Isteri saya ugut nak lari rumah sebab tak nak jaga ibu mertua s4kit str0ke

Bapa saya dah lama meninggaI dunia, ibu mengaIami str0ke dan berada di hospitaI. Bila doktor bagitahu ibu dah boleh keluar masing – masing adik beradik aku yang perempuan bagi alasan tak nak jaga ibu. Jadi aku ambil keputvsan nak bawa ibu balik. Aku dah fikir macam – macam untuk bagi keselesaan untuk ibu tapi bila aku suarakan hal ini pada isteri dia meng4muk…

#Foto sekadar hiasan. Mohon hide profile saya, terima kasih. Salam semua, Mohon pandangan, pendapat atau kritikan terutamanya dari kaum – kaum isteri. Mohon bantu saya insan yang ters3pit dan keliru, Saya berumur 40++ dan berstatus suami dan mempunyai 3 orang anak.

Bekerjaya dan pr0fessional. Isteri saya seorang suri rumah. Alhamdulillah, kami memiliki segalanya rumah, kereta, anak yang baik dan bijak dan dah tunai ibadah haji pada usia yang muda. Permasalahan bermula kira – kira 3 bulan lalu.

Bapa saya telah lama meninggaI dunia. Ibu berusia 70+ mengaIami str0ke dan berada di hospitaI. Selama beberapa bulan, kami adik – beradik bergilir – gilir menjaga ibu di hospitaI. Hati budi masing – masing saya pun tak tahu, tapi saya menjaga ibu dengan penuh ikhlas.

Sekarang doktor dah bagitahu ibu akan boleh discharge dan masa untuk kami membuat keputvsan di rumah siapa ibu akan menyambungkan rawatan, namun masing – masing memberikan seribu satu alasan. Untuk makluman, kebanyakan adik beradik saya adalah perempuan dan semuanya berjaya.

Saya tak mahu untuk berg4duh, bermasam muka dan ambil keputvsan untuk membawa ibu pulang ke rumah saya. Sudah dirancang untuk siapkan bilik tetamu, dipasangkan aircond tambahan, cat semula bilik , beli tv dan katil baru untuk keselesaan ibu. Ibu pun exc1ted bila tahu akan keluar dari hospitaI.

Namun apabila keputvsan ini dikongsi kepada isteri, rupanya dia membangkang teruk katanya dia tak mahu ibu saya itu tinggal di rumah kami, sebaiknya tinggal di rumah anak perempuan sebab mudah untuk urusan – urusan ke tandas.

Sampaikan kami berg4duh besar disebabkan perkara ini. Isteri ugvt untuk lari rumah sekiranya saya meneruskan hajat. Maka keluarlah macam – macam kata kejian pada adik beradik perempuan saya. Allahuakbar, saya tergamam, tak pernah terpikir sampai begini.

Isteri saya seorang yang baik dan lemah lembut, tak pernah dia bersifat begini. Saya terkedu, keliru tak tahu apa mahu buat. 2 hari saya pulang rumah selepas tengah malam, alasan kerja banyak dan jumpa client. Yang sebenarnya saya hanya ada di pejabat berseorangan dan berfikir.

Terfikir juga andai ibu mertua saya pulak yang s4kit begini, saya tidak ada halangan untuk menjaga. Tapi kenapa isteriku jadi begitu? Adalah semua kaum isteri tidak mesra dengan mak mertua, hanya wayang di depan? Tak boleh dianggap seperti ibu sendiri? Kalau perlu dipilih, saya tak ada pilihan, ibu tetap diutamakan. Maaf isteriku.

Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen. Memang bagus niat penulis yang ingin menjaga ibunya yang s4kit. Tapi mungkin perlu berbincang dengan lebih jelas agar pihak isteri tidak rasa terabai sekurang – kurangnya dapat sama – sama membantu ringankan beban yang akan berada atas bahu isteri nanti.

Komen Warganet :

De Mie : Anak lelaki, tanggungjawap pada mak seumur hidup. Memang betul pilihan saud4ra untuk bawa mak balik ke rumah memandangkan adik beradik perempuan saud4ra lepas tangan tapi minta mereka bantu untuk bayar upah pembantu.

Jangan saud4ra berlembut dan bagi muka, tentang hal isteri tu, cuba pujuk dan cakap yang baik – baik. Ambil pembantu untuk bantu isteri jaga mak dan bila balik kerja ambik alih tugasan isteri. Bagi isteri rehat pulak, insyaAllah saya doakan yang baik – baik untuk saud4ra suami isteri. Semoga Allah buka hati isteri saud4ra untuk sama – sama berbakti pada mertua, aamiin

Ifa Ismail : Anak perempuan sendri pun tak nak jaga maknya, inikan pulak menantu. Sepatutnya ko marah adik beradik ko, bukan bini ko. Kadang lelaki ni cakap kemain, saya nak jaga mak saya. Tapi yang betul – betul jaganya, bini.

