Masuk tahun kedua penyewa dah tak bayar sewa. Aku diam2 parking tepi rumah. Kosong, sunyi, berdebar

Masuk bulan 4 masih tak bayar, aku telefon mak dia dan cakap baik – baik. Aku kata terp4ksa p0tong elektrik dan air sebab dah tertunggak. Satu hari aku sengaja lalu kawasan rumah aku. Dari jalan besar aku nampak rumah tu sunyi. Sepi. Kosong. Kenapa hati aku dag dug dag dug ya.

#Foto sekadar hiasan. Ya. Aku adalah Tuan Rumah yang satu ketika dahulu pernah dis4kiti. Aku bekerja dalam sektor awam. Tahun 2011 disahkan jawatan, terus aku beli sebuah rumah murah. Murah tak murah pun dalam RM150k jugak. Rumah subsale.

Owner asal sepupu aku. Dia dah pindah rumah lain. Teres setingkat lot tengah, dah renovate sikit – sikit. Tapi masa tu komitmen aku tak banyak, cuma sebuah kereta Proton bayar bulanan dalam RM500 lebih, 1.3L. Bagi emak sikit, belanja kasut lawa untuk aku sendiri kurang – kurang 2 pasang setahun, simpan sikit.

Masa beli rumah tahun 2011 tu, bulanan aku cuma bayar RM750 gitu la. Agak murah. Sama macam bayar kereta cuma tempoh aku bayar ialah 30 tahun. Jadi, aku sewa rumah tu. Kes 1: Agreement ada, dim4tikan di LHDN tapi untuk tahun pertama sahaja.

Masa ni aku yang tak cerdik. Tak pandai jadi Tuan Rumah yang bijak. Tahun pertama penyewa ok. Satu keluarga. Ada 4 orang : Dahlia, emak dia dan adik dia 2 ke 3 orang. Ayah Dahlia ni dah meninggaI. Bayaran bulanan ok.

Bila duit sewa masuk ke akaun aku, barulah aku bayar loan rumah. B0doh betul aku masa ni. Memang tak pantau ada tak dia masukkan duit sewa setiap bulan. Tapi seingat aku selalu masuk cuma lewat 3, 4, 5 hari dan kadang – kadang berhari – hari.

Tapi bayaran loan rumah aku ke bank masa tu ok. Masuk tahun kedua dia buat hal. Bisnes tak ok katanya jadi dia nak guna deposit untuk bayar sewa bulan tu. Aku lembut lagi, dah aku memang lemah lembut nak buat cemana.

Lama – lama, sedar tak sedar sewa bulanan tertunggak sampai 3 ke 4 bulan. Aku tahu pun bila bank telefon tanya, “You punya loan rumah tertunggak ho sampai 3 bulan. Bila boleh bayar ya?” Malunya aku, bank telefon ke tempat kerja, ces.

Aku korek Tabung Haji. Aku sebenarnya tak nak kacau duit gaji. Duit sewa rumah tu aku guna untuk bayar loan. Hem… kensel nak pergi Turki tahun tu. Aku telefon Dahlia. Dia mengelak. Aku telefon mak dia. Dapat telefon mak dia pun sebab dia pernah mesej aku guna telefon mak dia dan nasib baik aku simpan nombor telefon tu.

Dia pernah mesej aku guna banyak nombor, so dalam telefon aku ada Dahlia1, Dahlia2, Dahlia3 dan Dahlia4. Masuk bulan 4 masih tak bayar, aku telefon mak dia dan cakap baik – baik. “Makcik, saya terp4ksa p0tong elektrik dan air 25 haribulan ni, sebab sewa dah 4 bulan tak bayar.”

K3jam ke aku? Aku gertak je. Lepas tu aku sibuk, dan aku lupa. Sampailah 28 hb, aku balik kursus. Kawan aku 2 orang tumpang kereta aku. Bila lalu kawasan rumah aku tu, kawan aku cakaplah, “Eh, rumah ko mana satu? Aku pun ada beli rumah kawasan tu jugak.”

Aku pusing stereng kereta dan pergi depan rumah. Tapi aku tak sedap hati. Dari jalan besar aku nampak rumah tu sunyi. Sepi. Kosong. Kenapa hati aku dag dug dag dug ya. Aku pusing stereng kereta pergi parkir betul – betul depan pagar rumah.

