Pak mertua tak bagi aku panggil suami ‘hubby’. Dia tak suka aku suap suami. Aku bangun lewat dia tuduh aku ‘projek’ dengan suami

Tapi ada satu hari tu, saya terbangun lambat sebab tak cukup tidur. Lepas mandi, bapa mertua panggil saya. Katanya, saya tak tahu malu duduk di rumah mereka tapi bangun lambat. Dia kata kalau nak “buat projek,” baliklah rumah sendiri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin, tolong hide profil saya. Maaf kalau cerita ini panjang sedikit. Cerita ini berlaku semasa saya tinggal di rumah mertua tahun lepas (sekarang sudah pindah). Mertua suruh tinggal di rumah mereka dan tidak benarkan pindah.

Sepanjang saya tinggal di rumah mertua, banyak kerja rumah yang perlu dibuat. Semua yang mak mertua buat, saya kena tolong. Setiap pagi lepas bangun tidur, mesti ada pinggan mangkuk yang kotor penuh di singki dan saya yang terp4ksa basuh.

Yelah, kita menumpang kena la buat, nanti tak sedap pula walaupun bukan kita yang makan. Setiap dua hari sekali, mak mertua akan basuh baju dan saya yang kena angkat bakul serta jemur pakaian (semua baju yang ada di rumah).

Pak mertua pula memang jenis suka mengarah. Ini betul – betul “BAPA MERTUA” yang cerewet. Dia selalu suruh saya buat macam – macam kerja sampai kipas pun semua kena cuci. Saya sering mengadu pada suami yang saya tak tahan penat duduk di situ, tetapi suami suruh bersabar dahulu dan cakap dia belum mampu untuk pindah.

Kadang – kadang, kakak ipar dan biras pun selalu balik sebab rumah semua dekat – dekat je. Tapi setiap kali mereka balik, saya yang penat sebab mereka malas, lagi – lagi kakak ipar. Setiap kali mereka makan, mereka tinggal je dalam singki, dan akhirnya saya atau mak mertua yang kena basuh.

Selepas tiga bulan berkahwin, saya dan suami dapat berita gembira bahawa saya mengandung! Tapi kebahagiaan itu tak lama. Sepanjang saya mengandung pun, saya kena buat kerja seperti biasa. Suami ada pesan pada mak mertua supaya jangan suruh saya angkat benda berat, tetapi pak mertua kata saya terlalu manja.

Sampailah saya keguguran disebabkan penat dan str3ss tinggal dengan mertua. Lepas saya keguguran, mak mertua pula salahkan saya sebab tak jaga elok – elok kandungan, katanya saya gugur sebab makan asam, walaupun saya makan asam hanya untuk hilangkan rasa mual.

Saya yang mengandung, lagi sedih saya yang keguguran, tetapi orang lain pula salahkan saya disaat saya masih bersedih. Saya hampir mer0yan, tetapi nasib baik suami selalu beri kata – kata semangat pada saya. Alhamdulillah, lama – kelamaan saya mula redha dengan apa yang berlaku.

Setelah beberapa bulan tinggal di rumah mereka, bapa mertua m4kin banyak kritik saya. Dia kata dia tak suka saya panggil suami “HUBBY,” dia suruh kami tukar panggiIan seperti “ABANG”. Tapi suami saya tak setuju sebab kami dah biasa dengan panggiIan “HUBBY”.

Bapa mertua juga tak suka saya menyuap suami ketika makan, katanya memaIukan, walaupun itu memang kehendak suami saya sendiri. Pada waktu pagi pula, bila bapa mertua bangun, dia selalu menjerit panggil kami keluar bilik walaupun kami sedang berehat berdua kerana suami cuti pada hari itu.

Lama – kelamaan, saya beritahu suami saya yang saya tak suka cara bapa mertua, sehingga suami pun tak tahan dengan kritikan – kritikan itu. Suami akhirnya putuskan untuk berpindah, tetapi bapanya tak izinkan, katanya membazir.

Saya tetap bertindak mencari rumah sewa di FB dan Mudah.my. Setelah berbincang, suami setuju untuk pindah kerana rumah yang saya cari tidak terlalu mahal dan mampu untuk dibayar. Kami terus berterus terang bahawa kami akan berpindah tak lama lagi.

Tetapi bapa mertua mula tidak bercakap dengan saya kerana terasa hati. Lepas kami berpindah, Alhamdulillah, saya dan suami sangat bahagia. Kami selalu balik rumah mertua setiap minggu untuk menjenguk mereka dan kadang – kadang tidur sana pada hujung minggu.

Tapi ada satu hari tu, saya terbangun lambat sebab tak cukup tidur. Hari itu, suami saya bekerja pagi dan saya bangun seawal jam 5 pagi untuk masak dan siapkan keperluan suami pergi kerja. Selepas suami pergi kerja pukuI 7 pagi, saya basuh semua pinggan mangkuk dalam singki kerana kesiankan mak mertua.

Tapi saya terlalu penat, saya baring dalam bilik dan tertidur. Saya terbangun pada jam 10:30 pagi dan terus bangun mandi. Lepas mandi, bapa mertua panggil saya. Katanya, saya tak tahu malu duduk di rumah mereka tapi bangun lambat, walaupun itu kali pertama saya terlambat.

Saya cuba terangkan yang saya terbabas tidur kerana terlalu penat, tetapi bapa mertua berkata kalau nak “buat projek,” baliklah rumah sendiri dan dia sindir saya supaya sambung tidur lagi. Saya rasa panas hati bila dengar kata – kata itu.

Orang yang dulunya baik dengan kita tiba – tiba berubah jadi t0ksik. Saya tak suka meIawan cakap orang tua kerana kata – kata saya mungkin meIukakan hati. Jadi, saya diam saja dan tolong mak mertua memasak sehingga siap.

Saya cerita pada suami, tetapi dia suruh bersabar kerana tak mahu besarkan masalah. Saya jadi malas nak balik rumah mertua, setiap kali suami ajak, saya suruh dia balik sorang, tapi dia tak mahu. Dia tetap nak saya ikut. Saya terp4ksa ikut untuk elakkan salah faham.

Setiap kali saya balik, bapa mertua tak pandang pun saya, hanya bercakap bila ada suami. Bila suami tiada, dia buat macam saya tak wujud. Saya mengadu pada suami supaya bercakap dengan bapanya, tetapi suami tak nak besarkan masalah.

Sekarang saya mengandung lagi (1 bulan lebih) selepas keguguran dan ttc selama setahun. Saya tak boleh str3ss dan kena jaga kandungan kali ini. Saya pujuk suami supaya balik ke sana dua minggu sekali sahaja. Kini, bapa mertua nampak sem4kin tidak suka pada saya, sebab anaknya jarang balik.

Tapi saya tak kisah, tak boleh p4ksa orang untuk suka kita. Jadi diri sendiri dan jangan terlalu layan orang t0ksik, lama – lama kita yang akan tertekan. Terima kasih Admin.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.