Pelik pasu dengan tanah depan rumah m4kin susut. Aku check rumah jiran. Nohhh! Tanah sekali pasu dia buat tanam pokok

Belum lagi soal h4nger baju aku menyusut, yang ajaibnya tiba – tiba jiran sebeIah ada h4nger yang lebih kurang je sama dengan aku. Getah paip aku hilang. Tak lama kemudian jiran sebeIah ada getah paip yang sebijik sama panjang, w4rna. Aku nekad pasang cctv tapi aku bagitahu dekat jiran sebeIah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat para pembaca. Ini sedikit cerita indah mengenai hidup aku berjiran dengan jiran yang ‘special’. Coretan ini mungkin agak sedikit panjang, kerana sudah hampir 9 tahun aku berhadapan dengan jiran seperti ini.

Kami penyewa. 1 rumah 2 pintu. Kami berkongsi halaman dan parking lot yang sama kerana reka bentuk rumah kami ibarat rumah berkembar. Aku di bahagian hadapan dan jiran itu di bahagian belakang. Jadi setiap kali mereka ingin keluar, mereka perlu melalui di hadapan pintu rumah aku.

Mudah aku bahasakan mereka suami isteri sebagai kak Ani dan abg Jamil. Suami isteri yang mempunyai 4 orang anak lelaki sementara aku dan suami mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan. Di awal pengenalan, aku sangat menyenangi mereka.

Pemurah. Gemar mengambil berat. Ringan tuIang membantu. Anak – anak mereka pun baik. Aku dah mengangap mereka ibarat kakak dan abang. Cuma satu yang aku tak berapa selesa, bila berbual dengan kak Ani, mulutnya hanya berbual soal orang lain atau erti kata lain, mengumpat.

Pantang ada berita tentang orang, dialah yang paling utama menyampaikan kepada aku. Mula – mula aku pun go with the flow je dengan dia. Biasa la orang perempuan kan minat gosip. Tapi lama – lama aku rasa tak selesa seolah – olah semua hal negatif tentang orang lain, tentang jiran – jiran lain terutamanya.

Semuanya dah jadi info tak penting dalam otak aku. Ia mengundang perasaan negatif dalam diri sebab bila kita terpandang insan yang disebarkan ceritanya itu, aku turut jadi menyampah walhal aku kenal pun tidak. Suami tegur sikap aku, jangan terlalu melayan sangat kak Ani kerana khuatir aku juga terjebak dalam fitnah dan umpatan.

Jadi aku mula berhati – hati bila nak berbual dengan kak Ani. Bila terserempak je dengan kak Ani, kami berbual macam biasa. Cuma bila dah mula nak buka cerita perihal orang lain, aku akan beralasan nak masuk rumah uruskan kerja lain.

Bukan nak kata diri ni baik, tapi yela d0sa sendiri pun dah menggunung oii lagikan nak pikul d0sa orang lain. Macam aku ceritakan tadi, mereka sangat suka mengambil berat. Tapi mengambil berat tu sampaikan bila aku tiada di rumah, tingkap rumah aku diintai atas apa tujuan nak jenguk ke dalam rumah aku.

Perkara ni kantoi dengan jiran lain yang sampaikan pada aku. Bila aku bertanya pada kak Ani. Dia mengaku perbuatan tu dan alasan sebab nak cek kucing aku ada ke tidak di dalam rumah. Bila fikir balik, yeke prihatin bab kucing sedangkan aku tak pernah pun tengok dia membela dan bermain kucing sebelum ni.

Kucing kawannya yang dijaga pun dikurung dibiar di bawah hujan sampai demam m4ti kucing tu. Kucing aku pun pernah kantoi dibuangnya. Lagi perkara yang kelakar tentang mereka ni. Asyik nak berIawan – Iawan dengan aku.

Bila aku basuh baju sidai kat luar bau wangi, esoknya dia akan juga sidai baju dengan bau yang 2, 3 kali lebih wangi dari aku. Bila aku beli kasut baru, tak lama kemudian aku perasan kak Ani akan ada kasut baru juga yang lebih kurang sama dengan aku.

Aku ada serba sedikit tanam pokok di tepi rumah, eh apa je jenis pokok baru yang aku ada, tak lama lepas tu dia pun ada juga. Siap ada pokok bunga kertas yang super besar dia dapat tapi hairan nya pokok itu diletak betul – betul bersebeIahan dengan pintu dapur rumah aku.

