Pelik emak rela tak bercerai dengan ayah baran, kaki jvdi. Sehinggalah nenek mengaku, nenek minta maaf jodohkan mak dengan ayah

Masa kecil saya tak tahu kenapa ayah suka marah – marah. Bila ayah balik, kami masuk bilik tak berani melintas. Kata nenek, kalau ayah balik marah – marah, itu tanda dia kalah jvdi.

#Foto sekadar hiasan. Apa yang saya ceritakan di sini bukan nak menafikan kemampuan emak dan ayah saya dalam mendidik dan membesarkan kami anak – anaknya, tetapi bak kata orang, semuanya berlaku dalam hidup kami cuma ala kadar sahaja.

Sebagai contoh, kalau orang lain makan bubur nasi ada ayam dan dagingnya sebagai perencah, tapi kami makan bubur nasi dengan garam. Memang kami dapat makan, dapat pelajaran, tetapi tidak mencukupi. Bak kata orang tua tua ‘Macam kain sedepa, ditarik ke atas nampak kaki, ditarik ke bawah terlepas pusat.’

Banyak orang kata anak – anak yang ibu bapa mereka bercerai berai hidup mereka tak tentu hala, tak jadi manusia, susah, mend3rita dan macam – macam lagi kepayahan hidup. Tapi saya rasa hidup kami adik beradik walaupun emak dan ayah kami tak bercerai, tapi rasanya lebih susah lagi.

Bukan setakat susah dapat makan, hati pun sentiasa susah dan ketakutan. Saya fikir walaupun emak ada suami di sisinya, tetapi rasanya hidup emak sentiasa tak tenang, takutkan suami, malu pada jiran dan sedih dengan kehidupan anak – anak tak terjaga dengan baik.

Mungkin pandangan saya agak kasar, tetapi itulah yang saya bayangkan dari kehidupan kami lima beradik. Kerana itu kami lebih banyak menyendiri, tak berani bercakap, terutama kalau ayah ada di rumah. Kalau boleh kami tak mahu keluar bilik langsung.

Saya harap apa yang saya paparkan ini janganlah anggap saya anak derh4ka atau buka pekong ayah, tetapi tujuan saya ikhlas. Saya tak mahu kaum wanita, khususnya yang telah berumah tangga jangan suka memperb0dohkan diri demi menjaga hati suami supaya tak diceraikan.

Dan mereka bimbang kalau tak ada suami, anak – anak tak dapat makan dan tak ada ayah. Sebenarnya itulah pandangan emak saya. Kata emak, biar emak susah, tersiksa zahir batin, asalkan anak – anak ada ayah. Tetapi saya rasa itu pandangan yang salah.

Pada kami kalau ayah tak ada di rumah hidup kami lebih tenang dan aman, tidak ada rasa ketakutan, belajar pun jadi lebih mudah. Lebih penting, kalau ayah tak garang, takkan abang sanggup larikan diri tak mahu ke sekolah.

Masalah keluarga kami bermula sejak saya kecil lagi. Ayah panas baran, selalu cari salah emak, terutama kalau ayah tak ada duit. Emaklah tempat ayah p4ksa bagi duit. Belum sampai hujung bulan, barang dapur dah habis.

Biasanya kami makan bubur nasi berlaukkan telur atau ikan sardin yang emak buat sambal tumis. Zaman itu setin ikan sardin tak sampai seringgit. Itupun dikira mahal juga. Masa kecil saya tak tahu kenapa ayah suka marah – marah.

Bila ayah balik, kami masuk bilik tak berani melintas kecuali bila ayah keluar, baru kami rasa lega. Abang per4ngainya suka ke padang. Tapi ayah tak suka, jadi selalulah abang jadi m4ngsa tangan ayah. Sem4kin besar baru saya faham, rupanya ayah suka berjvdi, sebab itu tak pernah cukup duit, dan emak terp4ksa bantu ayah selain menyediakan barang dapur.

Oleh kerana emak pandai menjahit, emak ambil upah. Dengan upah tak seberapa itulah emak jimat – jimat beli beras, kopi, gula dan minyak. Barang yang penting sahaja. Disebabkan sering bermasalah, emak pernah minta bantuan adik beradik, tetapi nak bantu macam mana kalau mereka pun bukan senang. Kecuali nenek.

Nenek kesiankan emak hinggakan nenek sanggup jual barang kemas untuk emak. Bila saya dah remaja, nenek pernah mengeluh menceritakan rasa bersalah nenek mencarikan jodoh yang tak sesuai untuk emak. Kata nenek masa bujang ayah baik, tetapi dah kahwin dia jadi kaki jvdi.

