Suami tuduh saya pernah gugurkan anak luar nikah sampai jadi manduI. Bila saya mengandung lain pulak reaksi dia

Sebelum ni saya dituduh manduI oleh suami. Bila anak sulung berumur setahun, saya mengandung anak kedua. Dia marah kata saya tak pandai merancang. Tak mengandung salah, dah mengandung pun salah. Saya tekad selepas satu badan Iebam sampai masuk hospitaI sebab jari p4tah, suami datang merayu macam orang giIa taIak..

#Foto sekadar hiasan. Saya tidak pernah terbaca jika ada survey dibuat tentang isteri jadi m4ngsa suami. Tetapi setiap kali saya terbaca di akhbar cerita isteri dipukuI suami, seperti yang tersiar di akhbar – akhbar, maka cerita itulah yang pertama saya baca.

Antara sebabnya kerana saya adalah salah seorang isteri yang jadi m4ngsa suami. Saya tak tahulah apa salah saya hingga saya menjadi m4ngsa sejak baru berkahwin lagi. Sejak sebelum hamil, saya sudah mula merasa penangan suami.

Tetapi kerana malu pada teman – teman pejabat dan juga kepada keluarga saya sendiri, maka saya terp4ksa diamkan peristiwa tersebut. Saya tutup rapat – rapat, sebab saya tak mahu mereka tahu. Sebab dulu saya yang puji suami saya konon dia seorang yang baik, maklum tengah bercinta sebelum berkawin, semua nampak baik.

MaIangnya bila sudah berkahwin, baru saya kenal siapa sebenar suami saya ini. Bila muka dah Iebam tentu orang bertanya, “kenapa muka you ni?” Bila saya kata jatuh, mereka tanya lagi. “jatuh kat mana? Pendek kata pelbagai soalan saya kena jawab.

Biasanya untuk mengelakkan soalan yang memaIukan diri saya sendiri, maka saya ambil cuti sehari dua. Sebenarnya itu pun susah juga, mereka tetap tanya. Tetapi lama kelamaan disebabkan kerap sangat mata b3ngkak dan saya pernah dimasukkan ke hospitaI kerana p4tah jari.

Mereka tak tanya lagi, mereka cuma nasihatkan saya supaya bersabar. Pelik jugak, mereka seakan faham keadaan saya. Dari riak wajah, mereka kelihatan amat simpati kepada keadaan saya. Saya berkahwin ketika berusia 26 tahun.

Dua tahun lamanya saya tak mengandung, macam macam suami tuduh saya, dia salahkan saya kerana manduI. Pernah dia tanya soalan yang amat meng3jutkan katanya, “Apasal awal tak mengandung lagi hah? Awak pernah gugurkan anak ke sebelum kita kahwin! Hah?

Dia sambung lagi dengan soalan meny4kitkan hati, “Banyak orang cakap kalau orang perempuan pernah gugurkan sebelum berkahwin, maka dia susah mengandung?” MenggigiI badan saya menahan sabar. Saya diam, tak jawab, sebab takut kalau salah cakap nanti kena pelempang pulak.

Tetapi suami saya tetap tak puas hati. Katanya keturunan dia, mak – mak sed4ranya, adik beradiknya tak ada yang manduI? Ini mesti salah saya! Berkat doa dan kesabaran saya memohon kepada Allah setiap hari, akhirnya saya hamil juga.

Tetapi kehamilan saya bukan jawapan bukan saya tak kena marah lagi. Mula – mula doktor kata saya mengandung, suka hati saya. Maka saya fikir tentu dia gembira saya hamil. Tetapi tidak. Bila saya ajak ke kIinik untuk pemeriksaan doctor, dia suruh pergi sendiri. Confirm saya hamil 3 bulan.

Masa hamil memang saya tak kena t4mpar. Agaknya dia kesian tengok saya selalu munt4h dan saya memang tak lalu nak makan. Waktu itu saya rasa lega tak perlu masak, kerana dia sendiri suka pergi makan di luar. Tetapi masalahnya bila dia makan di luar dia sering tak berduit, minta duit saya untuk beli makan.

Kerana keadaan diri saya tengah hamil sering tak sihat, maka saya berilah duit supaya dia diam. Masa nak membeli peralatan dan pakaian bayi yang akan lahir, dia kata dia tak ada masa nak pergi, dia suruh saya pergi sendiri.

Saya rasa beruntung ada kawan – kawan pejabat mahu temankan saya beli barang keperluan untuk bayi yang bakal lahir. Suami bukan sahaja tak mahu ikut, bagi duit pun tidak. Ikut suka hati saya sahaja lah. Dan dari kawan kawan jugalah saya dapat tahu mana nak cari tukang urut dan orang yang boleh sediakan makan saya dalam pantang dan mandikan baby dan sebagainya.

Saya tak boleh minta tolong emak bantu masa dalam pantang, sebab suami tak izinkan. Dari awal lagi dia sudah bagi amaran, jangan nak panggil emak saya datang. Katanya jangan menyusahkan orang tua. Jadi pandai – pandai saya cari tukang urut.

