Semua perbelanjaan harian memang 100% suami tanggung termasuk kereta aku dan simpanan aku. Aku malas masak aku order grab, s4kit sikit je aku suruh dia pergi swasta. Memang aku guna duit suami aku sebanyak yang boleh. Aku dah malas nak rasa kesian dengan dia…
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Terima kasih admin jika sudi siarkan confession ni. Bila tengok tajuk macam ni mungkin bagi korang isu macam ni agak cliche. Tapi aku nak buat luahan kesan curang yang berlaku dalam perkahwinan aku yang bagi kesan mendalam dekat aku terutama daripada segi em0si dan kesihatan mentaI.
Mungkin boleh bagi pengajaran dekat orang lain terutama yang masih bujang. Kami suami isteri berkahwin tak sampai lima tahun lagi. Kejadian curang ni berlaku ketika kami berhubungan jarak jauh atas tuntutan kerja suami.
Beberapa bulan sebelum nikah, rezeki kami datang dengan tawaran kerja untuk suami. Dengan tawaran gaji lima angka membuatkan kami berfikir fikir nak teruskan pjj atau tidak selepas kahwin. Selepas mengambil kira keperluan hidup, akhirnya kami akur untuk pjj walaupun sedih pada awalnya.
Kami berdua datang daripada kehidupan yang sederhana. Masa belajar sama – sama susah. Banyak ik4t perut dan bekerja sambilan untuk habiskan pengajian. Jadi bila dapat peluang seperti ini macam susah nak lepaskan.
Bila suami mula kerja rezeki kami daripada segi kewangan memang tak ada masalah. Tapi di sebalik kesenangan tu tuhan selitkan dugaan untuk kami yang masih mentah dalam perkahwinan. Suami dapat kerja di negara seberang tambak, disebabkan dunia kita dilanda p4ndemik dulu dan perlu berkurung di rumah, sempadan negara pun ditutup di antara negara jiran.
Keadaan ini menyebabkan aku dan suami pjj dalam tempoh yang lama dan cuma mampu berhubung melalui telefon. Sampai lah satu masa aku dapat kerja di negara tempat suami kerja jugak selepas berbulan berusaha interview dan menuggu permit siap.
Niat aku cuma nak dekat dengan suami aku dan jaga dia walaupun aku tahu sama – sama penat bekerja nanti. Kami berjuaang bersama susah senang di negara orang. Buat saving sama – sama sampai hutang lama yang tertunggak pun dapat langsaikan.
Tapi rupanya segala peng0rbanan bersama dan kenangan susah senang bersama suami aku tak hargai pun. Dia tetap cari keseronokan dengan perempuan lain. Satu malam tu aku sengaja belek telefon suami dengan niat nak main game.
Aku memang jarang sentuh phone suami sebab aku tak penah jumpa perkara yang pelik sebelum ni. Sampailah malam tu aku terjumpa apps twitter dia. Bila aku masuk tengok twitter dia, memang terdiam aku. Dia berbaIas tweet Iucah dengan ramai perempuan. Sumpah memang jijik bila baca.
Aku mula kenal apa itu darkside bila selongkar twitter suami aku. Malam tu aku tak boleh tidur, aku selongkar lagi gallery dia. Aku jumpa screensh0t whatsapp dia dengan perempuan lain. Dalam perbualan tu pun aku nampak suami aku yang lebih miang, jadi aku tak rasa hangin sangat dengan perempuan tu.
Sampailah aku terjumpa video yang di edit guna capcut. Kombinasi gambar perempuan tu dengan suami aku. Ala ala orang bercinta lah main edit video combine gambar bersama. S4kit betol hati aku. Aku terus cari info perempuan tu.
Facebook dia instagram semua aku jumpa malam tu jugak. Macam mana aku jumpa? Aku cari nama dia guna get contact. Apa dia kerja semua aku tahu. Yang paling teruk perempuan tu dia siap like gambar nikah kami di instagram.
Maksudnya dia tahu kami dah kahwin. Gambar kami bercuti semua dia like. Aku rasa macam orang b0doh. Aku rasa malu sangat dengan diri aku. Aku rasa aku ni tunggul. Aku fikir mesti perempuan tu gelakkan aku, acah suami post gambar nikah bercuti semua tapi suami aku miang dengan dia. Aku nangis sepuas hati masa tu.
Tapi aku malas nak ser4ng dia. Sebab aku rasa malu nak mengaku ade suami yang gatal dengan perempuan lain. Aku malu nak mengaku ade suami macam tu. Memang ketar habis tangan aku nak chat perempuan tu nak m4ki dia sebab aku rasa panas bila dia dok edit gambar dia dengan suami aku buat video.
