Lepas suami minta izin nak kahwin, dia m4kin berani bawa anak2 jumpa perempuan tu. Aku teringin nak jumpa bakal madu

Dibelai, diusap rambut, dikucup kepala aku. Aku yang sedang menyusukan baby, memang rasa janggal sebab belaian tu memang jarang – jarang dapat. ”Yang, kalau abang kahwin lagi satu, sayang marah tak?” Lembut keluar dari mulut suami..

#Foto sekadar hiasan. Dia datang secara perlahan, baring di sebelah. Dibelai, diusap rambut, dikucup kepala aku.. diam.. Aku yang sedang menyusukan baby, memang rasa janggal sebab belaian tu memang jarang – jarang dapat. Kecuali dia “mahu bersama”..

‘Kenapa lagi ni? Pelik pula pegang – pegang, panas – panas ni, nak ke?..’ spontan keluar dari mulut.. Waktu tu lepas solat zohor, jadi memang masa santai – santai kat bilik tidurkan baby.. ‘Abang ada mau tanya ni..’ sambil belai belai rambut aku, usap – usap lengan aku…

‘Apa lagi niiiiii…?’ tanya aku, tapi aku merasa dapat agak apa yang dia cuba mau sampaikan sebab perlakuan yang jarang dan pelik ni mesti ada sebab yang besar dia nak bagitau. ”Yang, kalau abang kahwin lagi satu, sayang marah tak?” Lembut keluar dari mulutnya.

Marah? Menangis? Meng4muk??? Tidak sama sekali.. ‘Aik, HAHAHAHA, tiba – tiba mau kahwin.. orang mana? lama suda ka kenal? Saya kenal ka orang tu?’ jawab aku dengan pertanyaan. Baby dah tertidur di sebeIah. Jadi, boleh berbincang lebih mendalam..

‘Dah setahun kitorang kenal, orang K*, ingat tak masa abang balik kampung hari raya haji tahun lepas? Masa tu la kami terjumpa dan kenal..’ Setahun??? Setahun baru nak bagitau, kenapa tak dua tahun, tiga tahun baru nak bagitau. Ke setahun tu dah cukup kumpul duit nak kahwin.

Duit?? Hutang awak tu banyak tau !!! (Ayat – ayat ni cuma dalam hati, tak sampai hati nak luah…) ‘Ohh setahun, baru lagi tu.. Jadi bila majlis? Mak abah awak dah tau ke?’ layan aku dengan bersahaja, tak rasa apa pun masa ni. Hurm, ntah kenapa…

‘Dah bagitau mak, mak cakap, nanti isteri abang ni macamna, tak meng4muk ke??’ eh! macam greenlight je mak mertua aku ni, agak must4hil sebab mak mertua memang anti poligami.. ‘Oh yeke, hurmm.. ntahlah.. mana awak ja, tapi ingat, kita pun cukup cukup makan, awak lagi nak tambah seorang, kalau kami terabai, tak tau nak cakap apa.’

‘Sayang tak marah ke? Humm, dia (gf suami) cakap, dia yang akan support semua majlis nikah, abang dah bagitau abang takde duit nak kahwin, tapi dia yang nak sangat kahwin dengan abang. Abangpun tak tau kenapa dia nak sangat dengan abang’

(“DIA” – seorang cina muslim, 25, seorang peguam, orang bisnes, berduit.. Dah beberapa kali jumpa kat airport bila suami balik kampung. Jarang berjumpa sebab ‘jauh’ rentas laut, tapi selalu berhubung dari telefon untuk melepaskan rindu..)

Ayat – ayat suami, aku dapat relate dengan perpecahan rumahtangga yang banyak aku baca di media sosiaI. Lelaki mulut manis.. Semasa berbincang ni pun memang takda perasaan nak marah, meng4muk, rasa nak tanya apa kurangnya aku.. Memang tak ada..

Aku hanya bagi peluang je dia nak meluah hasrat dia nak kahwin lagi satu. Aku tau perempuan tu bukan salah seorang saja, suami aku juga salah. Jadi bagi aku, tunggu dan lihat apa episod seterusnya. Jadi kahwin atau tidak.