Saya rasa bertuah kerana tukang urut tinggal dalam kawasan perumahan flat yang sama dengan saya. Dan beliau beritahu ada seorang ibu tunggal yang mahu jaga anak orang. Saya amat bersyukur, semuanya mudah untuk saya sedangkan suami semua dia buat tak tahu.

Pendek kata walaupun masih muda, semua benda saya kena buat sendiri. Emak sering nasihatkan saya bila emak datang ke rumah kakak. Di situ saya sering telefon dan bertanya khabar selain minta nasihat emak pasal jagaan bayi yang kecil.

Sebab suami saya memang tak benarkan emak saya datang ke rumah, apa lagi adik beradik saya. Sedih memang sedih. Emak dan adik beradik pernah datang ke hospitaI jengok saya dan sekali lagi bila anak saya demam. Tetapi mereka pulang sebelum suami balik.

Sebab emak tahu per4ngai menantunya yang memang tak boleh buat kira apa lagi berunding. Bukan saya mengadu tetapi emak dan kakak boleh teka mengapa muka saya Iebam dan 2 jari saya p4tah ketika saya dimasukkan ke hospitaI sebelum hamil dulu.

Sejak itu emak nasihatkan saya. Kata emak, emak tak p4ksa saya kahwin, itu pilihan saya, maka saya buatlah pilihan terbaik untuk diri sendiri demi keselamatan diri. Tetapi kakak saya dia cakap lepas dan berterus terang, katanya berkahwin untuk membina keluarga bahagia dan harmoni bukan nak berper4ng.

Kalau kau dah tak tahan kena pukuI (bukan aku tak tahu) jadi tak salah kalau kau minta cerai. Tetapi saya ini memang lembab sikit, mungkin kerana ketika itu cinta saya pada suami amat tebal, saya salahkan diri sendiri. Nak jadikan cerita selepas anak sulung berusia setahun, saya hamil lagi.

Kali ini suami hangin, katanya, “pergi kIinik berpuluh kali, tak tahu ke nak tanya misi ke supaya kau tak kerap sangat beranak?’’ Saya betul – betul jadi serba salah, Tak hamil salah, kerap hamil pun salah. Saya katakan, oleh kerana saya lambat hamil dulu, maka saya takut merancang, takut tak hamil lagi, saya mahu anak lagi.

Katanya dia kahwin dengan saya bukan suruh saya beranak tiap – tiap tahun, itu pun tak paham, Jarakkan lah. Tetapi dulu dia tak cakap jadi saya buat pandai sendirilah. Saya tak berani nak banyak tanya, salah tanya dia cepat naik angin.

Dan saya jenis tak suka berg4duh, biasanya kalau dia tinggi suara saya diam. MaIangnya kerana diam saya sering jadi m4ngsa tangan dia, Dia main pukuI aja mana sempat tangan dia hinggap ke badan saya. Bersyukurlah anda dapat suami bukan kaki pukuI.

Saya tak tahu apa salah saya, adakah kerana muka saya tak cantik maka suami sering tak puas hati terhadap saya, saya selalu dipersalahkan. Kawan nasihat saya pakai cantik – cantik sikit, bersolek, mungkin suami akan sayang.

Tapi bila bersolek dia tanya, “apa tujuan kau bersolek ni? H4ram kau tau tak?” Atau “kau dah ada jantan lain kat opis tu yang kau nak layan? Agaknya sebab itu kau nak melaram, bersolek, berlipstik bagai?’’ Kata – katanya memang bisa. Meny4kitkan hati.

Saya pakai baju cantik sikit tak boleh, katanya, membazir. Kalau banyak sangat duit simpan, kalau tak tahu nak simpan bagi dia simpan. Kerana saya beli pakaian cantik dia kurangkan duit belanja di rumah. Hinggakan semua urusan rumah terletak di bahu saya.

Dia main lepas tangan, alasannya sebab saya banyak sangat duit beli baju nak melaram. Pernah dia tambah masalah saya suruh saya buat pinjaman kerana emaknya nak buat tambah rumah dapur. Bila saya kata saya pun tak banyak duit.

Maka itulah punca saya sering kena marah dia memang cari silap saya, nak pukuI saya. Dia mula tuduh saya tak ada duit sebab tiap bulan saya bagi emak duit. Katanya kalau dia tak izinkan, maka hukumnya h4ram duit itu emak saya makan.

Kata dia lagi seorang isteri lepas kahwin mesti patuh kepada suami, bukan emak bapak dia lagi. Oleh kerana sering dimarah sebab masalah duit dan bagi emak saya duit, maka dia p4ksa saya bagi dia RM200 setiap bulan, supaya dia boleh simpanan.

Alasannya duit itu dia simpan untuk ‘tabung beli rumah’. Tapi saya yakin tabung itu tak wujud, namun saya terp4ksa patuh. Kerana tabung itulah juga hidup saya m4kin tersepit untuk langsaikan makan minum anak – anak, bereskan bil selain bayar duit pengasuh anak.

Akibatnya saya sering kesempitan. Sebab semua benda dalam rumah itu saya kena selesaikan. Sejak saya beri dia duit dia jarang pukuI dan ser4ng saya. Tetapi dia tak suka duduk di rumah, setiap hari jumpa kawan. Ada aja hal dia nak bincang.