Samalah macam dia cakap “saya nak balik teman mak saya, mak saya takut tidur sorang – sorang”. Bila balik rumah mak, jumpa 5 minit. Lepas tu dia keluar melepak dengan kawan – kawan sampai pukuI 3-4 pagi. Yang temankan maknya, siapa lagi kalau bukan menantu. Dahla menantu yang temankan, lepas tu ada je yang tak kena apa menantu buat. Tu salah ni salah. Semua serba salah.

Dee Yana : Pada aku la, anak lelaki ke anak perempuan ke, tanggungjawab pada ibu dan ayah sama je. Bukan kira lagi lelaki lebih tanggungjawab pada ibu dan ayah. Sama je laki ke perempuan. Walaupun ko punya adik beradik tak dapat nak jaga ibu dan ayah ko, dan ko yang jaga tapi adik beradik lain tetap kena jalankan tanggungjawab juga.

Bukan main lepas tangan. Tak dapat keluar tenaga, bulan – bulan bagiIah duit. Bukan bagi pada mak tapi bagi pada yang tukang jaga. Penat lelah urus, nak beli barang – barang keperluan. Sudah la tak keluar tenaga, duit pun kedekut nak bagi..

Ni la banyak yang jadi zaman sekarang. Mengharap pada yang satu je, anak – anak yang lain buat tak tau. Berbalik pada kesah tuan tanah ni, pada aku la.. Ko patut berbincang dengan isteri dulu sebelum buat keputvsan. Dia pun ada hak juga..

Sebagai isteri confirm – confirmla dia yang kena jaga ibu ko, ko sebagai lelaki belum tentu akan 24 jam ada dekat rumah. Dia yang akan menghadap ibu ko. Nak dijadikan cerita lagi, biasanya ibu – ibu ni akan lebih selesa bila yang uruskan dia adalah anak perempuan dia.

Bincang la dengan adik beradik ko yang berjawatan tinggi tu. Kalau tak jalan juga, setiap sorang kena keluar RM1k, tak nak jaga, jadi kena keluarkan duit.. Ko pula, upah orang gaji. Uruskan dan bantu isteri ko dekat umah, isteri ko pun tak penat.

Bagi gaji juga dekat isteri ko.. Ingat tak penat ke weh urusan rumah lagi, anak – anak, orang tua. SeIami hati isteri. Bukan tau memilih je konon atara ibu dan isteri. Memang la syurga ko di bawah teIapak kaki ibu ko.. Tapi isteri ko tu apa nilainya pada ko?? Bibik ke?? Hargai juga isteri ko, jangan tau nak cerai je. Aku memang hangin la bab – bab ni.

Ruby Delima Rose’s : Maaf cakap la ye bro, awak orang senang, adik beradik pun semua berjaya dan senang. Duit pasti kepuk – kepukkan. Macam ni la saya sebagai orang yang dah lalui fasa kamu lalui dan mak ayah pun dah tak ada.

Adalah baik kamu anak lelaki yang ambik alih sebab memang tanggungjawap kamu, tapi adik beradik perempuan juga wajib lunaskan tanggungjawap ni sama – sama. Cakap dekat isteri urusan mak dia tak perlu uruskan, tapi pantau je.

Awak bro sediakan nurse dan pembiayaan adik beradik kongsi bayar. Nak cakap jujur ya, ruginya kamu sebagai anak tak mampu berbakti pada orang tua. Tangan sendiri tu yang patut uruskan ibu bukan menantu, kalau menantu yang tolong pun atas ehsan, tak wajib dia buat.

Jadi sebenarnya kamu adik beradik yang salah, jangan salahkan isteri, biarpun dia suri rumah dia ada 3 orang anak dan bukan mudah nak urus 4 orang termasuk kamu dan tambah lagi sorang yang ada s4kit kr0nik. Serius saya cakap surirumah bukan mudah. Ni tugas kamu, nanti kamu adik beradik yang di soal di akhir4t bukan isteri kamu.

Raflin Apie : Bini itu amanah lepas kau lafaz akad nikah dulu dan ibu kau tanggungjawab kau untuk jaga. Isteri bukan diperintahkan untuk menjaga mentua sedangkan dia ada anak perlu diuruskan. Tapi kalau anak – anak semua sudah besar dah pandai urus diri, mungkin isteri kau kena tolong jaga – jagakan tapi bukan 100% dia yang jaga mentua.

Kalau kau mampu kenapa tak cari pembantu urus mama sendiri, isteri tu hanya tolong tengok – tengokkan. Kau tak tau mama kau dulu masa sihat layan bini kau macam mana. Jaga ibu itu tanggungjawab kau sebagai anak dan begitu juga isteri kau tanggungjawab dia kepada ibu bapa dia bukan kepada mentua.

Kalau tak boleh handIe dua – dua wanita ni, memang kau lelaki yang gagal. Kadang lelaki tak faham perasaan isteri, mentua tetap mentua. Ibu kandung tetap ibu kandung. Anak sendiri pun bagi banyak alasan tak nak jaga, inikan plak hanya menantu. Kau boleh cakap bila mentua kau yang s4kit, kau memang tak ada masalah nak jaga, pasal yang s4kit sekarang tu mama kau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.