Pelik anak jadi tak suka aku, asyik nak pergi rumah pengasuh siap panggil ‘bonda’. Sehinggalah suami bawa anak jumpa pengasuh

Suami bagitahu aku, pengasuh tu bukan skandal dia tapi madu aku. Yang paling s4kit ialah perempuan pengasuh tu bukan isteri kedua suami aku, tapi isteri pertama. Bermakna aku ni yang bini kedua dia!

#Foto sekadar hiasan. Aku Mariam. Umur aku 25 tahun dan sudah berkahwin selama 5 tahun. Aku nak buat satu confession tentang keadaan yang aku alami. Kalau ikutkan sebenarnya aku memang dah tak nak dah berjuaang dengan perkahwinan macam ni, tapi entahlah kenapa hati ni masih berharap ada sedikit keajaiban yang mengubah semua ni supaya jadi seperti sediakala.

Awal perkahwinan kami dikurniakan seorang zuriat. Memang waktu tu bunting pelamin orang cakap. Tahun kedua perkahwinan masa anak kami nak masuk setahun, kami diuji dari segi kewangan. Masa tu rumah sewa yang kami sewa bulan – bulan yang kena bayar bawah harga market dalam 600 sebulan tu kena jual sebab ownernya dah bankrap.

Jadi kami lagi bini terp4ksa lah cari rumah lain. Rumah yang kami dapat which is rumah sewa yang kami masih menetap sekarang ni bulanan dia dalam 1000 – 1500 cam tu. Tiap tahun naik 100 macam tu. Tapi kami dah selesa dengan rumah yang sekarang, jadi pejam matalah pasal duit sewa. Lagipun sekarang masing – masing bekerja dan anak pun okay jer letak kan pengasuh.

Pada awalnya semua okay – okay. Tapi start aku ada outstation ni sikap suami aku and anak aku seakan berubah. Suami m4kin dingin, anak pulak kalau aku kat rumah dia mesti nak suruh aku hantar dia kerumah pengasuh siap bahaskan pengasuh tu as dia punya “Bonda”.

Pengasuh yang aku hantar anak aku dari umur dia 2 tahun ni adalah pengasuh yang mak mertua aku carikan. Alasan why pengasuh ni dipilih berbanding pengasuh – pengasuh yang aku dan suami cari is because pengasuh ni agak “w4rak” dalam bab agama.

Aku ingat lagi sebelum decide nak hantar anak aku ke pengasuh tu, mak mertua siap temankan aku dan suami untuk kenal – kenal family pengasuh tu, budak jagaan dia, dan tengok – tengok keadaan rumah adakah proper untuk anak aku ke tak macam tu.

Memang aku jujur, rumah pengasuh tu bersih, kemas jer, anak asuhan dia pulak cuma dua orang itu pun umur dalam 5 – 6 tahun. Pengasuh ni perempuan muda umur sebaya aku jer, tapi aku tak tahu lah masa tu dia dah berkahwin ke belum sebab waktu tu bila aku nak tanya apa – apa, mak mertua aku ni sakan berborak, jadi tak manis lah untuk aku cut percakapan mereka.

Tahun berganti tahun, hari – hari aku m4kin tertekan. Anak aku sendiri macam tak anggap aku mak yang lahirkan dia. Asyik – asyik nak kan pengasuh. Cuti hujung minggu bukannya aku tak gunakan untuk bagi perhatian kat anak atau beli hati dia dengan cara spent time jalan – jalan ke apa, tapi yang keluar dari mulut dia is “nak bonda” berkali – kali sampai aku tertinggikan suara dan dia akhirnya menangis.

Bukan aku nak terasa hati dengan budak – budak tapi aku percaya ramai jer mak – mak yang akan terasa bila anak cakap macam tu kan. Kemudian, suami aku pulak dia berubah dengan agak drastik, dia selalu ajak anak solat sama – sama tapi tak ajak aku pun, baca quran dengan anak aku, kemas rumah dengan anak aku, dan macam – macam lah.

