Pembantu rumah lari dengan rumah bersepah, mencuri dan misteri yang saya tak dapat rungkai

ekisahdotcom warning

Beberapa hari lepas pembantu rumah lari, saya ada terima mesej dan panggiIan suara minta saya bayar RM6000 lebih untuk lepaskan pembantu saya. Kalau saya tak bagi duit, pembantu saya tu tak serupa orang dikerjakan nanti..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualikum semua, saya hanya nak kongsi cerita misteri di akhir cerita tentang pembantu rumah saya, Tiara namanya.

Nama saya Sakura berumur 35 tahun, bukan nama sebenar. Memiliki 3 cahaya mata paling bongsu 2 tahun dan alhamdullilah saya berkahwin dengan bussinessman, adalah sedikit mewah tapi tidaklah kaya mana.

Sebelum saya ambil pembantu saya bernama Tiara ni, saya ada pembantu bernama Arlia then dia ni saya percaya sebagai family akhirnya dia jugalah tik4m belakang (mencuri berpuluh ribu tapi tak wat report atas dasar simpati dan percaya setiap kehilangan Allah akan beri lebih baik).

Kiranya saya susah nak percaya orang lagi. Suami saya selalu cakap saya ni baik sangat sebab asal ada pembantu layan macam family tak berkira wang ringgit dan tenaga.

Saya ambil Tiara ni berasal dari beaufort Sabah, dia memiliki 3 orang anak dan dah berkahwin 4 kali.

Masa dia mula – mula sampai saya simpati sangat dengan dia melihatkan muka tak terurus dan pendiam. Background orang susah sama saje dengan saya, sebab tu saya selalu simpati dengan orang susah.

Kita bukan lahir dalam dulang emas tentu saja dapat merasai kesusahan dan kepahitan orang susah. Sebab tu kagum dengan Ebit Liew, saya berharap akan ada orang politik asalnya golongan marhaen dan bila diangkat menteri dapat membantu golongan susah dan memerlukan.

Wajah pembantu saya ni hitam manis dan sedikit pendek gempaI, wajahnya biasa sahaja dan berumur 39 tahun, tapi dari wajahnya nampak tua sedikit mungkin kerja susah.

Mungkin kalau ada yang perasan sesiapa sahaja wanita atau lelaki yang biasa kerja berat dan susah, wajah mereka nampak berusia sedikit. Melihat wajah dan latar belakang susah menyebabkan rasa simpati menebal dalam diri.

Hari pertama bekerja saya terk3jut dengan apa yang berlaku memandangkan dia cakap biasa jadi pembantu rumah orang cina berbelas tahun.

Dia menggunakan penyapu untuk membersihkan rumah sedangkan rumah saya yang luas ni tidak boleh guna penyapu tak bersih dan mesti guna vacuum (saya dah beritahu sedikit cara membersihkan rumah saya, tak perlu banyak memandangkan dia biasa jadi pembantu).

Dia cakap tak biasa sebab rumah bossnya dahulu guna penyapu. Hari kedua dan seterusnya, bila dia bekerja dia akan beritahu dia s4kit migrain atau buang air besar dan perginya berjam – jam, malahan sentiasa bangun lambat dari saya majikannya.

Sampai saya cakap lepas solat subuh jam 6.30 pagi ke atas pergiIah membersih rumah (kalau majikan lain macam kawan saya dia suruh pembantunya bangun jam 5 pagi dan belajar displinkan diri, saya jenis kurang tegas sebab saya ingat nak bagi ruang dia sesuaikan diri dengan keluarga saya.)

Sampai sebulan saya rasa dirinya ambil kesempatan banyak sangat pastu saya nasihatlah jangan wat begitu tuan @ suami tak suka nanti dia pecat.

Lupa nak beritahu sebelum kerja dengan saya, dia banyak hutang so saya dah settle dengan buat perjanjian, saya akan pot0ng gajinya bulan – bulan sampai habis hutang.

Saya ingat lagi baru seminggu kerja dia nak pinjam duit dan minta RM2000 dia minta kirim keesokkan harinya sebab dia cakap makcik yang jaga dia dari kecil minta. Duit RM2000 tu pun akan digunakan sebab neneknya baru meninggaI.

Di sini saya sedikit cuak seminggu sebelum dia bekerja, saya dah settle hutangnya RM2000, lepas seminggu minta RM2000 dan cara dia pinjam duit bukan bertanya boleh pinjam ka dia seperti bagitahu yang saya mesti kirim duit dengan familynya.

