Oleh sebab mak tak nak jadi anak derh4ka, mak ikut cakap nenek haIau aku keluar rumah

Masa aku tengah cuti belajar, nenek selalu perIi aku cakap aku pemalas tahu nak membut4 je. Sedangkan mak aku sendiri kata aku anak yang paling rajin. Sampailah satu hari aku berg4duh dengan nenek, dan tinggikan suara. Nenek meIenting suruh mak haIau aku keluar. Waktu tu mak masuk bilik, mak cakap, “takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4.”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, thanks admin sebab approve cerita saya ni. Aku merupakan seorang penuntut di salah sebuah univerisiti di sini. Sejak 4 tahun lalu, aku tak pernah balik rumah. Ya, rumah mak abah aku. Sebabnya? Aku kecewa. Kecewa dengan sikap mak aku. Walaupon abah banyak memujuk. Tapi aku menolak. Menolak dengan baik maksud aku. Sebab selama 4 tahun ni, mak sendiri tak pernah panggil aku balik semula.

Kisahnya, 4 tahun lepas, aku tamat belajar dari matrikulasi, dan aku bercuti di rumah sementara menunggu panggiIan masuk universiti. Hanya ada aku, abah, mak, adik lelaki, adik perempuan dan nenek je kat rumah. Masa ni, nenek aku tinggal dengan family aku (sebelum ni Mak Long aku yang jaga). Sebenarnya, maklong aku tak tahan dengan sikap nenek aku yang suka perIi dan mengh1na Pak Long aku. Pak Long aku seorang pekerja kilang simen, dan Pak Long aku terlibat dengan kemaIangan yang menyebabkan dia but4 sebeIah mata.

Jadi, memang keadaan Mak Long aku masa tu susah sikit. Sebab Mak Long aku tak berkerja dan waktu tu lah, nenek aku buat keputvsan untuk duduk dengan mak aku. Abah aku dari keluarga yang senang, rumah kami pon Alhamdulillah, semua cukup, boleh dik4takan selesa. Seminggu aku duduk dekat rumah, seminggu tu jugak lah nenek aku perIiĀ  – perIi aku. Kononnya aku ni pemalas, kerja makan tidur ja, padahal mak aku sendiri pernah cakap antara kami 5 beradik, aku yang paling rajin dan teliti, mak aku tak pernah compIaint kalau aku buat kerja.

Banyak kali aku cakap kat mak aku, “nak rajin macam mana lagi ma?” Dan mak aku selalu cakap, “nenek kan dah tua, biasa lah tu”. Macam mak orang lain, mak aku sangat positif dan sangat susahlah nak tengok mak aku bercerita pasal orang lain. Sampailah satu hari, waktu senja, abah dan adik lelaki dah pergi masjid. Aku pun siap – siap nak berbuka (aku dan adik perempuan aku puasa hari tu). Tiba – tiba masa aku tengah panaskan lauk, nenek aku cakap, “buat kerja malas, membut4 ja. Bangun terus makan.”

Aku terk3jut dan terus tinggi suara pada nenek aku. Yang ni aku mengaku aku salah. Dan, tentulah nenek aku meIenting, lepas tu dia j3rit panggil mak aku. Nenek aku suruh mak aku haIau aku keluar, kalau tak, dia anggap mak aku ni anak derh4ka. Nenek aku cakap mak aku b0doh sebab tak bvnvh aku masa aku kecik – kecik. Aku sangat marah, tergamak nenek aku cakap macam tu. Adik perempuan aku pon marah dekat nenek aku, adik aku cakap, “kenapa nenek macam ni? Orang buat apa pon ada ja yang tak kena”.

Dalam keadaan marah, kami masuk bilik, dalam 15 minit macam tu, mak aku masuk bilik aku, dia bagi RM200. Dia mintak tolong aku pergi rumah makcik aku, tumpang sementara waktu. Ya Allah, masa tu Allah ja tahu perasaan aku, kecewa, kecewa sebab mak aku mudah sangat dengar cakap nenek aku. Sebagai anak, aku nak jugak mak aku pert4hankan aku. Tapi, mak aku tak nak jadi anak derh4ka, dia turutkan jugak kehendak nenek aku. Aku tak mampu nak cakap apa – apa. Adik perempuan aku cakap dengan mak aku, “ma sanggup kan buang anak ma tanpa selidik dulu.”

