Nak dijadikan cerita, sewaktu mertua aku datang ke rumah sewa kami untuk melawat cucu, telefon bimbit bapa mertua aku tertinggal di rumah. Tambah lagi dengan status whatsapp mak aku yang…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Oya berusia 36 tahun, seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan. Aku baru berkahwin 2 tahun lepas dan Alhamdulillah perkahwinan aku bahagia.
G4duh kecil tu biasa almaklumlah perkahwinan yang masih setahun jagung. Aku seorang anak tunggal yang telah kem4tian ayah sejak aku dalam kandungan 8 bulan. Sejak kem4tian ayah, ibu aku tidak pernah berkahwin lain dan membesarkan aku seorang diri dibantu oleh nenek dan pakcik makcik aku.
Jadi seumur hidup aku memang tiada figura seorang ayah dan Alhamdulillah dikurniakan bapa mentua yang baik. Yang menjadi masalah adalah ibu mertua aku. Sebelum kahwin suami aku bersetuju untuk bawa mak aku duduk sekali kerana risaukan mak aku duduk seorang diri.
Dan suami aku sehingga kini tiada masalah malah kami bahagia membina keluarga kecil kami bersama. MaIangnya entah angin monsun apa mak mertua aku cemburu. Bukan cemburukan hubungan mak aku dan suami tetapi cemburukan hubungan mak aku dan bapa mertua aku. Ya cemburukan besannya.
Sewaktu awal perkahwinan kadang kala aku bawa mak untuk datang melawat. Yela kan besan. Bukan selalu pun kadang – kadang bila mak aku nak bagi buah tangan atau masa hari perayaan, datanglah kami ke rumah mereka.
Dan aku perasan ada satu hari mak aku melawat, mak mentua aku macam endah tak endah. Aku bersangka baik dahulu tetapi rupanya memang ada masalah. Suami aku kata mak mentua aku cemburukan mak aku. Dan menuduh mak aku nak b0mohkan bapa mentua aku dengan bagi makan buah tembikai.
Silap aku juga la pi lap plastik tembikai tu dengan minyak wangi. Niat nak hilangkan tanda harga ja manalah tahu tengah sedap aku tonyoh ada lubang punya kecil. Habis meresap la minyak wangi tu. Bila mak mentua aku makan dia kata ada rasa wangi.
Dan imaginasi mak mentua aku punya tinggi sampai dia kata asbab makan tembikai bapa mentua aku berubah. Ya Allah. Penat bapa mertua dan suami aku jelaskan tapi mak mertua tak nak terima. Padahal takde apa yang berubah pun.
Nak dijadikan cerita, sewaktu mertua aku datang ke rumah sewa kami untuk melawat cucu, telefon bimbit bapa mertua aku tertinggal di rumah. Dah mak mertua aku tuduh bapa mertua sengaja tinggalkan sebab nanti bolehlah dapat jumpa mak aku lagi.
Padahal suami aku yang hantar balik telefon tu takdenya bapa mertua aku datang ambil. Hal whatsapp lagi satu. Status wasap mak aku ‘tak boleh cakap, hanya whatsapp’. Dan sekali lagi dengan imaginasi mak mertua aku yang sangat tinggi, dia kata mak aku saja buat status macam tu sebab nak hint pada bapa mertua aku bila line clear untuk telefon atau whatsapp. Tepuk dahi aku bila dengar!
Mak mertua aku bagi arahan untuk block nombor mak aku. Untuk makluman mertua aku pakai telefon dan nombor yang sama. Mula – mula aku rasa cerita ni semua cerita b0doh. Walaupun aku buat dunno je memula (dalam hati ada sikit s4kit), aku masih boleh lagak biasa.
Tapi bila ada satu hari mak aku tak dapat call mertua aku untuk bertanya khabar dan memohon doa dari mereka sebab kami nak berjalan jauh, aku tr1ggered. Lagi rasa geram dan s4kit hati bila tengok dp whatsapp kosong.
Apa salah mak aku? Kalau mak aku nak dah lama dia kahwin dulu lagi. Semua imaginasi telah dipatahkan hujah nya tapi mak mentua aku masih menegakkan benang yang basah. Perit jadi ibu tunggal ni. Kubvr dah panggil mari pun masih dipandang serong dan paling pedih oleh satu – satunya besan yang dia ada.
So apa aku buat? Aku block nombor mertua aku. Aku left family group. Aku cakap dengan suami tak nak balik rumah mertua. Sebab aku tahu mulut aku bila marah memang lancang. Sampai bila? Sampai mak mertua aku minta maaf dan berhenti fikir yang bukan – bukan.
Prinsip aku jelas. Jangan kacau mak aku. Mak aku dah letih dan sekarang dia nak tenang – tenang beribadah. Suami aku? Alhamdulillah beliau support aku dan aku juga ingatkan tugas menegur bukan tugas dia. Bapa mertuaku?
Berbuih dah mulut menegur tapi macam mencurah air ke daun keladi. Takde apa yang berubah malahan lagi teruk. Doakan mak aku tak tahu perkara ini dan doa semoga mak mertua aku berhenti fikir yang bukan – bukan. – Oya (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Junaida Abdul Jalal : Saya pun ada besan. Baru setahun anak kami berkahwin. Besan saya seorang balu jugak. Saya sangat horm4ti dia sebab dia berjaya membesarkan 5 anak setelah ketiadaan suami dengan anak sulungnya (menantu saya) berusia 19 tahun masa arw4h meninggaI.
Besan saya jugak orang terpelajar. Berpangkat Prof Madya. Ada PhD. Saya masih ada suami, tapi tak pernah lah saya terfikir sampai ke situ. Nak syak yang bukan – bukan buat apa? Lagi penat otak nak fikir bukan – bukan. Hidup diusia sekarang ni nak tenang – tenang sahaja. Apa masalah MIL puan TT ni saya pun hairan sebenarnya.
Norhayati Yaakob : Since mak awak taktau akan drama MIL awak yang overthinking tu. Better cari la alasan untuk mak awak tidak terlibat dengan apa – apa urusan yang ada besan dia tu. Awak dik jangan la pulak palaukan MIL. Buat je macam biasa. Doa la banyak – banyak untuk MIL tu sedar diri nanti. Peny4kit cemburu ni memang sy4itan banyak. Sukar sembuh kecuali orang yang dicemburu kan tu gone. Banyak – banyak sabar la.
Fazidah Abdul Kadir : Salam tt, haih main dengan cemburu ni semua dia salah sangka. Susah sangat suruh mak mentua pasang cctv kat rumah sendiri sebab nak tengok pak mentua buat apa. Suruh mak dan pak mentua tukar hp 3310 nokia tu, barulah dia tak mer0yan kot.
Tak payah pakai phone yang ada wasapp lagi senang. Asyik salah faham ja. Tak payah pi rumah depa, apa – apa biar anak depa yang urus. Tt dan mak jangan pi. Semoga ikhtiar tt berjaya dan semoga mak tt tak tau sampai bila – bila drama anyg mak mentua tt buat tu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.