PukuI 3 4 pagi ibu masuk bilik kami sbb nak sp0tchek handphone, wallet aku dan suami

Ibu tahu password aku dan suami. Ibu akan baca semua whatsapp aku dan suami, lihat gambar – gambar di galeri aku dan suami. Jika kami ada g4duh – g4duh manja dia whatsapp, ibu pasti ingin tahu kenapa. Sehingga ibu masuk senyap – senyap dalam bilik kami masa kami tengah tidur pukuI 3 pagi, suami aku terjaga..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, okay sebelum aku mula aku ingin memohon maaf jika ada tersalah bahasa atau ada ayat yang membuat reader tak senang untuk membacanya.

Nama aku Zara (bukan nama sebenar), aku adalah anak bongsu dari 2 orang adik beradik, abang aku pula bekerja sebagai tentera. Dan aku sudah berkahwin. Okay straight to the point. Aku hanya ingin minta pendapat dan pandangan dari sisi lain.

Aku sudah berkahwin pada tahun lepas, alhamdulillah perkahwinan aku dan suami sangat – sangat bahagia dan jarang ada konfIik antara kami suami isteri. Sebelum kami berumah tangga, ibu aku memang sangat mengawasi aku ketika aku bercinta dengan suami.

Ke mana jua aku pergi dengan suami pasti ibu akan temankan kami sekali. Pada mulanya, kami tak berapa ambil kisah sebab ye lah wajarlah seorang ibu memantau anak perempuannya ketika bercinta, takut terjadi perkara – perkara yang tak diingini.

Lagi – lagi aku adalah satu – satunya anak perempuan dia. Bukan itu sahaja, ibu turut sp0tcheck handphone aku dan suami. Ibu akan baca semua whatsapp aku dan suami, lihat gambar – gambar di galeri aku dan suami.

Ye, ibu aku tahu password handphone kami. Dan jika kami mahu pergi makan di restoran berdekatan rumah sahaja pun ibu pasti turut serta. Sepanjang setahun lebih kami bercinta, itulah yang kami terp4ksa hadap dengan ibu yang terlalu meng0ngkong dan terlalu mengawasi kami.

Kami bercinta dalam keadaan yang sangat tak bebas. Tapi tak mengapa, aku cuma berharap ibu buat begitu ketika aku dan suami sedang bercinta sahaja. Dan semoga nanti jika kami sudah berkahwin, ibu memberikan kebebasan untuk aku bersama dengan suami.

Alhamdulillah aku dan suami diijab kabulkan, dan sah menjadi suami isteri. Okay, aku terp4ksa tinggal serumah dengan ibu dan ayah sebab kami sudah berjanji dengan ayah atas permintaan ayah yang ingin kami tinggal bersamanya untuk menjaga mereka ketika mereka sudah uzur nanti.

Yelah, abang aku tentera jarang balik ke rumah atas tugasan. Jadi tinggallah aku satu – satunya anak yang boleh jaga kedua ibu bapa di rumah. Alhamdulillah suami aku sangat memahami dan dia setuju untuk tinggal bersama kedua ibu bapa aku.

Awal perkahwinan kami sangat – sangatlah okay dan tiada masalah tapi tak lama lepas tu sangkaan aku meleset, ibu tetap berkelakuan yang sama. Masih sp0tcheck handphone aku dan suami, jika kami ingin keluar bersama, ibu mesti nak ikut juga.

Seakan – akan kami tak boleh nak dating berdua. Suami aku dah mula rasa tak selesa dengan kelakuan ibu mertua dia yang aneh. 2 bulan kami diamkan dengan kelakuan ibu yang pelik itu, tapi masuk bulan ketiga suami aku dah tak tahan dengan sikap ibu yang sering campur tangan dalam hal rumah tangga kami.

Jika kami ada g4duh – g4duh manja dia whatsapp, ibu pasti ingin tahu kenapa. Mesti ramai yang cakap, “janganlah bagi handphone tu dekat ibu”. Okay kalau tak bagi sekali pun ibu akan senyap – senyap masuk bilik dan sp0tcheck.

