Perlahan doktor datang dekat saya suruh masuk dan ucapkan syahadah di telinga suami

Anak saya disahkan mengaIami masalah buah pinggang sejak dari umur 9 tahun. Hanya tinggal lagi dua minggu sebelum saya buat pemindahan derma buah pinggang untuk anak, kami diduga. Malam itu, saya ingat lagi dalam keadaan mamai, anak jerit panggil saya…

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih kepada admin yang siarkan kisah saya. Masa menulis ni, saya ada kat dalam wad, dah lebih 3 hari bertapa atas katil hospitaI, macam – macam virus plak senang nak meIanda. Yang nak datang melawat saya tak benarkan datang sampai rahsiakan saya berada di hospitaI mana sebab s4kit d4da, s4kit tekak, s4kit kepala yang buat tak selesa nak cakap banyak – banyak dengan orang.

Mmmm… bila dah tak tau nak buat apa mulalah kepala berfikir macam – macam, dalam masa lebih kurang sebulan lagi satu pembedahan besar akan berlaku dalam hidup saya. Anak saya disahkan menghidap CKD Stage IV pada umur 9 tahun masa tu dalam darjah 3.

Pada awal dikesan doktor anggarkan fungsi buang pinggang cuma tinggal dalam 30% sahaja, kedua – dua beIahnya rosak. Sekarang umur anak saya dah 19 tahun, menjalani diaIisis masa umur 17 tahun betul – betul selepas tamat peperiksaan SPM.

Lebih kurang 8 tahun lah dia bertahan dengan saki baki fungsi buah pinggang yang ada. Bersyukur juga boleh bertahan sehingga 8 tahun sebab anggaran doktor berdasarkan pengalaman beliau, dengan fungsi 30% yang masih tinggal tu mungkin boleh bertahan 3 – 5 tahun.

Atau mungkin lebih awal atau lebih lama lagi berg4ntung kepada bagaimana saya menjaganya. Kalau tak dijaga, cepatlah buah pinggang tu kaput dan kalau jaga betul – betul lamalah dia bertahan tapi yang pastinya satu hari nanti akan sampai masa berlaku kegagalan fungsi buah pinggang sepenuhnya dan memerIukan rawatan diaIisis.

Apa yang dijangkakan dah pun terjadi dan sekarang anak saya dah pun menjalani rawatan diaIisis secara APD, diaIisis menggunakan air. Masa awal dikesan masalah buah pinggang ni memang letih melayan pertanyaan orang macam mana boleh dapat s4kit ni? Apa? Kenapa? Macam mana?

Itu ini dan paling s4kit hati ada pulak mulut yang mengata saya tak jaga anak sampai anak dapat s4kit. Aduhhhh str3ss betul jiwa, bukan nak bagi motivasi tapi m4kin nak down kan saya yang memang dah sediakala down mengadap anak s4kit.

Ingat peny4kit ni kita mintak – mintak ke dan mana ada ibu dalam dunia ni yang nak anak dia s4kit kecuali mak yang s4kit jiwa yang mend3ra anak sampai ced3ra. Okeylah tok payah dilayan dan nak panjang – panjangkan cerita orang yang low class mentality, suka menyalahkan orang lain dari berfikir tentang ujian yang Allah bagi pada kita.

Mulanya, pada umur 9 tahun tu anak saya komplen pening kepala, adalah dalam 2 – 3 hari juga. Saya fikirkan pening kepala tu sebab berjemur sewaktu perhimpunan sekolah sesi sebelah petang. Lepas tu komplen mata kabur pulak tak berapa nampak.

Laaa.. takkan rabun pulak anak aku ni. Saya bawak pergi kIinik, doktor buat test mata, anak saya kata tulisan nampak kabur. Jadi doktor buat conclusion yang anak saya ada masalah rabun yang menyebabkan s4kit kepala.

Buat surat rujukan untuk pergi berjumpa dengan pakar mata. Esoknya bawak ke pakar mata si salah sebuah pusat perubatan swasta. Jumpa pakar mata, buat test untuk power lense tapi pakar mata ni curi0us dah adjust banyak kali saiz power pun tak dapat betulkan penglihatan dia.

