Mungkin suami lupa aku graduan undang – undang, selama ini diperbod0hkan kerana aku hanya surirumah

Suami dan mak mentua memang dah suka dengan gadis itu sebab belajar agama sampai ke Mesir, sekufu dengan mereka. Aku keluar dari rumah tu dengan senyuman. Suami aku terk3jut bila aku tunjukkan segala bukti dan merayu supaya hal ini tak diperbesarkan…

#Foto sekadar hiasan

Salam semua. Aku adalah bekas pelajar perundangan di IIUM. Selepas tamat belajar aku terus dinikahkan.

Dalam keluarga aku, tidak boleh anak gadis bujang lebih umur 25 tahun. Walid dan ummi aku terus carikan pasangan dan majlis pun berlangsung. Ikutkan memang aku tak nak menerima perkahwinan ini. Cita – cita aku tinggi, teringin nak kerja ada duit sendiri. Tapi dah memang suratan takdir aku dinikahkan oleh waliku sendiri.

Sepanjang perkahwinan 3 tahun, sebenarnya aku tidak bahagia. Aku mengaIami masalah komunikasi dan jarang berbual dengan suami. Suami seorang technician di JPA. Tugasnya selalu outstation. Kalau balik pun lebih melayan tv dan handphone. Kadang aku teringin nak berbual meluahkan masalah aku. Tapi selalu dia mengeIak. Yang dia tau nafkah batin wajib walaupun nafkah zahir selalu cuIas. Alasannya kami tinggal di rumah mentua.

Apabila anak seorang, aku usulkan untuk tinggal di luar. Mentua mulalah meng4muk dan mengatakan aku menantu yang tak tahu untung. Dah la tak kerja, mengharap suami 24 jam bagi duit. Suami mengatakan tanggungjawab dia masih lagi kepada emaknya. Dia tak akan tinggalkan emak dan menyuruh aku keluar sendiri kalau itu yang aku inginkan. Bila aku luah kepada keluarga aku, semua memarahi aku sebab mengatakan aku isteri nusyuz derh4ka.

Suami aku dengan abang aku memang kuat tabIigh. Selalu suami aku mengadu yang aku tak pandai menjaganya. Aku tahu aku bukan isteri perfect. Tapi aku telah cuba yang terbaik menjadi seorang isteri, menantu dan ibu. Bukan mudah apabila tinggal bersama mentua. Serba tak kena dibuatnya. Anak menangis minta susu ibu mentua sudah marah mengatakan aku malas nak jaga anak. Telinga aku sendiri dah tak tahan dengan m4kian, sebab itu aku usulkan untuk tinggal berasingan.

Wahai pembaca sekalian, adakah aku dikira jahat dan nusyuz? Adakah aku tidak berhak untuk usulkan sebarang kebaikan untuk kami semua? Tahun lepas, aku dikhabarkan yang suami aku berhajat untuk menikahi lagi. Kononnya gadis tu sama – sama jemaah usrah. Sama – sama berkenan dan tidak mahu zin4 hati kononnya.

Aku ni kalau suami aku adil dan layak berpoligami aku tidak kisah lagi. Masalahnya antara ibunya dengan aku sekalipun dia tidak boleh adil. Sekarang dah nak kahwin dua. Anak pun dia jarang lihat apatah lagi nak bermain dengannya. Aku sabar, aku tak meng4muk. Aku tahu kalau aku mengadu dekat parents, benda yang sama jugak yang aku dapat. Sebab kononnya aku tak pandai jaga suami.

First sekali yang aku buat, aku cari pekerjaan. Alhamdulillah aku dapat pekerjaan walaupun gaji bukan taraf degree. Aku bersyukur kerana ada juga company yang sudi menerima aku. Aku bagitahu company tu tarikh sebulan untuk aku lapor diri. Selepas aku dapat kerja, aku cari rumah sewa, dan juga dipermudahkan kerana owner rumah itu amat baik dan tinggal berdekatan dengan rumah sewa aku. Dan owner tu jugak ada menawarkan khidmat menjaga kanak – kanak. Alhamdulillah! Allah tolong aku.