Hairan rumah engko yang halaman seluas alam tu kau tanam rumput, tapi bunga kau kalau boleh nak tutup pintu aku bila aku bukak je pintu aku ibarat kau nak suruh aku sujud sembah terus kat pokok kau tu. Pernah sekali kami balik malam dan ada mainan baru aku belikan untuk anak aku dan mainan tu bunyi agak kuat.

Tak lama lepas tu aku dengar kak Ani keluar naik kereta dan balik semula dengan mainan baru untuk anak dia malam tu jugak. Anak dia terus main depan pintu rumah aku. Tah apa niat aku malas nak sangka bukan – bukan.

Tak kurang juga dengan sikap mereka yang suka meminjam barang orang. Aku tak kisah pun orang meminjam, asalkan diberi dengan keadaan molek, maka pulangkan la dalam molek. Eh tak. Cangkul yang dipinjamkan mula tegak, dipulangkan bengkok.

Adab kita seandainya kita meminjam barang yang sama dengan orang melebihi 3 kali, itu bermakna kita perlu beli sendiri barang tu. Tapi prinsip tu takde dalam diri mereka. Pinjam selagi boleh pinjam. Pakai selagi boleh pakai.

Asal barang kita nampak macam dah lama tak terusik, maknanya mereka berhak untuk ambil dengan anggapan yang kita dah tak nak guna barang tu. Kak Ani kata dia nak minta sikit tanah sawit aku sebab nak tolong tanamkan pokok serai.

Aku pun mengizinkan memandangkan waktu tu aku mengandung. Tak lama kemudian aku perhatikan macam m4kin ‘kering’ pulak tanah hitam aku ni. Perut dah sarat, masa bila pulak aku menanam. Sekali aku curik check di halaman rumah dia, nohhh rokiah!

Tanah hitam aku siap dengan pasu – pasu aku sekali kau sapu dibuat pakai tanam pokok kau. Pokok serai yang konon nak tanamkan untuk aku pun ada jugak sepasu tapi kecik coet macam nak m4ti je aku tengok. Aku tak puas hati aku amik semua pasu dan tanah aku.

Aku tunggu je kot – kot dia nak bertanya tapi dia diam je. Masa bersalin aku berpantang 40 hari di rumah mak aku. Bila aku balik rumah, segala barang berkebun aku semua kat rumah kau. Dengan penyapu aku dah patah tah pebenda kau buat.

Sebiji wasap pun takde masuk dari kau nak minta izin sebelum guna barang aku even yang kau rosakkan pun h4ram nak dengar kau minta maaf. Botol spray kesayangan aku buat baja pokok hilang. Puas aku ke depan ke belakang mencari.

Bila aku terserempak dengan kak Ani dia kata tak pernah nampak pun botol spray macam aku punya. Alih – alih anak dia sendiri yang keluarkan botol spray tu dari rumah dia dan tunjuk pada aku. Dalamnya dari baja pokok dah bertukar jadi sabun.

Tergagap kak Ani nak explain seolah – olah dia nak tuduh anak dia yang ambil dia buat main. Tapi anak dia yang jawab balik, “laa, tadikan ibu yang suruh ambil?” Aku senyum saja asalkan aku dah dapat botol aku balik. Tapi malam tu termenung juga aku.

Belum lagi soal h4nger baju aku menyusut, yang ajaibnya tiba – tiba kau ada hanger yang lebih kurang je sama dengan aku ek. Bila aku tanya kau kata sini ada orang suka datang curi barang malam – malam. Tapi pelik kenapa orang tu sanggup datang jauh – jauh semata nak curi h4nger?

Dan kenapa h4nger kau sama design dengan aku punya yang hilang? Getah paip aku hilang. Tak lama kemudian kau pun boleh ada getah paip yang sebijik sama panjang, w4rna dan penyambung yang ayah aku pasang pada getah tu pun boleh tersama dengan kau sekali.

Aku malas nak tanya sebab aku takde bukti nak kata dia ambil, cuma aku sumpah apa – apa yang dia gunakan dari barang – barang yang dia curi seandainya ada takkan membuahkan hasil pun. Memang betul pokok yang dia tanam dari barang curi tu tak tumbuh pun.

