Pelanggan order COD, bila brg sampai nak cancel. Rider tak dpt komisyen siap kena keluar duit minyak sendiri

Barang pelanggan tu berharga RM92, memang pelanggan bank in tepat RM92, tapi boleh ke mesin ATM keluarkan RM92? Mestilah TAK! Jadi, nak kena keluarkan RM100. Sedangkan dalam bank rider ada RM1, lagi – lagi bila nak hujung bulan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya, Milah, isteri seorang posmen a.k.a abang penghantar barang atau rider. Luahan saya adalah tentang pekerjaan suami saya. Sedikit latar belakang tentang suami saya, Muza, 29 tahun, Ijazah Sarjana Muda dari negara arab.

Saya harap apa yang saya katakan ini, dapat membuka minda sesetengah individu yang kerap membeli barang atas talian tapi kurang peka dengan keadaan sekeliling. Pernah ke antara tuan puan yang beli barang atas talian, barang kena peram lama dekat warehouse?

Selain daripada tak cukup rider, antara sebab lain adalah barang tu mesti COD atau POD. Rasanya semua yang bergelar rider mesti akan cuba elak untuk menghantar barang – barang yang COD atau POD. Kenapa? Sebabnya bila COD, rider kena collect duit daripada tuan puan.

Tapi, nak collect macam mana bila tuan puan tiada di rumah? Bila rider call dah laa susah nak berjawab. Bila berjawab, kasitahu tengah kerja, takde di rumah. Siap request suruh datang petang atau malam. Atau ada yang kata ‘lagi sejam saya sampai rumah, datang lagi sejamlah’.

Tuan puan, janganlah bagi alasan takde di rumah dan sedang bekerja. Sebabnya apa yang kami buat ni pun sedang bekerja juga. Tapi, tergendala sebab tuan puan tiada di rumah. So, apa jadi dengan barang tu sedangkan rider dah terpacak depan rumah bawah terik mentari?

CANCEL. Kena pulak buyer tinggal di flat tingkat lima yang tiada lif. So, rider dapat apa? Dapatlah penat dan d0sa sebab dah m4ki tuan puan yang dik4takan sedang bekerja dan tiada rumah. Tuan puan yang dihorm4ti, hentikanlah sikap untuk meminta rider datang semula ke rumah tuan puan selepas beberapa tempoh waktu (kurang 15 minit boleh sabar lagi).

Ketahuilah barang – barang yang dihantar tu adakalanya bukan dalam satu kawasan yang berhampiran dan semua barang sudah diatur mengikut laluan yang ditetapkan oleh rider. Contoh, semua barang di Seksyen 4 telah dihantar dan rider telah pergi ke Seksyen 7 dan pulang ke rumah berhampiran Seksyen 7.

Jadi, patut ke rider berpatah balik ke Seksyen 4 semata – mata untuk hantar satu barang tuan puan yang rider akan dapat RM1? Belum cakap lagi bab jem dalam kawasan – kawasan tertentu sebab waktu puncak balik kerja.

Jadi, jangan pelik kalau barang COD tuan puan lambat sampai lepas ni. Sebagai penyelesaian bagi isu COD ni, saya cadangkan agar tuan puan tinggalkan duit pada jiran, atau selitkan laa dekat mana – mana di tempat yang hanya tuan puan tahu.

Nanti bila rider sampai dan call, kan senang, duit dah ada walaupun tuan puan tiada di rumah. Tuan puan gembira dapat barang yang di order, rider pun gembira sebab barang tidak di cancel. Ketahuilah jika rekod tuan puan baik, rider akan ingat rumah tuan puan, dan bila nampak nama tuan puan walaupun COD, rider akan ambil untuk hantar.

Haa kan barang tuan puan takkan kena peram lagi. Kedua, peny4kit tuan puan yang saya perhatikan adalah suka sangat cancel barang walaupun rider dah bawa barang depan mata. Eh tuan puan, sini nak kasitahu. Tuan puan memang laa boleh cancel sebab takde beri kesan apa – apa.

Tak perlu bayar apa – apa. Tapi, rider ni barang – barang yang di cancel oleh tuan puan tu bukan dapat apa – apa bayaran pun. Jadinya, minyak nak pergi rumah tuan puan tu siapa nak tanggung? RIDER. So, mendapatlah penat dan tanggung kos minyak ke rumah tuan puan.

