Dalam mesej, suami siap kata teringin nak ada anak dengan janda tu. Amboi, anak 5 orang dekat sini pun dia tak mampu tanggung harapkan isteri! Saya bagi syarat, kalau dia nak kahwin..
#Foto sekadar hiasan. Saja nak kongsi pengalaman dengan Yaya, confessor kisah tentang suami miskin tapi nak poligami.. boleh baca confession Yaya di link ini >> 14 tahun saya tanggung suami miskin, tiba-tiba dia nak bawa grab sebab nak poligami. Ada juga perempuan lain yang tak cerdik
Saya macam Yaya, umur awal 40an. Ada kerjaya profesional, anak lima orang. Perkahwinan dah mencecah dua dekad. Saya dan suami dua – dua bekerja. Kami kongsi komitmen keluarga. Rumah pun berkongsi bayar, yuran sekolah anak – anak share juga.
Kereta saya bayar sorang dan suami settlekan bil – bil utiliti rumah. Pun begitu perbelanjaan bulanan tak cukup jika berg4ntung pada gaji semata – mata. Jadi, kami ada buat part-time juga untuk cover mana – mana perbelanjaan yang tak cukup tu.
Kalau ikutkan, nafkah tempat tinggal adalah tanggungjawab suami sepenuhnya tapi tetaplah masih perlu bantuan daripada saya ni. Saya ingatkan, dia sedar diri lah sebab banyak perbelanjaan keluarga saya bantu untuk cukupkan. Saya tak harap pun kemewahan. Cukuplah dia setia.
Harapan tinggal harapan ja. Tahun lepas, dia kantoi berhubungan sulit dengan seorang perempuan dari Borneo. Perempuan ini dia kenal masa dia ke sana atas urusan kerja. Rupa – rupanya di belakang saya, dia berkasih – kasih dengan perempuan ini yang saya namakan LM.
Walaupun belum sampai tahap berhubungan badan, tapi mempunyai emotional intimacy dengan perempuan lain tetaplah meny4kitkan hati seorang isteri yang halal dan setia ni. Macam mana boleh kantoi? Saya terjumpa WA dia bermesra – mesra dengan perempuan tu.
Siap sebut cinta, rindu bagai. Geli geleman dibuatnya! Paling tak tahan dia boleh tulis dalam WA tu dia harap satu hari nanti perempuan tu boleh jadi ibu kepada anak – anak dia! What the h*ll?! Anak yang lima orang kat sini pun kau tak mampu nak sara sorang – sorang, tetaplah harap sumbangan daripada aku, boleh pulak bermimpi nak ada anak dengan orang lain!
Memang h4ncur hati ini berkeping – leping. Saya menangis pun tak berguna sebab dia memang tekad nak kahwin dengan si perempuan tu. Oh ya, perempuan tu janda beranak satu. Saya tekad, saya bagitahu suami saya akan ke pejabat agama untuk failkan penceraian.
Saya tak boleh terima dikhi4nati sedemikian rupa. Bagaimana boleh terfikir untuk menggatal dengan perempuan lain sedangkan tanggungjawab mutlak sebagai seorang suami pun gagal dilaksanakan? Memang kurang ajar!
Suami menangis – nangis minta jangan failkan penceraian. Dia masih sayangkan saya. Sedikit pun perasaan dia tak berubah pada saya. Yelah tu! Dia plan jika kahwin dengan LM, LM masih akan duduk di Borneo. Dia tetap akan lebih banyak masa dengan saya di sini.
Oh, tidaklah saya seb0doh itu. Sebelum kahwin bolehlah berjanji itu ini. Cuba lepas kahwin dan dah merasa bini muda, sanggup ke nak duduk berjauhan?? Tiket kapal terbang ulang – alik ke Borneo siapa nak tanggung? Kalau LM hamil anak yang konon – konon diharapkan tu, takkan nak biar bini tu tanggung sorang – sorang kat sana?
Saya pula tolong fikirkan untuk dia! Boleh tahan b0doh juga lelaki ni bila dah m4buk bercinta ya? Saya hilang kepercayaan langsung pada suami. Rasa benci dan meluat bersilih ganti. Tapi hati isteri ni bukanlah selama – lamanya keras.
Lepas beberapa hari saya tanyakan suami semula, betul ke nak menikahi LM? Jika betul, suami mestilah boleh penuhi syarat – syarat saya. Apa dia? Selama 6 bulan, saya serahkan semula segala tugas hakiki kepada suami sepenuhnya.
Perbelanjaan sebelum ini yang saya tolong tanggung, saya serahkan pada dia. Jika selama 6 bulan ini dia lulus, saya tak akan halang niat dia untuk berpoligami. Saya buat pengiraan, dalam masa 6 bulan jika saya tak bagi apa – apa bantuan kewangan pada suami, saya boleh simpan dalam RM15k juga. Wah, boleh jadi downpayment kereta idaman saya ni!
Saya mula nampak cahaya di hujung terowong. Nak berpoligami, teruskan. Aku nak berjimba! Bukan minta duit dia pun, duit aku sendiri! Bila tiba hujung bulan, saya pun tanya suami semula, bila boleh mula ‘probation’ 6 bulan tu? Kalau mula awal, lagi cepat habis tempoh ‘probation’, lagi cepat suami boleh kahwin lagi.
Saya bagitau kalau suami berjaya sustain 6 bulan ni dengan cemerlang, bermaksud suami memang mampu untuk berpoligami. Guess what?? Suami surrender. Terus terang dia mengaku tak mampu nak melalui tempoh probation 6 bulan tu.
Dia baru sedar diri dari segi kewangan dia memang tak layak pun berpoligami. Saya cakap nak teruskan, teruskanlah tapi lepaskan saya sebab dia tak akan mampu tanggung 2 keluarga. Saya mampu hidup tanpa dia sebab saya ada kerjaya.
LM lagi perIukan dia sebab tak ada kerja tetap dan perlu menyara anak dari perkahwinan dulu. Saya tak rugi apa – apa. Dan sampai sekarang, saya belum lagi berjaya membeli kereta baru idaman saya kerana masih meneruskan komitmen bulanan saya untuk membantu suami. Suami? Tak jadi berpoligami.
Sungguhpun begitu, hati saya masih berparut mengenangkan tergamaknya tindakan dia khi4nati diri ini. Saya lebih kedekut dan berkira sekarang ni dengan suami. Pesanan buat kaum lelaki, selalu – selalulah cermin diri tu.
Ingatlah siapa yang sanggup berada di sisi sewaktu susah dari awal perkahwinan sampai sekarang. Jangan bila dah mula berharta sikit, terus sibuk nak tambah cawangan. Bahagiakan dulu isteri yang dari awal setia di sisi kamu sebelum terfikir nak bahagiakan orang lain pula. – Orked Biru (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Debunga Chenta : Tak tau nak kata awk ni cerdik ke tak tapi bagi jer la dia bayar semua komitmen. Kenapa mesti nak bayar separuh – separuh jugak. Dah pernah kantoikan. Jadi tak must4hil untuk dia berhubung lagi dengan perempuan tu sebab dia ada duit lebihan dan ada perasaan pada perempuan tu..
Hazwani Mohd Dah : Satu lagi confession dari perempuan bijak yeayyy! Moga dipermudah urusan kehidupan sis. Saya suka baca confession bijak – bijak macam ni. Tapi cadangan saya, sis teruskan saja jadi kedekut. Dan moga tercapai cita – cita sis untuk dapat kereta idaman.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.