Opah aku langsung tak bagi guna beras dia utk masak, ibu terp4ksa korek mkn nasi basi

Aku ingat dulu ibu aku masak nasi guna beras opah aku, opah aku tarik muka dari pagi sampai malam dia tak bercakap dengan kami anak beranak. Ibu aku kais nasi dalam periuk yang dah letak kat hujung kat paip. Nasi tu pon dah basi . Tapi sebab ibu aku lapar, ibu aku makan je. Makan dengan kari yang  dah nak buang jugak tapi tak buang lagi. Ibu aku lapar sebab dia menyusukan adik kembar aku…

#Foto sekadar hiasan. Ini kisah pasal family aku . Aku tak tahu nak share dengan sapa dah . Syurga isteri di suaminya dan syurga suami dia pada ibunya. Bapak aku sayang giIa la kat opah aku a.k.a ibu kepada bapak aku.

Benda ini dah jadi since ibu kawin dengan bapak aku (based on apa yang ibu aku cerita) . Itu pon lepas ibu aku kena marah hari tuh. Aku ada opah yang sejenis kedekut ya rabbi sump4h weh, aku dapat merasa duit dia pon bila hari raya tu pon just RM10.

Kalau hari biasa memang tak merasa lah aku. Makan aku kat sana? hah tak pernah sekali pon dia masak bagi kita orang makan, kalau balik kampung kami ibarat duduk di rumah tumpangan, makan di kedai. Atau pun ibu aku bawa balik segala jenis benda untuk di masak seperti beras, ayam, garam gula, sayur, semua benda kami angkut bawa balik

Jangan sesekali guna barang opah aku, nanti dia tarik muka habis habis. Aku ingat dulu ibu aku masak nasi guna beras opah aku, opah aku tarik muka dari pagi sampai malam dia tak bercakap dengan kami anak beranak.

Dia marah giIa sebab guna beras dia. Bukan sengaja ibu yang masak tapi sebab nasi yang dia masak sikit sangat untuk kami adik beradik sebab opah masak seolah olah cukup untuk dia seorang ja. Lauk? tak ada. Ada sekor lagi ikan kari.

Itu je, dia tak masak apa apa pon tapi bila anak kesayangan dia paksu call kata nak balik beria dia masak telur goreng nak bagi paksu makan. Dulu aku adik beradik menangis waktu kecik lapar, tapi dia buat bod0h sikit pon dia tak tolong bagi makanan kat kami ibu aku pula menyusu adik kembar aku.

Dua – dua adik kembar aku menyusu badan. Bapak aku? tak ada. Dia jumpa kawan dia, menghilang dari pagi lagi. Tapi akhirnya kami diam sendiri sebab ibu dah menangis tengok kita orang kelaparan sebab ibu pon lapar juga.

Kami terus sambung main (ye lah zaman budak budak asyik main je 24 jam) Ibu aku lapar sebab menyusukan adik kembar aku, ibu aku pergi rumah mak ngah aku (sebab dia orang berjiran), ibu aku kais nasi dalam periuk dia.

Periuk tu dia letak kat hujung kat paip. Nasi tu pon dah basi . Tapi sebab ibu aku lapar, ibu aku makan je. Makan dengan kari yang yang mak ngah nak buang jugak tapi dia tak buang lagi. Ibu makan. Tiba – tiba mak ngah datang tanya ibu dah makan ke belum, ibu kata dah.

Mak ngah macam marah lah sebab dia risau kita orang guna barang dapur dia tapi ibu kata ibu makan nasi yang dalam periuk tu. Dia blah je. Ayah aku? jumpa kawan busy yang teramat sangat sampai lupa anak bini.

Pernah aku nampak opah beli biskut dia tak bawa keluar biskut dia dari dalam plastik (sebab selalunya dia transfer biskut letak dalam tin) sampai lah kita orang balik rumah. Risau gamaknya kita orang habiskan makanan dia .

