Saya hantar kereta pergi bengkel, jadi jiran ingat saya takde dekat rumah. Tau apa jadi. Dia panjat divider rumah kami dan buka pintu rumah dan pintu sliding saya. Jadi selama ni dia lah yang pecah masuk..
#Foto sekadar hiasan. Hai dan salam.. Saya kenalkan nama saya sebagai Aina (bukan nama sebenar). Umur awal 40-an dan masih solo atas kehendak saya sendiri. Kerja di bidang professional dan tempat kerja agak jauh dari tempat tinggal (daerah berlainan).
Saya telah mendiami rumah saya ni lebih dari 13 tahun dan merupakan rumah sendiri. Pada awal tahun lepas jiran baru (baru setahun) telah duduk di rumah yang dibelinya di sebelah rumah saya. Dan jiran tersebut pula seorang lelaki dan juga masih bujang.
Dan dia juga berkemungkinan dalam lingkungan 40-an (saya tidak pernah tanya perkara ni kepadanya, mahupun saya tidak kenal namanya sehingga kini). Walaupun saya tidak kenal peribadinya tetapi saya akan tegur seperti biasa semasa saya berada di luar rumah (semasa alihkan kereta, sapu porch kereta dan sebagainya).
Tujuan saya menegur adalah untuk menjaga hubungan baik sesama jiran. Nak dijadikan cerita, saya telah diwarded selama seminggu secara em3rgency pada bulan january awal tahun ni.. Jadi masa tu, saya minta jiran ni untuk simpan parcel (dari shoppee dan lazada) yang akan dihantar oleh runner.
Masa tu dia minta nombor telefon dan saya hanya beri nombor whatsapp (nombor whatsapp tidak boleh dihubungi, hanya boleh digunakan untuk whatsapp, saya ada nombor personal yang mana saya tak share dengan semua orang).
Ya, jiran tu ambil dan simpankan semua parcel dan saya dapatkan balik bila saya dah discharged. Selepas tu jiran lelaki ni dok whatsapp juga dan kadang – kadang call guna whatsapp call, tapi saya tak pernah angkat call mahupun membaIas mesejnya.
Dia pernah minta nombor telefon saya, tapi saya tak pernah beri. Rutin saya akan keluar jogging ke taman yang berdekatan pada setiap hari sekitar pukuI 5 petang dan akan balik dalam pukuI 7.30 ke 8.00 malam. Ya ni rutin saya setiap hari.
Ada satu hari selepas saya balik dari jogging, saya perasaan kasut – kasut yang saya susun di sebeIah rumah jiran saya ni nampak dalam keadaan kucar kacir, means ada terusik. Bukan sahaja setakat kasut, malah alas kaki rumah di hadapan pintu sliding juga terusik.
Saya cuba sedapkan hati berkemungkinan kucing yang usik (sebab kucing jiran ada berkeliaran dalam kawasan rumah saya). Selepas itu, instinct saya kata ada manusia berkeliaran dalam kawasan rumah saya kerana hari – hari berikutnya saya nampak pintu sliding saya terbuka (sliding saya lock rosak tetapi ade pintu pagar yang dikunci rapat), meja kerja saya yang ditempatkan di sebeIah pintu sliding terusik.
Bukan setakat ni, selepas saya membuka lampu dalam rumah, saya akan pastikan langsir rumah saya (warna gelap) dibukakan dan diklipkan supaya orang tidak boleh nampak dari luar rumah. Ya yang ni saya dah check since saya pasang kain langsir supaya pergerakan saya di dalam rumah tidak boleh diperhatikan dari luar.
Ada satu hari, saya perasaan klip yang saya gunakan untuk klip langsir saya tu dah jatuh ke bawah dan masa tu saya ada di dalam rumah. Ya instinct saya lagi kuat mengatakan ada yang tak kena, tetapi saya tiada bukti. Baru – baru ni dalam dua ke tiga minggu lepas, dalam pukuI 10 malam, jiran lelaki ni call guna whatsapp dan saya dengan pantasnya terima call tu (padahal sebelum ni saya tidak pernah angkat call lelaki ni).
Bila saya ambil call, lelaki ni letak terus, selepas tu dia call balik. Bila saya angkat call dia kata dia dengar rumah saya bising kat dalam sebab tu dia call. Saya tidak layan dan bagitau dia saya tengah sibuk buat kerja rumah dan saya letak call itu.
Selepas tu dia voice message kat whatsapp kata “saya call awak, tapi awak nampak s3xy, jadi saya tak tau nak buat apa”. Ya bagaimana lelaki ni tau saya ni s3xy ke tak sebab saya ada di dalam rumah. Dan untuk pengetahuan semua saya tidak pernah berpakaian kurang sopan semasa saya berada di luar rumah mahupun keluar dari rumah untuk ke mana – mana.