Dan jawapan mak aku, sangat – sangat buat aku rase sedih, sampai hari ni, “takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4”. Masa tu aku tak pikir ape dah. Mungkin ade salah silap aku yang mak aku pend4m selama ni sampaikan dia boleh cakap macam tu. Malam tu jugak, aku kemas baju, jalan kaki pergi stesen bas, aku tak pergi pun rumah makcik aku, tapi aku pergi Penang. Aku tumpang rumah kawan aku, aku mintak kerja kilang, lepastu aku duduk pula dekat hostel kilang, tapi tahu ja lah, hostel kilang macam mana. Bah4ya.

Lama aku kerja, bulan puasa pon aku kerja, raya pon aku kerja. Masa tu aku fikir nak cari duit untuk masuk universiti. Aku dapat masuk IPTA di utara Malaysia. Aku call rumah, adik aku jawab, dan aku tanya sama ada surat tawaran officiaI dah sampai ke. Aku mintak tolong dia pos ke alamat kawan aku. Tapi dia tak pos, dia datang rumah kawan aku dengan ayah aku. Masa tu aku tengah kerja lagi. Kawan aku cakap aku kerja kat mana dan duduk hostel kilang. Masa tu pertama kali aku jumpa balik abah aku, adik aku. Memang sebelum ni diorang dah cari aku, tapi aku tukar number. Aku pilih jalan untuk lari.

Mulalah sesi pujuk memujuk. Aku menolak, kecewa, aku tawar hati, malas nak pikir – pikir, aku buat keputvsan, selagi mak aku tak panggil balik, selagi tu aku akan macam ni. Aku tahu mak aku seorang yang baik, sempurna bagi aku, tapi aku rase tak dihargai bila mak aku cakap, “hilang anak sorang ade lagi 4 orang.” Satu perasaan yang sangat – sangat s4kit, p3rit, hari pendaftaran masuk universiti, aku pergi sorang – sorang, aku uruskan semuanya sendiri. Sejak masuk universiti, aku berhenti kerja kilang, Desa ni dah jadi rumah aku, bertahun aku duduk sini, aku buat kerja part time untuk cari duit.

Aku juga meniaga online nak tambah pendapatan sikit. Iye lah, internet free, hehe. Terus terang aku cakap, aku dapat duit lebih dari cukup sampai boleh simpan sebulan RM600 lah. Dan aku tak ambil PTPTN. Untuk adik – adik yang tengah belajar, tapi duit tak cukup, cubalah meniaga online, insyaAllah ade rezeki kamu. (Abah aku ade masukkan duit tiap – tiap bulan tapi aku kerja jugak untuk persediaan aku masa depan). Tapi, ni tahun akhir aku, lepas ni tak tahu nak duduk mana pulak. Sayang rasa nak tinggal ‘rumah’ ni.

Tempat aku berteduh, susah senang aku dekat sini. Puasa kat sini, raya dekat sini. Meriah beb. Penuh masjid masa sembahyang raya. Tapi bila dah dewasa macam ni, rindu dekat family, rindu dekat mak. Rindu dekat bau mak. Mak – mak ada satu bau yang wangikan bila kita peIuk civm dia. Aku tak banyak berhubung dengan family aku. Yang aku selalu hubungi pon adik perempuan aku dengan abah. Dan ape yang aku tahu, kakak aku dah lama tak balik rumah, bawak diri ke negara orang, dengan alasan sambung master.