Nak bukak pagar tak boleh sebab pagar autom4tik. Kunci pendua tinggal kat rumah. Kawan aku bagi salam tapi rumah nampak kosong sangat. Aku ketuk pintu rumah sebeIah (penyewa jugak – student). Student perempuan tu bila aku tanya pasal rumah sebeIah, tanpa berkata apa – apa dia masuk dalam bilik kemudian keluar semula dan bagi aku segugus kunci. Mak aiii!

Penyewa aku dah lari. Kunci rumah dia tinggal kat rumah sebeIah. Tepuk dahi aku. Aku mulakan siasatan. Ko jangan memain. Aku penggemar CSI. Aku telefon semua nombor Dahlia. Dia tak sambut. Yang nombor ke-4 sambut.

Oooo itu nombor sepupu dia. Aku terangkan dari A sampai Z. Dahlia hutang aku sewa rumah tertunggak 4 bulan. Pagar autom4tik rosak, nasib baik ada pagar kecik sebeIah gate depan, kunci guna mangga je. Selamat aku dari panjat gate.

Sepupu dia kata, “Oo.. patut Dahlia sekeluarga pindah waktu malam hari tu, macam tergesa – gesa.” Sepupu dia kata nanti dia bayar sewa yang tertunggak. Amboiii… RM3000 nak bayar? Ye ke ni bang? RM600 x 4 = RM2400.

Kos ganti pagar rosak RM600. Tapi seminggu selepas sepupu dia cakap nak bayarkan aku RM3000 (bagi pihak Dahlia), aku cuba telefon dia lagi, NOMBOR YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN. Erk….

Pendek cerita, tutup Kes 1. Dahlia ada lagi di bandar ni. Dah pakai purdah. Aku harap dia dah insaf. Aku harap dia tak lupa hutang dia dengan aku. Cemana aku tau? Aku google ah nama penuh dia. Jumpa akaun Facebook dia. Aku doakan dia murah rezeki dan tak lupa bayar hutang aku.

Kes 2: Agreement ada, dim4tikan di LHDN. Penyewa best! Pembersih. Tapi sayang sewa tak sampai setahun sebab penyewa dah beli rumah sendiri. Aku doakan dia sekeluarga murah rezeki.

Kes 3: Agreement ada, dim4tikan di LHDN tapi untuk tahun pertama sahaja. Ok. Keb0dohan aku berulang. Satu keluarga, agak berusia. Dalam 50-an. Suami isteri. Ada perniagaan sendiri. Ada tender masuk, ada bisnes. Dia bayar ok, tiap bulan.

Jadi, masuk tahun kedua aku alpa. Aku tak buat perjanjian baharu. Tahun ke-4 ialah tahun penuh dugaan. Aku sambung belajar. Aku di Utara. Rumah di negeri lain. Nak dijadikan cerita, aku beli rumah kedua. Yang rumah ini Insya Allah rumah terakhir aku beli, lepas ni takmo dah beli rumah.

Siksa woo bayar bulan. Tahun yang sama pinjaman perumahan aku dip0tong dari gaji, tahun yang sama jugaklah penyewa buat hal. Kemuncak Kes 3 ialah bila Penyewa mesej aku: Jangan hubungi pakcik suami isteri lagi.

Rumah tu pakcik tak duduk. Anak pakcik anak beranak yang duduk. Minta duit sewa rumah daripada anak pakcik – jangan mintak dari pakcik. Pakcik tak ada bisnes lagi. Pakcik selalu s4kit – s4kit sekarang. Eh, eh… kata dalam perjanjian dia yang duduk.

Ni kenapa anak dia pulak yang duduk. Apa sebenarnya ni? Aku google. Agreement valid tak ada sebab kecuaian aku tak buat agreement start tahun kedua. Aku karang mesej ala – ala ayat mahkamah. Aku katakan, sebarang kata – kata dia dalam mesej akan aku jadikan bukti untuk dakwa dia di Mahkamah Majistret.