Tapi aku tahan sebab aku rasa perempuan tu dengan suami aku sama – sama b0doh tak guna dan sama – sama sundaI. So aku malas nak s4kitkan kepala aku lagi pasal dorang. Pagi tu aku bangun macam biasa. Sediakan baju dan barang – barang suami nak pergi kerja. Sediakan bekal untuk suami aku pergi kerja.
Aku salam macam biase suami aku masa dia pergi kerja. Nampak macam tak ada apa tapi dalam hati s4kit sangat. Pandangan aku dekat suami rasa kosong jek. Malam tu aku ajak suami discuss pasal hal darkside dengan curang dia tu.
Aku hantar segala bukti dekat whatsapp dia dan minta dia baca. Macam tak ada d4rah pucatnya muka suami aku. Aku cuma mampu nangis. Suami minta maaf sambil ciuum kaki aku. Tapi aku cuma diam jek tak tahu nak bagi respons apa.
Dalam dok kalut dia pujuk aku, sempat lagi dia capai telefon aku padam semua bukti kecurangan dia. Tapi aku dah sempat simpan dalam file lain. Hubungan kami selepas tu memang berubah terus. Aku asyik sedih dan suami pulak cuba sedaya upaya layan aku sebaik mungkin.
Aku punya str3ss sampai aku penah chat seller nak beli ubat gugvrkan kandungan sebab aku tr4uma nak ada anak dengan suami aku. Aku siap cakap kalau dia tak puas enjoy lebih baik buat haluan sendiri sebab nanti yang jadi m4ngsanya aku dan anak aku.
Suami aku asyik janji tak nak ulang lagi. Suami aku siap offer untuk pegang semua gaji dia. Dia siap cakap nak tukar nombor telefon semua. Tapi hati aku dah m4ti, aku tak heran pun bila dia offer nak bagi pegang semua gaji dia. sebab bagi aku, duit pun aku boleh cari sendiri.
Lagi satu, kalau dia nk curang, dia tetap akan curang walau aku kongkong macam mana. Pernah masa tu kami keluar beli barang dapur dan suami nak pergi gunting rambut. Kedai biase yang suami gunting tu pekerja nya lelaki tapi kedai tu tutup.
SebeIah kedai tu pulak salon pekerja nya cina perempuan muda. Aku cakap ikut dia lah nak pergi kedai mana. Suami aku terus pergi kedai staff perempuan tu. Aku relax jek tengok amoi tu serve suami aku, cuci rambut suami aku lembut – lembut.
Sikit pun tak ada rasa cemburu. Entah lah. Hati aku memang m4ti dah untuk suami aku. Suami aku tetap berusaha buat baik walaupun aku dingin dengan dia. Dia tanggung beranak di swasta. Barang pantang semua complete.
Anak aku pun alhamdulilah sihat. Tak banyak ragam. Seolah faham mentaI mak dia tengah kecundang. Walaupun aku banyak sedih masa mengandung, aku tak lupa belajar sikit – sikit cara nak handle baby bila lahir nanti.
Aku belajar cara tidurkan baby biar dia selesa, penyusuan baby, belajar cara handle baby bila meragam, belajar waktu tidurbaby dan lain – lain sebab aku tahu anak aku tak bersalah aku tak boleh nak lepaskan amarah dekat dia.
Masa pantang tenang jek anak pun tak banyak ragam. Orang lain ramai puji aku cakap pandai jaga anak walapun anak pertama. Hakik4tnya tuhan jek yang tahu berkecamuknya aku berper4ng dengan fikir per4ngai suami sambil urus anak.
Ketenangan aku ketika berpantang habis hilang lepas aku jumpa group telegram yang suami join. Penuh dengan vcs. Aku tak tahu lah suami aku penah video call atau dia cuma tengok video Iucah dalam tu sebab setakat ni aku tak pernah lagi jumpa chat dia langgan servis sama ada di twitter atau telegram.
Susu badan aku drop terus. Sampai sekarang anak aku minum susu formula jek. Aku str3ss bila orang tanya kenapa tak bagi susu badan. Macam seolah semua salah aku. End up aku hampir mer0yan dan hampir pukuI anak aku bila teringatkan perbuatan suami aku. Cepat – cepat aku mengucap panjang.
Bila em0si aku tak stabil, suami akan hantar anak ke pengasuh untuk aku rehat. Aku kadang – kadang selalu salahkan diri sendiri aku rasa aku ni ibu yang tak berguna tak boleh jaga anak aku. Anak kecik lagi baru sorang pun kene hantar pengasuh sedangkan aku dah tak kerja tapi tu semua berpunca daripada suami aku.
