Papa berduit tapi kedekut dengan ibu. Ibu pakai baju mengandung lusuh dijahit sendiri. Maruah ibu dipijak-pijak

Papa nak bawa ibu mengerjakan umrah bersama dan ibu mendapat perkhabaran yang madunya akan turut serta. Agak – agaklah kalau nak adil pun. Pulang dari umrah, ibu bawa berita gembira..

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca dan admin, terima kasih andai cerita ini disiarkan. Cerita ini berkisarkan ibu aku dan keluarga aku. Betapa besarnya nilai ketabahan yang aku lihat pada ibu aku kepada papa. Untuk memendekkan cerita, ringkasnya aku ceritakan sepanjang ibu dan papa berkahwin, memang aku dan adik beradik selalu menyaksikan pertengk4ran mereka.

Kerana papa seorang yang panas baran, eg0 dan selalu memandang rendah ibu yang hanya lepasan SPM manakala papa pula graduan luar negara. Arw4h nenek aku juga tidak menyukai pilihan papa sehingga mereka sudah berkahwin 20+ tahun pun nenek masih mengungkit.

Awal – awal perkahwinan memang papa culas bab nafkah kadang – kadang tidak ditinggalkan duit kepada ibu. Pernah semasa ibu mengandungkan abang aku, ibu pengsan di pasar kerana ingin mencari makanan yang diidamkan.

Papa tidak berminat untuk mencari makanan itu ketika ibu meminta. Ketika itu juga ibu hanya ada satu pakaian mengandung yang dijahitnya sendiri. Papa selalu berkira apabila ibu meminta duit untuk membeli barangnya.

Sehinggakan ditegur arw4h nenek kerana memakai baju yang buruk, ibu hanya tangisi nasibnya. Mak kepada ibu juga sering menangis kerana melihat keadaan ibu aku. Mereka berasa rendah diri kerana hanya berasal dari kampung.

Papa adalah seorang workah0lic, keluar pagi balik tengah malam jadi masa bersama anak tidaklah banyak. Anak – anak rapat dengan ibu sahaja. Kami empat beradik dibesarkan dalam keadaan yang sederhana. Aku akui papa kadangnya berkira dengan kami, makanan seperti KFC hanya dapat kami santap jika kawan – kawan berkongsi bersama kami.

Sehinggalah aku menjengah usia remaja, pertengk4ran mereka menjadi lali bagi aku. Tengking itu perkara biasa bagi papa. Kami juga selalu diseb4t dan dir0tan atas kesalahan kecil. Tapi ada masanya papa akan berbaik dengan kami, mungkin kesal dengan perbuatannya.

Papa juga pernah kant0i beberapa kali mempunyai scandal di luar. Tapi semua tak menjadi selepas ibu dapat tahu. Kadang – kadang setiausaha papa mengadu kepada ibu. Aku sejujurnya pernah merasa benci kepada papa dan tr4uma kepada perkahwinan kerana terasa maruah seperti dipijak – pijak.

Bila aku dewasa aku mengerti yang perbuatan papa adalah satu bentuk pend3raan mentaI kepada ibu. Ibu hanya bertahan demi anak – anak. Maklumlah hanya suri rumah yang berg4ntung pada suami. Tapi papa tidak pernah naik tangan kepada ibu, hanya h1naan dan carutan sahaja namun sudah cukup memeritkan. Ibu juga pernah menghadiri sesi kaunseling kerana depr3ssion.

Keadaan menjadi lebih baik apabila kami sem4kin membesar. Aku pun dah masuk kolej, ibu juga diberi kebebasan berbelanja menggunakan kad kredit. Aku merasa keluarga aku di saat bahagia. Gaji papa boleh dik4takan besar jadi ada masa kami bercuti di pulau dan hotel.

Tak tercapai jangkaan aku, aku yang sedang menyambung pelajaran di peringkat degree, tiba – tiba mendapat mesej dari ibu. Ibu mengasingkan diri di kampungnya sudah dua minggu dan adik beradik aku runsing akan keadaanya.

Aku cuba hubungi ibu dan bertanya. Bagai terjatuh jantung aku, ibu memberitahu bahawa papa sudah berkahwin baru di Siam. Aku menangis bagai orang giIa. Aku tidak sangka papa sanggup lakukan begitu selepas peng0rbanan ibu berpuluh tahun.

Tiga hari aku menangis, di dewan kuliah aku menangis sehingga perlu keluar kelas. Ketika mandi aku menangis, makan juga menangis. Terasa bagai di dalam drama tv. Setiap kali solat aku menangis. Aku ingin sekali berada di sisi ibu untuk memeIuk dan menyabarkannya tetapi aku terlalu jauh.

Jarak tempat pengajian aku jauh dan aku perlu menempah tiket penerbangan untuk pulang. Semasa mencari tiket semua sedang mahal dan aku menangis mengenangkan elaun aku yang m4kin berkurang. Aku mendiamkan hal ini sehinggalah housemateku memujuk aku.

Ketika itu musim exam mereka juga risau melihat aku seperti m4yat bergerak. Kecewa kerana tidak mampu membantu. Aku luahkan kepada mereka, aku menangis sepuas – puasnya dan cuba untuk lelapkan mata menghadapi hari esok.

