Orang kampung kutuk mak abah, “anak pandai, kahwin kan dgn pemandu lori”

TuIar dilaman twitter hari ini apabila seorang wanita memuat naik siaran gambar majlis akad nikahnya.

Namun apa yang menarik para netizen, wanita yang menggunakan nama akaun @AzuraOrkid itu adalah seorang cikgu yang mempunya kelulusan degree dan master. Manakala si suaminya, Hafis, adalah pemandu lori.

Katanya, beliau tidak terlepas dari menjadi bahan bualan orang sekeliling yang memandang rendah pilihannya.

i cikgu, suami i pemandu lori.

i degree dan master, suami SPM.

Hantaran bawah 10k.

Orang kampung i kutuk mak abah, “anak pandai, kahwin kan dgn pemandu lori”.

Makcik, tak hina pon kahwin pemandu lori, kita ni hamba yg belum tentu mulia disisi Tuhan.

Menurut beliau, suaminya mempunya lesen lori trailer dan bukan calang-calang syarikat lori yang suaminya bawa.

Iye betul. Suami saya bawa treller gas jenama petron & petronas. Sebelum ni bawa gas BhP.

Uish… Makcik-makcik kat kampung mungkin tak taw, gaji driver treller ni memang tinggi. Memang kalah la gaji yang duduk pejabat kena aircond je.hehe

Kepada adik ni, abaikan je la mulut orang. Yang penting family semua setuju. Ciapan itu mendapat lebih dari 11 ribu ulang siar dan rata-rata netizen memberi pujian dan sokongan kepada beliau. Semoga bahagia sampai syurga ye dik.

Kongsi Artikel Ini :