Penat lelah aku simpan duit nak bercuti luar negara, tiba2 mertua suruh batal sebab dia nak buat kenduri doa selamat

Mak ayah aku kesian kami tak mampu nak sewa mahal, ayah aku bagi duduk rumah sewa dia dengan bayaran 500. Datang je mertua rumah sewa kami, terus dia merungut rumah buruk, kecil. Dorang suruh kami bawak keluar duit KWSP besarkan rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku straight jela eh sebab aku tak adalah nak kenalkan diri sangat. Cuma cerita kali ini adalah lebih kepada aku yang geram dengan keluarga suami aku, a.k.a keluarga mertua aku.

Aku ni menantu sulung kepada anak sulung. Aku tak tahulah aku yang bitter, mereka yang s4kit hati atau memang per4ngai macam tu ya? Kenapa dengan tajuk? Agak selalu ya di mana keluarga kecil aku sedang bergembira atas sesuatu akan ada yang bersuara jadi party kiIIer. Atau aku yang serious benar?

Pertama, suami aku tak lah senang. Gaji bawah expectations graduan kejuruteraan. Ayah aku nak mudahkan menantu asbab sewa rumah sekarang kan melambung, dia beri sewakan salah satu rumahnya kepada suami aku cuma bayaran bulanan bank RM500 sahaja. Suami aku bersyukur je.

Kami 2 beranak bersama anak sorang kecil bahagia je walaupun rumah tu ayah tak sempat nak repair betul. Hanya sempat cat dan tukar lampu kipas je sebab kami pindah meng3jut. Kami okay je buat semua nanti – nanti asalkan kami ada tempat berteduh.

Yang tak best, bilamana bapa dan ibu mertua aku datang melawat, bersama biras dan adik ipar aku. Biras aku ni rumah dia cantik ya. Full set luar dalam Ikea. Rumah juga besar, corner lot dan ada mini garden lagi. Ya la family biras aku orang berada, support 50 – 50 dengan duit KWSP yang boleh keluar masa PKP dulu.

Adik ipar aku tu yang lelaki tu masuk cuci kaki je. Dulu semasa aku diduk di utara, mereka melawat ada je tak kena. Jadinya bila mereka semua ni datang melawat, aku macam fobia. Tepat tekaan aku. Setiap sudut rumah buat spot check.

Awal pindah, rumah masih berlantai simen, kena komplen, “Kenapa tak pasang tiles. Dapur kecil ni, kenapa tak luaskan belakang. Banyak tanah lebih tu. Luar ni buat simen. H0doh tengok tanah rumput meliar. Lampu ni tukarlah cantik sikit.

Kipas carilah yang moden sikit. Pintu tukarlah yang berseri sikit. Cat kenapa kaler begini buruknya rumah. Tengok rumah si biras tu kan cantik? nanti keluarkan duit KWSP besarkan rumah” Wah aku terus turn off ye. Aku nampak muka biras aku pun lain.

Aku kalau jadi dia, aku terasa jugak kot dia mention KWSP. Tu kalau aku la. Tak tahulah kenapa riak muka dia lain. Aku memang diamkan aje. Dalam hati aku, eh modal air liur je ke? Situasi lain, ayah aku kesiankan suami kerja naik motor jauh sebab keretanya aku guna untuk kerja.

Motor yang suami guna tu pun motor aku zaman bujang. Jadinya, ayah aku minta ambil motor di kampung buat kegunaan. Motor tu motor baru ye. Masih berplastik. Dah lama beli cuma ayah tak guna asbab dia eksiden sebelum sempat guna motor tu.

Bapa mertua aku dapat tahu, ayatnya mulalah “Jomlah pergi amik bawak spana screwdriver semua repair”, suami aku pelik dan cakap, “Eh motor baru. Masih dalam plastik”. Dibantah pula “Iyalah tu entah kau kena tipu je. Siapa je baik hati nak bagi motor free. Adalah tu apa dia nak”

Depan aku ya dia kata begitu. Eh dia ni ayah aku kesiankan anak dia. Dia boleh cakap begitu? Kalau gitu kenapa tak belikan je motor kat anak tu? Suami aku terus macam tak mahu terima ya motor tu. Ayah aku bukan suruh bayar pun. Ayah beli motor tu cash.