Saya juga tidak pernah sidai kain di luar rumah kerana saya membasuh kain di laundry dan akan mengeringkan pakaian saya semua menggunakan dryer di laundry. Jadi dari mana dia nampak saya s3xy? Since dia whatsapp macamtu, saya block nombor dia masa tu juga dan keesokan hari saya bercadang untuk membuat laporan polis.
Tetapi pagi tu saya ke kerja dulu dan bila saya ceritakan isu ni kepada rakan – rakan sekerja, mereka nasihatkan jangan ambil tindakan drastik, cuba lapor kepada family lelaki ni dulu. Ya lelaki ni ada family yang terdiri daripada emak dan adik – beradik lain yang akan datang dalam beberapa jangka masa.
Jadi saya tunggu untuk laporkan isu ni kepada family dia. Untuk pengetahuan semua, lelaki ini pernah hanya memakai tuala basah yang pendek (paras paha) dan keluar bila dia dengar saya buka pintu rumah saya. Saya keluar untuk membuang sampah, tapi lelaki ni dalam keadaan menjegilkan cuba tegur saya “belum tidur lagi ke?”.
Saya terus beredar masuk ke dalam rumah selepas buang sampah. Pada hari isnin ni saya telah hantar kereta saya ke bengkel untuk dibaiki, jadi kereta memang tak ada la di rumah saya, tetapi saya ada je dalam rumah. Tau apa yang berlaku, lelaki ni datang buka pintu rumah dan pintu sliding saya.
Jadi korang tahu sekarang, apa yang dia lakukan selama ni? Ya dia intai saya selama ni. Dia panjat divider rumah kami. Saya sangat tr4uma sehingga kini dan masa tu kereta pun tak ada. Jadi saya call terus balai polis berhampiran dan kawan saya.
Lelaki ni bila sedar saya dah tahu, dia bawa motor dan keluar dari rumah. Bila polis sampai lelaki tu tak ada di rumah. Malam tu juga saya buat laporan polis bersama kawan saya yang datang. Tetapi sampai sekarang polis tidak ambil sebarang tindakan terhadap lelaki dayus ni.
Adakah laporan polis kes seperti ni hanya setakat laporan je atau pihak polis malas nak bertindak? Tr4uma yang saya alami sehingga kini saya tak boleh tidur, apatah lagi bila dengar bunyi motor dan kereta dia, jantung saya berdebar dengan kuat.
Mungkin hari isnin ni saya terp4ksa jumpa pakar psych0logy, sebab saya tidak stabil selepas kejadian tu. Untuk pengetahuan semua saya telah pun jualkan rumah saya ni dan dalam seminggu je saya dah dapat pembeli. Dan sekarang dalam proses jual beli.
Cuma tr4uma saya terhadap lelaki dayus tu tak dapat saya elakkan. Dan sehingga kini saya tidak membuka pintu rumah. Saya tidak tahu apa tindakan saya yang seterusnya perlu saya ambil untuk mengajar lelaki dayus seperti ni. Adakah patut buat laporan polis yang kedua supaya tindakan yang sepatutnya diambil ke atas lelaki dayus seperti ni? – Tr4uma lady (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ayu Ujang : Been there. Pernah alami kejadian macam ni.. Boleh dia ada master key dan masuk rumah, masa kita takde. Kita tau la kalau barang kita terusik atau bergerak. Memang sangat tr4uma dan takut. Rasa tak selamat dalam rumah sendiri.
Dia terkant0i apabila nampak dia menyorok di sebalik langsir.. Saya jerit! Lepas tu dia pindah!! Saya faham tr4uma Sis. Dengar bunyi benda jatuh pun dah berdebar dan menggigil. Akan ambil masa untuk pulih.. Good Luck!!!
Nor Najwa Huda : Joined aje group community and report dalam tu. Biar dia kena marah and ahli community tahu apa dia buat. Saya pun diganggu oleh jiran saya jugak. Berkali – kali hantar gambar Iucah. Call telegram. Bila semak, semua mereka ada dalam group community.
Ada yang dah berkahwin. Saya screensh0t semua benda tak senonoh mereka hantar, post dalam group community. Ada yang berani cakap, saya tahu awak duduk block mana, sekian – sekian tingkat. Tapi tidak berbaur ugvtan, nak report polis pun takboleh. Saya screensh0t and letak dalam group community. Kena m4ki hamun dengan bini bini mereka dalam tu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.