Saya minta pakcik gerai bungkuskan air, nasi berlaukkan ayam, ikan dan sayur. Saya bayarkan dan duit saya memang licin. Habis! Dalam kereta, saya cakap sorang – sorang. Baru tengah bulan, duit gaji lambat lagi. Duit dalam dompet dah kering..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan pembaca budiman. Saya merupakan silent reader. Saya jarang komen tapi saya akan like mana – mana confession yang saya suka. Rasa terpanggil untuk berkongsi cerita benar yang terjadi pada saya 10 tahun lalu dan kesannya hingga ke hari ini dan insyaAllah hingga ke akhir hayat saya.
Nama samaran saya, Nanak… Sempena nama stray cat kesayangan saya yang pertama. 10 tahun lalu saya berusia lewat 30an, seorang isteri, ibu pada 2 anak lelaki dan bekerja di sektor swasta. Saya nak storykan tentang keajaiban bersedekah.
Kejadian ini terjadi pagi jumaat. Confession ini saya tulis juga di pagi jumaat yang penuh barokah. Masih saya ingat, di pagi hari jumaat tu, lepas setel semua hal anak dan rumahtangga, saya memandu ke tempat kerja.. Laluan yang sama, waktu yang sama traffic light yang sama setiap hari, isnin sampai jumaat.
Macam biasa saya akan berhenti di sebuah gerai pakcik ni.. Gerai biasa – biasa. Biasanya saya akan beli sarapan sekali dengan lunch sebab tengahari malas nak keluar. Masa tengah tunggu pakcik gerai makan bungkuskan pesanan, dari jauh saya terpandang seorang lelaki pertengahan umur.
Dia memakai baju yang lusuh dan sedikit koyak. Tidak berbutang menampakkan sebahagian badannya yang agak gelap, kurus dan berpeluh. Memakai seluar yang juga sangat lusuh, koyak dan berkaki ayam. Paling touching, dia sedang memikul plastik besar yang berisi barang buangan, mungkin plastik, kertas dan tin minuman.
Tangan sebeIah kiri dia mengheret bungkusan plastik yang juga tidak kurang besarnya. Langkahnya perlahan menuju ke gerai yang sama. Dia berhenti di hujung gerai, bahagian dapur gerai. Tempat bancuh air. Saya dengar dia minta air kosong.
Abang yang bancuh air tu tanya air kosong berapa.. Dia jawab sebungkus je. Terdetik di hati, bagaimanakah kehidupannya. Minum air kosong je. Mesti dia takde duit, sebab tu minta air kosong. Berapa yang dia dapat dengan jual barang – barang recycle tu? Soalan tu bersilih ganti dalam kepala saya. Dan..
Waktu tu saya tau dalam dompet saya cuma cukup – cukup je, tapi keinginan saya untuk memberi dia makan hingga kenyang dan membantu menghilangkan dahaganya benar – benar buat saya tak fikir dah duit tu cukup ke tak.
Tanpa fikir panjang saya minta pakcik gerai bungkuskan milo ais (waktu ni tak timbul lagi isu boikot si isr h3ll) nasi berlaukkan ayam, ikan dan sayur. Saya bayarkan dan benar, duit saya memang licin.. Habis. Saya pesan kat pakcik jangan bagitau saya yang belanja dan saya terus masuk kereta.. Drive ke office.
Memang abang tu tak kenal saya dan saya tak kenal dia, tapi dia tengok saya tadi.. Bimbang dia rasa malu atau terh1na sekiranya dia tau saya ni seorang perempuan yang belanja dia makan dan minum. Sebab suami saya pernah cakap, lelaki akan rasa downgrade bila seorang perempuan belanja makan.
On the way… Saya pun monolog sorang – sorang. Baru tengah bulan ni, duit gaji lambat lagi. Duit dalam dompet dah kering ni. Tapi saya tak menyesal pun habiskan duit saya untuk belanja abang tadi.. Tak terfikir pun. Bahkan saya rasa puas yang teramat bila boleh belanja abang tu.
