Pagi tu saya bank in kepada ayah saya duit perniagaan. Masa tengah meniarap, isteri tend4ng saya marah-marah minta duit

Selain kerja pejabat, saya ada bisnes kereta sewa tapi isteri selalu meng4muk saya balik lewat. Saya rela hilang bisnes dari hilang isteri. Wanita bekerjaya ni ego, dia dah mula bunyi suruh lepaskan..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Susah untuk saya luahkan sebab saya ni lelaki, kaum suami. Yang baik ambil lah, yang buruk tolak jauh. Cerita ni panjang, boleh sediakan popcorn. Sebelum berkahwin dengan isteri, kami kenal sama – sama di universiti.

Rezeki isteri lebih murah, dia tamat belajar on time. Saya pula lewat sebab tukar bidang di tahun kedua. Jadi dia kerja dulu dan berduit dulu lah. Masa ni perit juga sebab nak ikut perempuan berduit ni, selera dia dah naik sikit. Belanja banyak. Kemudian saya dapat kerja intern bergaji kecil.

Untuk membuktikan seriusnya hubungan tu, saya membeli rumah setahun sebelum nikah. Join loan, dua nama, kami kongsi booking fee. Deposit mak ayah saya yang bayar, termasuk booking fee tu sekali. Jadi saya pulangkan duit dia.

Tapi rezeki rumah tu orang sewa. Kami tak pernah duduk rumah tu, sampai sekarang tetap disewakan. Hampir tarikh perkahwinan, isteri beli rumah lagi satu, nama dia, loan dia. Itulah rumah kami pertama mencipta bahagia.

Installment dia bayar, saya bayar utiliti dan maintenance. Saya dah mula berniaga kereta sewa masa tu. Kereta banyak, tapi overhead pun tinggi, tak lah untung mana. Isteri pula terus maju sambung belajar dan dapat kerja yang baik – baik.

Saya cakap pada isteri, pakailah mana – mana kereta saya ada tu, tapi isteri berkeras nak kereta baru, kami kongsi deposit, dia bayar installment, saya bayar servis, repair, insurans, dan roadtax. Sebenarnya okey je cara kami ni.

Pada saya, kalau isteri saya tak ada nak itu ini, saya masih dengan cara kampung saya lagi. Bila saya dapat kerja tetap, saya tinggalkan bisnes kereta sewa. Dia pernah meng4muk saya tak balik malam sebab masih urus kereta sewa.

Jadi saya jual bisnes tu dengan hutang masih banyak lagi. Biarlah hilang bisnes tapi jangan hilang isteri. Duit cash jualan syarik4t tu saya agih – agihkan pada pemodal. Ahli keluarga, kawan baik, dan dia sendiri ada modal satu kereta.

Pagi tu saya bank-in kepada bapa saya dulu. Entah macam mana ketika saya tengah meniarap menghadap laptop, dia sep4k saya, marah – marah minta duit dia. Dia tahu saya bayar pada bapa saya dulu kerana dia boleh tengok transaksi akaun saya.

Sebagai suami, cuba majukan diri. Saya ambil exam kemahiran dan lulus. Pangkat dinaikkan sikit – sikit, gaji saya m4kin naik menyamai gaji dia. Saya cakap, saya akan beli semua yang perlu ikut kemampuan saya. Tapi kalau dia tambah duit dia, kita boleh beli yang lebih berkualiti lagi.

Formula ni kami pakai lama juga sampai anak dah masuk dua. Saya ni tegas juga tapi saya tak suka marah – marah. Kalau isteri marah, saya jawab elok – elok. Hidup kami ni berw4rna w4rni. Kami alhamdulillah, kalau jumpa, solat berjemaah sama – sama.

Ada program masjid kami pergi. Tapi itulah, wanita bekerjaya ni ada juga ego dan selera dia. Lama – kelamaan, kerjaya meningkat, kami dah masuk kumpulan T20. Masa ni tak ada dah istilah duit berkongsi. Saya bayar tanggungjawab saya.