Satu hari dia balik beritahu saya, dia nak berhenti kerja nak buat bisnes. Berdebar jantung saya, alasannya, kalau makan gaji sampai bila pun tak boleh senang. Gaji tak cukup dan macam – macam lagi alasannya. Buat permulaan nak buka bisnes, katanya, kawan boleh bantu, lepas itu dia kena buat pinjaman.

Katanya lagi kerajaan banyak bagi bantuan untuk usahawan, maka dia mesti ambil peluang, kalau tidak ketinggalan. Tapi saya nasihatkan, kalau tak pandai buat bisnes lebih baik makan gaji. Kebahagian hidup bukan terletak pada wang ringgit tetapi kepada kejujuran, kerja keras dan pandai berjimat cermat.

Jawapan yang saya terima ialah m4ki hamun dan dia kata saya lah orang paling b0doh dalam dunia. Kerana dia kata saya tak sokong dan membantunya. Oleh kerana anak dah bertambah dua tetapi hidup saya tidak bahagia, sebaliknya sentiasa dalam ketakutan.

Pertama, takut kena pukuI, kedua takut dia berhenti kerja dan ketiga, saya takut dip4ksa jadi penjamin pinjaman bank yang dia akan buat nanti, maka saya beranikan diri bantah dia, tak kongsi buat bisnes. Tetapi dia tetap degil, ketika itu dia sudah pun melabur lebih RM5,000 sebagai pendahuluan.

Peringkat kedua dia akan buat pinjaman dengan bank dan saya disruh jadi penjamin. Jadi sebelum dia berhenti kerja dan lebih awal lagi sudah buat pinjaman bank sebanyak RM5k. Tetapi saya jadi berani dengan tegas saya kata tidak akan jadi penjamin.

Saya tahu akibatnya pasti kena pukuI. Tetapi saya nekad, biarlah saya kena pukuI daripada kena pikul hutang puluhan ribu ringgit sepanjang hayat. Lagi pun sejak 8 tahun berkahwin saya tak rasa kebahagiaan berumahtangga dengannya.

Sebaliknya saya sentiasa dalam ketakutan, takut silap cakap, sudah pasti kena m4ki hamun, paling kecewakan saya perbuatan dan perintahnya yang saya ikut selama ini telah membuatkan hubungan saya dengan emak dan adik beradik saya sem4kin renggang dan sem4kin jauh.

Sepatutnya perkahwinan mengeratkan hubungan dua keluarga, bukannya memutvskan siliturrahim. Ini paling jelas dan paling menyayat hati saya. Kerana saya tak ikut kehendaknya, saya sentiasa dipersalahkan, kerana itu saya nekad akan buat laporan polis jika saya dipukuI lagi, saya tidak akan berdiam diri seperti dulu.

Oleh kerana saya sem4kin berani mempert4hankan diri. Keluarga saya pula dipersalahkan, dituduh menghasut dan cuba h4ncurkan rumahtangga kami. Saya nafikan kerana saya sudah ada kesed4ran. Di luar pengetahuan suami, saya tanya kakak apa risik0 jika saya jadi penjamin suami pinjam duit bank.

Kakak emelkan beberapa keratan cerita di akhbar kepada saya tentang beberapa orang isteri mufIis kerana jadi penjamin suami. Lebih maIang diceraikan kemudian. Cerita itu beri kekuatan pada saya supaya tegas tidak mahu jadi penjamin untuk suami.

Seperti diduga memang saya kena dengan suami dengan laporan polis dan surat doktor saya bawa ke mahkamah syariah saya failkan tuntutan cerai. Tetapi biasalah saya disuruh kaunseling, setelah setahun tersiksa duduk serumah dengan suami, akhirnya makamah syariah izinkan saya tinggalkan rumah, walaupun cerai belum diputvskan.

Dalam masa 2 tahun ding dong, ding dong suami terus memujuk tetapi saya tetap berkeras kerana saya sudah tidak tertahan dengan per4ngainya. Akhirnya barulah saya diceraikan. Suami minta rujuk sebab ketika itu dia sudah berhenti kerja dan bisnes lebur entah ke mana.

Katanya dia kesal dan menyesal dengan perbuatannya dan dia minta saya berikan peluang kedua. Tetapi cukuplah pend3ritaan yang saya tanggung selama ini. Kerana itu cerita isteri kena pukuI suami patut dapat perhatian mahkamah syariah dan polis, jangan ambil mudah, sebelum nyawa melayang. Nasihat saya, biarlah kena pukuI, asal jangan kena pikul hutang sepanjang hayat. Lagi siksa.

Komen Pembaca :

Faridah Yusoff : Untuk semua para isteri. Pandailah berk0rban, jangan sampai terk0rban. Berpada – padalah cinta dan kasih pada manusia walaupun suami sendiri. Kasihlah diri sendiri dahulu sebelum mengasihi orang lain.

Wan Zaliha : Saya sokong seratus peratus pendapat yang bernas dari kak faridah. Kita mesti sayang diri kita dahulu sebelum mengasihi orang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.