Pengetua pandang kami atas bawah, sebab kami miskin saya tak dibenarkan tukar sekolah takut jatuh reputasi

Jika pengetua ada membaca, ingat tak wajah seorang anak dengan ayah berpeluh datang dengan motor membawa harapan untuk mohon sekolah berdekatan rumah. Tapi ditolak alasan yang tak masuk akal. Yang pastinya sebab saya adalah miskin. Saya bukan golongan b40 malah lebih rendah dari itu, fakir..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Suraya, berusia dalam lingkungan 40-an, mempunyai 6 orang anak dan berniaga. Sebelum berniaga saya bekerja dalam sektor profesional swasta, berpendidikan sarjana. Saya terpanggil untuk berkongsi selepas baca artikel sebelum ini, tentang seorang wanita golongan B40 kahwin dengan anak Datuk.

Saya dibesarkan dari keluarga rasanya lebih rendah title dari B40 boleh layak dipanggil fakir. Si ayah tiada perkerjaan tetap, hidup di sebuah rumah usang peninggalan orang tuanya. Ibu suri rumah, mempunyai anak 8 orang.

Bayangkan kami membesar tanpa kecukupan, duit hasil menjaja ayah cukup buat beli lauk, kalau tak ada, telur atau kicap lah makanan utama. Ayam jauh sekali. Ikan pun mahal kan. Baju koyak tampal dipakai bertahun, itupun hasil orang bagi sedekah.

Mainan hanya jumpa tepi tong sampah. Kasut sekolah pun ternganga macam buaya. Baju sekolah pakai air telaga keruh sampai baju putih dah bertukar karat oren. Baju raya bertahun tak pernah merasa. Asyik – asyik baju itulah, sampai malu kawan tanya kenapa kau pakai baju raya sama jer.. tersenyum kulatlah kita.

Kena buIi dekat kawan anak – anak orang kaya, kena suruh buat kerja sekolah, ambil itu ini. Dipulaukan sebab kita tak setaraf. Anak – anak ditahan berkawan dengan kita kerana kita miskin. Siapalah nak berkawan. PanggiIan anak orang miskin dah lali.

Adik – adik cukup kesian, tak ada duit nak beli susu, diberi susu krimer manis saja. Kurus, selalu s4kit. Sampai sekarang adik saya agak lemah badan mudah jatuh s4kit. Tak ada bantuan zakat, tak ada JKM datang membantu.

Ayah buntu sebab dia bukanlah orang pandai. Ketua kampung pun tak pernah datang menjengah. Hanya hidup pinggir kampung, kadang kala letrik pun tak ada. Mak dengan kudrat usung baldi angkut air atas rumah.

Basuhkan baju anak – anak dengan tangan. Al maklum nak bermesin atau berdobi bukanlah mampu. Bersekolah jauh, pernah minta sekolah dekat rumah, tapi si pengetua pula pandang kita dengan ayah atas bawah, katanya sekolahnya untuk budak – budak pandai, sekolah kluster kecemerlangan SMK Z.

Semoga jika ada Pengetua atau Guru yang membaca kisah saya hari ni bukalah mata, belas kasihankan kami yang lahir dari keluarga susah. Bersekolah jauh, kita perlu balik jam 3 baru sampai rumah. Berjalan berkilo batu untuk jimat bajet bas.

Ik4t perut jika ada kelas tambahan petang. Hanya makan di rumah. Kadang kala terliur tengok kawan makan tengahari. Ada yang baik akan ajak makan bersama. Tapi biasanya kita akan tolak sebab segan. Cukuplah teguk air masak bawa dari rumah.

Kerana tekanan hidup ibu saya hadapi depr3si, ada masa dia akan lepaskan pada anak – anak. Berbirat dengan getah paip biasa saja. Terutamanya saya lah. Bukan salah dia tapi keadaan teruk dilaluinya boleh kata nasib baik dia tidak menjadi giIa.

Tapi bagusnya mak, semangat juangnya untuk membesarkan anak cukup kuat, dia tahan semua untuk anak – anak. Macam – macam dia buat untuk sekolahkan kami adik beradik. Di usia, 15 tahun anak orang masih bermanja, saya sudah membanting tuIang kerja sampai malam menyusun kasut kerja di kedai kasut.