Saya marah saya bukan mesin atm, saya tak nak bagi dan dia marah dengan saya. Saya sampai cakap bibik u ni menyusahkan saya, saya sendiripun walau ada duit takkan saya nak berhabis untuk dia.

Ok fine dia minta berapa boleh, saya bagi RM500 untuk tidak mengeruhkan keadaan (bab duit dan masalah pembantu saya jarang share dengan husband sebab saya tak nak dia memikir perkara remeh yang saya rasa saya boleh settle).

Selepas sebulan dia kerja dia minta duit lagi pot0ng gaji kirim dengan anaknya yang dia cakap nak masuk asrama penuh saya bagi juga pinjam dengan gajinya sekali.

Lepas seminggu terima gaji pertama dia minta kirim anaknya RM300 untuk beli buku. Saya cakap takkan kirim RM800 gaji tu habis?

(Gajinya RM1000 tapi saya sentiasa belikan shampoo, modes, baju n br4, sp3nder untu memudahkan dia guna duit gajinya untuk kirim ke kampung). Dan saya cakap gaji akan naik setiap tahun dengan ada bonus raya.

Selama bekerja dengan saya, Tiara ni sentiasa meminjam duit melebihi gaji dia terima, kadang – kadang saya pening memikir masalahnya. Sehingga saya tolong dia susun kewangannya dan cara berbelanja secara berhemah.

Kadang – kadang saya curiga juga dengan cerita anaknya, pernah saya nak tolong beli baju sekolah dan buku – buku untuk diberi terus pada anaknya di asrama penuh tapi dia menolak.

Simpati saya pada Tiara ni sampai saya belikan dia smartphone bulan kedua bekerja memandangkan dia senang nak video call anak – anaknya di whatsapp kalau rindu,

Sebab mula – mula dia sampai dia hanya guna hp torchlight, dia cakap sebelum tu dia guna smartphone tapi bekas suaminya bagi rosak HP nya.

Belikan handphone ni suami saya bising juga sebab dahlah dia nampak pembantu pemalas nanti belikan HP tambah malas.

Saya cakap kat suami saya dah bagitau bibik saya hadiahkan HP ni tujuannya untuk dia berkomunikasi dengan anak dah boleh digunakan waktu malam sahaja sebab siang kerja. Dia janji sebab kalau tak patuh saya akan minta balik HP tu.

Bab Hp ni saya pun terkena bila dia kol indonesia bilnya dekat RM200 saya bayarkan tak berkira sebab bagi saya dia ni macam family dah. Bila bilnya naik RM200 saya pot0ng no tu yang saya ikhlas tolong bayarkan dia RM58 setiap bulan.

Memula tu dia kerjalah sungguh – sungguh, lepas beberapa bulan saya perasan datang balik perangainya suka duduk bawah biliknya (rumah 2 tingkat) berjam – jam.

Bila saya tanya buat apa dia cakap menggosok baju yang herannya, dia cuma akan bagi naik baju dari dia mendobi seminggu sekali dan hanya naik bergosok beberapa helai sahaja, kain baju yang lain dia biar membukit macam gunung Kinabalu.

Saya sabar sahaja sampailah suami saya marah saya dan dia marah pembantu sekali. Suami marah saya sebab saya bagi manja pembantu sampai naik lemak.

Lepas kena marah tu adalah perubahannya sedikit tapi tetap juga malas cuma saya tutup mata sebab dia baik dengan anak bongsu saya Eshal.

Dalam banyak malasnya dan kuat main handphone saya tutup mata je sebab nak dia tolong jaga anak saya. Dan dia pun sangat baik dalam menjaga anak bongsu saya.

Bulan 12 baru – baru ni dia cakap nak balik Beaufort, saya ok je sebab saya memang dah cakap setahun sekali boleh balik kampung dan saya pun mula percaya dan suka kongsi – kongsi cerita berkait dengan diri masing – masing. Lagipun dia cakap nak ubah hidup dan suka kerja dengan saya..

Pastu dengan rasa percaya saya tinggalkan rumah saya di Kelantan ni untuk dia jaga dan buat pembersihan menyeluruh sebelum dia naik flight dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu.

Bak kata pepatah seperti melepaskan anjing tersepit kita yang tergigit, saya balik dari KL beberapa minggu selepas dia balik Sabah. Dan sebelum balik Kelantan saya dapat panggiIan dari jiran bertanyakan saya tau tak bibik tak balik? Dia ada masalah.