Abang aku pulak dah kahwin, duduk pulak jauh dari rumah mak abah aku, memang jarang lah balik. Adik lelaki dan adik perempuan aku, dua – dua dekat UIA Kuantan. Jauh jugak dengan rumah. Adik aku cakap, sebenarnya kakak dan abang aku geram dekat mak aku sebab buang aku dulu. Dan abah aku pernah cakap, “kesian ma, yang kanan ibu sendiri, yang kiri anak sendiri. Bila lebihkan yang kanan, yang kiri kecik hati, bila lebihkan yang kiri, yang kanan kecik hati.”

Mak aku nampak riIek je, tapi mana ade mak yang tak risau pasal anak – anak. Tapi itu lah, aku rasa ni jalan yang baik buat aku, aku buat sebab sayang, mak aku tak jadi anak derh4ka, cukup lah tu. – cantik

Komen Warganet :

Ffarhana Hj Ibrahim : Tak ada mak yang tak sayang anak. Jika satu hari nanti awak pula ada anak, awak akan faham. Kalau dia tak sayang dia tak akan besarkan awak elok – elok bagi belajar pandai – pandai. Eg0 sangatkah untuk mengaIah dengan seorang yan bernama ibu? Tau tak mungkin ibu awak di belakang awak dan orang lain menangis berhari – hari sebab rindukan awak?. Tau tak kenapa ibu awak tak sanggup buang nenek awak walaupun mulut macam tu?

Sebab mak awak dah tau dah betapa penatnya untuk besarkan dan jaga anak – anak dari sekecil – kecil tapak tangan sampai besar. Sebab tu dia tak sanggup buang ibu yang pert4ruh nyawa nak lahirkan dia sebab dia dah rasa macam mana s4kitnya melahirkan awak! Walau apa pun yang ibu awak cakap saya rasa dia langsung tak maksudkan. Tolonglah maafkan ibu awak, turunkan eg0 awak. Berkatkah hidup awak bila di belakang ada ibu yang menangis? Saya sendiri seorang ibu dan saya faham

Lan Vu : Respect, tapi aku yakin jauh dalam hati Mak ko. Mak kau rindu kau, syurga kita ada dengan Mak. Cari lah Mak. Kau masih ada peluang. Tak macam aku. Mak dah takde. Kadang – kadang nangis sendiri hanya kerana terngiang sebaris kata, Kadang – kadang nangis sendiri hanya terbayang senyuman Mak. Aku harap dapat peIuk Mak aku walau hanya dalam mimpi.

Jeff N Sue : Balik la dik, maafkn Mak awak. Pasti ada sebab Mak awak cakap begitu.Awak pun dah m4tang sekarang, fikir – fikirkan semula. Jangan sampai “putvsnya DOA seorang Mak”. Tahniah kerana awak berjaya struggIe dalam kehidupan. DOA seorang Mak sentiasa ada untuk anak – anaknya percayalah. Doakan semoga nenek awak berubah menjadi lebih baik, adik beradik awak dapat berkumpul semula.

Naa Azwa Juwa Astar : Saya tak tahu nak cakap apa. Terlalu sedih, ibu sis maybe seorang yang baik dan penyayang. Tapi keadaan yang mem4ksa ibu sis terp4ksa cakap macam tu. Mungkin dia tak sengaja berkata begitu. Semoga sis tabah mengh4rungi dugaan ini. Tentang nenek sis, bagi saya memang meIampau! Kenapa perlu m4ki cucu sampai ugvt ibu sis ank derh4ka. Tak ke orang tua tu sedar yang sis nie adalah anak kepada anaknya. Wanita tua yang baik takkan haIau cucunya kan? D4rah dagingnya sendiri sepatutnya amalkn ibadah untuk bekalan akhir4t. Rumah kata pergi kubvr kata mari. Sedih kami dengar pasal ni. Pulanglah sis, peIuk ibu yang melahir dan membesarkan sis. Maafkanlah dia. Tentang nenek sis, pedulikan. Kalau tak lama sekejap pun jadilah sis. Walau macam mana pun saya respek dengan sis. Bijak cari duit sendiri surv1ve di luar. Tentu sis seorang yang bijak dan tabah. Kipidap sis

Apa kata anda?