Dapat duit gaji, beli susu dan makanan untuk adik. Bila adik melompat nampak plastik makanan, saya  sangat suka. Itu kisah dulu dulu. Tapi masih kukuh terpahat hingga hari ini. Saya tak pernah bermimpi hari ini saya mampu punya kereta berbiji – biji, rumah banglo, harta lain, suami yang baik dan sama taraf pendidikan.

Anak – anak yang setakat ini mendengar kata. Orang mungkin sangka saya ni mesti anak orang ada ada. Tapi mereka tak tahu kisah saya dari kumpulan B40. Saya yang dulu Pengetua sekolah kata tak nak terima sebab khuatir results saya nanti akan jatuhkan ranking sekolah.

Tapi dia silap, saya adalah bekas pelajar SPM terbaik sekolah, saya juga dianugerahkan biasiswa yang agak lumayan dalam rekod penajaan biasiswa negara. Jika pengetua itu ada membaca, ingatkan wajah seorang anak dengan ayah berpeluh datang dengan motor membawa harapan untuk mohon sekolah berdekatan rumah.

Tapi ditolak alasan yang tak masuk akal. Yang pastinya sebab saya adalah miskin. Di sekolah baru, saya dapat seorang cikgu yang melayan saya bagai anak, sentiasa beri semangat, dialah orang pertama datang memeIuk saya dengan erat setelah dapat keputvsan SPM diumumkan.

Menghulurkan wang pada saya tanda hadiah dan dia jugalah sanggup tandatangan sebagai penjamin biasiswa saya. Saya sentiasa doakan kebaikannya dunia akhir4t. Seorang guru yang berhati sangat mulia. Saya masih ingat, panel temubual biasiswa tanya, “apa awak nak buat kalau awak diberi penajaan?”

Jawapan saya dengan tunduk malu, sedikit mata berair “saya nak tolong mak ayah saya, saya nak keluar dari kemiskinan”. Mereka pandang saya dengan angguk. Hari ini jika ditakdirkan saya jumpa panel itu, saya akan ucapkan terima kasih dan saya dah tunaikan janji saya.

Saya melalui semua ini sangat susah, sangat menc4bar, sangat menekan dan penuhkan semangat dan sabar. Apa yang saya faham, takdir menjadi anak orang miskin bukanlah bermaksud anda tak boleh mengubah hidup masa depan.

Kehidupan kita tak akan sama macam orang senang, tapi kesusahan itu buat kita lebih cekal dan tekal. Karakter kita tak akan mengalah sekali gagal, kita akan cuba hingga capai apa kita nak, mak ayah pula biarpun miskin tapi mereka sangat utamakan pelajaran anak,

Mak saya biarpun buta huruf tapi dialah pemangkin semangat belajar anak – anak. Bergolok gadai untuk sekolahkan kami semua. Hari ini saya dapat menjaga keduanya di rumah sendiri. Beri mereka masa rehat banyak. Alhamdulillah dari 8 adik beradik hanya 1 kurang menjadi.

Selebihnya bolehlah dik4ta mak ayah boleh menumpang hidup masa tua. Sekarang apa yang mak dan ayah saya nak makan tapi dulu tak dapat, kami bagi. Nak pergi berjalan, pergi Mekah, beli gelang emas, semua kami anak anak cuba tunaikan.

B40, jangan sesekali rasa hidup ini berakhir dan meneruskan w4risan turun termurun sebagai B40. Jika kita rasa terh1na dengan title B40 maka anggaplah ia sebagai pemangkin untuk keluar dari zon ini bukan asyik mempert4hankan title atas alasan sudah takdir dan pantang dijentik.

Hanya melatah tapi kita tak nak ubah nasib. Allah tak akan ubah nasib satu kaum. Jika mereka sendiri tak nak ubah. Pendidikan amatlah penting. Tanpa pelajaran kita tak akan mampu duduk sama tinggi dengan T20 hari ini.

Jangan jadikan alasan miskin kita tak berjaya. Kita tahu kita tak ada kabel macam anak T20, maka kita bertatih berkuIi dari bawah. Asal ada duit untuk dikirim ke kampung, sara hidup tanpa harap ihsan orang. Jangan biasakan hidup meminta, meminjam atau harapan bantuan.

