Mula-mula bakal mertua tetapkan 15k hantaran, bila mereka datang rumah aku yang ‘mewah’, hantaran naik jadi 25k!

Keluarga teman wanita aku gelap mata bila datang rumah kami. Memang rumah kami agak besar, tambah lagi pakcik aku yang jadi jurucakap tu pun orang ada – ada. Tapi aku tak sangka keluarga bakal mertua akan naikkan hantaran..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku betul – betul memerIukan pertolongan dari para pembaca. Nama aku Jerry. Aku bakal berkahwin pada 1 January tahun depan. Kami merancang nak bertunang pada August ini. Sedikit latar belakang tentang aku dan teman wanita aku.

Aku dibesarkan di ibukota KL. Anak Kedua dari tiga orang adik beradik. Ibu ayah aku dua – dua masih bekerja. Tapi tidak lah kerja sehebat sampai ke overseas tiap tahun. Cukuplah untuk sara kami adik beradik. Alhamdulilah aku dapat sambung belajar di luar negara, UK. Pada tahun akhir, aku berkenalan dengan gadis ayu. Aku namakan dia Anna.

Anna ada program di bawah Universiti local di Malaysia. Dapat membawa Anna ke UK. Anna memang cukup pandai. Itu yang aku berkenan. Anna anak keempat dari enam orang adik beradik. Keluarga Anna hanya bekerja kampung.

Aku sikit tak kisah tentang itu. Bagi aku, cukup lah hati budi Anna yang menawan hati aku. Setelah habis belajar, aku melamar Anna untuk jadi kekasih aku. Alhamdulillah dia terima walaupun aku waktu tu takde kerja pun lagi.

Anna dapat trainee di satu GLC. Aku bagitahu Anna, Bagi aku 3 bulan untuk dapat kerja, kereta dan aku akan jumpa mak ayah Anna. Alhamdulillah aku dapat kerja di syarik4t Sdn Bhd di hujung Selangor. Gaji biasa – biasa sahaja. Tapi cukup la bagi aku untuk tampung anak orang.

Maka, janji aku tunaikan. Aku jumpa mak ayah Anna. Dan mengatakan isihati aku. Mereka gembira dan bersetuju. Di situ, mereka terus kena sediakan rumah tak kisah sewa atau beli untuk anaknya, dan hantaran RM15,000. Aku bersetuju. Sebab aku dah ada simpanan masa kerja part time belajar.

Mak ayah aku belum berjumpa lagi. Hanya sekadar bercakap di telephone sebab Mak ayah Anna menetap di hujung utara. Waktu Anna habis trainee, Mak ayah Anna datang ke Selangor. Jadi mak aku atur kan untuk berjumpa makan – makan di rumah kami.

Waktu ni kami bincang tentang risik. Sebab mak aku memang nak proper ikut istiadat. Dia kata nak ambil anak orang kena betul – betul. Tak nak langkah – langkah. Sebab aku bagi idea risik dan tunang terus. Hihi. Ini lah terjadinya perbalahan. Tak pernah aku rasa sedih menangis dalam hati. Ni kali pertama.

Waktu merisik, kami ajak la orang tengah iaitu ayah sed4ra aku. Ayah sed4ra aku ni memang orang ada – ada. Tapi dia sangat rendah diri. Waktu kisah hantaran, Ayah sed4ra aku cakap kami akan beri RM15,000 hantaran dan seutas gelang, sama seperti yang aku bincang dengan Anna dulu. Tapi tiba – tiba keluarga Anna tidak setuju.

Ayah Anna cakap nak RM25,000 dan emas serba diri. (aku baru tahu ayat ni). Ayah sed4ra aku cakap akan berbincang dengan aku. Sebab aku masih kat hotel VC dengan Anna. Yela.. Risik mana boleh kami ada kan. Ayah aku tak pernah nak marah – marah, terus dia bertanya tentang kerja mak ayah Anna semua tu. Aku terk3jut.

Aku cerita A-Z. Terus ayah aku cerita apa terjadi waktu majlis. Aku terduduk sebab aku takde jumlah wang banyak tu. Aku ada balance tu pun untuk majlis beIah kami. Aku call Anna terus. Tanya mana perjanjian kita? Anna cakap dia ikut mak ayah Anna je sebab kalau aku tak dapat bagi apa yang ayah dia minta, memang Anna tak dapat terus majlis ni. Sebab Anna jenis patuh mak ayah.

Aku terus dalam flashback dari apa yang terjadi. Keluarga Anna bergelap mata bila datang rumah kami. Memang rumah kami agak besar, tapi tu adalah rumah pusaka atuk kepada ibu. Mak ayah aku bukan orang berada tapi masih bekerja yang mendapat gaji tetap. Lain pula dengan keluarga Anna, pendapatan tidak tetap.

Anna sekarang tak kerja sebab dah habis trainee. Jadi dia memang mengharapkan untuk kahwin secepat mungkin supaya dia boleh duduk di rumah. Aku tegas. Aku suruh dia kerja jugak. Anna seorang yang bijak. Rugi kalau dia tak jadi cikgu atau lecturer.

Keluarga aku sekarang takde nak buat persiapan majlis tunang. Mak aku memang tak nak teruskan. Dia kata dari ikhlas nak terima jadi menantu tiba – tiba dah jadi benci. Aku nak tanya pendapat korang. Aku janji akan baca semua comment.

Aku masih sayangkan Anna. Tapi benda external factor membuatkan hubungan aku dan Anna dah renggang. Masih mahu teruskan ke perhubungan kami ni? Aku boleh je buat pinjaman untuk dapatkan hantaran tu. Cuma nak tanya pendapat anda semua. (Sebab korang akan neutral, tanya mak aku gerenti tidak terus). Perlu ke sampai ke tahap itu? – Jerry (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rozie Adnan : Bagi pandangan makcik yang dah ada menantu 2 orang dan bakal masuk 3 orang ni, ikutlah rasa hati mak adik. Selalunya rasa hati orang tua ada betulnya. Peringkat awal hati ibu dah rasa tak setuju, baik jangan diteruskan.

Takut nanti akan timbul berbagai masalah dikemudian hari. Selalunya jenis orang macam ni, akan ada isu lagi dan lagi. Makcik ni nak tetapkan hantaran pun berat nak cakap, selalu cakap ikutlah kemampuan nak bagi berapa, yang penting anak bahagia..

Fatimah Aini : You are lucky that they have shown their true colours. Kalau kau teruskan lagi banyak yang mendatang. Kau akan derita walau kau sayang macam mana pun kat Anna. Cerita akan sem4kin banyak apabila selepas kahwin. So, you better stop before you go further

Jamilah Nur Annissa : Jangan teruskan kalau kau taknak menyesal di kemudian hari. Awal – awal lagi family anna dah tunjuk per4ngai mata duitan dorang. Kalau sama – sama kaya lain cerita. Ini nampak sangat gaya nak mengikis.

Ikut cakap mak kau. Cari orang lain je. Mak dah elok ikhlas nak terima jadi kecil hati sebab family perempuan minta tak beragak. Lagi satu. Jangan buat loan untuk benda yang tak perlu. Cari pasangan yang sekufu pemikiran, life goals. Anna pun tak beria nak pertahankan hubungan dengan kau. So not worth to f1ght for. Be a wise man and may you find your best soulmate.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.