Buat lagi pemeriksaan lanjut dengan pakar mata ni di beleknya keseluruhan mata anak saya dan akhirnya, “tak ada masalah dengan mata anak awak, tapi bahagian dalam badan yang ada masalah.” Lebih kurang gitulah kata doktor dalam bahasa omputih.

Aduhhh… kenapa lah pulak dengan anak aku ni. Rujuk anak saya ke unit paediatrik pulak. Masa kat situ anak saya nak k3ncing. Lepas k3ncing dia bagi tau yang air k3ncing dia warna merah. Terk3jut, saya tanya sebelum ni kat rumah macam ni jugak ke.

Ha ahh dah cakap dengan bibik. Laaa yang cakap dengan bibik tu buat apa kenapa tak cakap dengan mak sendiri. Masa tu kesal juga dengan diri sendiri sebab tak peka dengan anak, nak membebeI banyak masa tu pun tak boleh sebab dah nak jumpa doktor kanak – kanak.

Setiap sudut anggota badan anak saya doktor periksa, dalam hati saya doktor ni suspect aku d3ra anak agaknya. Buat pemeriksaan menyeluruh, tekanan d4rah, ujian d4rah dan keputvsannya betul – betul meng3jutkan.

Tekanan d4rah 200++, bacaan yang cukup tinggi untuk orang yang normal apa lagi untuk budak yang baru umur 9 tahun. Lagi rasa nak meraung bila doktor kata mujur bawak awak anak ni cepat, kalau dibiarkan tekanan d4rah terlalu tinggi, pembuluh d4rah pecah, masa tu awak sembahyang hajat je la. Allahu Akbar..

Masuk ICU, segala tiub wayar berseIirat untuk monitor jantung, monitor tekanan d4rah, tiub air k3ncing keluar memang merah pekat hitam nampak warna macam air kopi pun ada. Rasanya masa tu mmg nampak kritikaI.

10 hari berada di ICU, keadaan kesihatan bertambah pulih dan air k3ncing pun kembali normal, BP sem4kin stabil. Dari muka nampak pucat dah nampak merah, sihat dan cergas. Final diagnosis doktor mengesahkan yang anak saya menghidap CKD stage IV.

Follow up demi follow up untuk mengetahui punca buah pinggang rosak akhirnya dikenali sebagai Reflux Nephr0pathy. Google je la nak tau lebih jelas. Kat sini saya explain secara kasar jer lah. Anak saya dilahirkan semula jadi mempunyai salur k3ncing sempit.

Bila ada jangkitan kuman, yang mana kuman tu dapat masa demam dan kena pula jangkitan pada pundi k3ncing. Bila salur k3ncing sempit air k3ncing dari pundi k3ncing tu akan menolak ke buah pinggang, kuman tu lah yang att4ck buah pinggang.

Boleh kata jangkitan kuman pada buah pinggang yang menyebabkan buah pinggang rosak. Mulalah kisah menjaga anak yang ada kidney dec3ase ni. Menc4bar juga sebab kena jaga dari segi pemakanan dan pengambilan ubat secara konsisten.

Beberapa bulan follow up di pusat perubatan terkemuka tu kami akhirnya ‘dip4ksa’ menjalani rawatan selanjutnya di hospitaI kerajaan. Mulanya macam f0bia juga nak pergi hospitaI kerajaan sebab sering dimom0kkan dengan cerita servis yang kurang memuaskan.

Kenapa nak suruh kami pergi hospitaI lain sedangkan pakar di pusat perubatan swasta tu adalah nephr0logist kanak – kanak dan mantan pengarah di Institute Peadiatrik HKL sebelum ni. Saya kekal ingat kata – kata dia sampai bila – bila, yang membuatkan kami ikut arahan dia supaya pergi ke salah satu hospitaI kerajaan ni.

“Bukan saya tak nak rawat anak awak tapi the best nephr0logist di Malaysia ni hanya ada di HKL dan HospitaI Selayang. Awak nak saya refer ke hospitaI mana?” “Kalau awak dapatkan rawatan bermula dari sekarang akan memudahkan rawatan selanjutnya untuk masa akan datang, bila anak awak kena diaIisis nanti, nak buat pemindahan buah pinggang.”

Kami pilih untuk pergi ke Institute Peadiatrik HKL. Jadi bermula awal tahun 2008 hingga sekarang kami mendapat rawatan selanjutnya di HKL. Sesungguhnya kata pakar tu memang betul dan amat – amat bersyukur kerana mengikut nasihat beliau.

