Petua Rumah Kekal Wangi! Guna bahan-bahan yang ada di rumah saja

Rumah yang bersih, kemas dan wangi memang menjadi idaman setiap orang. Tambah pula bagi kaum wanita yang sudah berkeluarga. Dengan anak-anak yang sedang membesar, rumah yang kemas dan harum ibarat seperti sesuatu yang tidak mungkin.

Sedikit perkongsian dari seorang pengguna akaun facebook bernama Azuan Yahaya. Beliau memberikan tips untuk bagaimana untuk mengekalkan bau wangi di dalam rumah dengan menggunakan bahaya yang sedia ada di dalam rumah.

PETUA RUMAH KEKAL WANGI

Kak Nik ni bukanlah ada masa banyak untuk mengemas rumah setiap hari. Cuma peruntukan hujung minggu je masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut.

So, Kak Nik kena cari cara mudah dan kekal lebih lama untuk rumah lebih bersih dan wangi.

Yang penting, bahan bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita je, tak susah kan.

Jom follow 4 cara mudah ni

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Bahan-Bahan:

– 1 penutup pelembut fabrik

– 10 cawan air

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:

– 1 penutup pencuci lantai

– Cuka

– Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

– 1 penutup pelembut fabrik

– Cuka

Herbal oil and lavender flowers on wooden background

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:

– 1 sudu kecil teh soda bikarbonat

– 1 sudu teh cuka

– 1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba!

Semoga perkongsian ini dapat memberi idea dan manfaat kepada semua wanita.

Sumber : FB Azuan Yahaya via KKD


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..