Biasanya dia akan buat kerja menyelinap masuk bilik pengantin ni bila suami aku kerja, dan aku pula tengah mandi. Ikut dialah, kalau dia rasa time tu line clear dia on. Kadang – kadang pernah je time pukuI 3-4 pagi ibu masuk bilik kami, dia sp0tchecknya handphone kita orang senyap – senyap.

Dompet aku dan suami pun ibu sp0tcheck. Kita orang pun satu hal juga time tu, lupa nak kunci pintu. Masing – masing dah penat kerja balik kerja terus tidur sampai lupa nak kunci pintu. Time ibu senyap – senyap masuk bilik tu sebenarnya suami aku dah terjaga, sebab dengar macam ada orang masuk kan tapi suami aku buat acah – acah tidur je.

Keesokannya suami aku cerita apa yang jadi semalam, suami aku memang rasa nak meng4muk. Aku dan suami jadi hilang rasa hormat dengan ibu, ibu seperti tak ada adab dengan kami suami isteri. Korang rasa elok ke seorang orang tua buat macam tu dekat anak dia yang dah berkahwin.

Disebabkan per4ngai ibu yang m4kin meIampau, membuatkan kami sering berg4duh mulut di dalam bilik, “kenapa dengan ibu tu, cukup – cukuplah ambil tahu hal rumah tangga kita. Abang rimas lah”. Aku jadi buntu tak tau nak buat apa.

Jika ditegur per4ngai ibu itu, pasti dia marah dan tak mengendahkan langsung kata – kata kami. Ibu juga sering ingin menang dengan kata – kata. Seperti mencurah air ke daun keladi pun ada, sia – sia. Sikapnya masih sama seperti tiada perasaan malu sering ambil tahu tentang hal rumah tangga anaknya sendiri dan ibu juga macam takde perasaan malu dengan suami aku.

Dari zaman bercinta sampai lah dah berkahwin aku dan suami tiada pr1vacy langsung. Pernah aku bertik4m lidah dengan ibu, waktu itu suami aku outstation. Pada waktu malam aku dan suami akan video call bersama untuk melepaskan rindu tapi ibu pasti ingin menyibuk sekali mahu bervideo call dengan suami aku.

Aku ingin mer4mpas handphone yang ada di tangan ibu, tapi ibu menggenggam handphone aku dengan kuat. Seolah – olah dia tak bagi handphone tu kepada aku, kerana belum siap berborak dengan menantu dia, bertanyakan khabar bla bla dan sebagainya.

Aku dengan perasaan marah yang membuak, aku sabarkan diri aku istighfar dalam hati banyak – banyak. Aku meninggikan suara sedikit dengan ibu aku, “dah lah tu ibu, zara nak berbual jugak dengan abang ammar” sambil ada adegan tarik menarik handphone, lalu ibu terus c4mpak handphone aku ke atas meja dengan muka yang sangat b3ngis memarahi aku.

“Nah lah amik ni! Orang tak habis cakap lagi dia pun sibuk jugak nak bercakap!” ibu terus berlalu pergi ke ruang tamu. Aku terpinga – pinga seorang diri di dapur. Aku yang menyibuk ke atau dia yang menyibuk.

Suami aku masih lagi di dalam talian video call, dan suami aku dengar perg4duhan kecil tadi. Sejak dari hari tu, suami tekad untuk tak bagi lagi ibu sp0tcheck handphone. Suami amat bertegas. Tiada lagi bagi muka terhadap ibu, kalau tak berbuat demikian sampai bila ibu mahu berubah?

Kami pun sudah tukar password handphone masing – masing, aku dan suami cuba slowtalk dengan ibu secara baik tentang had dia sebagai seorang ibu. Bila anak sudah berkahwin, anak dan ibu bapa sudah mempunyai had dia yang ibu bapa tak boleh campur tangan.

Begitu juga dengan hal bila kami mahu keluar bersama, ibu tak boleh jadi orang ketiga. Kami juga insan biasa yang mahukan saat r0mantis bersama pasangan, berjalan berdua bersama suami. Kami terangkan semuanya berharap ibu akan faham.

