Nampak senior tolong kutip sampah, aku nekad ngorat dia. Dari atas kelas aku jerit ajak couple. Sekali pengetua panggil

Lepas abang Pack habis SPM, aku tak putvs asa ngorat dia. Setiap hari aku lalu depan kedai mak dia. Mak dia tahu aku syok dekat anak dia, tapi dia layankan je. Siap bagi no HP anaknya lagi. Dapatlah aku mesej setiap hari tapi dia tak layan. Dari umur aku 15 tahun sampai 21 tahun aku kejar dia, sampai masa aku undurkan diri..

#Foto sekadar hiasan. Aku terbaca beberapa luahan kat page ni pasal cinta yang terpendam and perempuan tu tak luah. Aku macam erkkkk, apesal aku rileks je mengorat laki yang aku suke. Aku ni spesis tak malu ke ape? Nangis jap.

Aku nak kongsilah kisah aku dok mengorat abang senior aku mase sekolah. Nama dia Fazakkir. Orang panggil Pack je. Abang Pack ni tak kacak langsung. Muke gelap, hidung pesek dan mata kecik. Tapi dia manis dan tinggi lampai. Dia senyum tu manis kat mata aku.

Yang cakap tak kacak tu kawan – kawan aku la tapi aku cakap dia kacak sebab aku suka dia. Hahaha. Mase sekolah aku ni memang jenis berani dan tak tahu malu. Ni bukan aku buat – buat tapi aku memang jenis takde selindung ke apa.

Aku suke Abang Pack sebab aku nampak dia kutip botol masukkan dalam tong sampah. Kelas aku kat tingkat atas, jadi  aku nampak dia kat bawah tengah kutip botol – botol minuman yang pelajar – pelajar buang tapi tak masuk dalam tong sampah.

Mase tu baru abis hari sukan. Waktu tu semua orang dah balik dorm. Aku ternampak dan rasa, baiknya dia. Hehehe. Abang Pack kelas belakang kot. Dia tak berapa suke belajar tapi dia pandai main bola. Jadi kisah pendeknye, aku tulis surat bagi kat dia.

Letak dalam buku dia masa tu ade perjumpaan kelab. Aku siap bagitahu nama aku siapa dan kelas mana. Aku tingkatan 3 dan dia tingkatan 5. Tapi macam takde apa – apa je. Sangsi aku dia bace ke tak surat aku tu. Aku hantar lagi surat.

Ni kali aku suruh Jeremy budak Sabah bagi. Dia satu dorm dengan Abang Pack. Jeremy cakap Abang Pack baca dan diam je. Beng4ng aku! Jadi waktu hari kelab persatuan semua tu, aku dari tingkat atas jerit Abang Pack, jomla kapel!!!! Eya suke Abang Pack!!!! Sambil kawan – kawan aku dok sorak untuk aku.

Ye kitorang bebudak perempuan nakal masa sekolah. Jenis bising dan tak makan saman. Malu Abang Pack kena bahan dengan member – member dia. Aku kena panggil dengan pengetua. Senior and ketua asrama pon panggil dan memang teruklah aku kena. Kelakar pulak bile fikir balik sekarang.

Bila Abang Pack dah habis SPM, aku masih setia, bertungkus lumus ngorat dia. Ape entah masalah aku ni. Bingai agaknye. Mase tu aku dah tak duduk asrama. Tapi setiap hari aku lalu depan kedai makan mak dia, sebab nak tengok Abang Pack.

Mak dia baik. Jenis keibuan. Dia tahu aku suke anak dia dan dia macam layankan je aku. Hahaha. Rindu arw4h makcik (meninggaI sebab Cd19). Tapi Abang Pack selalu cakap kat aku adoiii ko ni, ko takde kerja lain ke nak buat. Hahaha.

Pastu Abang Pack sambung belajar kemahiran kat ILP Melaka. Jarang dah aku jumpe dia. Tapi aku setia tau hantar mesej kat dia. Nombor dia aku dapat dari mak dia. Mak dia kan jenis layankan aku. Heeee. Setiap hari aku mesej Abang Pack tau mase tu.

Ade la 2 – 3 kali dia baIas. Tapi kebanyakannya tak baIas lah. Aku pulak lepas sekolah, sambung belajar kat universiti swasta. Aku tak pandai sangat tapi naklah jugak belajar. Masih aku setia mesej Abang Pack. Tak pernah lupa wish Birthday, Selamat Hari Raya semua.

Dia kadang – kadang baIas kadang – kadang tak. Aku stop buat semua tu bila aku graduate. Aku rasa Abang Pack memang tak suke aku. Aku sedar je dari dulu tapi tulah, aku kan jenis tak putuus asa. Jadi bila umur aku dah 21 camtu, aku dah sem4kin malulah. Dah besar kan.