Segala urusan kami dipermudahkan di HKL, mendapat rawatan pakar serta equipment yang terbaik, sehinggalah pada awal tahun 2016 doktor kata buah pinggang anak saya dah berada di stage yang terakhir. Rawatan yang terbaik adalah diaIisis.

Mulanya susah juga nak terima hakik4t yang anak saya kena diaIisis sampai saya argue dengan doktor tu. Anak saya nampak sihat jer doktor, meIenting – Ienting macam tak ada apa, biasa tak nampak lemah pun. Doktor baIas balik, memang luaran nampak dia ok tapi awak boleh lihat sendiri keputvsan d4rah dia, creatinin dah mencapai 900++ internally dah tak ok.

You jangan sampai tiba – tiba anak kena s4wan sebab t0ksik terIampau tinggi dalam d4rah masa tu awak jangan menyesal. Saya terdiam, akhirnya akurlah dengan keputvsan doktor anak saya perIukan rawatan diaIisis. Dalam pada tu doktor maklumkan rawatan s4kit buah pinggang ni adalah diaIisis atau pemindahan buah pinggang tapi untuk dapatkan penderma tu 10 tahun lagi belum tentu sampai giliran.

Secara spontan saya cakap dengan doktor, kalau saya jadi penderma boleh tak? Terus aje doktor isikan borang buat appointment untuk pergi buat ujian awal untuk tentukan saya dan suami sesuai atau tidak jadi penderma.

Rawatan diaIisis yang pertama adalah heamodiaIisis, dengan memasang tiub catheter, dengan t3buk di leher. Kali pertama melihat anak menjalani diaIisis hanya Allah sahaja yang tahu sedihnya dalam hati. Tapi saya tak boleh tunjukkan jiwa sedih dan tak nak anak saya sedih melihat saya menangis.

Sebulan kemudian kami memilih rawatan secara APD cuci dengan air dan boleh buat sendiri di rumah. 0peration lagi untuk pasang tiub di dalam perut. Dalam pada anak memulakan rawatan diaIisis, saya dan suami buat ujian awal sebagai penderma tapi saya yang sesuai sebagai penderma kerana bIood group yang sama dengan anak.

Husband pulak selain dari bIood group tak sama dengan anak, awal – awal lagi kena reject sebab per0kok. Tapi nak jadi penderma organ bukan mudah, kena melalui pelbagai ujian saringan. Lebih kurang setahun jugalah buat workout di HKL untuk pastikan kita benar – benar sesuai sebagai penderma organ.

Bermula ujian d4rah serta collect ur1ne secara berkala, check-up di Pusat K4nser Negara, str3ss test, x-ray, angi0gram, scanning yang masuk dalam terowong bulat tu ada dalam dua kali rasanya. Berjumpa dengan pakar untuk sesi kaunseling, kaunselor akan bantu kita supaya kita betul – betul bersedia dari segi fizikaI, r0hani dan mentaI.

Alhamdulillah, semua proses workout ni berjalan lancar dan akhirnya saya disahkan fit untuk jadi penderma, 90% genetik saya berada di dalam badan anak saya. Ramai yang tanya, tak takut ke, tak takut ke? Entah ler, tak ada sikit pun ketakutan dalam diri, rasa tak sabar pun ada nak buat operation sebab nak lihat anak saya kembali normal dengan kehidupannya.

Kalau kita boleh bert4rung nyawa untuk satu kelahiran anak, tak ada bezanya kalau kita berk0rban organ untuk sebuah kehidupan dia. Lagipun saya rasa dah puas merasa dengan hidup ni dah lebih 40 tahun hidup, anak saya baru berusia beIasan tahun, perjalanan hidup dia masing panjang lagi.

Lagi pun manusia biasa boleh surv1ve dengan sebeIah buah pinggang. Alhamdulillah, anak saya walau seorang pes4kit buah pinggang tapi semangat dan jiwa dia memang cukup kentaI. Sepanjang menjalani rawatan, kena cucvk jarum ntah berapa ratus kali, t3buk leher, t3buk perut, memang saya tak lihat dia menangis dan tunjuk jiwa sedih, seolah – olah tak ada apa – apa yang berlaku pada diri dia.