Dan barang – barang lain pun ada juga yang sama. Aku hilang kemudian dia ada benda yang sama yang macam aku hilang. Magic en. Akhirnya aku tekad nak pasang cctv. Aku bagitau kak Ani aku pasang cctv sebab nak tengok orang mana yang rajin sangat ni suka ambil barang orang.

Eh yang ajaib nya lepas ada cctv, kes – kes barang aku hilang pun macam dah setel serta merta. Dah takde lagi barang aku hilang. Magic en boleh pulak pencurik tu tau dari jauh aku dah pasang cctv. Kak Ani sapu sampah di halaman rumah dia tapi sampahnya ditolak ke halaman rumah aku. Sekali dua aku boleh maafkan lagi.

Aku sapu bersihkan. Sampai mummy aku tegur “nape kau biarkan rumah kau kotor halaman ni penuh sampah,” padahal tu sampah dari rumah dia yang ditolak ke rumah aku. Belum lagi dengan anak dia yang segala sampah jajan air kotak botol semua dibaling bertaburan di halaman. Dalam longkang.

Kami berkongsi halaman yang sama dan rumah aku yang di depan. Jadi pandangan pertama tetamu yang datang memang aku lah yang dituduh buang sampah tu sampai kotor rumah. Aku dan suami aku kutip juga sikit – sikit.

Tak memasal jadi tukang pengutip sampah. Pernah aku kutip balik dan kumpulkan sampah tu di pintu rumah dia, malam tu aku perasan sampah tu dah dibaling ke tengah jalan. Nak tunjuk protes yang konon aku ni terlampau berkira.

Habis selama ni halaman rumah ni bersih dari sampah kau tu sebab siapa yang uruskan? Ayam kucing ke yang makan sampah – sampah plastik kau tu? Lepas tu kau bela kucing, kau letak dalam sangkar dan depan rumah. Kau biarkan t4ik dia tak terbuang sampai aku tak boleh buka pintu sebab bau t4ik kucing kau masuk dalam rumah aku.

Aku nak sidai baju pun tak dapat sebab bau t4ik kucing kau melekat dekat baju – baju yang aku sidai. Tak lagi dengan kucing kau berlapar kehausan sebab kau tak bagi makan minum. Melalak kucing tu memanggil sampai aku dengan suami tak dapat nak tidur malam.

Bila aku tolong isikan air dan makanan, kau cakap aku penyibuk. Pelik aku macam mana jiran aku ni boleh hidup dengan keadaan gini. Belum cerita lagi soal anak dia. Anak dia yang bongsu lelaki, lebih kurang sebaya dengan anak aku.

Aku tak salahkan budak tu kalau dia jenis suka lasak bermain. Aku pun ada anak lelaki tapi dia jenis tak lasak sangat. Cermat bila bermain. Sifat budak lelaki kan nakal – nakal tu biasa la. Tapi kalau dah 2, 3 kali anak kau tolak anak aku sampai ada yang dia jatuh.

Anak kau tarik anak aku sampai jatuh sebab anak kau tak bagi anak aku main dengan anak jiran lain. Anak kau Ianggar anak aku dengan basikal cuma semata sebab anak aku tak mau dengar arahan anak kau. 2, 3 kali perkara tu berlaku aku hanya tegur gitu je budak tu.

Anak orangkan, mana boleh usik suka suki. Tapi bila dah benda tu berlaku sendiri depan mak bapak dia, anak aku dahi berd4rah kesan ditolak anak kau, kau sebagai mak ayah masih buat b0doh je, takde maaf, takde apa.

Memang dah sampai masa kat situ jugak aku meIetop. Aku berhadap dengan laki dia sendiri, bagitau semua apa yang anak dia dah buat. Dia tak boleh terima atas alasan tu budak kecik. Abis takkan sampai berlobang dahi anak aku baru nak ngaku anak kau salah.

Anak aku tak tenteram nak bermain sebab anak kau sibuk je nak control anak aku suruh ikut cakap dia. Korang as mak bapak korang biar je anak kau buat suka hati kat anak orang lain. Senyap – senyap berapa kali anak kau bukak seluar anak aku, ajar dia buat benda bukan – bukan.

Wei anak aku baru 6 tahun umurnya dah nak kena hadap benda kotor cenggini. Bila suami aku dapat tangkap perbuatan anak kau, kau tak boleh terima. Sejak dari tu aku mula dingin dengan diorang. Dan bermula lah episode diorang mula start cakap belakang pasal aku.

