Hebat usahawan usahawan dari Malaysia, bergabung dengan rakyat Malaysia kutip 9 juta untuk bantu baby Naail..
Sebelum ini pasangan suami isteri Siti Norraihan Mohd Amin dan Wan Aslam Zakaria telah berkongsi tentang anak mereka, Wan Muhammad Naail yang menghidap peny4kit yang amat jarang dijumpai iaitu Spin4l Muscul4r Athr0py (SMA) Type.
Sepanjang tempoh 8 bulan usianya, sudah 3 kali Naail dimasukkan dalam PICU kerana jangkitan paru – paru. Keupayaan untuk menelan air liur pun semakin merosot sehingga perlu kerap neb dan sedut kahak sentiasa.
Untuk menghentikan kemerosotan otot ini, Naail perlu segera mendapatkan ubat dan ubat yang paling efektif setakat ini adalah Zolgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan RM9 juta lebih.
Sementara menunggu dana yang cukup untuk ubat Zolgensma, Naail kini mengambil ubat Risdiplam (1 botol / bulan berharga RM40,400) sebagai ubat sementara untuk mengekalkan keadaan Naail agar tidak terus menerus merosot.
Keadaan Naail selepas menggunakan ubat Risdiplam ini selama 1 bulan ini nampak ada kesan yang baik dari sudut pernafasan dan ‘heart rate’ lebih stabil. Kepala pun mula aktif bergerak dan tangan pun mula aktif. Cuma ubat Risdiplam ini perlu diambil sepanjang hayat dan ianya memakan kos yang sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, kami masih berharap Naail mendapat Gene Therapy Zolgensma sebelum usianya mencecah 1 tahun untuk kesan yang lebih efektif dengan mengantikan terus fungsi gen SMN1 yang hilang untuk pes4kit SMA Type 1 ini.
Mohon doakan Wan Muhammad Naail, moga diberi kesembuhan sepenuhnya. Oleh sebab masa yang agak singkat untuk mengumpul dana sebanyak itu, sebuah organisai bukan kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu mendapatkan sumbangan ataupun derma dari seluruh rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, hari ini Founder Misi Rakyat menangis apabila telah mendapat kutipan baby Naail dan capai t4rget RM9 juta. Berkat bantuan rakyat Malaysia, akhirnya baby Naail boleh menerima rawatan injection Gene Therapy Zolgensma yang berharga RM9 juta.
Apa yang lebih membanggakan beberapa nama yang dikenali, Hafiz Mahamad pun turut sumbang RM50k sebanyak 2 kali menjadikan jumlah 100k, manakala Ayuni juga salah seorang founder turun memberikan sumbangan yang agak besar.
Founder AAINA Beauty
Menerusi perkongsian ibu bayi tersebut, tertera nama Hafiz Mahamad serta seorang individu yang juga usahawan terkemuka dikenali Ayuni menjadi dua penderma terakhir bagi mencukupkan kutipan dana yang telah digerakkan oleh badan amal Misi Rakyat.
Founder Vitamilk
Tahniah kepada semua penyumbang, tidak kira banyak ataupun sikit anda turut membantu baby Naail untuk sihat seperti kanak – kanak lain. Moga dipermudahkan urusan baby Naail dan keluarga, Amiin. Terima kasih buat yang menyumbang, moga dikurahkan rezeki selalu.
Tentang Hafiz Mahamad, usahan kosmetik, influencer pemurah. Nama beliau sudah acapkali menjadi sebutan rakyat Malaysia kerana sikap suka membantu dan cara layanan terhadap isterinya, Syafiqah Aina menjadi pujian.
Selain itu, Hafiz dan Aina juga seringkali memberi sumbangan kepada para pekerja sehingga membuat ‘trip umrah’ secara percuma kepada semua staff. Baru – baru ini juga salah seorang staff mendapat hadiah kereta.
Komen Warganet :
Nurul Aminah Atiqah : Bab ni rakyat Malaysia memang terbaik !!! Kepada siapa yang menghulurkan bantuan semoga kalian semua diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan di tempatkan di syurga Allah.
Azee Azmi : Bestkan.. sebab itulah orang islam kene kaya.. Alhamdullilah semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dapat membantu orang – orang yang dalam kesusahan. Semoga baby Naail dapat sembuh dan dipermudahkan urusan rawatannya.
Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.