Pakcik tu tak mesej aku lagi, tapi sewa rumah memang tak masuk. Huih, ada guna jugak aku belajar Business Law masa degree dulu walaupun gred B ja. Aku bergelut dengan tesis. So aku ketepikan dulu hal rumah. Takpa, siap tesis viva semua, aku balik kampung halaman, aku setelkan hal rumah.

Jadi, selesai urusan pengajian aku, aku pun balik kampung halaman. Aku pergi rumah sewa aku. Rupa – rupanya, anak pakcik tu yang duduk. Anak pakcik tu tak berapa nak kerja. Menantu dia baik, tapi bila suami serupa h4ntu, ah, kesian aku tengok menantu pakcik tu.

Anak 4. Suami tak kerja. Melepak buat bising depan rumah malam – malam dengan kawan – kawan. Makan minum pak mak yang tanggung. Sewa rumah pak mak yang tanggung alahaiiii… Kisahnya, bila pak mak dah tak ada bisnes lagi, pak mak tak dapatlah nak tanggung anak menantu dan cucu – cucu.

Aduh… kenapalah ada orang jenis macam ini di dunia. Hoi lelaki… kenapa tak kerja? Aku ni pompuan. Masa cuti semester aku sempat jadi Grab Driver lagi nak cukupkan duit gaji. Masa aku mula – mula kerja dulu, aku mengajar tuisyen tau.

Sebelum aku ada kereta, aku ke sana ke sini ke sana ke sini (awak nyanyi ke ehehe…) turun kerja naik skuter. Aku bayar skuter guna duit kerja sambilan jadi guru tuisyen. Aku belajar jahit baju sendiri sebab nak jimat, tak nak hantar baju kurung dengan tailor.

KENAPA ORANG YANG MALAS KERJA MACAM INI WUJUD? Hukhuk… sedih aku… Hujung cerita, penyewa keluar dengan p4ksaan. Tapi meninggaIkan aku dengan sewa rumah tertunggak 3 bulan. KUNCI PINTU DEPAN DAN MANGGA PAGAR DEPAN tak bagi balik.

Aircond dia cabut dan jual ke besi buruk, batang paip besi dalam bilik air semua dia cabut, rel aluminum langsir dia cabut semua, pendek kata selagi ada yang bernama besi, aluminum dalam rumah tu, dia cabut dan jual.

Macam mana aku tau dia jual? Masa aku check rumah, kebetulan van lalu sambil jerit, “Surat khabar lama, aircond lama…” Aku tahan van tu dan tanya. “TV lama you ambil tak?”. TV lama dia tak ambil, aircond lama dia ambil.

Oho… patut la aircond rumah aku hilang, TV buruk dia tinggalkan. TV takleh jual rupanya ahaksss… menangis tak berlagu aku tengok keadaan rumah. Bil elektrik tertunggak 5 bulan, sampai kena p0tong. Bil air tertunggak RM700.

Tidak pernah dibayar selama 4 tahun dia duduk rumah tu. Aku semak tau kat kaunter bil air. Aku tanya staf, “Sejak bila ya bil air rumah saya ni tak dibayar.” Hem… sejak tahun pertama si anak manja tu duduk situ rupanya.

Masa ni aku dah melapor diri untuk kembali bertugas. Dengan sibuk bekerja, aku naikkan iklan rumah FOR SALE. Tak sanggup aku hadap penyewa macam ni. Tapi takdak sapa nak beli. Rumah teruk. Nampak buruk.

Ramai datang tengok rumah, semuanya berlalu pergi. Rumah kondisi terus sapa nak beli. Terp4ksa aku korbankan duit gaji untuk baiki rumah. Aku upah orang atur paip, aku cat sendiri ruang tamu, aku beli lampu ala IKEA.Dan aku sewakan untuk kali yang keempat. Dah tak ada orang nak beli, loan bank kena bayar. Sewa lagiIah nampaknya.

Kes 4: Agreement ada, dim4tikan di LHDN. Penyewa masih ada di situ sampai hari ini. Baik, sopan santun. Keluarga yang penyayang. Mak pak hensem dan cantik, baik budi. Anak – anak pun comel. Mana aku tahu? Kali ni aku bijak sikit la.

