Peritnya berpantang rumah ibu mentua, teruk aku dilayan sampai dua kali jahitan terbuka

Mak mentua selalu bandingkan aku dengan kak ipar, katanya kak ipar lebih pandai jaga anak. Kalau aku mandi, baby menangis sampai tak ada suara tak sorang pun nak dukung, tolong tengok. Aku la yang cepat – cepat mandi dan berlari – lari tenangkan baby. Pernah sekali aku langsung tak jamah sebutir nasi pun, anak sulung dah nangis – nangis lapar…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, tujuan aku menulis nurkilan ini bukanlah untuk menga1bkan sesiapa. Aku sendiri pun banyak khilafnya cuma nak kongsikan pengalaman aku sahaja. Kekadang aku tertanya – tanya kenapa sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan dan tak dapat maafkan apa yang berlaku dekat aku dan anak – anak selama aku berpant4ng di rumah mentua. Alhamdulillah bersalin anak ke-2 Allah permudahkan urusan aku.

Aku bersalin normal, hari ke-3 kami bertolak balik ke kampung suami. Semua berjalan lancar, selama 5 hari di rumah mentua aku dilayan sebaik mungkin sebab suami ada untuk uruskan segala keperluan aku dan anak – anak. Sampailah hari ke 8 jahitan aku terbuka balik dan terp4ksa dijahit. Doktor cakap mungkin faktor perjalanan terIampau lama masa balik kampung (kira-kira 9 jam dalam kereta). itu memang khilaf aku sebab aku yang cuai lagipun nie pengalaman pertama bersalin normal.

Sebelah petang selepas aku dah kena jahit untuk kali ke-2 suami aku bertolak balik untuk kerja, tinggallah aku dan anak – anak, di sinilah bermula mimpi ngeri bagi aku. Malam pertama anak aku yang sulung tetiba terk3jut menangis – nangis cakap ada ‘hantu” di sebelah dia. Anak sulung baru umur 3 tahun, sebelum anak aku bangun menangis – nangis aku dah kena gangguan dulu. Kena tindih sampai tak boleh bernyawa aku Iawan. Bila dah terjaga aku rase seram sejuk dan masa tu jugaklah anak aku yang sulung pun menangis sakan.

Si baby pun menangis sekali bila aku cuba k3jutkan mentua, aku pulak yang dimarah padahal dia memang tidur sebelah baby. Jadi apa fungsi dia tidur sebelah baby kalau tak boleh tolong aku. Masa tu hanya Allah yang tahu. Bunyi dekat luar rumah tak payah cakap la. Macam – macam ada, anak non stop menangis tiba – tiba aku hilang kawalan aku tinggikan suara dekat anak sulung aku supaya diam dan aku terpukuI dia. Ya Allah berd0sanya aku sebagai ibu padahal anak bukan tahu apa pun.

Tetiba mentua aku bangun dan bebel – bebel kat aku, tak habis-habis ayat “pukuI anak tu kenapa, dah mer0yan ke?” Ya Allah sedih hati aku berd3rai air mata aku hanya Allah yang tahu. Aku istighfar aku ambil anak kat tangan mentua aku mintak maaf dengan dia sebab terp4ksa k3jutkan dia dan aku uruskan dua – dua anak aku walaupun Iuka jahit kali ke-2 masih baru tapi aku gagahkan juga. Aku Iawan s4kit aku demi anak – anak. Sejak dari malam tu aku tak pernah lagi k3jutkan mentua walau teruk mana pun anak – anak menangis aku hadap sorang – sorang.

Hari – hari yang aku lalui terIampau perit bagi aku hampir setiap hari mentaI aku di d3ra. Dalam pant4ng akulah basuh baju anak-anak, jemur baju, uruskan anak sulung, mandikan si sulung, mandikan si baby. Ya Allah aku rasa penat sangat sampaikan aku langsung tak ada masa untuk rehat. Mak mentua hanya masak untuk aku dan anak – anak tapi makanan yang bukan dalam kategori pant4ng dan jahitan aku terbuka lagi ya Allah s4kitnya hanya Allah yang tahu. Bila aku mengadu aku yang disalahkan oleh mentua. Dia kata aku yang terIampau aktif dan kasar teruslah dibandingkan dengan kakak ipar ya Allah perit sangat aku rasa.