Sampai office, macam biasa buat tugas kita sebagai seorang akauntan. Dalam pukuI 10 pagi encik suami yang dicintai call. Nada yang sangat happy.. Allahu.. Suami saya bagitau tentang perkhabaran yang sangat menggembirakan yang memang kami tunggu – tunggu bertahun lamanya.
Sebenarnya kami sedang menunggu sejumlah RM yang bernilai hampir 6 angka yang memang menjadi hak kami dibayar kepada kami. Alhamdulillah pagi tu, si debtor tu lunaskan secara lump sum tanpa ansur – ansur. Waktu tu saya tertanya – tanya, adakah Allah sedang membaIas sedekah saya pada abang tadi.. Kerana saya memang ikhlas lillahitaala.
Habis bercakap dengan suami, saya sujud syukur sambil nangis – nangis. Saya ucapkan kesyukuran yang tak tahu nak cakap macamana bersyukurnya saya. Benarlah, sedekah yang paling afdal adalah ketika kita berada di tahap yang paling bawah.
Memang saya takde duit waktu tu, menghadapi financial problem yang agak teruk. Duit yang ada entah cukup ke tidak untuk tunggu gaji akhir bulan. Bermula dari hari tersebut, hidup kami yang berada di level M40 telah berubah ke T20.
Sehingga kini, kami tetap meneruskan habit kami, sekiranya kami makan di mana – mana kedai makan yang biasa. Bila melihat keluarga yang kurang berkemampuan, kami akan bayar tanpa pengetahuan mereka. Jika nampak couple yang dah berumur yang sebaya parents kami, kami akan bayarkan untuk mereka, senyap – senyap.
Saya cukup happy bila jumpa pelajar – pelajar sekolah menengah atau IPT yang berkumpul di meja makan, kami akan bayarkan secara senyap – senyap. Cukup seronok bila tengok dorang makan tanpa mengetahui makanan mereka telah dibayar.
Bila beli barang kat gerai atau kedai pacak payung, kami tak ambil balance. Adik – adik yang buat delivery juga sedaya upaya kami selitkan. Kami anak beranak adalah animal lover so, bila ada open donation untuk strays tak kira la kucing or anjing.. Kami akan donate senyap – senyap.
Bagi saya, bersedekah la hingga kaya, bukan tunggu kaya baru nak sedekah. Bersedekah bukan saja pada manusia tapi juga pada haiwan. Buat kerana Allah. Hanya untuk Allah. Sesungguhnya Allah itu maha kaya. Maka dia tidak akan memiskinkan h4mbanya yang bersedekah hanya untuk NYA.
Saya berdoa semoga para sahabat sekalian dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diberi jalan penyelesaian bagi semua permasalahan hidup. Juga semoga Allah menjaga semua haiwan – haiwan jalanan daripada segala kezaliman dan ada sinar untuk mereka sepertimana haiwan – haiwan jalanan di Turkey. With Love, – Nanak – my first stray cat.. Moga bertemu di Syurga. – Nanak (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Suhayla Mohamad Sunar : Sedekah yang terpaling ikhlas adalah dikala kita sedang dalam kesempitan yang teramat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, pujian mahupun baIasan. Bukan nilai besar yang menjadi ukuran, tapi nilai keikhlasan tu yang paling mahal. Allah kurniakan ganjaran yang maha hebat, tanpa henti – henti. Saya alaminya. Syukur Alhamdulillah. Sedekah lillahitaala.
Nora Kim : Tahu tak cara “healing” terpaling pantas saat kita down, saat kita sedih dan duka cita ialah melalui random sedekah. Satu kebaikan sebesar zarah yang kita buat seikhlas hati untuk makhluk lain (bukan monetory sahaja ya), sebenarnya terapi untuk jiwa kita. And the result is auto! Like a magic.. masyaallah..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.