Padahal kita orang adik beradik bukan la jenis suka pergi dapur rumah orang seIongkar cari makanan. Kami pon tak kisah la biskut kering je Tapi kita orang terkiIan bila opah layan kita orang macam itu.

Bila hari raya, bila turn balik rumah opah aku, paling aku tak suka sebab sudah tentang kami semua akan lapar tapi bapak aku buat buat tak tahu je (sebab bapak aku sejenis yang cepat kenyang jarang lapar).

Kita orang adik beradik yang kebuluran. Opah? dia memang jarang makan, dia masak nasi cukup – cukup untuk dia dengan kari yang bila punya entah dia masak lepas tu dia panaskan. Opah aku ini style masak selagi tak habis dia panaskan.

Kadang – kadang seminggu dia makan lauk yang dia panaskan je. Pernah dulu opah aku suruh ibu pergi rumah mak ngah minta ketupat (sebab anak paksu aku suka makan ketupat) ibu tak boleh nak masak ketupat sebab baru lahirkan adik kembar aku.

Jadi ibu pergi ke rumah mak ngah minta ketupat nak bagi si anak paksu makan. Makngah herdik ibu. Paling aku akan ingat sampai m4ti. Mak ngah marah. Dia cakap kat ibu kalau nak makan masak sendiri jangan asyik minta – minta.

Padahal selalunya memang ibu yang masak cuma tahun itu ja, sebab adik kembar baru lahir. Ibu masih s4kit sebab dia lahirkan adik kembar 0perate bukan normal. So sebab tu la ibu tak masak. Bila mak ngah herdik marah ibu, memang ibu rasa nak nangis.

Tapi ibu sabar. Bukan kita orang adik beradik yang nak makan, anak paksu yang makan. Sebijik pun kita orang tak jamah, semua anak paksu yang makan. Sejak dari tu lah kita orang tak suka balik kampung. All of my sibling tak suka balik kampung opah.

Kita orang kebuluran kalau balik sana. Bapak macam tak paham – paham padahal dah bertahun benda ini jadi. Tahun lepas turn raya kat kampung sebelah ibu so memang kita orang tak bawa balik makanan untuk nak masak.

Aku adik beradik lepak dalam bilik. Ibu pon baring je dalam bilik, bapak aku masuk bilik marah kita orang. Dia kata kita orang ni layan opah macam orang gaji, tak nak langsung tolong opah masak kat dapur. Padahal itu la first time opah masak untuk kita orang.

Kami pun tak tahu yang opah masak. Lepas itu bapak kata yang kita orang ini macam maam besar duduk saja dan kami ni kurang ajar. Sejak dari peristiwa tu lah, ibu and bapak berg4duh. Plus bapak pula rasa tercab4r bila ibu lagi banyak duit dari bapak sebab ibu buat simpanan (duit tu dapat dari adik beradik ibu yang selalu bagi duit kat ibu).

Padahal semua benda ibu yang tanggung kita orang. Makan, pakai, semua lah, sebab bapak spisis sapa macam opah kedekut. Ibu sampai eksid3n cari rezeki kat kita orang semua untuk nak sara kita orang tapi bila ibu eksiden.

Bapak bukan risau tapi dia marah – marah ibu, padahal ibu dah separuh sedar sebab baru lepas pengsan. Dia marah sebab kereta yang Ianggar ibu nak claim semua ker0sakan kereta dia (padahal kereta tu yang Ianggar ibu).

Hari tu ibu dah masak. Lepas itu ibu chill lah main fb, bapak baru balik sebab bapak half day, hari hujan pulak. Ibu tanya bapak dah makan ke belum ibu cakap ibu tak masak lagi. Lepas itu bapak aku makan roti. Ibu tanya aik tak makan ke.

Bapak aku marah ibu depan mata aku weh. Dia cakap yang dia lapar ibu boleh pulak tak masak. Ibu cakaplah ibu dah masak plus lauk – lauk semua atas meja which is depan mata bapak je. Dah tak ada modal nak marah bapak cakap dengan suami pun nak buat main.