Walaupun nenek mengaku kesalahannya tetapi saya rasa kesalahan banyak terletak pada diri emak sendiri. Saya rasa emak terlalu takut dan berg4ntung sepenuh hidupnya pada ayah, sedangkan tanpa ayah, emak masih boleh berdikari, boleh besarkan kami, boleh sekolahkan kami dan mungkin kami boleh jadi pelajar cemerlang.

Sebab emak memang boleh menjahit, ramai jiran yang tempah jahitan. Jahit baju moden memang emak tak berapa pandai, tapi kalau baju kurung, jahit sarung bantal, tilam dan pakaian kanak – kanak memang emak pandai, terutama kalau jahit baju kurung tulang belut.

Ramai suka jahitan tangan emak halus dan cantik. Dari upah menjahit emak kumpulkan untuk beli barang makan selain keperluan sekolah kami. Pendek kata keliling kawasan rumah setinggan kami itu emak antara yang pandai menjahit dan ambil upah menjahit, harga upah pun tak mahal.

Bukan takat jiran aja, orang luar pun datang. Tetapi disebabkan sikap emak yang terlalu takut dengan ayah, hidup kami turut terjejas sebab sentiasa dalam ketakutan terutama bila ayah ada di rumah. Kalau boleh kami tak suka ayah ada di rumah.

Kalau ayah tak balik langsung pun tak jadi masalah kami. Kata nenek, kalau ayah balik marah – marah, itu tanda dia kalah jvdi. Betul juga. Tapi kalau hujung bulan ayah duduk rumah aja, itu juga tanda memang tak ada duit.

Kalau dapat sikit duit emak, ayah akan keluar jumpa kawannya. Kerana ayah sering tak berduit, pakaian kami adik beradik ala kadar sahaja, kecuali baju sekolah emak belikan atau jahitkan uintuk kami. Tetapi paling seronok selimut dan bantal kami bersarongkan kain buntil tepong atau kain perca.

Memang cantik selimut kami emak reka. Kami tak malu bila sidai selimut di jemuran selepas dicuci. Kadang kala itulah hiburan kami adik beradik berebut selimut dan bantal cantik hasil reka cipta emak. Namun kerana kesusahan hidup jugalah abang akhirnya berhenti sekolah.

Selepas habis tingkatan tiga abang cari kerja di kedai perabot jadi buruh am. Ayah memang marah, tetapi sekejap aja. Macam ayah tak kisah langsung, tapi amarannya jangan ikut bebudak pen4gih. Jangan merempit. Selepas empat tahun, abang jadi pemandu lori kedai perabut.

Setelah berkahwin kemudiannya abang jadi pemandu teksi. Saya pula habis SPM, belajar jahit tulang belut baju kurung dari emak. Nak cari duit poket, itu alasan saya, tapi sebenarnya saya pakat dengan emak kumpul duit upah yang emak dapat. Saya tak bagi ayah.

Tak lama lepas itu saya bernasib baik dapat kerja jadi kerani sementara dengan pertolongan kawan. Hasil kerja kerani saya kumpul duit, niat nak sambung belajar bidang komputer. Lepas dapat sijil, saya cuba ambil diploma komputer.

Alhamdulillah saya berjaya juga, tapi hidup saya memang susah. Ik4t perut untuk simpan duit. Adik – adik semua kerja kilang, sementara adik lelaki kerja kedai motor, kerana itu minatnya. Akhirnya dia berjaya juga jadi mekanik motor.

Sebenarnya kami adik beradik bukan tak pandai belajar, tetapi keadaan membuat kami lebih selesa cari kerja. Nak cari duit sendiri, tak mahu susahkan emak kalau nak lanjutkan pelajaran. Kesusahan hidup juga mengajar kami berdikari.

Kami mahu keluar dari kehidupan yang serba serbi menyulitkan ini. Nak jadikan cerita, masalah ayah lebih teruk setelah kami bekerja. Emak jadi sasaran untuk dapatkan duit dari kami. Ayah tetap dengan per4ngai lamanya walaupun tak sehebat waktu muda, hinggalah masalah kesihatan mengganggu pergerakannya, maka minatnya turut terhenti sedikit demi sedikit.

Kini setelah lebih 20 tahun berlalu, abang dan seorang adik perempuan saya sudah berkahwin. Tetapi saya dan seorang lagi adik perempuan masih sendirian. Rasanya kami kurang minat berkahwin. Sebelum adik perempuan saya berkahwin dulu saya dengan seorang lagi adik perempuan berbincang dan menasihati adik khususnya yang hendak berkahwin supaya jadikan kehidupan emak sebagai teladan.

Peringatan pertama kami kepada adik, bahawa kesenangan dan keselesaan hidup tidak semestinya datang bersama suami. Kesenangan datang dari usaha kita sendiri, belum tentu suami boleh membahagiakan hidup kita. Lihat apa terjadi pada emak.

