Mulanya aku happy bermadu tapi lama-lama aku cemburu. Madu mesej minta maaf dan tinggalkan aku dan suami selamanya

Suami minta izin untuk kahwin demi jaga maruah. Aku senang hati terima dan pinangkan madu untuk suami. Tapi aku mula jadi jahat, bila dapat tahu madu aku mengandung.. Aku menyesal bila madu aku hibahkan berikan beratus ribu..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua, Assalamualaikum. Aku Kismis, berumur 30 an, seorang isteri dan dah ada kerjaya sendiri. Lama aku nak cerita kat sini, banyak kali tulis lepas tu aku padam. Harini baru aku ada kekuatan sikit.

Aku dah kahwin dengan suami aku, Gajus lebih 5 tahun dah. Gajus ni crvsh aku dulu, tapi tak pernah aku bagitahu dia. Tup – tup berkahwinlah kami selepas dia ajak. Tak bercinta mana pun. Ngam – ngam bertunang sebelum dia posting ke negeri di Borneo. Berkahwin pulak 6 bulan selepas tu.

Kami bahagia jer, bahagia sangat. Gajus tak culas segala – galanya. Kami PJJ kadang – kadang jer, sebab kerja aku flexible jadi aku boleh ke negeri dia 2 minggu dalam masa sebulan macam tu. Kiranya 2 minggu negeri dia, 2 minggu tu aku tinggal sorang di rumah aku kat Semenanjung.

Aku tak boleh pindah Borneo terus atas tuntutan kerja. Sebelum tidur kami borak – borak, kalau PJJ sleep call tu biasa. Semua benda aku cerita kat dia, dia pun semua benda cerita kat aku. Sampaikan gosip – gosip kat tempat dia mengajar semua aku tahu. Happy kan.

Sampailah satu masa tu Gajus cerita ada seorang guru wanita baru posting di sekolah dia. By the way, sekolah dorang ni boleh dik4takan pedalaman juga, kawasan pantai. Murid tak ramai sebab keluar masuk. Aku suka ikut Gajus pergi sekolah dia dan jumpa anak murid dia, kadang – kadang tu ada rezeki lebih atau ada kawan – kawan aku yang nak meyumbang aku bantu salurkan.

Jadi kebanyakan cikgu – cikgu kat sana kenal dah aku. Berkenaan guru wanita yang baru posting tu rupanya guru tu jiran suami aku masa dia kecik. Aku namakan, Bunga. Bunga ni memang ayu dan sangat lincah. Masa mula – mula aku jumpa dia aku akui dia sangat ayu dan periang.

Walaupun Bunga baru lagi, tapi macam – macam program dia dah handle. Bunga aktif juga dengan kerja – kerja kesukarelawan, kadang – kadang tu dari satu kampung pengairan ke satu kampung Bunga datang dengan group NGO dia.

Aku adore dengan Bunga. Gajus pun selalu cerita pasal Bunga, adalah aku mengusik dia mentang – mentanglah Bunga tu lawa asyik cerita jer. Pastu Gajus p0tong cakap aku, dia kata acik kantin sekolah dia pun dia selalu cerita kat aku.

Okey finee, aku pun suka jer mendengar dan aku pun dah berkawan dengan Bunga tapi gitu – gitu jer sebab aku dah jarang balik. Aku dah m4kin sibuk dengan kenaikan pangkat aku dan tak dapat dah stay 2 minggu macam awal – awal kahwin dulu.

Satu hari tu masa cuti panjang, kami balik kampung Gajus. Gajus pun ceritalah perihal Bunga bekas jiran dorang tu, mak mertua aku punyalah terk3jut terus nangis weh. Nangis yang semua tergamam. Lepas dah reda, baru mak mertua aku cerita kisah Bunga ni.

Ibu bapa Bunga meninggaI dalam kemaIangan, Bunga ni anak tunggal. Masa ibu bapa Bunga meninggaI, umur dia baru darjah 4 macam tu. Lama Bunga tinggal rumah mak mertua aku sebab keluarga ibu bapa dia tak nak ambil dan jaga. Sedih sangat.

Sampailah dapat berita yang kemaIangan i bu bapa bunga tu dapat p4mpasan insurance masa tu. Terus berebut saud4ra mara dari mana tah datang. Akhirnya makcik beIah ayah Bunga yang ambil dan jaga. Menangis – nangis Bunga tak nak pindah.

Mak mertua aku sedih dan terkilan sebab beberapa hari sebelum kemaIangan, mak Bunga selalu sebut siapa nak tengokkan anak perempuan dia. Mak Bunga selalu cakap dorang tak ada saud4ra mara, sebatang kara. Itu yang mak mertua aku terkesan sangat, dia ada juga cari Bunga tapi memang tak jumpa.