Orang yang tidak mengenalinya memang tak akan menyangka bahawa dia adalah pes4kit diaIisis. Dia memang sorang yang jiwa kentaI dan keras hati. Dulu sebelum anak saya tak lagi menjalani rawatan diaIisis saya berdoa, kira takdirnya anak aku kena diaIisis satu hari nanti tunggulah sehingga dia habis SPM.

Memang makbul doa saya, betul – betul tamat aje peperiksaan SPM, doktor putvskan anak saya dah kena diaIisis. Dalam masa tinggal sebulan lagi untuk menjalani pemindahan Allah uji pula saya diberi s4kit, bimbang juga takut jadi apa – apa pada saya.

Dan saya berdoa kalau Allah nak ambil nyawa saya sekali pun biarlah tunggu saya sempat bagi buah pinggang pada anak saya. Mudah – mudahan segala yang dirancang berjalan dengan lancar, saya dan anak selamat menjalani pemindahan buah pinggang.

Jika panjang umur saya dan pemindahan buah pinggang ni berjaya boleh senang – senang saya kongsi pengalaman macam mana keadaan selepas pembedahan tu. Akhir kata salam sayang dari mama buat anak mama. Satu buah pinggang mama akan ada dalam dirimu, jagalah sebaik – baiknya agar berkekalan sihat sehingga ke akhir hayatmu. Sekian, terima kasih admin.

Sambungan… Terima kasih kepada admin yang siarkan kisah saya. 5 hari di wad, walaupun batuk belum betul – betul sembuh tapi saya rasa dah lega d4da ni dan minta untuk keluar dari wad. Dengan yakin bagi tahu doktor saya dah sihat.

Bosan pulak duduk lama – lama di wad, makan tidur, makan tidur, makan tidur. Final diagn0sis, acute br0nchitis, lega sebab tak kritikaI. Keluar wad, saya sambung cuti s4kit di rumah dalam dan diberi temujanji untuk rawatan susulan dalam masa seminggu.

Semasa berada di wad, Pusat Transplant ada telefon maklumkan bahawa tarikh pembedahan ditetapkan semula pada 30/1, on stand by pada 23/1 jika ada pes4kit yang tidak dapat menjalani pembedahan pada tarikh tu.

Pada 8/1 saya dan anak diminta datang ke Pusat Transplant untuk ambil d4rah dan berjumpa dengan doktor perunding. Batuk ni pulak on off kejap reda kejap berulang dan pada rawatan susulan doktor suruh saya masuk wad semula.

Ehhh, tak nak lah doktor, lagi pun saya ada komitmen lain, jika tak ok saya datang masuk wad minggu depan. Boleh gitu cakap dengan doktor macam tu, hehehe… Yalah hospitaI berbayar suka ajekan kalau pes4kit masuk wad sebab itu sumber pendapatannya.

Dalam pada tu, kehidupan harian diteruskan seperti biasa, saya masuk kerja balik selepas habis cuti s4kit dan dapat panggiIan dari pusat Transplant. Tarikh pembedahan dipercepatkan kepada 23/1, saya dan anak diminta datang untuk temujanji pada 8/1 seperti yang telah ditetapkan sebelum ni.

Malam sebelum 8/1, pesan awal – awal dengan anak, buat diaIisis awal malam, esok lepas subuh kita terus gerak ke HKL. Memang macam tu lah kami, setiap kali ada appoinment di HKL akan bersiap – siap dari malam lagi kerana harus keluar dari rumah seawal pagi untuk mengelakkan jem dan nak dapatkan parking yang berdekatan dengan Pusat Transplant.

Saya pun tidur awal malam tu. Sedang sedap tidur, dalam keadaan mamai – mamai saya dengar anak lelaki saya panggil. Mama!! Mama!! Mama!! Sambil dengar tapak kaki dia berlari naik ke tingkat atas. Babah!!! Babah!!!

Satu panggiIan yang cukup luar bisa nadanya. Saya bingkas bangun. Kenapa?? Kenapa?? Sambil berlari turun ke tingkat bawah. Ya Allah! Suami saya terbaring di ruang tamu, badan meniarap dengan nafas yang turun naik.

Astaghfirullah, Babah! Babah! Saya panggil suami berulang kali. Cuba nak terbalikkan badan dia tapi tenaga saya tak kuat. Terus saya suruh anak lelaki saya panggil jiran sebeIah, anak saya berlari keluar menjerit – jerit dari pintu pagar.