Mungkin akan ada yang kata, okaylah tu suami berubah ke jalan yang lebih baik dari sebelum ni. Nak apa lagi kan? Tapi.. setiap kali dia buat apa – apalah aktiviti dengan anak, mesti dia nak sindir aku dan anak aku tu pun 2 kali 5, ada jer nak bandingkan aku dengan bonda kesayangan dia.

Suami aku m4kin tak nak bercakap dengan aku walaupun aku cuba untuk berkomunikasi. Yelah, kita nak tahu apa masalah dia, kalau masalah tu datang dari kita, boleh fix lagi kan. Kalau tak cakap mana nak tahu. Dan ermm.. jujurkan sejak dia berubah ni, dia dah tak layan aku sangat walaupun aku punya gurauan ke, ataupun bab nafkah batin or zahir.

Nafkah anak dia okay, tapi aku tak. Dia kata sebab aku dah ada duit sendiri. Yang paling nampak drastik is bila dia bawak anak aku melawat pengasuh masa dia cuti tanpa bawak aku. Aku bersungguhlah nak ikut tapi dia boleh tinggalkan aku jer sedangkan aku dan bersiap – siap.

Alasan dia sebab anak aku nak sangat jumpa pengasuh dia. Time tu aku dah tak boleh husnuzon sah. Dan benda sebenar tu kantoi beberapa bulan lepas. Masa tu tah lah tergerak hati nak tido lambat. Masa tu pulak suami aku ni temankan anak aku tido kat bilik anak aku tu, yelah masa tu anak aku tengah demam.

Aku bukannya nak lepaskan everything kat dia, tapi anak aku bersungguh nak bapak di teman dia tido, jadi aku akurkan jer lah. Tiba – tiba masa aku lepas solat isyak macam tu, aku terdengarlah telefon suami aku ni berbunyi, bungi chat whatsapp.

Sepanjang kahwin aku memang tak pernah check pun phone dia sebab aku rasa benda tu privacy dia. Dia tak pernah check phone aku sebab dia kata dia percayakan aku, so aku buat benda yang sama tapi tak pada malam tu.

Aku memang terganggu dengan chat pada malam tu sebabnya suami aku ni jenis tegas. Kalau bab kerja pun kawan – kawan ke boss dia ke apa faham yang dia bukan jenis suka kalau family time dia terganggu lagi – lagi bukan waktu kerja.

Kalau benda tu privacy dia akan suruh call dan bukan chat. Mula – mula aku macam sabar lah tak nak nampak sangat yang aku ada prasangka bukan – bukan kat suami, tapi bila one of chat tu popup dia punya notification, aku terbacalah sikit dan one word yang buat aku terus buka chat phone suami tu si perkataan “sayang”. Siapa sayang dia kalau bukan aku?

Untuk stop aku punya overthinking aku terus buka chat dia. Dan yaaa… dia curang dengan aku. Aku tak sempat baca semua sebab lepas tu aku dengar dia cuba pulas pintu. Pintu bilik tu agak ketat sikit jadi kena pulas kuat sikit baru boleh bukak.

Time tu aku pun cepat – cepat tutup balik phone dia, letak balik kat tempatnya dan pura – pura tidur. Masa tu aku rasa luluh yang teramat. Apa yang kurang dengan aku sampai dia pilih untuk menduakan aku? Nak kata aku tak faham dia, hari – hari aku yang tanya keadaan dia macam mana, aku cuba dengar every masalah dia, bagi dia semangat, bab duit pulak aku tak pernah berkira,

Bab kebajikan dia and anak memang aku jaga rapi walaupun aku sibuk kerja, lepas balik kerja aku masak untuk dia dan anak, kemas rumah dan semuanya aku buat sebab nak mudahkan dia. Apa lagi??? Apa lagi tak cukup??