Last mesej aku cakap kat dia, aku suke sangat kat dia tapi aku tahu dia tak suka aku. Aku doa dia bahagia, kahwin dengan perempuan yang boleh jaga dia dan tak ingat ape lagi aku cakap. Hehehe, lame punye cerita. Aku pulak dapat kerja kat Terengganu tak lama lepas tu.

Beberapa bulan lepas aku stop mesej dia, tiba – tiba aku dapat satu mesej dari dia. Mesej tu kosong. Tak tulis pape. Aku rase mungkin dia tertekan keypad ke apa. Jadi aku biar jelah. Seminggu pastu aku dapat call dari dia.

Aku pelik jugak masa tu sebab dia tak pernah sekali pun selama aku ngorat dia, nak mulakan conversation dengan aku. Aku angkat dan cakap hello. Dia kat sana tu diam je. Banyak kali aku hello tapi diam je. Pastu aku letak jelah dah diam je.

Pening aku sebab tak pernah pulak Abang Pack nak terkol aku ke apa selama ni. Esok tu aku dapat mesej dari dia yang aku ingat dan simpan sampai sekarang. ‘Abang rindu Eya..’ Bapak ah nak m4ti aku rasa time tu. Hahaha.

Dahla sejak dari sekolah aku je dok ngorat dia, dia jual mahal nak mamp0s, tetibe mesej rindu aku, str3ss aku. Long short story, dia pulak kejar aku pastu. Sebab aku dah penat mengorat dia, aku dah takde tenaga nak mengorat balik. Dia lah pulak mengorat aku. Hahaha.

Mase tu baru aku rasa perasaan, “oh camni ke feeling kena ngorat.” Bestnyaaa. Tau dari dulu aku biar dia mengorat aku. Masalahnye dia tu kan lembab takdenye nak mengorat aku kalau aku tak mengorat dia dulu. Hahahaha.

Abang Pack cakap dia dah terbiase sangat dapat mesej dari aku sampai bila aku stop tu, dia rase kehilangan sangat. Geram jugak aku sebab dulu dia bolayan je aku. Padan muke dia kena mengorat aku balik. Tapi tulah jodoh ni semua kat tangan Tuhan kan, Abang Pack eksiden motor mase nak balik dari tempat kerja dia ke kampung.

Dia k0ma sepuluh hari dan meninggaI tahun 2014. Masa aku pergi pengebuumian dia tu, aku peIuk mak dia erat – erat. Menangis mak dia teresak – esak. Mase taip ni pun aku rasa sebak. Lame kot aku menangis lepas pemergian dia tapi aku malaslah nak cerita kesedihan aku kat sini sebab fokus aku hanya nak cerita aku tak malu ngorat Abang Pack.

Nak cerita yang hepi – hepi je tak nak sedih. Aku hanya terkenang sebab aritu terbaca pasal confession memendam rasa ni. Hehehe. BagiIah rencah sikit kat sini sebab asyik confession memendam rasa je sedangkan ade je cite yang macam aku mengorat lelaki dengan yakin sekali. Hahaha. Semoga roh arw4h Abang Pack dan emaknya dicucuri rahmat. – Eya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Erni Safura : Aku kenal suami aku ni penpal 6 tahun. Kali pertama jumpa, tak cakap banyak pun. Last aku sms dia kata suka kat dia. Aku tanya dia suka aku tak? Dia kata suka. Aku kata kalau suka, jom kita kawin. Mulanya dia kata,kita tunang la dulu.

Aku tak nak. Aku kata, aku dah pernah putuus tunang. So aku tak nak. Kalau betul dia suka aku, kita nikah aje. Kalau dia tak nak terus nikah, then kita stop. Senang je aku. Finally dia cakap dengan family dia dan kami terus nikah. Takde tunang – tunang.. 3 bulan lepas nikah, baru majlis kahwin. Kiranya kami nikah g4ntung la. So aku suka cara Eya ni. For me, kalau suka, katakan suka. Gitu je.. Mudah kan hidup ni.

Is Marissa : Teringat dulu – dulu kat sekolah. Dapat surat orang letak bawah meja. Kau ni eya. Aku da gelak – gelak da part kau cakap padan muka dia kene ngorat kau balik. Tup – tup bawah tu terus meninggaI abg pack. Dari ketawa auto nangis. Pahit aku rasa kat tekak ni. Semoga abg pack dan maknya di tempatkan di kalangan orang beriman.

Siti Aisyhah Ibrahim : Ala sedih pulak. Dah happy – happy baca lepas tu naik ghaaa atas kepala bila baca part meninggal tu. Huwaaa. Semoga arw4h abg pack dan ibunya di tempatkan dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.