Pelik Gaji 5 angka tapi selalu tak cukup, 3 kali mengandung semua gugur. Aku tersedar, puncanya aku buat jahat dekat pejabat

Aku pelik betul, aku dah 3 tahun kahwin tapi dengan gaji 5 angka selalu rasa tak cukup. Itu belum kira 3 kali mengandung semuanya gugur. Aku cuba kawal belanja tapi sama jugak. Sehinggalah satu hari aku terdengar dekat TV, aku tersedar aku dah buat perkara ‘jahat’ dekat pejabat..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Sebelum aku mula, aku nak bagi disclaimer. Pertama sekali, aku akan selang seli guna Bahasa Melayu and English sebab ada sesetengah perkataan tu otak aku lagi cepat tangkap dalam English.

Jadi fokus pada point utama je la ye. Yang kedua, aku bukan ahli atau pakar bidang agama. Aku pun sedang perbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik setiap hari. Yang ketiga, kisah ini adalah tentang aku semata – mata, tentang muhasabah diri aku.

Aku tulis sekadar peringatan untuk diri dan mungkin untuk pengajaran kepada sesiapa yang terbuka untuk belajar. Sedikit latar belakang, aku baru berumur 27 tahun dan dah berkahwin nak masuk 3 tahun tapi belum ada rezeki anak.

Aku dan suami tengah melalui perhubungan Jarak Jauh (PJJ). Alhamdulillah, aku dan suami kerja elok dalam company besar yang bayar cukai tinggi dekat kerajaan tiap bulan. Aku nak tulis bab keberkatan rezeki dalam bekerja.

Masa bekerja dekat company aku ni is Flexi Hour. Jadi tak kisahlah kau nak datang pukuI 7 ke, pukuI 9 ke selagi kau “bekerja” cukup 8 jam. Aku dulu selalu yakin yang aku bekerja cukup 8 jam tiap hari. On average konon – kononnya 12 jam sebab aku jenis terpacak kat ofis lepas Subuh dan balik lepas Maghrib.

Ye la aku bukannya ade suami dan anak dekat rumah nak masak, mengemas bagai. Jadi hidup aku 90% memang dengan kerja. Sebab tu, bila boss mula bebel tentang produktiviti kat ofis dalam meeting, aku akan menyampah.

Dalam otak aku memang dah set, “Hei, boss tak tau aku datang ofis time lampu pun tak bukak lagi. Jadi lantak kau la boss.” Sejenis orang macam aku ni, paling produktif waktu pagi. Bila orang lunch sejam, aku lunch dua jam.

Lepas lunch tu prestasi aku pun dah merundum. Yelah, dah melantak dua jam. Tiap petang aku ada aktiviti khas yang aku buat supaya aku tak mengantuk. Antaranya ialah, window shopping online, pergi beli pisang goreng kat restoran berhampiran.

Balik tu buat kopi pulak nak makan ngan pisang goreng, monitor kaunter saham, borak dengan kawan – kawan dan tengok video viral macam Kardashian sisters ke, launching Duck scarves baru ke atau apa – apa je la yang berkaitan hasil borakan aku dengan kawan – kawan.

Selepas dah beraktiviti khas tu, aku sambung buat kerja dalam pukuI 3 petang. Jadi korang nampak tak sebenarnya aku kerja tak cukup pun 8 jam. Tapi korang tahu tak apa impak tak cukup 8 jam tu? Sejak dua tahun lepas, aku mengandung asyik gugur je.

Tiga kali tau aku mengandung, tiga kali baby meninggaI premature. Tipulah kalau aku kata aku tak depr3ss. Tinggal aku tak buat confession depr3ssion je ni. Ha.. bermula ni la aku muhasabah diri. Sebab mak aku selalu ajar yang setiap “keburukan” yang jadi dalam hidup kita, adalah teguran Allah untuk kita baiki kelemahan diri.

Alhamdulillah, ajaran mak aku ni meresap la kat otak aku. Maka, aku start la cek semula diri dan aku buat kesimpulan yang aku takde anak lagi sebab aku tak ready lagi dari segi kewangan. Tapi, bila aku duduk diam dan buat kira – kira, aku sentap sebab kesimpulan aku macam tak logik.

Gaji aku dan suami kalau gabungkan sebulan dah 5 angka. Celah mana tak cukup buat makan dua orang? Lama aku fikir macam mana gaji banyak, belanja bulan tak banyak tapi tiap bulan aku sentiasa rasa duit tak cukup. Tak, yang ni bukan salah kerajaan.

Aku rasa ni masalah perancangan kewangan aku. Lama aku fikir dan adjust financial aku. Siap pergi seminar aku nak belajar pengurusan kewangan. Tetiba satu hari, tengah tengok TV kat rumah, mak aku pasang ceramah agama dan Uztaz tu cerita tentang keberkatan rezeki yang kita cari ketika bekerja.