Aku check akaun Facebook dia suami isteri. Nampak keluarga bahagia. Dua – dua bekerja tetap. Ini yang penting. Aku doakan mereka sekeluarga hidup bahagia murah rezeki sentiasa. Kalau mereka murah rezeki dan hidup gembira, aku selaku TUAN RUMAH tentu dapat tempias kegembiraan itu juga. Jiran – jiran pun sama.

Kesian jiran rumah aku tu, dia mengadu Penyewa 3 tu selalu buat bising, kedegang kedegung g4duh laki bini. Aku yang malu. Kali ni memang berhabis aku tapis. Sampai lebih 15 orang datang view rumah nak sewa, aku katakan elok – elok,

“Keputvsan untuk menyewa rumah kepada siapa terletak pada saya selaku Tuan Rumah. Saya akan buka rumah ini untuk bakal penyewa tengok, tapi FINAL DECISION terletak di tangan saya.” Ewah, kemain aku ya ihihii… ya, pengalaman mendewasakan kita.

Kali ini aku ada:

1. Agreement

2. Deposit 2 + 1

3. Deposit utiliti

4. Deposit kunci rumah (pengalaman dari Penyewa Ke-3 beb pengalaman hahaha…)

Ok, adios. Penat aku taip kalau admin tak siarkan jaga tau. Nanti sembelit 3 hari ahahaa… gurau je min. Bye. – Tuan Rumah Yang Tidak Tersakiti Lagi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Salina A J : Mana tuan rumah yang tak pernah dis4kiti memang rare spesis sangat. Teringat kes 20 tahun lepas, kakak aku beli rumah di Ampang, siap renovate dan cat, tetiba abang ipar kena pindah bertugas di Sabah, rumah baru beli disewakan kepada pasangan suami isteri anak 4 orang.

First 3 months semua ok, masuk bulan ke 4, mula lewat bayar sewa minta tangguh dan seterusnya terus tak bayar sampai kena p0tong air api, kami pergi lah periksa rumah, nak minta sewa, habis di m4ki hamun kata takde hati perut, kami dihalau dan tanpa segan silu menggunakan bahasa Iucah.

Terp4ksa minta tolong pihak polis sebab nak mereka keluar. Beberapa hari lepas tu polis call kata rumah macam kena ribut taufan, bila kami pi tenguk, abis jah4nam rumah dikerjakan, neighbour kata mereka keluar malam, semua pintu – pintu kat rumah depa tetak, lampu semua dipecahkan, dinding rumah diketuk sampai berlubang – lubang.

N4jis merata, kitchen cabinet semua dir0bohkan, kipas siling tinggal wayar, singki dapur tinggal paip saja, mangkuk tandas dipecahkan, senang citer takde satu benda yang depa tak jah4nam kan. Menangis kakak aku tengok rumah.

Depa beli sebab nak duduk dan bukan orang kaya yang banyak duit nak repair. Terp4ksa amik loan, repair rumah dan terus jual rumah tu. Memang sampai sekarang aku tak lupa Walhal penyewa tu nampak memula macam orang baik – baik.

Katanya terdesak kena sewa rumah sebab tuan rumah lama jual rumah sewa, rupanya depa lari jugak dari sana tak bayar sewa, kira itu modus operasi mereka, sewa dan bayar 3 bulan, masuk bulan 4 buat hal dan mula culas sewa, mula janji akan bayar etc, genap setahun depa lari. Semoga depa ni jatuh dalam kolam t4ik indah water!!!

Naquiddin Kamrozzaman : Nak jadi tuan rumah kena hati kering, lagi – lagi area kl. Aku ada 2 rumah area cheras. Lebih sebulan tak bayar aku terus gegar rumah bawak cutter dan grinder. Alasan anak s4kit, mak s4kit, takde keje, memang aku tak layan. Mungkin hati aku dah hitam kot sebab terlalu melayan kerenah penyewa, memang rasa simpati tu zero.

Nurul Ain Ridzwan : Good job tt! Yup, pengalaman penting sangat! Apa – apa mesti jaga hak as tuan rumah dulu, sebab yang tanggung kebanyakan kos akhirnya tuan rumah jugak. Dapat penyewa yang baik, rezeki besar buat tuan rumah. Semoga dipermudahkan urusan tt dan penyewa tt yang baik – baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?