Aku berhenti kerja pun sebab em0si aku amat terganggu bila tahu suami aku curang. Aku macam tak ada semangat sebab tak percaya kene tipu hidup – hidup. Aku jadi stuck antara kandungan, kerjaya dan suami aku. Akhinya aku pilih untuk rehatkan mentaI aku, lagipun aku nak jaga kandungan aku elok – elok sebab kerja aku memang lasak.
Sepanjang aku tak kerja, memang aku guna duit suami aku sebanyak yang boleh. Aku dah malas nak rasa kesian dengan dia. Semua perbelanjaan harian memang 100% suami tanggung termasuk kereta aku dan simpanan aku.
Aku tak tahu apa pandangan korang terhadap confession ni. Tapi bagi aku kita akan kenal pasangan kita selepas kahwin bila dah hidup sebumbung. Aku sedih bila dapat tahu kisah silam suami aku masa bujang sedangkan aku jenis perempuan yang tak pernah kene sentuh sebelum kawin.
Semuanya sebab kami pjj daripada zaman couple lagi. Untuk korang yang tengah bercinta jarak jauh tu banyak kan lah masa lagi untuk kenal pasangan korang sebelum kahwin. Jangan jadi macam aku. Yang kedua, dulu masa zaman baru nak kerja masa belum kawin, suami aku setuju datang ke negeri aku untuk bekerja cari duit kawin.
Aku tolong dia cari kerja di daerah aku. Setiap hari masakkan bekal untuk dia sebab nak berjimat. Lagi satu aku terharu lah dia sanggup datang merantau untuk kerja dan dekat dengan aku. Tapi lepas kahwin dia curang dengan aku macam tu jek, tak fikir pun penat lelah bersama.
Aku lah yang b0doh setia sangat nak tolong lelaki daripada kosong kononnya. Bagi aku, kalau lelaki tu tak ada rasa simpati, dia memang tak peduli pun kau dah susah senang dengan dia macam mana pun kalau dia nak curang tetap curang.
Sekarang ni aku macam bertahan sebab anak jek. Aku nampak suami aku bahagia tolong urus anak kami. Kadang – kadang dia penat kerja balik malam tetap bangun uruskan anak. Segala check up bulanan aku suruh suami aku settlekan.
Biar dia busy jaga anak dia jugak so tak adelah masa nak fikir perempuan lain jek. Bab masak pun aku masak ikut mood aku, aku dah malas nak jadi isteri solehah sangat jaga makan suami konon nya tapi suami aku tak hargai pun.
Aku banyak order grab. Kadang – kadang duit belanja dia bagi kejap jek nak habis tapi aku malas nak kesian dekat dia. Aku guna duit dia semaksima mungkin. Kalau aku s4kit ke apa memang aku demand swasta terus. Aku memang dah tak ada toleransi sebab dulu aku asyik kesian risau duit dia habis.
Daripada dulu kami pernah rancang, kerja dekat negara jiran ni sampai cukup target kemudian bina kehidupan di kampung. Aku tak lama lagi nak kerja balik sebab nak rebut peluang kerja guna degree aku di negara jiran ni.
Gaji kami sama lima angka. Suami penah minta aku supaya duduk rumah jek jaga anak kami sebab dia mampu tanggung semuanya. Tapi aku tr4uma dengan per4ngai dia dan aku buat keputvsan untuk kerja balik. Aku bagi alasan nak kerja dulu sebab muda lagi lagipun nak bebas hutang awal.
Lagi satu aku dah ada anak ni, aku fikir aku kerja untuk anak aku. Niat yang pada mulanya kerja untuk bina masa depan yang cerah dengan suami sekarang ni dah bertukar jadi kerja untuk selamatkan diri kalau suami aku curang lagi.
Dear lelaki dekat luar sana, kalau kau curang, kau buat isteri kau fikir banyak kali untuk bina masa depan bersama. Sama ada berbaloi atau tidak untuk stay dengan kau. Yang kedua anak pun jadi m4ngsa sebab kalau fikir logik anak aku boleh jek jaga duduk dengan aku dekat rumah dengan keadaan ekonomi suami aku.
Tapi sebab aku yang tr4uma aku pilih untuk kerja, sekarang pun dah mula hantar anak dekat pengasuh nak cari yang sesuai. Pengasuh kalau hantar gambar anak aku mesti muka anak aku tengah termenung, tengah sedih. mungkin dia faham situasi mak ayah dia yang dingin.