Besar kasih sayang Allah kerana memberikan sahabat berhati mulia. Malam itu mereka mengambil passport aku secara senyap – senyap. Mereka belikan aku tiket penerbangan pulang. Aku kelu tidak bersuara, mereka juga h4ramkan aku membayar tiket itu.

Janji aku pulang dan support ibu aku. Sahabat yang aku akan ingat hingga ke syurga. Moga korang diberi ganjaran di syurga Allah. Cuti itu aku pulang, exam aku cuba buat sehabis baik walaupun mindaku terganggu. Hampir aku fail satu subjek.

Setelah aku pulang. Papa seperti tahu aku sudah ketahui hal ini aku hanya menjauhkan diri dan mendiamkan diri. Papa memanggil semua adik beradik dan mengumumkan papa sudah berkahwin lain. Semua menangis, adik perempuanku masuk bilik dan hempas semua barang dia juga keluar dari rumah kerana terlalu kecewa.

Papa tertekan tetapi dia tahu kami perIukan masa. Ibu juga memilih untuk mengurungkan diri. Selama 2 tahun ibu masih dingin dengan papa. Papa aku cuba untuk berlaku adil tetapi dia tidak faham konsep adil itu sepenuhnya.

Papa belikan ibu kereta mungkin rasa bersalah. Isteri lain juga diberikan kereta. Isteri papa adalah janda anak tiga yang sudah berkahwin beberapa kali. Ibu diberikan kedai, isteri lain (bekas kawan ibu) juga diberikan kedai.

Kami sekeluarga berasa tidak puas hati kerana sebelum ini papa selalu berkira. Tak disangka banyak pula duit papa. Masa papa bersama kami juga sem4kin kurang. Ibu cuba menerima keadaan baru secara perlahan dan ibu berjinak – jinak dalam hobi barunya. Hati sudah tawar. Ibu memilih untuk menyibukkan diri.

Keadaan bertambah pulih selepas aku kahwin dan mendapat cahaya mata. Cucu inilah yang menggembirakan rumah kusam itu. Ibu juga gembira dengan hobi barunya. Adik – adik yang lain sedang menyambung pelajaran, sibuk dengan hal masing – masing.

Walaupun begitu ibu masih diganggu dengan kata – kata nista seorang manusia yang k3jam yang menggelakkan takdir yang menimpa ibu. Sehingga ibu membawa hal ini ke balai polis. Namun tiada penyudahan, ibu pilih untuk tidak melayan.

5 tahun berlalu, tak sangka air yang tenang tiba – tiba berombak semula. Papa ingin membawa ibu mengerjakan umrah bersama dan ibu mendapat perkhabaran yang madunya akan turut serta. Aku mengurut d4da, Ya Allah kuatnya ibu diuji.

Bagaimanalah untuk ibu mengerjakan umrah dengan tenang apabila madunya yang telah menik4m belakangnya ada di tempat yang sama. Aku menangis lagi. Mengapa papaku berbuat begini , ‘agak – agaklah kalau nak adil pun’, ibu akur dan meminta doa supaya dipermudahkan ibadahnya.

Namun aku juga tidak tahu adakah papa menghalang isteri keduanya ikut sekali. Mungkin dia serba salah, mungkin bini keduanya insist nak mengikut juga. Selepas pulang, alhamdulillah ada kisah yang indah dibawa pulang.

Ibu rupanya berbuat keputvsan untuk bersemuka dengan madunya kerana kasihankan papa yang kelihatan selalu tertekan. Ibu kata diakhir usia begini, biarlah papa hidup dengan tenang. Semuanya diluahkan kepada madunya, perasaan s4kit hati, tr4uma anak beranak semua ibu ceritakan.

Madunya hanya banyak mendiamkan diri dan meminta maaf. Ibu nyatakan supaya selepas ini mereka akan jaga hal masing – masing. Jaga hati masing – masing dan jaga papa. Aku sebak mendengar cerita ibu, betapa tabah dan kuat hatinya.

Memaafkan insan yang telah mer0bek kebahagiaan keluarga kami. Peng0rbanan dan kesetiaan berpuluh tahun dibaIas dengan pengkhi4natan dan kes4kitan. Terasa hak sebagai anak dir0bek – r0bek oleh orang luar. Doa aku supaya kami semua diberikan kekuatan dan kelapangan hati. Supaya keluarga kami akan terus berfungsi dan gembira.

Pesan aku kepada lelaki di luar yang berniat untuk poIigami. Lihatlah kemampuan diri mengawal nakhoda dan ahli nakhoda. Kalau dari awal lagi dah menipu untuk berkahwin, adilkah itu? Lihatlah kesannya terhadap institusi keluarga.

Jika keluarga porak peranda, apa sunnah yang kamu junjungkan itu. Hukvm poIigami berbeza mengikut keadaan ye. Jangan main petik sahaja ikut kesenangan diri. Dalam keadaan kewangan papaku, ye dia mampu tapi dari segi didikan isteri dan anak – anak.

Aku dan adik – adik hampir tersasar jalan dari segi moral,tidak perlulah aku cerita. Bab agama aku tidak akan komen kerana tiada manusia yang sempurna. Jadi kenapa terlalu yakin ingin menanggung lagi orang lain dan d0sanya. Adakah kaki sebelah kita sudah berada di dalam syurga? Semoga ibu peroleh syurga yg dirindukannya. Amin – Anak ibu

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.