Cuma perlu tukar minyak hitam je. Kesian laki aku padahal dia dah happy masa ayah aku suruh ambil. Lain lagi, baru ni aku ada bawa anak ke Afamosa melaka waterpark tu. Aku letak video yang anak aku dah pantai melompat terjun dalam air.

Anak aku masuk swimming class tapi family tak tahu hal ni. Jadinya bila aku upload video begitu di status, family aku reply perkara yang baik saja dalam masa yang sama beringatkan aku agar berhati – hati. Sampai bila turn family sebelah husband aku,

“Minum air kolam banyak orang k3ncing”

“L3mas budak tu baru ada akal”

“Kenapa berani sangat anak kau ni tak nak membesar ke?”

Mind you anak aku pakai baju renang yang ada float foam ye. Siap aku pakaikan lagi swimming ring di lengan tu. Aku faham mereka risau. Tapi yang aku tak faham cari penyampaikan tu kenapa nak meIampau sangat ye?

Yang terakhir kami ni tiga beranak dah booking travel tour untuk hujung bulan 7 ke negara luar, sejak tahun lepas lagi aku dah inform kedua beIah keluarga jangan ada majlis penting yang memerIukan kami suami isteri.

Hampir setiap bulan kami remind sebab kami buat persiapan travel ni lama ya. Kami kumpul duit, kami beli barang. Aku ni dah sangat teruja nak bawa suami dan anak berjalan. Kau tahu semalam, suami aku dapat whatsapp bapak mertua aku

“Cancel jela cuti tu. Mak nak buat doa selamat. Daripada kau pergi negara mat salleh makan benda h4ram, baik kau doakan mak ayah.” Doa selamat sebab dapat menunaikan umrah. Tapi pergi umrahnya hujung bulan 9! Apa kena doa selamat bulan 7?  Tarikh aku nak melancong pula tu.

Aku dah apply cuti company, aku dah notify tadika anak. Aku faham benda baik. Tapi bulan 8 tak boleh buat ke kendurinya? Aku suruh suami aku persoalkan perkara ni. Tapi keluarga beIah sana berkeras. Suami pula endah tak endah, aku yang sangat geram dan s4kit hati.

Aku nak batalkan percutian aku tapi aku nak suami aku cover balik semua cost dari booking, planning, cuti, shopping. Suami aku kata aku k3jam? Aku k3jam? Dia suruh aku postponed je? Aku ni dah takde mood tau. K3jam ke aku?

Adik aku yang plan nak bernikah bulan 7 (plan tersebut adalah selepas kejadian aku booking). Tu sehabis baik bincang dengan keluarga beIah sana untuk tunda hujung tahun sebab dia tahu dan dia faham betapa teruja dan betapa lelahnya aku kerja kumpul dana untuk impian tu. Aku yang tak boleh nak tolerate ke? – Cerek (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Somer Denot : PergiIa je la holiday tu sis, memang keluarga laki tu pendengki. Diorang bukan risau pasal anak tt t3rjun kolam, sebenarnya dengki. Seeloknya sekarang anda suami isteri nak buat apa, tak payah bagitau mentua. Kalau mreka tau pun sebenarnya mereka tak perlu pun masuk campur. Orang nak cari saham akhir4t, eloklah yang baik – baik.

Hana Kang : Saya pun ada family macam tu tt, family besar beIah ayah saya yang per4ngai macam tu, serabut tu takyah cakap la, rasa macam nak lari jauh – jauh tak nak jumpa langsung dengan diorang. Untuk kurangkan rasa meluat tu, saya block diorang daripada tahu update pasal hidup saya, pergi bercuti pun senyap – senyap.

Dengan parents saya pun saya tak cerita sangat pasal keluarga kecik saya sebab parents saya jenis suka berbangga dengan keluarga besar pasal anak – anak, kalau diorang tanya pun saya jawab samar – samar je, takyah nak jujur dan detailed sangat dengan diorg, jarakkan diri, kurangkan jumpa dengan diorang.

Kalau jumpa pun just jaga basic manner je, alhamdulillah bahagia sikit hidup saya, bila dah buat macam tu, diorang macam rasa family kecik saya biasa – biasa je dan pandang rendah, but I don’t really care what they think, yang penting saya boleh bahagia dengan keluarga kecik saya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.