Papa pesara polis, mama masih bekerja. Mama selalu perli papa tak berduit. Baru ni mama bagitahu kawan pejabat suka mama

Papa tak mampu nak manjakan mama. Papa berg4ntung pada duit pencen. Mama suka perli papa depan aku. Papa sengih tapi aku tahu papa terasa. Papa tak pernah perli mama bab kerja – kerja rumah. Semua kerja rumah papa buat, mama balik kerja terus hadap HP..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tujuan aku menulis bukan untuk mengaibkan sesapa. Ya lah, korang pun tak tahu aku sapa, parent aku pun sapa kan. Kisah mungkin panjang, jadi kalau nak baca terpulang, kalau taknak baca pun tidak mengapa wahai sahabat sekalian alam 🙂

Ok, watak – watak dalam cerita ni hanyalah mama, papa, aku, dan uncle (kawan mama). Aku tengah dalam perjalanan nak habiskan belajar di salah sebuah IPTA dalam Malaysia. Doakan aku ya. Kisahnya, perbelanjaan keluarga banyak mama tanggung. Papa pesara polis.

Buat masa ni papa dah tak kerja dah. Sebab sibuk uruskan hal anak – anak. Aku sulung, adik – adik aku kecil semua. Sepanjang aku belajar, alhamdulillah aku tak minta langsung duit dekat parent aku sebab sebelum mula belajar aku kerja part time.

Masa belajar pun aku banyak kerja part time, jadi selain untuk kegunaan aku, duit aku juga aku guna untuk keluarga. Aku bukan lah kedekut, tapi duit aku agak banyak sebab aku tak reti shopping. (Kau bagi aku sejuta ringgit, campak aku di mall selama 24 jam. Paling hebat pun aku akan beli makanan. Ciken rais shop ke kepci ke gitu). Ok dah m4kin menjauh pula cerita.

Jadi aku tahu mama mesti str3ss semua benda mama kena tanggung, sedangkan aku tengok papa banyak mudahkan kerja – kerja di rumah. Makan pakai adik – adik aku, memang mama beli. Tapi yang memastikan makan dengan betul, pakai dengan betul, semua papa. Seolah – olah papa adalah suri rumahtangga.

Kadang – kadang mama luah, cakap beban nak bayar itu ini papa tak membantu. Kadang – kadang papa pun ada luah, duit pencen bulan – bulan papa pun guna jugak untuk barang rumah. Guna sikit – sikit lama – lama jadi bukit ye dok?

Bila minta kat mama, ada je mama complain. Lepastu mengadu kat aku. Berputar – putar benda ni. AKU TERSEPIT! Lumrah seorang isteri, mesti nak suami manjakan dengan macam – macam. Tapi papa tak mampu. Papa pun berg4ntung pada duit pencen.

Kadang – kadang mama suka perli papa depan aku. Papa sengih tapi aku tahu papa terasa. Papa tak pernah perli mama bab kerja – kerja rumah. Mama kalau balik kerja, kadang – kadang lewat kadang – kadang awal. Balik rumah mesti main handphone.

Hujung minggu pun kalau mama tak kerja, mama hadap phone lagi lama dari komunikasi sesama keluarga. Aku tunggu masa je nak bersuara tapi aku tak nak dicop anak baran, anak derh4ka, anak kuat menjawab pulak, huhuhu.

Mama pernah cerita ada officemate mama (uncle) minat dekat mama. Tapi sampai situ sahaja. Tak cerita lebih. Lamaaaaa lepastu, aku terdengar mama cakap telefon dengan uncle. Amboi, daring! Bergelak tawa! Geramnya aku.

Pernah mama kata nak pisah dengan papa sebab papa tak bagi nafkah duit kat mama. Tapi aku berusaha buat macam – macam sampai tak jadi benda tu, alhamdulillah! Aku tahu, antara faktor mama jadi takde hati dengan papa pun sebab kehadiran uncle gatal ni. Acah caring kat mama je ish!