Anak sulung aku bila balik kampung jadi terIampau manja suka menangis meng4muk macam – macam la perangai tak elok keluar. Aku sebagai ibu langsung tak boleh nak tegur, bila tegur mak mentua cakap aku tak pandai mainkan peranan sebagai ibu dan macam biasa akan bandingkan dengan kakak ipar aku. Setiap hari ada sahaja yang tak kena, ada sahaja perIian keluar dari mulut dia.

Kakak ipar aku lagiIah meIampau – Iampau perangainya, yela anak kesayangan. Untuk pengetahuan kakak ipar aku ni ada anak sorang umur 2 tahun. Melambung – lambung dia puji kakak ipar aku. Pandai jaga anak pandai didik anak, tahu berdikari macam – macam la, selalu bandingkan cucu. Walaupun kakak ipar duduk sekali tapi tak pernah membantu. Kalau aku mandi, si baby menangis sampai tak ada suara tak sorang pun nak dukung. Aku la yang cepat – cepat mandi dan berlari – lari tenangkan si baby. Bila tengah makan si baby nangis aku dengan tangan penuh nasi sambil suapkan si sulung sambil tu ribakan dan susukan baby. Orang langsung tak ambil kisah, siap boleh dengar hilai tawa dekat luar. Setiap malam aku berendam air mata hampir mer0yan aku dibuatnya.

Pernah sekali ada tetamu datang lama dorang borak – borak padahal masa tu dah dekat maghrib perut aku dah lapar. Si sulung dah nangis nak nasi tapi mentua aku sibuk layan tetamu, kakak ipar ada tapi melepak dalam bilik. aku bukan tak boleh masak tapi aku memang tak daya sebab mase tu baru hari ke 2 selepas jahitan yang ke-2 kali. Bila dia tengok si sulung nangis duk la dia cakap ’kenapa nangis lapar ke? akak dulu pantang masak je sendiri tak perlu tunggu mak pun.” Ya Allah munafiknya dia sedangkan aku tau macam mana layanan semua orang masa dia dalam pant4ng dilayan bagai puteri. Malam tue aku tak sentuh pun nasi aku suapkan si sulung sahaja, terasa betul aku dengan kata – kata dia.

Selama dekat rumah mentua aku sentiasa senyum walau diherdik, diperIi, dilayan macam orang asing dan aku sentiasa keluarkan ayat “maaf” walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu bertapa terIukanya aku. Pernah aku terpikir nak lari tengah malam bawa anak pergi stesen bas tapi aku fikir panjang nanti takut jatuhkan air muka mentua dan suami kalau ada sesiapa persoalkan kenapa aku lari bawak anak – anak. Selama berpant4ng aku tak dibenarkan bertungku, berurut, mandi air akar kayu alasan semua tu amalan orang lama – lama. Kalau ikutkan mandi pun dia nak aku mandi air paip biasa tak perlu air suam tapi aku kuatkan hati aku buat sendiri air mandian aku.

Allah maha mendengar maha kaya satu hari Allah hadirkan seorang insan datang bertamu ke rumah mentua, dalam satu malam dia nampak ape yang berlaku dekat aku dan anak – anak. Insan tu la yang bagitau suami aku keadaan kami padahal aku langsung tak buka mulut dia nampak segalanya. Sebelum ni aku tak pernah ceritakan apa – apa pun dekat suami sebab aku tak nak dia susah hati sebab dia pun tinggalkan kami untuk mencari rezeki.