Dia pakai lah apa dia nak buat dengan gaji dia. Habis, saya licinkan gaji saya setiap bulan membayar komitmen. Beli rumah baru, peralatan terbaik dalam rumah, insurans, dan pendidikan terbaik untuk anak – anak. Isteri saya, dia akan sokong kehendak, makan sedap, percutian, dan majlis – majlis keraian kalau kami anjurkan.

Kadangkala, saya ada defisit belanja, isteri akan sokong balik saya. Cuma saya berkecil hati sikit dengan isteri. Selepas ada kemampuan kewangan, saya refinance rumah yang pertama kami beli. Saya keluarkan dia dari joint loan, tapi kekal rumah dua nama.

Duit lebih refinance tu dia nak katanya sebab dia ada kongsi dalam rumah tu. Saya bagi je lah sebab saya tahu hujung – hujung, isteri saya ni akan tolong saya juga. Dengan kurangkan komitmen, dia buat pinjaman peribadi bantu adik dia berniaga 200k dan beli kereta baru.

Kereta baru tu, saya setuju dia bayar installment, saya bayar lah kos – kos lain. Mengenangkan saya ni kerap PJJ dengan isteri, saya beli rumah baru landed. Senang dia nak masuk rumah, tutup autogate dah boleh buka pintu, tak macam dulu masa tinggal kondo.

Terkilan sikap isteri, masa nak tandatangan SNP dia suruh ubah letak nama dia sekali dalam tu walaupun rumah tu full loan saya. Terlalu rasa tidak selamat, sebabkan pertukaran SNP, saya kena denda 10k late charges. Kalau tak tukar tahu lah orang baran macam mana.

Sekarang ni dah beberapa kali saya dengar dari mulut dia tak suka rumah yang saya beli sebab jauh dari tempat kerja. Dah 6 tahun dah duduk rumah tu, anak dah tambah jadi 4. Sibuk pula suruh saya cari rumah baru yang berdekatan tempat kerja dia.

Dia nak move on katanya. Saya faham lah tu. Dah bunyi – bunyi sebut minta lepaskan dia. Sebenarnya persoalan kat sini, apa lagi yang tak cukup. Kalau asyik membanding – bandingkan dengan orang, takkan pernah cukup lah macam ni.

Komen W4rganet :

Adam Megat : Ni nasihat ikhlas, suami memang perlu bersabar dalam mendidik isteri kerana dah diciptakan lelaki itu lebih rasional dalam membuat keputusan. Atas sebab itu jugak hanya suami sahaja yang boleh menceraikan isteri.

TAPI, syarak dah mensyariatkan bahawa seorang isteri WAJIB patuh dan taat kepada APA SAHAJA perintah suami selagi mana tidak meIanggar hukum syarak. Jadi sebagai suami yang akalnya lebih rasional dari sang isteri yang penuh emosi itu, awak kena cari punca kenapa isteri jadi baran dan cuba ubah selagimana dia tidak DERH4KA kepada awak.

Isteri membebel, merajuk, dan lain – lain yang seangkatan dengannya masih boleh dianggap sebagai kesalahan kecil yang tidak jatuh kepada derh4ka (ini berg4ntung kepada tolerance suami itu) tapi kalau dah sampai sep4k suami tu, pada saya dah jatuh derh4ka.

Rules rumahtangga itu awak yang patut buat dan kuatkuasakan bukannya biar isteri berterusan buat suka hatinya. Islam mengamalkan patriarki yang ditentang oleh barat dan golongan feminist. Untuk munasabah diri awak dan jugak saya sendiri, buruk baik seorang isteri adalah 100% bawah tanggungan suami.

Jadi gunakan hak awak sebagai suami dan kalau tak jalan jugak, ceraikan sahaja. Tapi kalau awak takut nak guna hak sebagai suami dan isteri awak jadi derh4ka, itu salah awak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.