Dan perbualan berhenti di situ, aku bagitau aku nak tidur. Mengantuk. Aku anggap je lah dia ni layang – layang. Aku cakap lepaskan perlahan – lahan biar dia terbang sendiri. Saat dia tersungkur, aku perlahan – lahan tarik dia balik kepangkuan ku. InshaaAllah, semoga aku kuat..

Siapa yang baca pengakuan ini, boleh lah komen, mana tahu ada nasihat nasihat yang boleh aku ikut.. ucapan terima kasih didahuIukan.. Yang benar, -Isteri yang redho- – Helena (Bukan nama sebenar)

Sambungann.. Hai semua, saya lagi.. terima kasih atas komen, nasihat, kata – kata semangat, dan cadangan – cadangan yang perlu dibuat jika suami kahwin lagi satu. Saya sebenarnya memang mengharapkan dia kahwin lagi dari dia terus curang di belakang kami anak beranak.

Bukan pertama kali saya dicurangi (aiseh), tapi dah beberapa kali.. Cuma kali ini dia berani untuk berterus terang untuk kahwin. Tak tahu apa hebatnya perempuan itu sehingga suami berani ambil risiko untuk kahwin lain.

Dari segi financial, saya tahu suami tidak layak untuk kahwin lagi. Tetapi jika dia teruskan juga, terpulang dia. Saya benarkan. Dari segi hubungan suami isteri, saya biarkan bini baru dia nanti nilaikan.. huhu. ‘Dia’ sudah berani bercakap dengan anak – anak saya, bertanya khabar, dan berjanji untuk bawa jalan – jalan jika suami bawa mereka berjumpa.

Part ini saya dah mula terasa hati, sebab belum ada apa – apa ikatan, anak – anak saya dah dibawa – bawa. Maksud saya, sebelum ada ikatan, anak saya bukan siapa – siapa untuk perempuan itu. Bila saya suruh perempuan tu kol saya, dia tak berani, malu katanya.. Saya teringin nak berbual – bual dengan bakal madu saya.

Sebab saya dah ada beberapa soalan untuk dia (soalan diambil dari komen – komen pembaca di post pertama saya). Terima kasih untuk kalian. Suami saya?? Dia dah mula angau, dah berani jawab telefon depan – depan saya (semenjak dia bagitau nak kahwin lagi). Dah bagi gambar anak – anak kat ‘dia’..

Saya dah asyik – asyik bertanya pada suami, bila dia nak kahwin haha. Entah apa mende lah saya nakkan sebenarnya ni. Mungkin dah tawar hati, mungkin dah kemaruk nak bermadu, ataupun ada benda yang tak pasti yang saya ‘nak’ sebenarnya..

Tapi betullah pepatah Perancis mengatakan, ‘kalau isteri dah tawar hati, lantak kau lah nak buat apa. Janji jangan menyusahkan aku’.. Jadi, lepas ni.. saya pasti akan balik – balik bertanya bila dia nak kahwin. Nak tengok sejauh mana kuatnya percintaan mereka.. Tali layang – layang?? Yess, masih pegang..

“Demi Anak – Anak” Terima kasih buat semua yang bagi semangat. Yang komen sinis pun saya terima sebab kadang saya pun tak faham dengan tindakan saya ni betul atau tak.. hehe, terima kasih banyak banyak.. – Helena (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Norwahida Mukhti : Mintak suami pergi mahkamah shariah buat permohonan poligami. Kalau betul suami tak mampu, bagitau hakim beserta bukti – bukti, dan minta hak depan hakim sebagai isteri contoh: nafkah peribadi, nafkah anak, harta sepencarian, giliran bermalam dan sebagainya.

Chintia Gurney : Menyampah aku baca cerita perempuan LEMAH bagi alasan bertahan sebab anak. Meluat. Macam takde harga diri bila orang kotak katikkan maruah tu. Laki kau kalau dah tak mampu kau relakan dia kawin lain maksudnya kau yang benarkan jalan tidak adil itu berlaku dan beralasankan anak!

Kalau aku yang jadi anak kau, sampai m4ti akan ingat ayah kawin dengan mak tiri sebab mak takut ayah ceraikan mak. Mak lemah, lembik, mudah sangat bagi anak – anak mak baik dengan perempuan macam tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.