Datang raya rumah orang, tapi sibuk minta password internet. Tak sangka ini pantang larang pergi beraya rumah orang

Seronok – seronok juga, bila beraya datang rumah orang ajar anak jangan bukak sampul duit raya depan tuan rumah. Jangan minta password wifi.. Yang paling penting, ikut tips larangan ni..

Dah masuk bulan raya ni, minggu kedua akan penuh la dengan rumah terbuka sana sini. Seronok betul dapat ziarah, melawat saud4ra mara, kawan-kawan yang lama kita tak jumpa kan. Tapi dalam seronok tu ni ada 15 larangan atau mungkin ada lebih yang aku nak senaraikan.

Harap korang baca dan hadam, jangan buat nanti bila beraya rumah orang.

1) Pakai baju yang tidak sopan.

Hari raya adalah hari untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa. Jadi elakkan dari memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata.

2) Bertanyakan soalan sensitif.

Jangan tanya soalan berkaitan perkahwinan, kerja, gaji, anak,dan jodoh. Banyak perkara yang masih boleh disembangkan.

3) Terlalu mementingkan diri.

Jika adik beradik kita keseorangan sedang bertungkus lumus di dapur menyediakan makanan kepada tetamu, kita jangan duduk sahaja. Kita balik ke kampung untuk bekerjasama, bukannya menjadi anak raja.

4) Memberi komen terhadap makanan yang dihidangkan.

Jika makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah kekurangan rasa, gula, atau garam. Jangan komen secara direct, jaga hati tuan rumah. Nak komen juga, tunggu masuk kereta, mengatalah sampai ke subuh. Kalau anda tak takut dosa lah. Haha.

5) Datang melawat secara meng3jut.

Sila maklumkan dulu kepada tuan rumah jika anda ingin menziarahi mereka. Maklumkan sehari lebih awal, mudah untuk mereka membuat persiapan. Nanti kalau tuan rumah hanya pakai pagoda ketika anda melawat, anda juga yang terk3jut beruk. Haha.

6) Memungkiri janji.

Jika kita sudah berjanji untuk melawat tuan rumah, pastikan kita datang. Jangan tukar plan di saat akhir. Nanti kecil hati tuan rumah. Makanan sudah disediakan, tetapi tetamu tiada. Sedih tahu tak!

7) Melupakan perkara yang wajib.

Nak beraya tiada masalah. Tetapi solat 5 waktu jangan dilupakan. Seronok beraya sampai solat tunggang langgang. Seolah – olah makan nasi tak berlauk. Eh tiber. Haha

8) Aurat dan ipar.

Nak bergurau boleh, tetapi berpada – pada lah. Jangan sampai tersentuh sana sini. Belajar hukvm aur4t di antara anda dengan sepupu sepapat dan ipar duai anda. Nak sentuh suka hati boleh, tapi kahwin lah dulu. Haha.

9) Bergurau kasar.

Hari raya adalah merupakan hari yang gembira dan untuk bersuka ria. Tetapi perlu diingat, bergurau pun perlu ada batasnya. Jangan bergurau perkara yang melibatkan fizikaI tubuh badan atau keturunan. Kalau dia nak gemuk, biarkan dia makan puas – puas. Jangan gurau kasar, silap haribulan anda pula yang gemuk nanti. Haha.

10) Bermegah – megah.

Jangan sibuk bermegah-megah dengan harta di hadapan adik beradik lain. Anda balik ke kampung untuk mengeratkan silaturahim, bukannya untuk menunjuk siapa yang paling kaya.

11) Bersembang hal politik.

Anda sibuk sembang hal politik, nanti habis satu keluarga bermasam muka kerana berlainan fahaman. Menteri yang anda sokong pula sedang bergembira buat open house. Haa padan muka. Haha.

12) Minta password wifi pada tuan rumah.

“Cik password wifi apa”? Eh raya ni jangan buat macam ni okay. Sebaiknya tanya lah “Makcik, saya nak habiskan kuih raya ni boleh?”. Baru lah tuan rumah meloncat sampai ke langit. Haha.

13) Mengumpat.

Jangan sibuk mengumpat orang lain semasa hari raya. Penat anda berpuasa selama sebulan, tiba – tiba anda buka hari raya anda dengan d0sa.”Huh d0sa kering di pagi raya.”Dah macam tajuk drama dah. Haha

14) Membazir.

Elakkan membazir ketika di hari raya. Semua orang faham bahawa membazir adalah amalan sy4itan. Jika ada makanan lebih, sedekahkan kepada jiran. Makanan habis, pahala pun dapat.

15) Membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah.

Jika anak – anak kita mendapat hadiah duit raya daripada tuan rumah. Didiklah mereka dengan adab sebaik mungkin. Buka sampul tersebut ketika di dalam kereta. Elakkan dari pandangan tuan rumah. Jika anda tiada anak, kenyit lah mata pada tuan rumah, kalau ada rezeki dapatlah duit raya. Haha.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada anda semua. Elakkan persengketaan dan meriahkan keharmonian.

Nak duit raya, mintalah pada tuan rumah.

Nak rapatkan ukhwah, saling berteguran lah.

Nak saya? Pm tepi lah. Haha. H4mbar sungguh.

-Aidil Nor Adha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Huda Nasir : Alahh benda – benda camni pejam mata je lahh, bukan selalu raya pun setaun sekali jaaaa. Jumpa kes – kes macam ni ok paaa, ada laa modal nak mengumpat sepanjang tahun sesama adik beradik, tahun depan kes lain pulak… hahahahaha..

Rosefatimawati Roslan : Lagi satu yang perempuan. Ya Allah sesungguhnya tolonglah pakai kain dalam. Cantik molek dah pakai jubah, warna kuning air pulak tu. Sekali tak berkain dalam, lalu pulak dekat cahaya. Ha…. Spentot semua nampak. “Telanjang” dah rupanya… Pls ye…

نورشيله تسليم : Pasal wifi teringat satu tuan rumah. Tuan rumah sendiri offer pada anak saya. Anak tak mintak pun. Tuan umah baik sangat semoga beliau murah rezeki.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.