Mulianya hati Zarina Zainuddin, baru balik bawa ibu pergi umrah, sekarang beli rumah pula untuk ibu tercinta

Siapa tak kenal dengan pelakon serba boleh Zarina Zainuddin. Dari bakat lakonannya serta kehidupan keluarganya sering menjadi perhatian.

Walau diduga pelbagai cabaran dan dugaan, beliau dilihat begitu tabah dan tetap bersyukur. Selain dari berlakon, Zarina juga turut menjual pulut kuning hasil air tangannya sendiri.

Beliau baru sahaja balik dari menunaikan umrah bersama anaknya Azal. Selain itu, Zarina juga turut membawa ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

Hari ini di laman media sosiaI IG milik Zarina, Zarina berkongsi satu status berita gembira berkenaan ibunya.

Assalamualaikum.

Suatu perkhabaran gembira saya dapat dari mak saya setelah pulang dari umrah ,semuga mak cekal dan kuat semangat ,semuga Allah permudahkan urusan mak hingga je Jannah,amin..

Namun bagaimanapun, beliau tidak memberitahu tentang berita baik tersebut. Menjengah ke ruangan komen, ibunya yang menggunakan akaun @mamazura2019 ada meninggaIkan satu komen ucapan terima kasih untuk anaknya.

Menurut ibunya, Zarina bukan sahaja membawanya pergi menunaikan umrah, malah Zarina turut membelikan rumah baru untuk ibunya. Dari komen tersebut, rata-rata peminat berasa teruja dan memuji sikap pemurah yang ditunjukkan oleh Zarina.

Aamiin t kasih ina dh bawak ma pergi umrah..beli kan mak rumah ..

hanya Allah saja yang boleh membalas nya cuma doa mak semoga ina dan keluarga Allah permudah kan segala nya baik di dunia atau di ahirad Aamiin ya rabalalamin @zarinazainuddin_

Alhamdulillah, murah rezeki Zarina sekeluarga.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..