Kerana meminta itu menjadikan kita lebih dipandang h1na. Hingga kini saya tak biasa meminta hutang. Jika tiada duit, saya cari sendiri duit sampai dapat. Saya selalu sebut pada anak – anak hari ini, jika ibu anak orang susah boleh berjaya kenapa kamu yang sudah lahir senang lenang, full provided tak boleh perform better dari ibu.

Itu adalah c4baran kita pada mereka untuk tidak terlalu manja, k0yak ataupun lemah. Apa pun, perg4ntungan dan mohon bantuan dari Allah Taala sangatlah perlu, jangan tinggal solat, berdoalah setiap hari. Ini yang saya lakukan sejak dulu lagi.

Merintih padaNya seperti anak meminta susu dari ibu. Dia Maha Mendengar dan Maha Memberi. Tiada jalan mudah atas dunia ini untuk bersenang lenang sahaja. Sesungguhnya dunia ini tempat kita bersinggah sementara menanti memulakan perjalanan lebih jauh dan abadi.

Maka kisah – kisah saya di alam fana ini samada ditakdirkan B40 atau T20 tapi berusahalah untuk menjadi lebih baik dari hari ini. Semoga perkongsian kisah yang saya lalui sebagai B40 menyuntik semangat mana – mana yang masih bergelut untuk keluar dari kepompong miskin.

Jangan salahkan Allah, takdirnya kita miskin, tapi jika kita lalui dengan redha ikut sifir yang Dia nak, pasti hidup kita akan Dia ubah. Para Guru, perhatikan pelajar yang miskin yang perIukan bantuan. Mereka buntu, tiada semangat, tiada siapa yang faham.

Tunjuklah jalan. Bantulah bukan sebab anda guru tapi atas nilai ihsan sebagai manusia. Penajaan perlulah tepat membantu anak – anak miskin menonjol kehadapan, sediakan platform untuk mereka mula. Hari ini saya telah membuka penajaan kelas – kelas percuma kepada anak – anak asnaf dan miskin.

Mengenangkan kisah saya dulu, mungkin akan ada mengulang kisah sama. Ia sangat dekat dengan hati saya. Untuk mak ayah T20 sila ajar anak korang jangan pandang sebeIah mata, mulut laser memperb0dohkan anak – anak B40 dan membuIi.

Anak kamu belum tentu jadi orang nanti. Perkasakan pendidikan! Please Menteri stop berg4duh rebut jawatan, tengok anak bangsa ok! Kita B40. – Suraya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Kesimpulan Dari cerita Puan, peranan bermula dari ibu yang mengutamakan pendidikan. Dari ayah yang memastikan anak – anak makan pakai. Dari guru yang prihatin dan mampu melihat potensi pelajar. Dari peluang dan dasar kerajaan yang stabil menyumbang prasarana sekolah dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Dan orang – orang sekelliling Puan yang Allah berikan hati yang baik untuk membantu Puan berjaya keluar dari kemiskinan. Namun yang paling utama adalah jatidiri Puan yang bersemangat juang tanpa putvs asa untuk mengubah takdir yang tertulis.

Di mana kunci kejayaannya?? Kuncinya ada pada seorang wanita bergelar ibu, jika baik ibunya pasti cemerlang anak – anak nya! Maka tauladan buat kita semua. Jadilah ibu yang kekal memegang amanah Allah demi masa depan anak – anak.

Wan Rusmawati : Macam membaca kisah hidup sendiri. Faktor yang paling penting adalah kesungguhan ibu bapa yang mementingkan pelajaran. Pengalaman ini yang ingin dikongsikan namun kurang pandai mengolah ayat. Tahniah dik kerana berjaya menyampaikan dengan baik dan menusuk hati pembaca. Semoga menjadi inspirasi untuk semua. Pentingnya pelajaran untuk mengubah taraf hidup.

Fatimah Lee Abdullah : Salam sejahtera puan Suraya yang mulia. Menitik air mata kerana sebak membaca tulisan puan. Sampai tak terkeluar perkataan. Terlalu banyak yang ingin diperkatakan namun ini sahaja yang keluar.

Doa dari saya moga Allah terus Iindungi puan dan keluarga, moga lebih ramai lagi anak – anak kita di masa akan datang menjadi seperti puan. Semangat yang tinggi dalam menempuh kehidupan. Puan yang mulia, doakanlah anak – anak kami menjadi seperti puan juga ya. Amin..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?