Barang aku semua aku beli sendiri. Aku tak mintak pun satu sen dari dia dan ini baIasannya?? Bila dia nampak aku tidur tu, dia terus cepat – cepat ambik phone dia dan keluar dari bilik. Lepas dia keluar tu aku terus nangis. Aku cuba istifar banyak – banyak tapi aku gagal. Dan aku betul – betul kecewa.

Setengah jam jugaklah aku nangis dan dia duduk luar bilik tak tahu ke mana dan buat apa. Bila dia masuk semula ke dalam bilik dan nampak aku tengah menangis, dia tanya aku “sayang baca chat b ke?”. Aku rasa masa tu aku nak jer tumbvk muka dia tapi aku pilih berdiam dan terus menangis.

Dia tanya berkali – kali sampai perkataan sayang dan b tu bertukar kepada aku dan kau. “Kau ni memanglah. Aku tak tahu masalah kau apa. Kan aku dah banyak kali pesan, jangan sentuh barang aku. Kau ni tak paham bahasa melayu ke apa,” last ayat dia cakap kat aku yang sampai sekarang aku ingat, lepas tu dia baIing telefon dia ke lantai sampai berkecai.

Dan waktu tulah aku teriak sekuat – kuat. Aku mintak dia ceraikan aku tapi dia tetap tak nak. Then aku tanya dia “b pilih sayang ke dia?”. Maka mulalah sesi berterus terang dia. Dia bagitahu aku, pengasuh tu lah scandal dia dan hubungan diorang bukan setakat scandal. Rupanya aku dimadukan dalam diam.

Mak mertua aku dan semua family suami aku tu pun tahu yang suami aku ni dah berbini dua. Yang paling s4kit ialah perempuan tu which is pengasuh tu bukan isteri kedua suami aku, tapi isteri pertama. Bermakna aku ni bini kedua dia.

Dia kata dia tak mampu nak ceraikan bini pertama dia walaupun bini pertama dia tu pilihan keluarga sebab bini pertama dia ada k4nser rahim dan tengah berjuaang untuk hidup. Sebab dia khawin dengan aku pulak adalah sebab zuriat. Aku rasa ditipu bertubi – tubi.

Aku kenal dengan suami sebelum kami buat keputusan untuk berkahwin ni dari zaman sekolah menengah lagi. Tapi aku tak sangka bertahun – tahun bukannya masa yang cukup aku kenal suami aku betul – betul dan family dia.

Sekarang ni pulak hidup aku ibarat jasad kosong. Men4gih kasih anak dan suami tapi sering disisihkan. Bila bersuara pulak aku yang kena balik dengat ayat – ayat manusia terpaling Sempurna. – Mariam (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Sharifah Nuryasmin Jamalullail : Setakat suami curang, boleh tahan lagi. Tapi sampai men4gih kasih anak sendiri, ya Allah luluhnya hati. Moga Allah permudah urusan confessor, diberi ketenangan jiwa, moga bulan Ramadhan yang mulia ni Allah tautkan kembali kasih di antara anak dan ibu buat confessor.

Rizal Rodzuan : Bagi tau benda ni kat famili ko suruh bincang dengan famili dia. Ko masih nak stay ke dengan perkahwinan ni, tu point utama. Tapi paling penting ko kena r4mpas anak ko balik, bawa anak ko lari dari pengasuh tu biar dia anggap ko mak dia balik, mungkin dah dihasut kot sampai tak anggap ko mak dah.

Ae Vin : Disisih suami, boleh angkat kaki. Tp disisih oleh anak sendiri, tak dapat digambarkan. Beratnya dugaan anda. Dibulan yang mulia ini, saya doakan anda dapat kembali hak anda sebagai ibu. Jika berpisah akhirnya, semoga anda bertemu dengan insan yang sangat hargai anda dan bahagia selamanya. AMIN..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.