Jiran sebeIah berlari datang. Ya Allah! Sambil memanggil nama suami. Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang jiran lain datang. Lutut saya memang dah terasa lemah gemalai tapi saya kuatkan juga. Call 999, maklumkan keadaan yang berlaku kepada suami saya, dan penyambut talian meminta supaya membuat CPR dan meminta supaya saya bertenang dan memaklumkan ambulan dalam perjalanan ke rumah.

Jiran dengan pertolongan beberapa orang yang lain membuat CPR serta pernafasan dari mulut ke mulut. Tiba – tiba satu suara menyuruh menghantar segera ke hospitaI sebab menunggu kedatangan ambulan tak pasti berapa lama mengambil masa untuk sampai ke rumah.

Tanpa berlengah lagi dengan pertolongan jiran – jiran suami di usung ke kereta dan di bawa terus ke hospitaI yang berdekatan. Saya, entah dari mana dapat kekuatan drive berseorangan ke hospitaI walau pun dalam keadaan lemah lutut dan terasa longIai tenaga ni.

Sepanjang perjalanan ke hospitaI saya tak putvs – putvs berdoa, Ya Allah, selamatkanlah suamiku, Ya Allah panjangkanlah umur suamiku, Ya Allah, panjangkan umur suamiku. Sampai di bahagian kec3masan saya terus meluru ke zon merah di mana suami dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Masuk ke zon merah, doktor dan beberapa orang kakitangan yang lain sedang berusaha memberikan rawatan yang sewajarnya. Doktor yang bertugas terus bertanya kepada saya tentang tentang kejadian yang berlaku sebelum suami tidak sedarkan diri.

Dapat maklumat yang saya berikan doktor memaklumkan sedang berusaha menyelamatkan suami saya dan kembali ke ruang yang hanya dilitupi dengan tirai. Saya hanya berdiri ditemani salah seorang anak lelaki saya, memandang ke arah ruang tu sambil tak putvs – putvs memohon kepada Allah semoga suami saya selamat.

Seketika kemudian, doktor keluar dari ruang tu dan datang ke arah saya dan terus berkata, “Puan, kita sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan suami puan, walau bagaimana pun saya minta puan masuk ke dalam dan ucapkan kalimah syahadah di telinga suami puan.”

Ya Allah ya tuhanku, dugaan apakah yang sedang kau berikan pada aku pada waktu ni. Saya tahan air mata ni daripada gugur dan ketap bibir seberapa kuat agar dapatkan tenangkan perasaan ni. Dengan langkah yang lemah saya masuk ke ruang itu, memegang kepala suami dengan kedua – dua beIah tangan, memb0ngkok mendekatkan mulut saya ke telinganya sambil mengulangkan kalimah syahadah berkali – kali dan tak putvs – putvs.

Doktor dan berapa kakitangan membuat CPR dan memberikan bantuan oksigen kepada suami. Tidak lama kemudian doktor menghampiri saya dan berkata dengan nada perlahan, “Puan, kita dah berusaha sedaya upaya untuk selamatkan suami puan tapi kita tak dapatkan selamatkan dia. Harap puan bersabar.”

Saya terus bersuara, “Doktor, please try again doktor, please cuba lagi, cuba lagi.” sambil tangan saya menekan – nekan d4da suami, memohon supaya doktor terus mencuba lagi.  “please.. please….” Doktor kemudian berkata,

“Baik puan, kita akan cuba sepuluh minit lagi.” Kakitangan yang belum lagi berhenti membuat CPR dan bantuan oksigen tetap meneruskan apabila saya minta berbuat demikian. Saya dengan suara serak – serak basah terus – terusan tanpa henti mengucapkan kalimah syahadah di telinga suami.

Saya tak tahu berapa lama tempoh bantuan tu diteruskan, dan doktor kembali ke sebeIah saya, perlahan – lahan berkata, “Puan, dah dua puluh minit. Kita dah cuba sedaya upaya, suami puan tidak dapat diselamatkan. Puan kena sabar, puan kena redha.”

Lebih kurang begitu bibit – bibit kata doktor yang masih saya ingat. Serta merta lutut saya terasa longlai, tak berdaya dah untuk berdiri, kaki terus melurut ke bawah melutut di hujung kepala suami sambil tangan berpaut di besi katil.