Kami setuju kesusahan hidup emak dan kami ketika kecil dahulu adalah kerana kelemahan emak yang tidak mahu mengubah nasibnya. Pada hemat kami, emak takut bergelar janda, kerana itu emak patuh dan ikut apa sahaja perintah ayah.

MaIangnya perbuatan ayah menyusahkan hidup emak dan menjadi igauan menakutkan kepada kami hingga kami dewasa dan terlalu berkira – kira kalau hendak berkahwin. Jadi nasihat kami kepada adik, ‘Kalau suami kau berkelakuan seperti ayah, jangan takut jadi janda. Lainlah kalau dia bertanggungjawab dan sering membantu menguruskan rumah tangga dan mendidik anak – anak.

Kami juga ingatkan adik, walaupun dia cuma kerja kilang tapi belajar menyimpan duit sendiri untuk masa depan. Bukan untuk diserahkan pada suami sebab belum tentu suami dapat mengubah duit itu menjadi hasil yang baik.

Malah tersilap langkah duit yang kita bantu dan beri pada suami boleh mengh4ncurkan diri kita sendiri. Lihat apa yang berlaku pada emak. Emak kerja keras menjahit kumpul duit, tapi kemudian ayah ambil untuk kegunaannya sendiri.

Akibatnya ayah sem4kin tak bertanggung jawab kepada keluarga dan serahkan tugas beri makan pakai anak – anak kepada emak. Adilkah itu? Saya tak salahkan nenek cari jodoh yang salah untuk emak. Sepatutnya emak mesti tahu masalah yang dihadapi.

Sepatutnya emak bangkit baiki diri sendiri demi untuk anak – anak. Sebab itu saya kata kalau tersalah pilih suami boleh mengheret kami ke dunia serba panas seperti emak dulu. Jadi, waspadalah. Kita boleh pilih suami, tetapi ingat, jodoh urusan Allah.

Begitu juga dengan per4ngai suami, bukan kami tentukan. Kalau bernasib baik, kebahagiaan menjadi milik kami, jika tidak kita sendiri susah. Di sini letaknya kebijaksanaan wanita, berani buat pilihan. Sesungguhnya bukan semua suami boleh bawa kita ke syurga, jika salah pilih boleh bawa ke ner4ka.

Saya juga ingatkan adik, bukan semua suami boleh uruskan keluarga, cuba lihat ayah. Jadi apa guna bersuami kalau hidup mend3rita. Jadi ibu tunggal pun bukan semua ibu tunggal hidup susah jika mereka pandai mengurus diri.

Saya dapati ramai ibu tunggal susah hidup mereka setelah bercerai kerana kesalahan mereka sendiri kerana terlalu sayang dan cintakan suami hingga takut suami jatuh cinta pada wanita lain. Jadi mereka ik4t suami jadi milik mereka abadi, hinggakan mereka sanggup berk0rban apa sahaja untuk suami.

Kalau suami minta duit, diberi. Kalau disuruh meminjam, mereka ikut dengan niat untuk bantu suami supaya suami tak cinta wanita lain. Tetapi bukan itu niat suami. Percayalah, suami yang mudah dapat segala – galanya dari isteri, dia akan lebih mudah tinggalkan isterinya setelah permintaannya lebih banyak lagi sudah tidak tertunaikan oleh isteri, biasanya kerana duit.

Kami juga nasihatkan adik jangan halang kalau suami nak kahwin lagi. Biarkan dia kahwin, dan jangan sekali kali sanggup bermadu, kecuali, kalau adik sendiri sanggup hidup susah dan menyiksa diri. Bermadu bukan sahaja membuat anda hidup susah malah menghabiskan duit sendiri, dan mengh4ncurkan jiwa.

Adakah adik sanggup? Itu antara nasihat kami kepada adik. Alhamdulillah, kini nampak hidupnya bahagia dengan dua orang anak. Walaupun saya anak kedua, tetapi saya juga nasihatkan abang supaya jangan ikut jejak ayah.

Insaf dan ingatlah, kesilapan yang ayah lakukan turut menjerumuskan kehidupan abang sekarang. Sebab bukan senang nak hidup sebagai pemandu teksi. Abang bertuah dia dapat isteri yang rajin bekerja. Namun nasihat saya pada abang, layanlah isteri dengan baik dan jangan jadikan isteri abang macam emak. Berd0sa jika mengani4ya isteri.

Sebenarnya apa yang saya ceritakan ini bukan untuk memburukkan keluarga kami, tetapi sebagai persediaan dan nasihat kepada adik yang nak kahwin, juga saya tujukan kepada kaum wanita yang masih ramai takut untuk memperbaiki nasib sendiri. Berubahlah, atau berhijrahlah, mungkin ada kebaikan kepada diri anda pada masa depan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.