“Prank nak kahwin dua bukan boleh buat main. Kesian isteri dah nangis, ko boleh gelak plak.”

TuIar sebelum ini seorang lelaki membuat prank buat isterinya di dalam kereta dengan memberitahu hasrat untuk berkahwin seorang lagi. Dalam video tersebut jelas riak muka isteri lelaki terbabit berubah setelah mendengar hasrat suaminya.

Shafiran yang juga seorang Youtuber menjelaskan bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita yang baru dikenalinya melalui WhatsApp. Air mata isterinya juga turut mengalir mendengar pengakuan terbabit. Tidak lama selepas itu Shafiran menjelaskan bahawa itu hanyalah gurauan ‘prank’ semata-mata.

Prank farah, az nak nikah lain tengok sampai habis,agak agak farah terima ke tak?

Video yang tuIar mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Namun rata-rata kurang senang melihat gurauan yang dikatakan agak meIampau kerana telah melukakan hati seorang isteri. Walaupun ia hanyalah gurauan, hati perempuan sangat sensitif kalau melibatkan orang ketiga dalam sesuatu hubungan.

Baik dah kahwin atau masih bercinta. Jangan lah prank, tipu or memain benda yang boleh buat perempuan tergvris macam ni. Luar dia tenang,, tapi dia akan ingat kau gurau macam ni sampai bila bila.

Aku yang lelaki pun rasa macam b0doh nak prank benda benda sensitif macam nie. Jaga perasaan bidadari syurga tue , dia manusia bukan haiwan . Banyak lagi prank lain yang kau boleh buat laa.

Pendapat aku la..kalau prank macam ni..yes memang gurauan tapi lepas prank tu akan wujud perasaan insecure..risau..curiga..sebab hati kita akan rasa apa yang someone cakap tu akan dia buat..lambat atau cepat..sama ada akan dibuat atau terbuat..tu kita tak tahu.

Sanggup buat benda b0doh untuk dapat banyak views…hanya di malaysia yang berlaku perkara sebegini.

Semoga selepas ini jangan ada pula yang terikut buat prank macam ni ye.

Kongsi Artikel Ini :