Sebelum tetamu sampai lagi mak mertua dah ambil baby dari suami. Bila kawan – kawan mak mertua sampai, dia dengan seronoknya bagi mereka peIuk – peIuk ciuum baby. Bila saya nampak baby dah menguap mengantuk, saya hulur tangan nak ambil tidurkan. Tapi Ummi tak bagi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Ain, 27 tahun. Alhamdulillah saya baru bergelar ibu kepada seorang bayi lelaki berumur 4 bulan. Saya berpantang di rumah keluarga sendiri sehingga raya puasa. Jadi raya haji baru – baru ni merupakan kali pertama kami membawa baby balik ke rumah mertua.
Saya rasa hubungan saya dengan ibu mertua boleh dikira baik. Saya merupakan menantu tunggal Ummi; suami adalah abang sulung kepada 5 orang adik. Kepulangan kami membawa cucu sulung memang disambut dengan meriah lah oleh keluarga mertua.
Adik – beradik suami semua seronok melayan baby. Tapi apa yang membuat saya tak selesa ialah apabila tetamu mula datang. Ibu bapa saud4ra, tok nenek saud4ra, malah jiran tetangga bersilih ganti datang hampir tak putvs – putvs untuk melawat baby sepanjang kami di rumah mertua.
Alhamdulillah, saya tau tetamu hadir membawa berkat. Cuma saya jadi sangat terkilan bila baby dibuat seperti harta benda awam. Hari pertama tetamu datang, ada yang terus ambil dukung baby dan bawa lari sampai ke ruang makan, ke dapur, tanpa meminta kebenaran saya sebagai ibu.
Saya ingat lepas pandemik orang lebih cakna tentang peny4kit – peny4kit berjangkit ni. Tapi mereka tanpa was – was gomoI dan ciuum baby. Saya rasa anxi3ty melihat mereka ‘pass – pass’ baby antara satu sama lain. Saya hampir menjerit bila ada ibu saud4ra yang cuba menghulur buah ke mulut baby. Mujur ada anaknya di sebeIah sempat tegur.
Ibu saud4ra tu hanya menjawab, “alah, gurau je.” Saya tak faham di mana lawaknya. Ada juga yang kacau baby sebab nak cuba buat dia menangis dan bila menangis mereka hanya ketawa dan hulur balik pada saya untuk tenangkan.
Saya apa lagi, teruslah bawa lari masuk bilik dengan alasan mahu susukan. Dan memang saya tak keluar sampai tetamu balik. Hari kedua saya sengaja tak susukan baby dulu sebelum tetamu datang, dengan harapan baby akan cepat menangis supaya saya boleh cepat ambil dia bawa masuk bilik kalau perlu. Dan memang perlu pun.
Cepat je baby menangis sebab ada sepupu yang keterlaluan mengacau baby. Saya terus bawa baby masuk. Niat saya nak tunggu dalam bilik sampai tetamu balik. Tapi Ummi hantar suami untuk jenguk saya di bilik supaya bawa baby keluar.
Saya berkeras suruh suami beritahu yang baby sedang tidur. Lama saya berkurung dalam bilik sebab tetamu waktu tu seakan tak mahu pulang menunggu baby keluar. Malam tu saya terus terang dengan suami. Saya beritahu dia, bayi kecil immune dia lemah dan saya tak selesa bila ada yang buat baby sesuka hati.
Suami juga tahu yang baby senang jadi ‘overstimulated’ bila tetamu ramai. Baby senang penat dan bila penat dia meragam. Dan bila tetamu dah balik, yang penat nak menenangkan baby yang meragam tu kita juga. Cuma suami tak sedar apa yang terjadi dalam dua hari ni.
Saya fikir, biasalah lelaki memang kurang ‘alert’ hal – hal macam ni. Saya rasa lega sikit sebab sekarang saya tahu suami di pihak saya dan dia pun dah janji nak lebih tengok – tengokkan baby. Sebab ye lah, kalau saya sebagai menantu yang tegur, takut mereka tak boleh terima pula.
Hari esoknya, Ummi beritahu awal – awal ada kawan – kawan dia nak datang melawat baby lepas zohor. Ummi siap pesan supaya tidurkan baby dulu sebelum tu. Kali ni saya minta suami yang dukung baby, dengan harapan makcik – makcik yang datang lebih segan nak ambil baby dari suami.
Tapi sebelum tetamu sampai lagi Ummi dah ambil baby dari suami. Bila kawan – kawan dia sampai, Ummi dengan seronoknya bagi mereka peIuk – peIuk ciuum baby. Bila saya nampak baby dah menguap mengantuk, saya hulur tangan nak ambil tidurkan.
Tapi Ummi tak bagi. Ummi suruh tunggu baby betul – betul mengantuk dulu sebab nak main lagi. Suami hanya senyap je tak berkata apa – apa. Saya kecewa sangat. Memang tak lama lepas tu baby menangis kepenatan, dan siapa lagi yang kena tenangkan dia kalau bukan saya?
Selepas kejadian tu, saya beritahu suami yang saya nak berterus terang dengan Ummi. Saya nak beritahu Ummi semua yang saya rasa tak selesa sepanjang dua tiga hari ni supaya kejadian ni tak berulang lagi. Tapi suami tegah, dengan alasan takut Ummi terasa.
Suami cakap dia yang akan beritahu Ummi sendiri. Saya tak tanya lagi macam mana dia cakap dengan Ummi, tapi saya harap sangat dia terangkan betul – betul. Hari esoknya kami pulang ke rumah. Saya tahu, saya baru ibu anak satu.
Mungkin saya yang terlebih beriya jaga anak, terlebih risau itu ini. Tapi saya rasa kalau saya jenis tak kisah pun, hormatlah saya sebagai ibunya dan minta la kebenaran dulu. Saya risau nak balik rumah mertua lagi raya tahun depan.
Sebab cara keluarga suami ni terlalu lain dari cara keluarga saya, macam tak ada ‘boundary’. Saud4ra saya memang minta izin dulu sebelum dukung baby, sebelum ambil gambar. Dan mereka tak pernah bawa lari baby jauh dari saya.
Saya takut pula nanti ada saud4ra suami yang suap je baby sesuka hati di belakang saya bila baby dah boleh makan. Tapi saya masih nak balik ke rumah suami. Adik – adik suami sangat baik melayan baby. Saya juga nak baby membesar nanti rapat dengan mak dan ayah saud4ranya. Cuma saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan saud4ra mara mereka yang lain tu. – Ain (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aini Afifah Huzaimy : Apa yang awak rasa tu normal natural motherly instinct.. Tak perlu ragu – ragu nak cerita dan luahkan perasaan. Beritahu je ibu mertua apa yang awak rasa. Dari penceritaan awak, nampak macam umi tu seorang yang peramah dan open minded.
Bila ada tetamu, awak keluar la sekali duduk kat luar. Follow je baby ke mana – mana. Sambil tu, awak berbual dengan orang yang pegang, educate dia pasal penjagaan baby, kesihatan, pemakanan. Ilmu – ilmu baru yang mungkin depa tak tahu. Ha, 2 dalam 1 orang kata.
Kyra Noordin : I feel u sis. Baby sy pun baru sebulan. Memang saya elak untuk orang datang melawat. Sebab kita tak tau imun badan baby macam mana kan. Kita pun tak tau orang datang lawat tu sihat atau tak. Kadang – kadang sebelum datang lawat ada menyinggah sana sini lagi. Nanti apa – apa jadi kita juga yang tanggung. Dan kesian juga ibu yang tengah berpantang tak sihat lagi nak terima tetamu. Macam saya Iuka czer pun tak elok lagi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.