Kalau korang nak tahu, uncle dah ada isteri. Anak pun lagi tua daripada aku. Tapi dia selalu puji – puji mama. Pernah juga aku terbaca mesej mama dengan uncle, ya Allah, aku risau kalau mama pun cair, jatuh hati. Sebab memang sweet dan mama pun melayan.

Walaupun dah mama banyak kali kata kat dia yang mama isteri orang. Hmm aku rasa panjang pulak luahan aku, dan korang pun tentu bosan. Takpe aku ringkaskan apa yang aku betul – betul nak sampaikan ye:

1. Perkara D0SA, jangan buat main. Anda suami atau isteri orang, setia lah pada pasangan. Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui!

2. Selemah mana pun pasangan, jangan mudah melatah. Macam papa, papa memang takde duit sangat. Tapi papa buat segalanya dalam rumah. Basuh baju, sidai baju, kemas rumah, boleh dik4takan semua lah hal kerja surirumah tangga.

3. Bersyukur. Perkara paling payah manusia nak buat, ialah bersyukur. Bersabar senang lagi daripada bersyukur tau. Doakan mama terus bersyukur dapat keluarga macam kami, tak pergi dekat uncle.

4. Jaga ikhtilat. Isu ni dari kita sekolah lagi dah diberitahu. Jadi, janganlah kita jadi lagi b0d*h daripada budak sekolah.

5. Setia. Selagimana pasangan anda tak mengkhi4nati hukvm agama, wajib anda setia dengan pasangan anda. Itu hak pasangan anda. Anda tak lakukan hak anda, anda Z4LIM!

6. INGAT ALLAH

Mohon doakan keluarga kami sentiasa Allah dorong untuk lakukan perkara yang Allah Redha. Doakan uncle dah tak kacau mama. Doakan mama dah tak selalu perli papa. Doakan papa tabah. Aku sayang dua – dua. Maaf kalau cerita tak best. Aku cuma nak meluahkan. Takpalah kalau korang rasa tak best. Aku gagal lah bab bercerita ni, hehehe. – Anak (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Julie Anme :  Jangan cari salah uncle. Lelaki memang suka menjerat selalu. Mama konfeser patut lebih cerdik dan malu dengan tarafnya yang sudah tua dan isteri orang. Ada gaji sendiri bukan tiket untuk curang. Papa konfeser tetap wajib cari nafkah jika pencen tidak cukup sebab memang tanggungjawab dia menyara famili, bukan tanggungjawab mama. Konfeser kena adil menilai.

Nasihatkan papa cari kerja yang sesuai dengan umur jika duit merjadi masalah dalam famili. Nasihatkan mama tentang hukvm d0sa dan pahala dan tanggungjawab mama di rumah. Masa terluang buat ibadah bukan melayan lelaki lain.

Kalau payah sangat minta orang tengah nasihatkan, macam datuk nenek. Biarlah mereka marah, asalkan keadaan tidak parah dan tidak terjerumus ke lembah bin4sa. Runtuhnya keluarga akan mengh4ncurkan kehidupan anak – anak juga.

Sulaiman Akhlakan : Sebijik macam per4ngai bekas mak mertua aku. Sudahnya kantoi dengan jantan tu dan kena cerai. Sebab jantan tu kaya kan, sanggup curang. Tua pun b0doh. Ex wife aku pun follow sebijik per4ngai mak dia, curang sebab jantan kaya. Pesan aku pada confessor, tanam tekad dalam diri jagann ikut per4ngai mak tu. Walaupun mak tapi benda salah tetap salah.

Norziah Othman : Doa banyak – banyak moga keluarga terhindar dari kejahatan dan kegatalan uncle tu. Ajar sikit ayah tu macamana nak tackle mak yang acah – acah nak orang caring maring tu. Buat la sesuatu. Mungkin ayah bagi bunga ke.

Walhal anak dia yang buatkan. Masak special dan makan ala – ala candle light dinner ke.. (ala – ala pun ok jer…) buat familay day. Sis topup la sikit.. Moga berjaya..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.