Suami aku call dan bgitau yang ada orang sampaikan sesuatu masa tu lah air mata aku berd3rai terus aku pujuk suami untuk ambil aku dan anak – anak. Aku tak cerita apa yang berlaku cuma aku cakap aku dan anak – anak perlukan dia dan aku nak balik dan berpant4ng sendiri. Iuka jahitan aku terbuka pun aku tak bagitahu suami aku cakap aku dah sihat aku boleh berdikari sendIri. Malam tu jugak suami aku call mentua cakap nak ambil aku dan anak – anak dalan masa 2 hari lagi masa dalam phone mentua tak bagi aku balik dan dia pujuk suami supaya aku stay sampaila habis pantang tapi suami memang bertegas nak jugak ambil aku. Letak jer phone dia terus jeIing aku masa tu jugak TEtamu datang tiba – tiba aku dengar dia cakap kuat – kuat

“Anak lelaki kalau dah kahwin memang dengar cakap bini jer, kita dah layan bini depa bagus pun tak nampak jugak. Bini yang suka hasut suami nie datang dari benih tak elok benih ibIis.”

Ya Allah masa tue bergetar habis satu badan aku, panas muka dan telinga masa tu kalau ikutkan hati yang amarah aku nak bangun dan Iawan balik tapi aku masih ada secebis rasa hormat yang tersisa. Aku telan sahaja walau hati nie terIuka yang amat. Setiap hari berdoa supaya cepat la masa berlalu. Alhamdulillah hampir setahun dah berlalu tapi perit tu masih terasa sampai sekarang aku langsung tak bercerita dengan suami apa yang berlaku. Padahal aku duk rumah mentua cuma 2 minggu. Untuk pengetahuan semua suami aku bagi lebih RM2k dekat mentua upah jaga aku selama dalam pant4ng. Mungkin ada yang terpikir kenapa tak berpant4ng rumah ibu sendiri? Aku baru kehilangan ibu tercinta masa aku tengah pregnant yang ada cuma ayah, itu pun dah 62 tahun.

Komen Warganet :

Munirah Abd Rahman : Takut nye dapat ibu mentua macam ni, dalam pant4ng basuh baju sendiri. Kalau masak tu ok lagi la, ni sampai basuh baju memang kej4m. Dulu aku pant4ng sendiri je, aku masak sendiri apa semua sendiri. Tak ada nak s4kit hati. Aku jalan perlahan – lahan. Lepas ni sis pantang sendiri je, sekurang-kurangnya hati sis tak s4kit duk rumah ibu mentua.

Nur Aien Baharudin : Jenis nak nama mertua macam ni, nak pung pang kat orang yang dia tu bagus jaga menantu padahal layanan tak semengah, sabar confessor nasib suami menyebelahi puan, moga ada sinar bahagia untuk puan

Fida Said : Alhamdulillah doa orang teran1aya dimakbulkan Allah. Walaupun perit diharapkan Puan maafkan dan lupakan saja perbuatan ibu mentua. Untuk kebaikkan Puan juga. Semoga Allah gantikan s4kit perit yang puan aIami dengan anak – anak yang soleh dan suami yang mithali. Aamiin

Ain Sufri : Aku harap nanti anak perempuan kesayangan mak mertua kau tu kan (kira akak ipar kau le), kena balik sebijik macam apa yang kau kena. Biar mak mentua dia layan dia sama macam mak dia layan kau, baru la mak mentua kau tu tahu. Hidup ni macam roda pusing – pusing, kau buat anak orang, nanti orang buat anak kau baru tahu.

Ismi Sha Asri : Kalau bayar RM 2k patut upah confinement lady ja. Peritnyaaa baca kisah dia ni. Mak mentua tu cakap utara nooo dalam dialog tu. Perangaiii orang tua apaa laaa macam puaka cmtu. Buat malu orang utara ja laa perangai jenis apa menatang tak tau orang tua cenggini. Awat seronok sangat ke duduk pegang watak jahat tu.

Apa kata anda?