Saya tak terfikir dia tak balik Sabah sebab sepatutnya saya bagi dia bercuti 10 hari, then bila saya kol semasa dia sepatutnya fly balik Kelantan dia cakap dia dah sampai dia kat rumah kakak jiran bffnya kat Kelantan.

Dia cakap bermalam sebab tu saya tak kol lagi kat dia dengan bersangka baik dia dah pun balik dengan selamat dari Sabah.

Malam saya sampai rumah Kelantan saya, saya terk3jut keadaan rumah yang tak terurus, dia biarkan pinggan mangkuknya dan mungkin rumah saya tu last dibersihkan sebelum saya ke KL.

Maksudnya masa beberapa hari dia tinggal seorang di Kelantan, dia duduk goyang kaki, dia sanggup tinggalkan rumah saya bersepah, baju tak bercuci dan paling tak percaya dia mencuri…

Ada lagi misteri yang saya susah nak rungkai. Dan misteri dia tergamak guna baju – baju saya dan mak saya..

Dan paling teruk dia guna baju dalam dan seluar dalam saya, dia tinggalkan baju kotor sebakul besar bersama seluar dalam saya, yang dia guna dengan dar4h h4id menempeI di seluar dalam tu (seolah – olah dar4h h4id nampak warnanya tu)..

Dia tergamak guna barang personal saya. Itulah menjadi misteri dengan saya kenapa dengan seluar dalam berdar4h?

Langsung dia tak kenang kebaikan dan keikhlasan yang saya lakukan sepanjang dia jadi pembantu saya. Saya sentiasa anggap dia family belikan baju cantik – cantik, beli barang pencuci muka dan makeup..

Saya tak nak mengungkit tapi saya terkilan bak kata pepatah perberbuatan baik pasti dibaIas baik, dua kali saya terkena saya nak gunakan pepatah akan datang dalam hidup saya buat baik berpada – pada.

Dan paling seronok bukan setakat seluar dalam saya dia tinggalkan berdar4h dia mencuri barang berharga, baju dan vitamin saya. Baju jalan saya ada yang baru saya tak pernah pakai, ada baju sekali pakai dan seluar jeans mahal saya.

Tergamak dan misteri yang saya tak dapat rungkai.. Beberapa hari lepas pun saya ada terima mesej dan panggiIan suara minta saya bayar RM6000 lebih untuk lepaskan pembantu saya yang menurut suara itu dia merupakan orang yang ditipu pembantu saya,

Dia minta saya jelaskan keesokan harinya bila saya dengar dan mendapat pesanan suara melalui whatsapp. Kalau saya tak bagi duit pembantu saya tu tak serupa orang dikerjakan nanti..

Dahlah tergamak menipu, mencuri saya kini saya dapat ugvtan pulaa.. Saya malas layan sebab saya ni tak bod0h sangat suara ugvtan nak minta duit tu betul – betul suara dibuat – buat dan lakonan semata – mata. Saya cuma baIas n beritahu pembantu saya (masa ni saya dapat berhubung dengan dia sebelum dia tukar no lain).

Saya marah habis – habis saya cakap bik saya tak halal kau dunia dan akhir4t, kalau kau cuma curi barang – barang berharga dan baju saya takpe sebab saya fikir Allah akan gantikan kehilangan saya.

Yang saya kesal tinggal baju kotor dan pakai pakaian saya, guna seluar dalam sampai berdar4h & br4 saya. Nak meIetup jantung saya.. saya akan ingat namamu bik Tiara cantikkan namamu tapi tak serupa akhlakmu!

Biarlah kau fikir saya a1bkan kau, saya cuma tak nak pisang berbuah dua kali… itupun saya tulis bukan nama betulmu Tiara.

Dan kau pun langsung tak hormat saya sebagai majikan, sebagai orang yang meminjamkan bahu mendengar semua masalah hidupmu, dan tak hormat saya sebagai manusia.

KALAU kau hormat tergamak ka kau tinggalkan pakaian kotor tu di rumah sayaa? Dan kenapa perlu pakai seluar dalam dan spend3r saya… tergamak… saya nak saja viralkan muka kau tapi… saya rasa simpati lagi.. nak je lapor polis… tapi saya masih ada budi bicara.

Setiap apa yang saya hilang dan rugi di atas muka bumi disebabkan orang jahat macam kau, saya yakin pada yang MAHA kuasa. Saya yakin pasti setiap kali ditimpa musibah akan ada pahala yang lebih untuk saya dan suami.