Padahal selalunya bapak yang selalu gurau makanan dah habis. Ibu diam. Bapak cakap la raya tak rasa raya langsung, kami adik beradik dan ibu berIagak maam besar tak nak tolong masak bla bla bla (bapak tak ada benda nak cakap sebab tu semua benda dia ungkit).

Padahal itu lah first time opah masak. Siap bapak cakap kat ibu jangan berIagak sangat dengan duit ibu tu. Siap dia warning dia nak lepaskan ibu balik kampung. Tak yah duduk dengan dia a.k.a bercerai. H4ncur hati aku dengar bapak cakap macam tu.

Ibu apatah lagi.. Lepas tu kejadian tu, ibu dan bapak asyik bertekak. Semua benda ibu buat semua tak kena. Sampai ibu dah fed up . Kami adik beradik yang lalui ni dari kecik so kami memang paham perasaan ibu. Kami pon sedih bila bapak buat macam tu.

Ibu cakap ibu nak berpisah dengan bapak cuma tunggu adik aku lepas SPM lepas tu dia nak berpisah. Aku tak tau lah aku confused aku yang hadap semua benda sebab aku sorang je yang tinggal kat rumah yang lain duduk asrama.

Obvi0usly la aku yang paling rapat dengan ibu. Aku rasa sedih nak nangis, tak tau la apa patut aku buat. Biarkan je keputvsan ibu atau pujuk ibu supaya berbincang elok – elok dengan bapak. Dah dah panjang berjela aku type korang skip je sebab malas nak baca kan? Tu je, ada banyak lagi tapi aku rasa dah terlalu panjang so better aku stop. – Budak maIang

Komen warganet :

NurAz Wan : Dah begitu lama mak kau makan hati dengan per4ngai bapa kau dan family dia, masih nak suruh dia bincang lagi. Apa ruginya mak kau, kalau tak ada manusia kedekut macam tu? Kalau aku yang dapat laki kedekut macam tu, siap mertua kedekut, memang takde aku nak balik kampung dia dah.

Kalau balik pun, aku masak sedap – sedap, tapi cukup untuk aku dengan anak – anak aku saja. Lelaki kedekut tu, biar je, makan nasi dan gulai yang dah seminggu tu, dengan mak dia.

Zie Lazimah : Alhamdulillah. Biar ape pun orang tua perlakukan pada kita, kita terima dengan ikhlas kerana Allah. Walau nasi, lauk basi kita makan tak menjadi terkesan kerana Allah lebih mengetahui.

Sabarlah wahai insan yang bernama isteri. InsyaAllah, Allah akan memberikan kita yang lebih baik. Allah itu adil, allahhukakbar.

Asfalela Lela : Saya pernah melaluinya. Seorang nenek yang pilih kasih. Beli buah, kek yang anknya bawa dari Sarawak disorok dalam bilik. Bila dah berkulat baru keluarkan dibuang. Sampai sekarang masih lagi kedekut.

Cucu – cucu kesayangan yang mak ayahnya makan gaji dilayan elok. Cucu – cucu yang miskin ni menjadi cucu yang dibenci berkira serba benda.

Latipah Nawi : Betul semua orang ada kisah silam. Kalau nak dicerita boleh buat drama 100 episod. Kesah sedih berulang – ulang jalan cerita tetap sama. Betul sebelum senang banyak liku – liku hidup yang sedih dan hiba kita tempuhi.

Hidup berkeluarga banyak dugaan. Ibarat kapal di lautan dibad4i 0mbak siang dan malam. Sebab tu nasihat saya lepas kahwin belajarlah hidup berdikari. Jangan duduk dengan mertua. Pengalaman banyak mengajar erti kehidupan.

Wahai sahabat carilah pasangan yang menyayangi kita, jangan yang kita cintai. Semoga bahagia hingga ke m4ti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?