Suami aku tetap macam dulu cuba ambil hati, layan aku sebaik mungkin. Dia tak penah marah kalau aku tak masak, dia cuma cakap rindu masakan aku lagi lagi nak bawak bekal pergi kerja. Dekat tempat kerja sekurangnya dia tak susah cari makanan.
Walaupun insiden curang tu dah berlaku lama, kadang – kadang waktu malam air mata ni laju jek mengalir. Entah lah aku rasa aku b0doh kene layan macam tu. Suami selalu ajak aku berbual tapi aku kadang – kadang macam tak boleh fokus dengan apa yang dia cakap.
Maksudnya aku cuma sekadar dengar, tapi tak masuk dalam kepala aku. Jadi aku bagi respon ‘oh’ ‘lah yeke’ ‘ooo macam tu’ itu jek. Sampai kadang – kadang aku rasa rimas bila dia beria ajak berbual. Aku bukan sengaja nak layan dia macam tu tapi aku asyik teringat dia curang, aku tak boleh nak fokus bila sama dengan dia.
Kadang – kadang nak tengok muka dia pun malas, nak bertentang mata dengan dia pun tak sanggup. ini bukan macam kali pertama jatuh cinta, tapi ni sebab kau tak sanggup nak bertentang mata dengan orang yang tipu kau.
Suami aku selalu cakap dia sayang aku, dia mengaku dia yang b0doh buat bukan – bukan. Dia selalu minta maaf dengan aku. Kadang – kadang mood swing aku datang, atau ada apa – apa keadaan yang buat aku tr1gger tentang dia curang , aku jadi macam orang tak betol. Aku marah m4ki hamun dia.
Pernah aku chat dia macam – macam sebab aku teringat dia curang, masa tu dia tengah kerja. Dia terus balik rumah minta maaf siap belikan makanan. Aku tak tahu nak rasa macam mana. Yang pastinya kes4kitan rasa curang tu sampai bila – bila aku rasa.
Sebelum ade golongan yang nak cakap suami aku curang sebab aku tak jaga batin suami aku. Aku nak cakap yang aku baru lepas keguguran. Siapa yang ade pengalaman pantang semua tahu haid pertama selepas pantang tu sangatlah subur.
Dalam keadaan aku yang baru beranak ceaser memang tak boleh nak hamil jarak dekat. Bila gugur ni aku rasa ada hikmahnya. Aku em0si teruk bila tahu pregnant jarak dekat sedangkan dah ambil perancang. Aku decide pasang implan terus.
Aku cuba berdamai dengan takdir. Aku fikir tuhan beri kesenangan lain tapi tuhan uji pulak dengan dugaan macam ni. Aku dah tak nak expect lebih dengan suami aku. Aku kuat pun sebab anak aku jek. Aku fikir masa depan anak aku.
Aku dah takut nak berharap lebih dengan suami. Aku jadikan benda ni sebagai pengajaran untuk aku. Lepas ni aku fokus kerja dan jaga kesihatan mentaI. – Maria (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Azah Zamir : Sebab – sebab ini saya tak bagi suami saya kerja jauh. Walaupun banyak comp offer 5 angka. Saya cakap, nak duit banyak mana? Kalau tak cukup, saya kerja. Gabung dah tentu 5 angka. Tapi, jangan tinggalkan saya sorang – sorang jaga anak handle 3 orang anak.
Em0si saya kena jaga berbanding duit 5 angka. Paling merisaukan isu – isu begini. Walaupun dia cakap, cari duit untuk anak – anak. Tak fikir nak buat benda – benda macam ni. Saya tak pernah percaya, sebab bila berjauhan akan berlaku masalah.
Even janji bulan bintang sebelumnya. Saya tak yakin dengan diri dia dan diri saya. Sebab itu saya nak masing – masing kena dekat. Nasib baik dia dengar cakap saya. Dia cari kerja dekat. Nak kata rezeki, walaupun dekat masih Allah bagi 5 angka pada dia. Sama – sama jaga anak – anak.
Nur Hela : Sedihnya baca. Dapat rasa kecewanya seorang isteri bila angan – angan musn4h macam tu je. Saya rasa awak jangan p4ksa diri. BagiIah masa untuk hati awak sembuh. Suami awak pun dah berubah dan cuba menjadi lebih baik dari dulu.
Sedangkan syurga itu juga penuh dengan pend0sa yang bertaubat. Sabar ye sayang. Teruskan apa yang awak rancang nak buat. Nak keje ke apa ke. Tapi dalam masa sama cuba maafkan dan ikhlaskan senyuman awak untuk suami. Ye tahu bukan mudah, tapi bukan must4hil kan ? Slowly ye. Meh sini kitew peIuk awak. Time will heal.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.