Bukan itu je, satu lagi masalah tuan puan ni, COD tapi tiada cash. Barang dah sampai depan mata ni. Takkan nak cancel pulak kan? Barang ni dah lama tunggu dan memang diperIukan sangat. Jadi, ada antara tuan puan yang mencadangkan untuk transfer ke account rider.

Inilah masalahnya. Bukan tak boleh, boleh. Tapi kenapalah dari awal tak buat je pembayaran terus masa order tu? Sebab nak dapatkan free delivery sampai menyusahkan orang lain? Kenapa saya kata menyusahkan? Okay, mari saya terangkan.

Barang tuan puan tu berharga RM92. Betul, tuan puan transfer RM92, tapi boleh ke mesin ATM keluarkan RM92? Mestilah TAK! Jadi, nak kena keluarkan berapa tuan puan? Betul RM100. Tuan puan tahu tak dalam account suami saya cuma ada seringgit sahaja.

Lagi – lagi bila nak hujung bulan. Jadi, macam mana nak keluarkan duit yang tuan puan bayar tu? Untuk makluman tuan puan, duit COD tu bukan dapat ke rider pun. Duit tu perlu diberikan kepada provider macam shopee, lazada dan sebagainya.

Jadi, siapa yang susah sekarang ni? Rider. Nak kena meminjam duit orang lain untuk keluarkan duit yang tuan puan transfer tu. Nampak tak kenapa saya kata menyusahkan? Itu belum cakap lagi tentang mesin ATM yang ada dekat situ cuma cimb sahaja, sedangkan kad debit suami saya hanya Maybank.

So, kos pengeluaran RM1 tu siapa nak tanggung pulak? Betul tuan puan yang bijaksana. Rider yang kena tanggung kos. Dah laa dalam account cuma ada RM1. Kena meminjam duit orang untuk keluarkan duit tuan puan. Kena pulak tanggung kos pengeluaran ATM. Allahu.

Begitulah apa yang saya perhatikan, betapa sukarnya suami saya nak mencari rezeki untuk sara kami sekeluarga. Jangan pula tuan puan kata ‘alah semua kerja pun penat juga’. Sini saya nak kasitahu ‘betul semua kerja pun penat, tapi kalau tuan puan yang bijaksana permudahkan sedikit urusan rider dengan tidak melakukan perkara di atas, percayalah urusan tuan puan juga pasti akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Jangan juga kata ‘itulah siapa suruh kerja macam tu, tiada pendidikan, kerja kuIi memang macam tu’. Tuan puan, rezeki Allah ni datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin belum sampai lagi rezeki pekerjaan buat suami saya.

Suami saya ada kelayakan ijazah. Tapi, ujian pekerjaan dalam keadaan sekarang menidakkan kelayakan suami saya. Jadi, demi meneruskan kelangsungan hidup, suami saya kerja menjadi rider. Saya juga bekerja demi membantu suami saya.

Saya harap ada antara tuan puan yang sudi mendoakan semoga murah rezeki kami sekeluarga samada kesihatan atau kewangan. Sebab satu yang saya percaya, ada duit juga, jika ujian kesihatan diberikan, tiada makna duit tu walaupun berjuta. Saya juga mendoakan kembali semoga para pembaca dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Sekian. – Milah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Sariff : Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, sudah pasti Allah akan memudahkan urusannya. Penjual cakap boleh cod, tapi saya tetap pilih transfer online pembayaran sebab mudah rider just hantar barang tak perlu tunggu bayaran. Lagipun kita tahu bila kita ada di rumah. Hidup ini chill chill sudahlah. Buat apa complicated sangat.

Marisa Fo’ad : Saya ada cadangan untuk customer yang suka COD. Once kamu order, terus larikan sekian cash dan terus masuk dalam sampul tulis siap – siap nama barang letak berdekatan pintu rumah. Ini tidak, time rider datang baru nak korek purse, purse pulak kat tingkat atas, jeritkan anak suruh ambil handbag anak pula tak jumpa handbag kat mana. Rider ni, time is gold, setiap saat tu bernilai untuk dia. Sifir hidup ini mudah.. nak hidup senang, jangan susahkan orang lain. Jom kita sama beringat

Irma Hazwanis : Saya pun hairan sejenis orang yang tak reti nak prepare ni. Saya dan adik saya sejenis gelabah kalau tau rider tak kisah courier atau foodpanda nak datang. Kalau rider courier yang biasa kalau dah kenal nama senang je letak atas tembok, takde orang pun takpe. Kalau order foodpanda, nampak rider dah pickup je terus pakai tudung walaupun 10 – 15min lagi rider nak sampai.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?