan baby dan saya. Masuk lunch baru dia balik, itupun 2 minggu je lepas tu kami pandai – pandailah kongsi tanggungjawab sebelum pergi kerja suami siangkan ikan perap lada hitam dan garam bungkus siap – siap simpan peti bawah.

Nanti nak makan saya bakar je dalam oven atau guna pemanggang ajaib, masak nasi guna rice cooker. Kalau tengahari suami tak kerja luar memang dia balik masakkan nasi dan bakar ikan untuk saya, tapau lauk untuk dia dan anak sulung.

Kalau dia tak balik tengahari terp4ksalah saya perlahan – lahan masak nasi dan bakar ikan, Anak sulung ok je makan lauk yang sama. Kain baby sebelum pergi kerja, suami dah basuh pakai tangan, balik kerja baru basuh baju kami pakai mesin. Rumah kalau tak penat dia kemas sapu, kalau tak dia sapu ala kadar je, janji tak kotor sangat.

Apa kata anda?