Astaghfirullah. Banyak sangat d0sa yang aku buat dalam tak sedar. Uztaz pesan bila rasa rezeki tak cukup, tengok balik amalan atau sumber pendapatan. Aku pun tengok pada kedua aspek. Dari situla aku sedar, aku makan hak orang.

Tak aku tak curi duit fizikal. Tapi gaji yang company aku bayar kat aku, itu duit rakyat. Duit ambik hasil negeri – negeri kat Malaysia. Jadi secara tak langsung, yang bayar gaji aku adalah rakyat. Setiap jam aku bazir dengan tak buat kerja kat ofis adalah setiap jam yang berbayar.

Senang cerita, tiap jam aku menjemah, reply whatsapp kawan sebab dia confuse nak beli handbag Hitam atau Beige, window shopping kat alam maya, mencekik pisang goreng, donut and KFC petang – petang tu semuanya makan hak orang yang membayar gaji.

Dah satu hal aku nak mintak halal kat sorang – sorang rakyat Malaysia. Nasib Tuhan tak tarik lagi nyawa aku. Sebab beratkan d0sa orang berhutang dan hutang tak dihalalkan. Jadi sekarang aku tengah ‘ganti’ balik masa – masa yang terbazir dengan buat kerja lebih masa dan produce more results sepanjang masa aku bekerja.

Kalau ada orang yang sel otak tak dapat nak cari connection cerita aku ni, mesej aku simple je, ada dekat ofis selama 8 jam tak bermaksud korang produktif. Kalau duduk kat ofis 8 jam dan ko cuma mampu respon satu email je / produce satu computer generated report je / draf sehelai surat je, agak – agak ko layak tak dibayar gaji sehari kau?

On average gaji orang kerja ofis is 50 – 300 / sehari to produce just that? Kalau kau majikan, kau rase nak tak halalkan? Kalau ada orang terfikir eh apa pulak kaitan tak dapat anak dan keberkatan gaji? Kan dah cakap ni muhasabah diri aku.

Jadi, aku percaya apa yang kau rasa buruk untuk diri kau, mungkin terbaik kat sisi Allah. Sebab gaji tu la buat beli nasik yang aku suap masuk dalam mulut tiap hari. Nak anak yang soleh dan solehah, kena jaga makan, jaga hati. Sekali lagi, ni apa yang aku percaya. Everyone entitled to their own opinion and belief. So do you. Sekian. Regards, – Jane.

Komen Warganet :

Tiera Ibrahim : Saya agree sangat confessor. Tempat lama saya keje dulu memang ada satu group ni asik bercakap – cakap tak henti yang takde kaitan pasal keje (sebab meja pun dekat – dekat, takde partition) cerita pasal bos la, persoalkan nape orang tu naik pangkat la, nak travel sane sini, discuss pasal isu – isu viral kt fb, dok tengok lazada n online shop berpuluh – puluh minit.

Tolong kawan buat payment la (saya tau sebab setiap kali nak potostat, kene masuk kawasan diorang so selalu terdengar story – story tu). Ader plak seorang lelaki ni, bolehkan tido dalam opis (kate buat keje partime – asik mengopi kt kedai mamak jual emas dengan customer sebeIah malam). Hmmm.. nak tegur serba salah sebab saya agak muda berbanding mereka.

Dalam sedar tak sedar, saya analisis setiap dari dorang ade jer masalah. Hmmm.. kat situ mendatangkan satu pengajaran untuk saya supaya setiap jam kita bekerja adalah hak majikan yang mesti kita tunaikan. Bukan apa untuk keberkatan rezeki yang dapat tiap – tiap bulan. Duit tu juga masuk dalam perut keluarga kita yer tak?

Yosyi Sama : Itulah namanya keberkatan dalam rezeki. Walaupun gaji 5 angka sekalipon, bila tak follow waktu kerja, masuk keluar office sesuka hati, banyak sembang dari buat kerja then hujung bulan cucuk duit. Kita akan rasa SESUATU dan SESUATU tu tak cukup. Gaji besar yang sepatutnya mampu jadi kecil. Tapi syukur confessor dah dapat jawapan. Teruskan.

Anisah Fathin : Dulu my mom pernah kata, “kalau gaji kita seribu, tapi buat keje worth gaji 3 ribu. Nanti Allah tambah rezeki kita mana – mana, tapi kalau gaji kite 3 ribu, tapi buat keje macam worth seribu je, nanti Allah tarik mana – mana rezeki kita tu”. Dan itulah kata – kata yang aku pegang sampai sekarang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?