Nenek rindu dekat anak2 kesayangan, dia m0gok tak makan, sengaja k3ncing dekat meja supaya anak2 datang

Lepas atuk meninggaI, datanglah anak – anak kesayangan ke rumah baru atuk nenek hasil kerja keras ibu ayah aku buat kali pertama. Antara soalan yang aku dengar, “Lepas pak m4ti, mak ke dapat rumah ni? Lepas mak m4ti, rumah ni mak wasi4tkan ke siapa?”

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Harini aku nak share pengalaman aku as anak kepada ayah aku, cucu kepada atuk dan nenek aku, anak sed4ra kepada makcik dan pakcik aku. Cerita aku berat kepada family ayah aku. Mak aku mualaf, yatim piatu. Jadi tak ada apa sangat yang nak dikongsikan.

Apa pun, korang pun tak kenal aku. Tak ada istilah aku sebarkan aib. Aku cuma nak berkongsi, harap dijadikan iktibar, pedoman, untuk kita yang masih hidup dan bakal m4ti ni. Atuk aku meninggaI umur 95 (pada tahun 2020), meninggaIkan balu, nenek aku, umur 78 (pada tahun 2023).

Ayah aku anak ke 2 dari 7 beradik. Makcik 1, ayah aku, makcik 3, pakcik 4, pakcik 5, pakcik 6 dan pakcik 7. Ini adalah susunan adik beradik ayah aku. Kami 6 beranak. Ayah, ibu, kakak 1, kakak 2, aku, adik. Kami rapat. Kami sayang each other. Hingga kahwin, tak putuus hubungan kami berenam. Malah sem4kin rapat.

Ketika kami kecil, aku selalu terfikir kenapa kami selalu beraya di rumah atuk dan nenek pada Ramadhan 29, 30. Atau Syawal 4, 5. Kalau Syawal 1, ayah je naik, kami semua dalam kereta. Ada satu masa, kami ada di rumah nenek, makcik 3 tiba – tiba datang, mereka tunggu di luar, kami harus keluar dulu baru mereka masuk.

Makcik 3 cakap mak aku ni masuk Islam sebab nak kahwin dengan ayah aku. Tuduh mak aku sih1rkan ayah aku. Begitulah. Dahulunya ayah dan ibu tinggal di flat tu sebab ayah aku tolong bayar, tapi atuk tak suka ibu aku, dihalaunya mereka serta kakak 1 (masa kakak baby).

Dihalaunya mereka bertiga, diambilnya kereta mereka dan dijadikan kereta sapu. Terkontang kanting ayah ibu cari rumah sewa bersama anak kecil. (Ini ketika akhir 1980 an). Kami berempat sangat rapat dengan ibu dan ayah.

Ayah ada keluarga, tapi dia seolah tiada sesiapa. Dia selalu bercerita kepada kami tentang apa yang dirasa. Pada ayah, dia tak ada sesiapa yang boleh dia meluah rasa kecuali isteri dan anak – anak. Kami pernah nampak ayah di sisih, dimarah, dipulau.

Ayah aku dulu cakap sorang – sorang sewaktu driving, makan, pakai baju, sebab waktu kejadian dia tak mampu nak bercakap. Sebab atuk selalu back up yang lain. Atuk dan nenek aku ada masalah favoritism. Pada aku ni masalah. Sebab favoritism mereka ni membawa kepada musibah.

Masa berlalu. Aku dah besar. Ayah dan ibu masih buat perkara sama, cuma bezanya ibu dah naik ke rumah nenek. Mereka selalu pergi berdua. Dan sejak dari itu nenek dan atuk mula call aku, kata “Nanti free call lah mereka, mereka sunyi”.

Aku macam “Aik, mana anak – anak dan cucu – cucu lain?”. Aku diam jela. Aku call. Seminggu sekali aku biasakan diri call mereka. Ayah aku selalu cakap ” Kalau kasihan kan ayah, call mereka”. Aku okay. Adik beradik lain ada yang okay, ada yang tak.

Aku perasan, sejak atuk dan nenek tua dan uzur, kami berenam serta pakcik 5 dan anak beranak banyak take over jaga atuk nenek. Yang lagi 4 dan keluarga mereka (yang juga favorite atuk nenek), seolah – olah hilang ghaib di telan bumi.

Pada tahun 2015 atuk aku jatuh s4kit teruk, takboleh naik flat lagi. Anak – anak lain sangat rasa terbeban. Yelah siapa sukakan tambah tanggungjawab. Jadi bermulalah perjalanan kami sekeluarga take over all the responsibilities. Yang sepatutnya dibahagi 7, tapi digalas ayah, ibu, pakcik 6 dan isteri.

Masalah favoritsm atuk dah slow down, yelah dah tua. Nenek… memang masalah. Masalah semasalahnya. Aku malas nak cerita masalah dia hahaha. Aku nak cerita kemuncak je. Dia nak duduk di flat tu lagi, kami kata tak boleh, atuk s4kit. Dia insist nak.