Masa nak pindah pun bersungguh makcik Bunga marahkan mak mertua aku, siap cakap mak mertua aku jaga Bunga sebab tahu kedua arw4h ada tinggalkan p4mpasan insurance. Mak mertua aku sayang Bunga macam anak sendiri.

Gajus tak tahu sangat sebab Gajus duduk asrama masa Bunga pindah. Mak mertua aku nak jumpa Bunga, tapi Bunga memang tak nak balik semenanjung dah katanya. Mak mertua aku contact je lah. Long story short, tahun ke 3 Bunga mengajar.

Bunga telah diuji dengan satu ujian yang sangat berat. Bunga telah diganggu secara s****l semasa buat lawatan ke sebuah kampung ni. Penjahat tu bukan orang kampung tapi orang seberang yang memang tak dapat tangkap pun. Kesian sangat Bunga.

Orang kampung yang jumpa Bunga pengsan semasa dalam perjalanan seorang diri nak ajar kelas tambahan kepada anak murid dia yang tercicir. Orang kampung hubungi suami aku. Jadi yang tahu kes ni suami aku, Bunga dan beberapa orang kampung.

Bunga tr4uma dan tak nak cerita kat sesiapa, dah buat report tapi polis memang tak dapat kesan pelaku sebab bukan orang tempatan. Aku menangis bila suami aku cerita ni. Suami aku minta izin sebab dia banyak kene uruskan kes Bunga dan dia tekad nak jaga aib Bunga. Aku okey je sebab aku pun sayang Bunga.

Bunga pun dah tak aktif kat mana – mana media sosiaI, walaupun whatsapp pun. Kesian Bunga dia sorang – sorang kat negeri orang, keluarga pun tak ada semua kene hadap sorang – sorang. Kemurungan Bunga m4kin teruk, kadang – kadang tu MC lama sampai Guru Besar datang jumpa tapi Bunga berkeras tak nak bagi tahu hal sebenar.

Bunga dulu baik je dengan semua orang, terus berubah personaliti. Orang yang berbeza dan menyendiri. Satu hari tu, masa tu aku kat tempat suami aku. Suami aku suarakan hajat dia nak memperisterikan Bunga, dia kesiankan Bunga. Tak ada siapa tengokkan Bunga.

Guru – guru lain banyak pulaukan Bunga dan anggap Bunga bermasalah sedangkan puncanya Bunga tak dijaga dan terima rawatan sepatutnya. Aku terk3jut terdiam, aku pandang muka Gajus lama. Gajus tak ada c4cat celanya pada aku.

Entah kekuatan apa, terus aku cakap kalau dengan perkahwinan tu m4kin tambah rasa cinta awak dekat saya, kahwinlah. Saya pun kesiankan Bunga. Awak tolong dia. Gajus nangis wehh, nangis – nangis dia peIuk aku. Dia siap bersumpah dalam hati dia ada aku jer. Dia cuma kesiankan Bunga. Bunga sebatang kara.

Minggu tu jugak aku melawat Bunga, aku cakap baik – baik dengan Bunga hasrat aku. Aku yang masuk minang Bunga. Aku cakap kat Bunga aku nak jaga dia jugak. Lama Bunga diam dan tak beri jawapan. Lepas sebulan masa aku kat semenanjung baru Bunga call aku dan beri jawapan.

Maka berkahwinlah mereka dan bermadulah aku. Mak mertua aku banyak kali tanya aku, mak mertua tanya, aku giIa ke?! Tak sayang anak dia ke? Lepas mak mertua aku tahu cerita sebenar, terus dia rasa serba salah dan akhirnya lepaskan pada kami untuk buat keputusan.

Keluarga aku pun tak ada cakap apa – apa sebab Gajus memang menantu yang baik walaupun jarang jumpa. Bunga sem4kin pulih dan ceria. Guru – guru kat sekolah lagiIah terk3jut. Macam – macam gosip keluar dan tuduh suami aku macam – macam tapi suami aku sabar je.

Tapi akhirnya mereka akur dan bila jumpa aku dan pujuk aku konon aku ters4kiti aku back up balik suami aku dengan Bunga. Tak ada istilah peny0ndol sebab aku yang masuk minang Bunga. Terdiam dorang. Awal – awal tu bahagia jer… Tapi kat sinilah aku diuji, aku diuji dengan perasaan cemburu padahal aku yang redha pada mulanya.

Aku dah jarang balik sana sebab aku s4kit hati. Dari sebulan dua minggu stay jadi sebulan 3 hari jer. Pernah sekali sebulan tak balik pun. Konon aku merajuk. Ada jer beberapa kali Gajus balik semenanjung walaupun bukan masa cuti panjang, balik pujuk aku.

