Penampilan Terbaru Sham Visa Tarik Perhatian Ramai, Ada Yang Kata Macam Tony Stark!

Namanya pernah popular di zaman 1990-an, vokalis untuk kumpulan Visa ini kini kembali hangat diperkatakan. Menggunakan nama Sham Visa, dia antara yang akan berentap di pentas Gegar Vaganza 2019 di samping beberapa penyanyi lain.

Sham Visa yang pernah popuIar dengan lagu Untukmu Selamanya, Dalam Gerimis dan lain-lain. Menyepikan diri dari dunia hiburan tanah air, penampilan terkini Sham Visa nampak menarik perhatian ramai.

Masih maintain seperti dulu-dulu biarpun rambut mulai bertukar warna, namun Sham Visa dikatakan menyerupai Tony Stark, watak utama dalam Iron Man. Biar benar nettizen ni?

Jom kita tengok sama ke tidak?

sham visa tony stark 1

Menerusi tinjauan kami di komen instagram milik penyanyi ini ramai juga yang mengatakan Sham Visa ini mirip Tony Stark.

sham visa tony stark 2

Jom lihat antara penampilan terkini Sham Visa…

Apa-apa pun buat yang merindui akan suara Sham Visa bolehlah tonton Gegaar Vaganza 6 yang akan mula bersiaran pada 13 Oktober ini di saluran Astro Ria.

Sumber: Instagram Sham Visa via HCL


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..