Patutlah dari kecil aku jadi orang gaji, selalu jadi m4ngsa ibu. Rupanya aku anak luar nikah. Sejak itu aku benci ibu

Aku tak mampu tipu diriku. Aku benci dengan ibu dan rasa d3ndam m4kin hari m4kin kuat. Aku tak balik ke kampung. Aku tak bertanya khabar. Aku tak mau tahu apa – apa tentang ibu. Mungkin bila ibu meninggaI aku akan melupakan.

#Foto sekadar hiasan. Maafkan diriku jika confession ini membuat anda trigger. Kenalkan, aku Fa. Aku seorang perempuan, anak sulung, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, bekerjaya dan usia awal 30-an.

Aku straightforward, aku adalah anak luar nikah. Masa kecilku, banyak memori duka berbanding suka. Aku dipukuI dengan teruk hanya kerana kesalahan kecil. Badan aku habis Iebam berbirat. Lvka – Iuka walau sudah sembuh, tetap saja Iuka itu membekas di hati.

Aku pernah dihalau keluar rumah walau ketika itu aku masih kecil. Tak tahu apa – apa. Aku nak lari ke mana? Aku juga pernah dihukvm dengan kesalahan yang aku tidak pernah buat. Aku yang sulung, aku yang kerap dipersalahkan. Semua itu masih segar dalam ingatan.

Masa tu aku belum membenci ibu. Sampailah saat aku tahu yang aku sebenarnya anak luar nikah dan aku dibintikan dengan bukan bapa kandungku (untuk menutup aib keluarga). Sejak aku tahu, aku kerap member0ntak dalam diri. Kehidupan aku juga dikongkong.

Aku seperti orang gaji sedangkan adik – adikku bersenang – lenang. Sebaik mana pun per4ngai aku, aku tetap nampak buruk. Ibu ku seorang NPD. Lebih menyayangi anak kedua, ketiga dan bongsu walaupun ibu aku cakap yang dia sayang semua.

Dipendekkan cerita, aku banyak dapat tawaran belajar tapi ibu aku tolak sebab kami orang miskin. Tapi akhirnya aku berjaya sambung belajar atas jasa makcik aku. Terima kasih makcik. Dapatlah aku keluar dari dunia ibuku.

Masa tu aku sangat gembira dapat bebas dari kongkongan ibu. Masa kahwin, urusanku sulit sebab kena guna wali hakim. Terp4ksa buat cerita dengan keluarga yang kami telah bernikah padahal hanya untuk menutup aib.

Kami nikah di pejabat agama disaksikan keluarga terdekat aku dan suami. Mujur keluarga mertua dapat terima aku seadanya begitu juga suamiku. Kami direzekikan dapat zuriat sebulan selepas nikah. PJJ dengan suami, dan dipendekkan cerita lahirlah anak pertama kami, dengan keadaan kami masih menyewa.

Majlis kahwin ibuku suruh buat besar – besaran. Tidak mampu, tapi takut dengan cakap – cakap orang kampung. Terp4ksalah suamiku buat loan hanya untuk merealisasikan “impian” ibu ku. Dapat rezeki pindah, maka bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri sebumbung.

Alhamdulillah di sebalik semua ujian kami dapat atasi. Terima kasih duhai suami kerana banyak bersabar. Ibu aku selalu sangat minta kami balik ke kampung, setiap minggu, sampai aku rasa kami tiada kehidupan sendiri.

Dari kecil, hingga berkahwin dan beranak dua ni kehidupan aku sering diatur mengikut kehendak ibu. Jika tidak diikut, akan merajuk. Mulalah aku dih4ntui dengan rasa bersalah dan berd0sa sebab derh4ka. Marah anak tak boleh, tapi masa kecilku aku kerap dimarahi malah lebih teruk, dipukuI.

Cara kami didik anak pun ditegur. Padahal itu anak – anak kami. Bukan membuka pekung di d4da, tapi hakik4t yang ingin aku katakan: Ibu bapaku dan adik beradikku tidak mengamalkan kehidupan beragama. Tidak solat dianggap normal.

Membuka aurat dan tutup aurat mengikut keadaan. Tidak puasa walaupun sihat. Keadaan ini membuatku keliru. Aku tercari – cari hidayah. Dan aku janji, walau keluargaku begini, tapi kehidupan beragama itu kena bermula dari aku. Aku dan suami berusaha didik anak sesuai dengan suruhan agama. Doakan kami dapat jadi ibu bapa yang baik untuk anak – anak kami.

Aku pendekkan cerita, sampailah aku tak mampu tipu diriku. Aku benci dengan ibu dan rasa d3ndam m4kin hari m4kin kuat. Kalau boleh aku mahu putuskan hubungan dengan ibu dan keluarga. Aku mahu mereka tak ganggu kehidupan aku lagi. Aku mahu “lari” jauh dari mereka.

Aku kerap tr1gger hinggakan anak – anak aku tantrum, fikiran jahat selalu menghasut, untuk ced3rakan anak – anak. Sampaikan aku dapat bayangkan aku sudah “ced3rakan” anak aku! Aku tak dapat kawal diri. Aku takut aku hilang w4ras.

Mujur Allah masih pelihara diri dari melakukan perkara itu. Aku ada berjumpa doktor, dan doktor refer aku untuk kaunseling. Aku masih berusaha untuk sembuh. Tapi ibu kerap ganggu aku. Aku jadi sem4kin benci ibu. Aku juga tidak balik ke kampung.

Aku juga tidak bertanya khabar. Aku tak mau tahu apa – apa tentang ibu. Aku tahu aku derh4ka. Sampai bila aku macam ni aku tak tahu, apa pengakhiran hidup aku tak tahu, apa yang aku tahu aku benci ibu dan tak mahu jumpa ibu.

Mungkin bila ibu meninggaI aku akan melupakan. Janganlah Allah uji ibu s4kit dan perlu dijaga, memang aku akan nampak anak yang terpaling derh4ka. Doakan aku agar tidak jadi seperti ibu, doakan anak – anak aku agar tidak membenci aku sebagaimana aku membenci ibu. Aku mendewasa dengan Iuka, aku cuba memaafkan “jiwa anak kecil” yang ada dalam diri aku. – Anak yang derhaka (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ramadeyah Debon : Apa yang sis sedang lalui ialah break the circle. Memang circle yang lama akan sedut energy sis sampai sis depr3ss. Apapun sis kena kuat. Saya percaya Allah swt bersama sis dengan semua nikmat dengan keluarga baru.

Apapun sis doa semoga Allah swt bantu dan di sudut hati sis doakan jugak ibu sis diampunkan d0sanya. Orang npd lifetime per4ngainya. Nak ubah dah susah sebab memang itu diri dia. Apapun sis berhak pilih circle yang membahagiakan.

Tun Ramos : Patuh pada suami. Cukup. Itu sahaja pintu syurga anda. Tak perlu berbuat baik sangat pada ibu yang k3jam dan zaIim. Syukur pada Allah yang keluarkan anda dari keluarga sebegitu. Sayangi keluarga kecil anda. Didik anak – anak, didik diri untuk hidup dalam keredhaan Allah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.