Lepas dia pulang semula, aku buat per4ngai lagi. Block unblock Whatsapp, aku ket4gih perhatian Gajus jer sebenarnya. Mula – mula Gajus layan lepas tu, Gajus pun sama hilang. Akhirnya aku makan hati sorang – sorang, aku s4kit hati tengok Bunga dah pulih dari depr3ssionnya bahagia lah dengan suami aku Gajus. Tak ikhlaskan aku.

Ada sekali Gajus datang semenanjung jumpa aku dan pujuk dan tanya keadaan aku, aku tak layan pun. Aku rasa nak r0boh pintu bilik rumah kami tu Gajus k3tuk nak cakap dengan aku. Sampai tertidur dia kat ruang tamu dan esoknya pulang semula ke negerinya.

Aku lagi br0ken bila dapat tahu dekat group Whatsapp yang Bunga hamil, mak mertua aku terlepas cakap dalam group yang Bunga mengidam. Bunga balik ke kampung Gajus ya sebab mengidam. Aku nangis seharian kat bilik.

Apa yang s4kit hati sangat entah. Aku fikir masa tu, satu – satu kebahagiaan aku Bunga amik. Aku block semua orang. Aku cuma nak merawat hati aku. Dipendekkan cerita, aku dah tak turun ke negeri suami aku dah. Alasan aku nak bagi privacy bakal ayah dan ibu tu, walaupun kalau aku balik memang ada rumah asing – asing, Gajus akan sewa homestay khas untuk aku kadang – kadang resort. Punyalah Gajus nak jaga hati aku kan.

Aku blocked nombor telefon Gajus dan Bunga lama jugak, 3 bulan jugak tu. Semua melalui adik ipar aku kalau aku perlu maklumkan sesuatu atau minta izin. Sampailah satu hari tu adik ipar aku cakap Bunga dan Gajus balik ke semenanjung untuk buat check up.

Aku pelik lah, kenapa jauh sangat. Check up jer lah kat sana. Barulah aku tahu rupanya doktor suspek Bunga ada c4ncer. C4ncer yang tiba – tiba jer ser4ng Bunga. Masa tu kandungan Bunga dah hampir 5 bulan. Aku tergamam. Aku unblock nombor telefon Bunga semula.

Berderu masuk, panjang berjela Whatsapp Bunga. Ada Bunga tanya khabar, ada Bunga cerita macam – macam. Yang terkini Bunga minta maaf panjang berjela, minta doa aku. Menangis aku. Aku yang berjanji nak jaga Bunga sampai dia sihat dari depr3ssion tapi lepas dia sihat aku pulak cemburu.

Aku pulak buat dia rasa bersalah macam dia yang r4mpas suami aku. Whatsapp terakhir 5 hari sebelum mereka pulang. Aku call suami aku tak berangkat, call Bunga beberapa kali pun tak angkat aku call adik Ipar aku baru berangkat. Mereka dah di em3rgency rupanya.

Sampai jer semenanjung terus w4rded dan Bunga kritikal. K4nser dah merebak ke organ lain. Doktor terp4ksa gugurkan kandungan Bunga, baby girl yang dah cukup sifatnya. Gajus cakap, Bunga nak sangat namakan baby dorang dengan nama aku, katanya nak anak tu membesar sebaik aku. Menangis aku tak henti. Menyalahkan keb0dohan diri.

Bunga dimasukkan ke ICU beberapa hari dan kemudian pergi buat selama – lamanya. Sepanjang Bunga di ICU, aku banyak menemani ketika waktu melawat. Hampir khatam Quran aku bacakan ayat – ayat suci ke telinga Bunga, diselang seli kata – kata maaf.

Aku menyesal sangat – sangat menyesal. Penyesalan terbesar aku, kehilangan seorang adik yang ikhlas sayangkan aku. Bunga tinggalkan aku dengan hibah takaful miliknya, nama penerima Bunga letakkan nama aku. Ratusan ribu.

Aku wakafkan semuanya atas nama bid4dari kami, Bunga. Segala diari Bunga peninggalan Bunga umpama senj4ta siksaan buat jiwa aku. Dalam diarinya tak ada satu helaian pun yang tiada nama aku. Terbongkar segalanya yang Bunga terima pinangan tersebut kerana aku. Aku menyesal tak berbuat baik pada Bunga.

Gajus? Masih menangisi pemergian Bunga dan bayi mereka. Tetap melayan aku dengan baik tapi aku tahu separuh jiwanya juga pergi. Doakan aku ya. Doakan supaya aku dapat berjumpa dengan Bunga semula di Syurga. – Kismis (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Yani Malik : Its too late.. kesian madunya. S4kit dan tt plak buat per4ngai. Doalah agar sama – sama diampunkan segala salah dan d0sa. Sesungguhnya kita sangat lemah di sisi Allah

Elvina Elvina : Macam sebuah drama tv, namun ianye reality, syabas kepada confessor, plot cerite, gaya bahasa mampu membuat kami untuk terus membaca sampai ke penghujung cerita. Tahniah..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.