Tapi hampa, ibu tak mengaku perbuatan dia itu semua salah, dan masih mahu menang sahaja “Ala apa salahnya mak sp0tcheck, mak suka je nak baca tu, pastu kalau zara dengan ammar nak keluar pun salah ke mak nak ikut blablabla”.

Haih korang aku buntu giIa, m4kin dibetulkan m4kin disalahkan. Akhirnya, kami berg4duh. Ibu bermasam muka dengan kami, tak bertegur dengan kami, seolah – olah ingin menunjukkan pr0tes terhadap kami.

Dah banyak kali dah sebenarnya kami berg4duh pasal hal – hal pr1vacy tapi entahlah, orang tua kan. Bila cakap dia nak menang saja. Tapi biasanya lepas beberapa hari, kami akan berbaik semula, macam tu jelah kami sekeluarga, g4duh baik g4duh baik entah sampai bila mahu begitu.

Baru – baru ni, aku g4duh besar dengan ibu. Biasanya aku akan sambut suami aku dari outstation, dan selalunya mak mesti nak ikut sekali tapi sehari sebelum hari aku nak ambil suami di terminal, suami berpesan pada aku supaya biar aku sahaja sorang yang ambil dia.

Tak usah ibu ikut sekali, ibu duduk sahaja di rumah. Aku turutkan, jadi aku beritahu ibu, “ibu, esok biar zara je pergi ambil abang ammar dekat terminal eh” ibu terus berubah muka masam seakan tak suka.

Ibu terus menuduh bahawa suami aku yang suruh aku berkata demikian supaya dia jangan ikut. Ye memang betul, sesekali bagiIah peluang aku ambil suami aku di terminal. Apa salahnya? Kat mana salah aku?

Mak terus menerus menghentam aku dan suami “yelah sekarang mana nak ibu ikut dah, ni mesti ammar yang suruh cakap kan jangan bagi ibu ikut”, ayat ibu memang akan sentiasa buat aku dan suami rasa serba salah sedangkan salahnya dari dia.

Aku jadi sem4kin geram, aku terus cakap dekat ibu, “ibu nak zara dengan abang ammar bercerai ke?” ibu terk3jut aku boleh berani keluarkan ayat sebegitu. Ibu membaIas ,”ibu takde cakap pun macam tu, awak ni mulut awak ni yang jahat zara” ibu terus berlalu pergi sambil menangis.

Satu lagi masalah datang haih, aku tahu aku derh4ka cakap macam tu. Tapi aku dah sampai tahap limit kesabaran aku, dalam kepala aku cuma fikir satu je, cerai. Aku takut disebabkan banyak campur tangan ibu dalam hal rumah tangga aku nanti buatkan aku dan suami pisah.

Aku tak nak macam tu, minta jauh lah perkara – perkara macam tu. Aku sayang suami aku, aku sayang keluarga aku, aku sayang ibu ayah tapi aku nak ibu berubah, itu je. Aku tak minta banyak. Sejak dari hari tu ibu langsung dah tak bertegur dengan aku dan suami.

Ibu sekarang banyak kurungkan diri dia dalam bilik je. Aku sempat minta maaf dekat ibu, tapi nampak gaya macam ibu masih sama tak nak berborak dah dengan kami. Suami aku kata, “biarlah ibu tu, dia rasa dia nak tegur tegurlah.

Kita buat macam biasa je, yang penting setiap bulan beri dia duit, beli barang dapur.” Aku tak tau lah sampai bila ibu akan macam tu, terus kurungkan diri dia dalam bilik. Korang, tolong doakan aku supaya aku kuat dan family aku jadi sedia kala balik.

Tak tau dah berapa banyak air mata aku habis sepanjang kahwin ni. Aku cuma nak bahagia macam orang lain je, aku tak nak hidup macam ni. Hidup dalam keadaan tak ada pr1vacy. Aku rasa aku lagi banyak g4duh dengan ibu berbanding suami.