Kakitangan wanita terus mendapatkan saya dan memapah, meminta saya bersabar sambil menenangkan saya yang dah mampu nak melangkah. Dalam sendu yang ditahan – tahan sambil beristighfar, sambil menyebut,

“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.” Saya memeIuk erat anak lelaki saya sambil berkata, “Babah dah tak ada… babah dah tak ada”. Dunia pada masa tu rasa macam gelap, kosong, kepala rasa keliru, terasa berada di awang – awangan, macam mimpi.

Saya duduk terp4ku di tepi, tak kisah apa berlaku di sekeliIing, hanya adik ipar yang menguruskan apa yang sepatutnya. Bila perasaan dah tenang sedikit saya menelefon anak saya yang sedang menjalani rawatan diaIisis di rumah.

Masa saya pergi ke hospitaI mungkin dia tak sedar apa yang berlaku di ruang bawah kerana sedang membuat diaIisis di dalam biliknya, dan bila saya maklumkan dia terus meraung sambil memanggil – manggil babahnya.

Saya hanya mampu berkata, sabar, sabar, sabar… Allah sayangkan babah, Allah sayangkan babah dan terus saya putvskan panggiIan. Jam pada waktu tu lebih kurang 1 pagi, tapi sem4kin ramai yang datang di perkarangan zon merah.

Jen4zah suami pula dipindahkan ke satu bilik kosong di mana adik beradik serta saud4ra mara berkumpul di situ. Polis pula datang, memanggil saya untuk membuat siasatan tentang apa yang berlaku. Dalam pada tu bila diajukan pertanyaan jen4zah nak di bawa ke mana, saya membuat keputvsan untuk bawa pulang ke kampung untuk dikebvmikan di tanah perkubvran di mana arw4h mak dan abah saya disemadikan.

Walaupun saya tidak tahu punca sebenarnya arw4h suami meningg4I, hanya mengaIami batuk – batuk sebelum ni, saya cuba agar post-mortem tak dibuat ke atas jen4zah suami. Ya Allah, terasa siksanya jen4zahnya jika dibeIah, itu yang bermain dalam fikiran saya.

Tapi polis memutvskan post-mortem dilakukan kerana usia arw4h suami yang muda, tidak ada sejarah sebarang peny4kit dan meningg4I secara tiba – tiba, ‘cause of de4th’ perlu diketahui. Akhirnya saya akur tambahan pula atas nasihat beberapa pihak supaya post-mortem harus dibuat supaya memudahkan saya untuk urusan – urusan yang akan datang kelak.

Pagi 8/1 adalah satu tarikh yang cantik tapi amat pahit untuk dikenang. Bila saya ingat semula, selepas saya keluar wad tempoh hari arw4h suami pula batuk – batuk tapi sebab dia mer0kok dan kerap batuk sikit – sikit baik sendiri dia rasa situasi tu normal baginya.

Seperti biasa, saya akan mengomel supaya kurangkan mer0kok. Apa yang saya lalui, hanya Allah sahaja yang tahu, walau saya dikeliIingi adik beradik, saud4ra mara, rakan – rakan yang datang menziarahi, saya hanya berkata.

“Allah sayangkan dia”, “Allah sayangkan dia”. Seawal pagi berada di luar Jabatan F0rensik menunggu keputvsan bedah siasat, satu masa yang amat p3rit. Cuaca yang mendung, sesekali hujan renyai – renyai yang turun sekejap – sekejap, seakan turut bersedih dengan pemergian arw4h suami.

Beberapa jam menunggu, akhirnya selesai bedah siasat. Saya dipanggil masuk oleh sarjan yang mengendalikan kes arw4h suami untuk diberi penerangan oleh pakar f0rensik yang membuat bedah siasat.

Sebab kem4tian adalah ser4ngan jantung. Ya Allah, saya menarik nafas panjang, sesuatu yang tak pernah dijangka oleh fikiran saya. Selama ni saya jaga makan minum dia, saya kawal dia dari kerap minum air yang manis, makanan yang berlemak, sebagaimana saya jaga pemakanan anak saya yang ada peny4kit buah pinggang dan d4rah tinggi.