Niat aku memang akan meminta cerai bukan sebab tak reIa dimadukan. Tapi aku ada bukti yang memang aku kumpul sejak 3 tahun lepas iaitu pend3raan mentaI dan fizikaI, mesej – mesej m4ki hamun dan berb4ur ugvt. Dan juga nafkah zahir yang memang hak aku tapi tak pernah dapat. Berkat aku belajar perundangan, aku mudah untuk plan segalanya. Lagipun buat apa lagi aku tinggal dengan keluarga yang memang serba tak betul di mata dorang.

Apabila aku bagitahu aku akan berpindah luar, suami aku hanya diam. Aku tahu dalam hatinya memang seronok sebab boleh bawa bini muda masuk ke rumah family dia. So jimat dan tak perlu menyewa luar. Mentua aku pun dah suka kat gadis tu kerana kononnya satu aliran dan belajar hingga master di Mesir. Aku diam dan sabar apabila mentua perIi dan siap 0ffer untuk kemaskan kain baju aku. Dengan kereta second hand yang aku dapat beli dari kawan aku, aku pindah keluar dengan rasa gembiranya.

Suami aku cakap, ini aku yang nak, dan dia tak akan beri sedikit pun duit untuk kehidupan aku. Itu dari mulut seorang she1kh yang selalu memberi ceramah di usrah dan majlis tabIigh. Aku senyum sahaja dan mengatakan aku akan menuntut fasakh dan permohonan cerai.

Dia mulanya terk3jut dan mengatakan tidak akan menceraikan aku. Apabila aku tunjuk semua bukti, dia seperti orang bod0h dan merayu jangan diberitahu semua orang mengenai perangainya. Wahai suami, lupakah engkau yang aku adalah lepasan Iaw? Mungkin dia tengok aku ni tiada harga sebab aku hanya suri rumah.

Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan hidup aku dan akhirnya official sebagai janda muda. Aku tak kesah apa pandangan orang dan yang penting aku lalui dengan kekuatan aku dan tidak meminta simpati apabila ex suami ingin menduakan aku.

Sebab itu pentingnya pelajaran, apabila kita susah, pelajaranlah yang membuka pintu dan jalan untuk kita terus hidup dan juga menjadi asbab aku boleh surv1ve seperti sekarang.

Sekarang hidup aku cukup tenang. Walaupun keluarga aku sampai sekarang tidak boleh menerima hakik4t dan memarahi aku. Aku tahu satu hari nanti mereka akan menerima dengan hati terbuka. Ini hidup yang aku pilih, aku berhak untuk bahagia.

Bekas suami sudah selamat bernikah dengan gadis itu. Khabarnya rumahtangga berantakkan kerana gadis itu seorang yang Iantang bercakap dan tidak mudah tunduk. Bagi aku barulah bertemu buku dengan ruas. Apatalagi isterinya itu lepasan master dan bekas suamiku hanya sijil vokasi0naI.

Kepada wanita di luar sana, kuatkanlah hati anda apabila diuji. Jangan jadi pengemis apabila orang melihat kita seperti sampah. Jaga harga dirimu dan bangkitlah demi kebahagiaan anda. Jangan hanya fikir nak bertahan demi anak tapi badanmu menjadi pvnching bag kepada lelaki yang zaIim. Aku bukan wanita yang perfect, tapi aku akan mencari jalan untuk bahagia dalam kehidupan.

– Mastura (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rizal Rodzuan

Tahniah puan kerana bijak dan berani bertindak, pasal tu Allah beri pertolongan. Dan puan dapat fasakh so memang suami tu salah. Cuma lepas ni upgrade diri ya, cantikkan diri dan bersenam, beli basikal ch0pper tu lepas tu lalu lalang depan rumah ex puan kring – kring skit, bila diorang keluar senyum je dekat diorang. Dan bila ex puan tengok puan lagi best dari dulu dan nak kembali kat puan, puan baIas suruh dia kembali ke rahmatullah saja ok.