Misteri seluar dalam tu buat saya tertanya dan berharap tiadalah perkara – perkara melibatkan mistik. GUYS tolong share pengalaman kamu dengan pembantu supaya saya tak rasa keseorangan menghadapi ujian dengan maid ni.

Belum rezeki saya dapat pembantu baik, atau mungkin saya kena upah maid mingguan je settIe masalah. Maybe adalagi yang dapat ujian teruk kan…

Saya ada kata khas untuk bibik saya,

Tiara dunia ini sementara, Lari lah ke mana – mana, Bila kejahatan meraja, BaIasannya kalau bukan di dunia akhir4t pastinya.

Saya tidak mampu memaafkanmu…. tiada maaf bagimu.. selama setahun kita berkongsi macam – macam dan saya tak sangka kau seperti ini.. dan saya tersalah menilai orang..

Sungguh ada sesetengah manusia ini biar kita pernah makan sepinggan dan berkongsi gelak tawa dan duka.. belum tentu kita mampu nilai dirinya.

Maaf penulisan agak kurang perasa memandangkan sudah banyak rasa dipend4m tak terluah dengan ayat – ayat yang ditulis. EM0SI pun still terganggu.. Harap boleh move on cepat. – Sakura (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Senah : Cik guna maid dah lama, yang terbaru ni dah bekerja hampir 6 tahun dan cakap nak sambung lagi 6 tahun. Sejujurnya cik memang tegas dengan maid, tak de nak ajak – ajak makan sekali. Kalau dia buat tak betul, cik akan marah. Sebelum tidur, cik akan wassap bagi arahan buat itu ini (kerja untuk esok), walaupun dia dah biasa buat. Bila dia buat betul, cik puji, bagi hadiah. Biar dia rasa dihargai. Apa pun, kena ada batasan antara maid dan majikan. Btw maid cik akan bangun setiap hari jam 4 pagi (atas kerelaan dia) untuk buat kerja – kerja rumah dan akan masuk tidur jam 8 malam. Buat masa ni, dia happy, cik pun happy.

Azma Affandi : Pernah kena dengan orang gaji indon tahun 2004, pencuri. Semua benda yang dia curi, dimasukkan dalam seluar jeansnya yang berlipat. Entah kenapa tergerak hati nak buka Iipatan seluar – seluar dia. Bila bukak selambak barang – barang jatuh (duit, pakaian, eksesori dan lain – lain). Anak kecik saya masa tu berumur beberapa bulan, menangis meraung – raung ketika saya sedang mandi. Begitu takut skali bila melihat bibik.

Entah apa yang dia buat kat anak saya waktu itu. Bila bawak bibik balik kat rumah mak saya, tanpa pengetahuan saya dia guna fon rumah mak call keluarga dia kat indon. Dia kuat berlakon, puasa 6 la, solat sunat la, duduk dalam telekong atas sejadah je kerjanya. Ingatkan warak alim, pencuri rupa – rupanya.

Siti Noraini Maidin : Orang berhati baik, memang senang ditipu. Macam kena puk4u pun ada. Tapi tt tak maklum pula samada bibik ni kena masak juga. Lepas ni tak payah bibik la, ambik yang part time saja. Ada juga pernah baca, banyak majikan terani4ya dengan karenah bibik ni. Kalau betul – betul nak ajar bibik ni, tolong buat report polis. Lepas ni orang lain pun tak terkena dah.

Heels Myls : Bosan baca. Tak habis – habis dengan harta yang hilang akan diganti oleh Allah blablabla. Tolonglah amanah dan pr0tective dengan harta sendiri. Kalau saya jadi si suami pun saya s4kit hati dengan bini sendiri sebab tak pandai mengurus rumah dan kewangan dan biar saja diri dipijak orang lain pastu guna ayat “Takpe nanti Allah ganti”

Ct Aisha : Memang susah nak jumpa bibik yang ok. Bibik saya sebelum ni orang siam, cakap kasar, tak hormat majikan, pernah pukuI mak saya, selalu menc4rut dan suka membebeI. Kalau dia membebeI takpe tapi kalau saya tegur, satu hari tak berhenti membebeI. Kalau bibik indonesia pulak,

1) Merok0k

2) Suka membebeI, pemarah

3) Tak hormat majikan

4) Ada schiz0phrenia, ada perasaan nak bunvh diri

Apa kata anda?