Apa yang anak tak boleh makan kami pun ikut sama tak makan. Makan sedap sama – sama, makan tak sedap pun sama – sama. Kerap saya mengomel kurangkan air manis lebihkan minum air masak dan adakalanya saya buat hati kering kalau dalam sehari tu dah terlalu kerap bancuh air teh.

Saya jaga dia takut kena k3ncing manis dan d4rah tinggi tapi yang tak dijangka asbab kem4tian adalah masalah jantung pula. Rasa kesal, marah, geram, segala macam dalam kepala ni bila ingat semula yang arw4h tidak pergi ke hospitaI untuk buat pemeriksaan lanjut.

Beberapa minggu sebelum tu ketika arw4h batuk – batuk ada sekali pergi ke kIinik dan doktor dah bagi surat rujukan untuk ke hospitaI. Tapi bila saya tanya, arw4h suami menjawab, “ok dah ni.” Rasa kesal, marah, kecewa dalam diri, kenapa aku tak p4ksa dia, arw4h suami sibuk dengan hal kerja dia, kenapa dia sibuk sangat dengan hal sukan dia walhal dia sendiri batuk – batuk pada ketika tu.

Kalaulah aku heret dia cepat – cepat ke hospitaI lepas dapat surat rujukan doktor tempoh hari, kalau lah.. kalau lah… Ketika arw4h abah meningg4I pada 4/10/2013, banyak perkataan ‘kalau’ dalam fikiran saya.

Begitu juga ketika arw4h mak meningg4I pada 6/2/2017, banyak perkataan ‘kalau’ dalam fikiran saya. Begitu juga bila arw4h suami pergi, banyak perkataan ‘kalau’. Along, kakak saya yang sulung berulang kali berkata pada saya, “tak ada kalau kalau dah.

Bila dah sampai ajaInya, masanya tidak dilewatkan sesaat dan tidak dicepatkan sesaat.” Ya, ya, ya…. Perginya arw4h suami tanpa sebarang pesan, tanpa sejarah peny4kit kritikaI. Apa yang ada dalam hati ni, biar hanya Allah sahaja yang tahu, walau saya dikeliIingi adik beradik, saud4ra mara, rakan – rakan yang datang menziarahi, saya hanya berkata. “Allah sayangkan dia”, “Allah sayangkan dia”.

Memandikan jen4zah suami bersama – sama 4 orang anak – anak kami, melihat jen4zahnya dikafankan, sembahyangkan jen4zahnya, mencivm dahi, pipi dan bibirnya buat kali terakhir, menyaksikan jen4zahnya dimasukkan ke liang lahat adalah pengalaman yang terakhir yang saya lalui bersama – sama bersama arw4h.

Berkawan sejak dari bangku sekolah, hidup bersama lebih 20 tahun, kasih sayang, susah senang, suka duka, pahit manis, ketawa menangis, berkongsi segalanya akan saya Iipat kemas dalam kenangan hidup buat selama – lamanya.

Terima kasih atas segalanya sepanjang kita hidup bersama, semoga segala tanggungjawab yang telah diberikan sebagai seorang suami dan sebagai bapa kepada anak – anaknya mendapat ganjaran yang sebaik – baiknya dari Allah.

Ya Allah, ampunilah dia, rahm4tilah dia, sejahtera dan maafkanlah dia. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ. Keesokan harinya selepas arw4h suami dikebvmikan di kampung halaman, saya terp4ksa balik semula ke bandar kerana anak saya akan menghadapi final exam untuk paper yang pertama.

Sebelum bertolak sempat menziarahi kubvr, menatap nisan yang terpacak kaku. Dalam kegigihan saya mencari kekuatan memandu bersama kesemua anak – anak balik ke bandar. Dalam perjalanan, anak saya menangis – nangis kata tak mahu dah nak teruskan 0peration.

Tak payahlah buat 0peration. Katanya tak nak mama pulak yang m4ti kalau saya bagi buah pinggang pada dia. Dia dah tak ada babah, nanti mama pulak yang m4ti. Saya menjawab, tak semestinya akan m4ti kalau saya bagi buah pinggang pada dia.

Kalau mama nak m4ti bila – bila aje akan m4ti kalau dah sampai ajaInya. Sekurang – kurangnya kalau mama m4ti pun mama sempat bagi buah pinggang kepada dia. Kan doktor dah cakap kita boleh surv1ve dengan satu buah pinggang, tapi dengan syarat kita jagalah kesihatan, makan ubat, dengar nasihat doktor, amalkan cara hidup yang sihat.

