“Orang sibuk baca Yassin malam ni, ko sibuk karok.”

Bukan mudah sebenarnya bila menjadi seorang selebriti, setiap gerak geri baik atau buruk akan menjadi pertikaian netizen. Salah satu artis yang sering mendapat perhatian netizen adalah pasangan Shuib dan juga Siti Sarah.

Sebelum ini pasangan ini dikec4m oleh netizen kerana dikatakan mahu menunjuk apabila memberikan sedikit sumbangan berbentuk minuman kepada para petugas media yang berada di perkarangan Istana baru-baru ini. Namun Sarah menjawab itu hanyalah satu perbuatan yang orang lain turut lakukan untuk menggembirakan para petugas yang sanggup berpanas untuk menyampaikan berita pada masyarakat.

Terbaru apabila dikenakan perintah kawalan pergerakan masing-masing para selebriti menunjukkan segala aktiviti yang mereka lakukan di rumah untuk dikongsikan dengan para peminat. Shuib dan Sarah juga tidak terkecuali, Shuib memuat naik video mereka berdua berkaraoke menghabiskan masa bersama.

Karokkkk #KaraokeKuarantin #staysafe #Stayhome #Day2PKP #covid19

View this post on Instagram

@sitisarahraissuddin

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Namun maIangnya ada segilintir yang tidak berpuas hati dan menyuruh Shuib menghabiskan masa dengan beribadat dengan keadaan yang berlaku sekarang. Berat betul cabaran menjadi selebriti ni, langsung tak boleh berseronok walaupun dengan isteri.

Orang sibuk baca Yassin malam ni, ko sibuk@karok

Tahlil laa ib, sebelum tunggu Isyak ni

Elok baca Yassin anak beranak mintaa jauh balaa yang sedang dilanda ni

Dieorang da buat kot tak kan nak tunjuk segala kebaikan kita pada Allah..biar Allah tahu apa kita buat…nak hiburkan hati je tu..baca yassin siap2 da masa magrib lepas isyak sampailah solat hajat..pastu kita kena la hiburkan hati jangan stress sangat..Insha Allah semoga kita semua selamat hendakNya..Aamiin..

Nanti shuib post yang tengah ngaji doa bagai ada la yang komen cakap riak.. Benda baik tak elok tunjuk2… Aduhaii netizen2.. Kebaikan biar la keluarga dia n Allah je yang tau..

Kesian juga dengan Shuib ni, tak senang duduk dibuatnya. Apa-apa pun dalam keadaan macam ini, dari kita buat perkara yang boleh sakitkan hati orang ain, baiklah kita mendoakan antara satu sama lain.

Kongsi Artikel Ini :