Kalau jiran lain pun difitnahnya bawak masuk perempuan dalam rumah, lari bayar sewa, anak hisap d4dah (then aku dapat tau ni semua fitnah dari mulut kak Ani lepas aku sendiri siasat). Apatah aku ni kan yang dah memang aku dah bermasam muka dengan kau.

Berlegar – legar aku dengar cerita pasal aku di kawasan ni. Aku menggatal dengan laki orang. Aku menggedik dengan budak hantar barang. Aku ada saka. Aku ada ilmu hitam. Aku pukuI anak dia (sentuh anak dia pun aku tak pernah).

Laki aku simpan perempuan lain sebab tu dia selalu balik malam (laki aku ajk masjid kot). Macam – macam yang aku dengar dan sampaikan sesiapa je kawan, keluarga, atau kenalan yang datang rumah dia mesti akan memandang aku macam nak ludah kat muka aku time tu jugak.

Jiran – jiran lain pun dah mula nampak lain dengan aku. Bila aku keluar rumah, diorang cepat – cepat akan masuk ke rumah tutup pintu. Yang tengah naik motor atau kereta akan terus press minyak laju – laju nak mengelak dari bertemu dengan aku.

Mulanya aku malas nak sayaak wasangka, tapi aku perasan gak si kak Ani ni rajin bersembang dengan diorang masa aku takde. Kadang – kadang ada juga si kak Ani ni cuba nak berbaik dan tegur – tegur aku. Tapi bila dengar isi mulutnya masih nak berbohong nak memfitnah aku jadi taw4r terus nak percaya lagi.

Aku pun kalau boleh nak berbaik semula sebab rumah kami sebeIah menyebeIah je. Bukak pintu memang nampak diorang. Tapi itula aku dah susah nak percaya lagi. Sampai sekarang aku dah tak bertegur. Nak duduk rumah sendiri pun susah nak tenteram.

Bila aku keluar rumah je nanti adala nak skodeng. Siapa yang datang rumah aku nanti MESTI diorang akan keluar bukak pintu macam nak dengar aku bualkan apa. Bila aku berkebun kat luar nanti adala suara – suara sumbang nak menyindir aku.

Tapi bila aku ajak berbincang depan kau menyorok pulak dalam rumah. Itulah sedikit kisah dariku tentang hidup berjiran. Nak taknak kami sekeluarga perlu hadap dan anggap ini sebahagian dari ujian hidup. Kalau aku membaIas kembali dan ceritakan pada jiran – jiran lain nanti seolah aku pun lebih kurang 2×5 je dengan dia yang suka menyebarkan aib orang.

Jadi sabar dan tenang itu sahajaIah yang kami mampu. Moga Allah kabulkan impian kami untuk memperoleh teratak kediaman yang lebih aman. Kalau tak dapat kat dunia pun moga dapatlah di akhir4t. Allahuma amin. Terima kasih sudi baca luahan aku. – Tam tam (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Anum Kamaruzzaman : Memang baIa dapat jiran dari ner4ka macam ni. Saya dah 20 tahun dapat jiran macam ni duk sebeIah rumah juga. Apa yang kita beli dia pun beli sama. Kita tanam bunga dia pun tanam juga. Beli moto ke basikal pun dia nak tiru juga.

Kita buat tempat parking dia pon buat juga tapi tak serupa orang la, asalkan boleh tiru. Yang nak gelak kita punya spesis bunga semua jenis mahal sebab saya beli yang dah siap besar bukan tanam dari anak tu tu dia. Terus melopong tak terikut dia ha amik nak tiru sangat lagi.

Kita ni memang hobi jenis suka tanam bunga tu yang jiran – jiran suka lepak kat rumah kita siap puji kata taman kami cantik. Dia punya berangin siap hasut orang yang lalu kat depan rumah kami tu suruh singgah juga kat rumah dia.

Ha tak tau lah apa jenis jiran yang ada PHD macam ni. Siap marah pulak kita beli rumah kat taman ni sedangkan dia tu duduk menyewa. Tak taulah kita yang rumah sendiri pun tak berlagak macam dia. Fikir rumah sendiri je kalau duk menyewa lama dah angkat kaki.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.