Pelamin berpusing dan Gaun berlampu! Memang gah majlis resepsi Dato’ Alha Alfa ni..

Jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa, 31, selamat dinikahkan dengan wanita pilihannya, Noor Azlin Ismail, 23, pada 28 September lepas.

Hari ini merupakan hari persandingan untuk Dato’ Alha Alfa dan lsteri Azlin Ismail. Majlis yang diadakan di Dewan Mindef berlangsung dengan serba mewah.

Majlis ini mendapat liputan langsung dan disiarkan melalui page FB Alha Alfa. Melihat dari lintas langsung tersebut, memang buat mata terpaku dengan hiasan dalaman di dalam dewan tersebut. Diiringi dengan lagu nyanyian Aina Abdul, pengantin berarak keluar dengan persalinan yang sangat cantik. Undangan semua tertumpu pada baju yang dikenakan oleh pengantin perempuan, Azlin yang berlampu biru. Tak pernah lagi dibuat orang ni. Kreatif dan cantik!

Tak hairan la bila mencecah harga setengah JUTA! Dan kami yakin jika dikira semua kos mungkin sudah melebihi satu juta. Beruntung Dato’ dan lsteri.

Dilihat Jihan Muse dan Fara Fauzana menjadi pengacara majlis gilang gemilang tersebut. Antara artis yang membuat persembahan ialah Aina Abdul, Amy Mastura dan Min Yasmin. Bagaimanapun, suasana majlis bertukar sebak bila mendengar ucapan yang penuh bermakna dari kakak Dato’ Alha Alfa.

Ramai rakan artis dilihat hadir antaranya Memey Suhaiza, Farah Nabila dan Fatin Afeefa. Tahniah sekali lagi kami ucapkan untuk Dato’ Alha Alfa dan lsteri Datin Noor Azlin. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..