PU Riz dedah sikap sebenar Hafidz Roshdi, Solat Dhuha 12 rakaat tak pernah tinggal.

13 Novermber lepas merupakan hari ulang tahun kepada pelakon Hafidz Roshdi yang ke 25 tahun. Bersempena dengan itu, salah seorang Pencetus Ummah, PU Riz berkongsi sedikit pengalaman beliau semasa dapat bekerjasama dengan Hafidz Roshdi.

Menurutnya beliau menjadi cembvru dengan insan bergelar Hafidz Roshdi sejak mereka berkenalan.

“Inilah benda yang paling aku d3ngki dengan insan bernama Hafidz Roshdi.”

“Pertama kali kerjasama dengan Fidz ni masa cerita ‘kelip-kelip kota Londan’. Dia hero aku second lead, jadi cerita bermula begini. Biasa dalam set kalau ada apa-apa pertanyaan dalam agama, akulah yang banyak ditanya disebabkan oleh gelaran PU yang dibawa.”

“Tapi berbeza dengan Hafidz, paling ingat ketika dia mengajak membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat berbanding Yassin kerana ada dalilnya. Pada ketika itu ada perbincangan di dalam group sama ada mahu membaca surah Yassin atau pun Al-Kahfi. Jadi apa yang diperkatakan oleh Hafidz tu betul, walaupun ada ulama berbeza pendapat tetapi lebih kuat kepada Al-Kahfi.”

Selain itu, PU Riz juga menceritakan kisahnya yang sebilik dengan Hafidz. Selain dari solat 5 waktu, Hafidz juga tidak pernah tinggal melakukan solat Dhuha 12 rakaat. PU Riz meluahkan rasa kagum dan cembvru dengan peribadi yang ditunjukkan oleh Hafidz.

Rata-rata peminat memuji cara dan sifat yang ditunjukkan oleh Hafidz. Malah ada juga peminat yang berkongsi pengalaman ketika berjumpa dengan pelakon itu.

Tahniah Hafidz kerana telah menunjukkan satu contoh yang baik dan SELAMAT HARI JADI!


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..