Mama ni dah lebih 40 tahun hidup, mama dah puas hidup dengan apa yang ada dalam dunia ni, hidup dia masih panjang lagi dan mama buat semua ni kerana anak mama. Sepanjang perjalanan tu banyak air mata yang gugur, anak – anak lain yang duduk di tempat duduk belakang hanya diam membisu aje.

Ya Allah, dugaan apakah yang Kau berikan pada aku, terlalu hebat dugaan yang Kau berikan pada aku. Berd0sa sangatkah aku dalam kehidupan ni sehingga diberikan dugaan yang sebegini. Dalam masa dua minggu lagi nak buat pembedahan pemindahan buah pinggang, Allah jemput suami pergi menghadapnya.

Appoinment yang sepatutnya saya dan anak pergi pada 8/1 dah terlepas. Ada yang minta saya tangguhkan dulu pembedahan sehingga saya betul – betul tenang. Tapi saya nekad, saya mahu teruskan juga seperti tarikh yang telah ditetapkan.

Saya dah lama menunggu tarikh pembedahan ni dari tahun lepas lagi dan jika saya tangguhkan saya harus ulangi semula semua procedure yang telah dibuat selama setahun ni kerana workout ni hanya valid dalam masa dua tahun.

Nekad dan cekal hati, set appoinment baru untuk berjumpa dengan doktor sebelum tarikh pembedahan yang telah ditetapkan. Ditemani abang, saya dan anak pergi ke Pusat Transplan pada hari tu. Seperti biasa, kami kena ambil d4rah bertabung – tabung, ujian air kencing dan ujian ecg.

Giliran berjumpa doktor, seorang demi seorang, mula – mula doktor berjumpa dengan anak dulu. Bila sampai giliran saya, mula – mula doktor ucapkan takziah atas pemergian arw4h suami dan tanya sama ada saya nak tangguhkan pembedahan ni.

Saya jawab teruskan doktor sebab saya dah menunggu lama tarikh ni. Kemudian doktor terangkan saya mestilah dalam keadaan sihat. Batuk sikit pun tak boleh kerana ditakuti akan menyebabkan masalah pernafasan selepas dibius nanti.

Kemudian doktor kata, anak saya bagi tau tadi yang saya masuk hospitaI, mama batuk – batuk. Alamakkk, kant0i pulak dengan doktor ni. Saya bagi tau yang saya dah sihat, tak ada batuk – batuk dah. Saya pun terangkan kepada doktor treatment yang telah dibuat sepanjang saya berada di wad bulan lepas.

Fuhhh… lega ingatkan dah s4ngkut tadi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan perlu berjumpa dengan pakar bius untuk dapatkan assesment. Berjumpa dengan pakar bius pun tak banyak hal, dapat surat kelulusan untuk teruskan pembedahan.

Tarikh operation 23/1, anak saya perlu masuk wad empat hari sebelum pembedahan sebagai persediaan awal manakala saya dua hari sebelum hari pembedahan. Kalau dulu arw4h suami dah berjanji akan menjaga kami bila kami menjalani pembedahan, sekarang adik beradik pula masing – masing dah menawarkan diri untuk menjaga kami.

Angah awal – awal lagi dah message nak datang ke rumah, nak tolong jaga anak – anak saya sepanjang saya berada di hospitaI, Acik pula akan ambil cuti nak jaga kami di wad, abang alang akan menghantar kami ke hospitaI dan adik beradik yang lain masing – masing akan sentiasa ready bila – bila diperIukan bantuan.

Alhamdulillah, saya punyai adik beradik yang sangat supportive. Adakalanya saya menepuk – nepuk pipi, mimpi ke aku ni, mimpi ke aku ni… Ehh, tak lah ni semua kenyataan yang terjadi bukan mimpi sebab saya masih terasa bahawa arw4h suami seakan – akan masih berada bersama kami.

Ya sungguh, sewaktu saya menulis ni pun seolah – olah macam saya menulis cerita novel rekaan. Antara berdebar, gemuruh, sedikit gentar dan sedih kerana ketiadaan arw4h suami untuk menyaksikan detik – detik ni, saya menunggu hari demi hari pembedahan yang dinantikan. -mama

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?