Peminat terharu melihat Siti Sarah bawa anak-anak bersedekah kepada kanak-kanak yang memerlukan

Murah rezeki Siti Sarah Raisuddin, apabila beliau berkongsi rezeki dan kasih sayang bersama-sama beberapa buah pertubuhan amal yang memerlukan.

Dalam video tersebut Sarah melahirkan rasa gembira dan syukur kerana dapat bersama dengan anak-anak yang kurang berkemampuan. Apa yang menarik, Sarah turut membawa anak-anaknya untuk bersama merasai dan mendekati anak-anak yang lain.

Baguslah, boleh menjadi tauladan yang baik kepada mereka.

Demi Tuhan sukar untuk gambarkan rezeki kurniaan Allah pagi ini buat Sarah. Sarah diberikan peluang meluangkan masa bersarapan dengan anak-anak.. Meskipun ada rasa sayu, tapi Sarah tenang dan seronok melihat gelagat mereka dan betapa ikhlas kasih sayang yang ditunjukkan buat Sarah. Melihat senyuman mereka dan tiap suapan dari jari mereka membuatkan Sarah bersyukur dengan erti sebuah kehidupan.

Benarlah, hidup kita akan bahagia apabila selalu rasa bersyukur dan reda.Itu juga yang Sarah bisikkan pada hati sendiri dan tiga anak sarah Uwais, Thalita dan Mateen yang turut ikut sama. Buat semua anak-anak, terima kasih paling dalam kerana mengajar Sarah tentang erti sebuah kehidupan…

Terima kasih kepada team @ratasyacosmetics yang bertungkus lumus seawal 5 pagi walupun ada yg tidur jam 2 pagi .. Allah .. moga Allah permudahkan kan segala urusan kalian

Tahniah Siti Sarah dan Shuib. Semoga dimurahkan rezeki lagi. Warga netizen turut memuji tindakan Sarah.

MasyaAllah…sejuk mata memandang, semoga @sitisarahraissuddin dan keluarga adalah di antara hamba – hamba yang sangat dekat dengan Allah. Allahumma aamiinn.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..