Pakcik 6 dukung atuk aku, naik tingkat 5 sebab nak puaskan hati nenek. Lepas seminggu atuk s4kit balik, lambat ke hospitaI. Nasib baik tak m4ti lagi orang tu, tapi nyawa – nyawa ikan. On 2015, atuk was 90+. Nenek insaf, dia kata okaylah pindah. Tapi nak duduk dekat dengan rumah anak favorite.

Orang kata, jauh bau wangi, dekat bau t4hi. Anak favorite jarang melawat, nenek kecil hati. Nak pindah dekat rumah anak favorite lain. Semua duit lori, depo rumah, dan lain – lain cost adalah tanggungan ayah dan ibu. Sebab pakcik 6 masa tu anak dia sekolah rendah lagi. Ayah kasihan.

Dalam masa 2 tahun, nenek aku pindah 3 kali. Kali ke 4, atuk sendiri cakap “Aku dah tak larat”. Nenek minta ayah aku rumah. Dia kata ayah aku je boleh jaga dia. Ayah dan ibu aku buatkan atuk dan nenek rumah sebiji di atas tanah ayah aku dan ibu.

Iya buat kan rumah. Hari mereka buat keputuusan tu, ibu aku menangis. Ayah aku diam. Dimasukkan semua emas ke dalam arrahnu. Jual sedikit saham dan aset yang ada. Kalau aku jadi ibu, sumpah aku lari balik kampung. Tapi ibu aku baik, tak macam aku.

Mungkin pada korang tak apalah, baIas jasa mak ayah, nampak macam orang kaya, atau lain lain. Tidak. Mak ayah aku cikgu, cikgu yang rajin. Dua – dua cikgu. Mak aku cikgu sekolah menengah, ayah aku cikgu sekolah rendah. Cuma emak aku rajin buat kuih dan ayah aku jual santan.

Banyak mesin santan ayah aku. Mereka usaha sangat kuat, kenapa? Kerana mereka cuma ada each other dan anak – anak. Keluarga pulau dan sisihkan. So apa lagi boleh buat. Pada 2018, mereka datang duduk di rumah baru.

Macam – macam nenek complain. Besar lah. Tinggi lah. Kosong lah. Takada orang lah. Surau jauh lah. Monyet lah. Cina lah. India lah. Babi lah. Semut lah. Sejak pindah, hari hari dizikirkan nama anak – anak yang dah tak sudi. Tapi anak – anak yang dah berk0rban ni?

Kemuncak. Ada satu hari atuk demam, nenek pula nangis nak mak cik 3 dan pakcik 4. Atuk aku demam, nenek mogok tak nak makan. Dia k3ncing di meja makan dengan harapan anak – anak balik melawat ayah yang demam dan emak yang meracau.

Tapi tidak. Ibu dan ayah aku yang datang lap dan mop k3ncing nenek. Dia kata dia nak anak dia datang tengok dia. Atuk cerita dia pening kepala dengan nenek, malam tu atuk aku masuk hospitaI. Lepas 3 hari, atuk aku meninggaI.

Atuk sempat minta maaf ke ayah. Kasihan ayah aku, bila ayah yang minta maaf ke anak, dia rasa dirinya adalah anak yang jahat. Penat aku type. Sepenat hati aku flashback. Okay nak sambung sikit je lagi. Lepas atuk meninggaI, datanglah anak – anak favorite ke rumah baru atuk nenek hasil kerja keras ibu ayah aku buat kali pertama.

Antara soalan b0doh yang aku dengar adalah “Lepas pak m4ti, mak ke dapat rumah ni?”. “Lepas mak m4ti, rumah ni mak wasi4tkan ke siapa?”. Kepada semua mak ayah dan aku juga, sayangiIah anak – anak walaupun siapa dan apa mereka. SayangiIah anak sama rata.

Kita tak tahu siapa sebenarnya intan dan siapa sebenarnya permata. Apapun maaf dari aku kalau ayat aku berterabur. Ini adalah cerita dari time frame yang sangat lama. Dari aku kecil hingga aku anak 2. Dari ayah aku muda hingga dia tua.

Saksi aku kepada ketidak adilan kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak – anak. Dan mak ayah yang membenarkan fitnah anak kepada orang lain (makcik 3 kepada ibu aku). Semoga Allah ampuni d0sa kita semua. – Ayu (Bukan nama sebenar)

Kmen Warganet :

Nur Hajarul Musa : Moga dipermudahkan semuanya. Tapi aku geram pulak dah kenapa adik beradik ayah tanya hal rumah padahal tu tanah ayah dan mak awak. Geran tu jangan tukar nama nenek pula. Nanti apa – apa jadi naya. Putih mata komeee. Hahahaaha. Jahat pulak aku.

Maya Mohd : Perkara ini memang biasa, anak favourite tak akan pedulikan parents tapi anak YANG dibenci juga yang menjaga. Dunia memang tak adil. Yang buat jahat selalunya bernasib baik kerana sentiasa mendapat kemaafan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.