Aku harap dulu mesti banyak g4duh – g4duh manja dengan suami tapi sebaliknya pulak. Mak sekarang memang dah berubah, bukan mak yang aku kenal sebelum aku bercinta dengan suami dulu. Hm aku sayangkan rumah tangga aku, aku tak nak rumah tangga aku r0boh disebabkan orang ketiga.

Dan orang ketiga tu ibu aku sendiri. Bayangkan lah sepanjang perkahwinan, kena dengar cakap ibu je. Habis tu, apa fungsi suami aku jadi ketua keluarga. Korang fikir lah sendiri. Aku rasa ramai je yang mak ayah dia campur tangan dalam rumahtangga kan.

Nasihat aku, selagi kau dan suami boleh slow talk, slow talk lah. Yang mana tinggal serumah dengan ibu bapa tu kalau boleh korang carilah rumah sendiri. Itu lagi baik, rumah sewa pun tak ape sebab 80% penceraian berlaku sebab campur tangan orang tua.

Dalam Islam pun memang disuruh tinggal sendiri selepas mendirikan rumah tangga. Aku dan suami pun ada berfikiran untuk cari rumah sewa jugak buat masa ni tapi tengoklah macam mana, sedangkan dulu dah pernah berjanji dengan ayah suruh tinggal sama.

Tapi macam taktaulah, kalau dah per4ngai ibu macam tu macam mana kan. Tak sedap nak tinggal sama dah bila jadi macam ni. Aku pun tak mintak jadi macam ni. Takpe, ni mungkin ujian buat aku dan suami.

Itu sahajalah kisah dari aku. Aku minta maaf sekali lagi, jika ada yang mungkin bagi impak negatif ke apa. Aku cuma ceritakan kisah aku sahaja. Aku masih sayangkan keluarga aku. Doakan aku ye korang. Dan aku pun doakan korang semua sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta. Yang benar, – Zara (Bukan nama sebenar)

Amira Raihana : Serapat mana pun hubungan anak dengan mak, dalam hubungan rumah tangga, kena ada limit. Sampai kan masuk selinap dalam bilik tengah tengah malam untuk nak sp0tcheck da kenapa? That is so scary ok.

And cuba slow talk dengan your father. Bukannya korang tak nak penuhi janji. Tapi kalau da sampai macam tu sekali per4ngai mak, u better keluar stay sendiri. Your father should understand you unless your father pun tak boleh nak control your mother. Jangan sampai perkahwinan u ni h4ncur sebab per4ngai pelik – pelik your mom.

Zaima Hanim : I know you love your mom. But ini belum ada anak lagi tau korang dah serabut. Esok Ada anak dia buat anak confessor macam anak sendiri, tak bagi pegang langsung. Jangan tak percaya pulak.

I think your mom kurang kasih sayang dan perIukan dari suami tercinta dia. Plus.. Kalau sampai masuk bilik check wasap Saya rasa dah ada s4kit mentaI di situ. Boleh tanya pakar. Serius lah sangat meIampau.

Noor Syafiqah Nazor Ilahi : Pindah je la sis. Cari rumah sewa yang dekat – dekat dengan parents. Cepat sampai andai kata ada apa – apa em3rgency. Sorry to say, tapi from your writing, it looks like she doesn’t understand what b0undaries mean.

Radhiah Rahamad : Your mom 0bses dengan relationship you two have. Kalau sayang semua, pindah. Carik rumah sewa yang dekat dengan rumah. Tukar password hp. Lepas balik kerja, terus pergi dating berdua. Especially weekend. You set the b0undaries. And you have to let your mom realized the b0undaries.

Nabilah Zaki : Kesian confessor. Ibu awak banyak sangat masa free kot. Mintak tolong ayah awak tegurkan tak boleh ke? Abang ke? Mungkin kalau awak dengan suami yang tegur dia tak endah, tapi kalau ayah atau abang bersuara mungkin dia ada malu sikit. Cubalah ye. Semoga awak bahagia selalu dan dapat jumpa penyelesaian pada masalah awak ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?