“Pakai Gaun, Fake Eye Lashes, Nyanyi Lagu Perawan Janda, GiIa Ke?” – Kak Ogy Kritik Program Kanak-Kanak

Siapa tak kenal aktress lagenda kita, Kak Fauziah Ahmad Daud seorang yang lantang bila berkata-kata. Baru-baru ini Kak Ogy ada memuat naik kritikannya dilaman youtube berkenaan program nyanyian kanak-kanak.

Bagi Kak Ogy, program realiti kanak-kanak yang didakwanya langsung tidak sesuai dengan usia mereka. Maklumlah rata-ratanya berusia antara 7 hingga 12 tahun tetapi di’grooming’ seperti orang dewasa.

Beliau tidak menolak bakat yang terdapat pada kanak-kanak tersebut cuma bagi beliau lagu yang diberi dan pakaian yang disediakan amatlah tidak sesuai. Kanak-kanak dibiarkan memakai gaun, bulu mata palsu dan diberikan lagu-lagu cinta yang sama sekali tidak sesuai untuk umur seperti itu.

“Budak 8 atau 9 tahun pergi ke pentas, pakai gaun,

Crown, dengan lipstik bagai nak rak, false eye lashes lagi.

Berat mata budak tu. Tiba-tiba nyanyi lagu

‘Perawan atau Janda’. GiIa ke apa?”

Pada pendapat beliau, sepatutnya kanak-kanak tersebut digiIap dengan cara yang betul. Mereka boleh menyanyikan lagu Patriotik ataupun nasyid. Selain itu, perkara sebegini mungkin menyebabkan kanak-kanak ini malu apabila dewasa nanti. Ogy turut menyalahkan produser tentang program tidak sesuai ini.

Walau bagaimanapun, beliau berharap para produser dapat mengambil iktibar daripada teguran yang dibuat. Teguran itu malah mendapat reaksi positif dari netizen yang sama-sama bersetuju dengan kritikan yang diberikan.

Bagi kami ada betulnya apa yang dikatakan oleh Kak Ogy. Biarlah anak-anak ini melalui hari mereka seperti kanak-kanak yang lain. Apa-apa pun ia terpulang bagaimana cara ibu bapa mencorak kan anak-anak mereka.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..