Mizez Zack Sabri

Uiiii… bahagianyaaaa baca confession awak ni!!! You go lady!!! A Great f1ghter!! Tu makan diaaa untuk jantan tak sedor diri gitu! I loikeeee! Moga dipermudahkan segala urusan awak ya.. have a great life ahead ya!

Kouru Kanagawa

Bersyukur lah anda seorang yang berpelajaran dan ada pengetahuan tentang undang – undang. Soal terani4ya sebagai isteri tidak timbul langsung kerana anda tahu undang – undangnya. Tapi berapa ramai di luar sana isteri – isteri yang naif dan disia – siakan oleh sang suami kerana tidak tahu cara untuk keluar dari pengani4yaan.

Apakata, anda cuba bantu pula para isteri – isteri yang naif ini dengan khidmat nasihat percuma tentang perundangan agar mereka dapat lihat jalan keluar dari kehidupan sengs4ra bersama suami yang tamak dan pentingkan diri.

Semoga anda sentiasa dalam rahmatNya jua…

Mashitah AlQhadri

Mastura, tahniah weh. Tak semua perempuan berani dan cerdik macam kau. Ada yang sanggup bertahan bertahun dengan air mata. Sampaikan dah boleh berkayak dalam rumah tu sebab banyak sangat menangis. Buat apa orang muda macam kau muka cantik ala-ala Megan Fox tapi sebab terlalu banyak menangis kat laki tak guna macam ni,  tup – tup muka berubah jadi niang rapik. Sia – sia je peng0rbanan macam tu.

Kau punya planning memang terbaik. Takde ikut em0si. Perempuan – perempuan macam inilah banyak laki gerun walaupun dia hanyalah suri rumah. Tak sia – sia mak pak kau hantar kau belajar law. Sekarang ni, enjoy balik life kau dan kecapi balik cita – cita kau yang tertunda tu. Jangan risau. Team single banyak kat luar sana yang boleh support untuk naikkan balik aura dan zaman keremajaan kau.

Shira Diee

Good job Allah mudahkn semuanya. Adakalanya melepaskan tu adalah jalan terbaik. Perkahwinan sepatutnya dua hala. Suami dan isteri. Tapi kalau nafkah culas, kasih sayang tak ade, ade hati berbini lagi. U better go. Because u deserve better. Suami bukan raja, dan isteri bukan cuma simbol s3x.

Seorang suami seharusnya adil antara ibu dan isteri. Memang syurga suami bawah tapak kaki ibu, tapi jangan lupa, pembahagian nafkah, isteri terletak di tempat paling atas. Ni yang ramai silap dan terlepas pandang, atas alasan isteri memahami. Tapi tak perasan yang isteri makan hati.

Dan pada ibu mertua confessor, bayi menangis tu perkara biasa, tak ada ibu yang tak sayangkan anak. Kalau baby tak nangis tandanya anak tu bisu. Tak normal. Jangan persoalkan apa yang ibu tu buat, selagi ianya tak meny4kitkan dan membah4yakan nyawa.

Banyakkan membaca. Jangan jadi katak bawah kaca. Setiap zaman berbeza.

Jangan sesekali biarkan orang lain tanya tentang perkahwinan kita walaupun orang tu mak ayah sendiri. Dan tak perlu pandang pandangan orang lain selagi apa yang kita buat tak salah pada syarak. Selagi ada persetujuan, suami dan isteri pendapat lain, biarkan seperti angin lalu. Suami harus mainkan peranan. Sebab anda nakhoda kapal. Kuat anda, kuatlah isteri.

Mak mertua galakkan suami kahwin lain, sebab yang lelaki tu anak dia, saya yakin. Kalau confessor ni anak perempuan dia, pasti dia tak rela anak dia diperlakukan macam ni. Biasalah. Yang jahat semua anak orang, yang baik anak sendiri.

Apa kata anda?