[Vide0] “Race race jugak, ironman ironman jugak, esok DIA tak tanya finish ke ironman tu”?- Alif Satar

Selepas kejayaan Alif Satar dalam acara Ironman Malaysia 2019, Alif Satar telah memuat naik di Youtube persediaan beliau untuk mengharungi cabaran yang akan beliau hadapi.

Menurut Alif, beliau telah mula melakukan latihan selama setahun. Dengan jadual kerja yang sangat padat, beliau terpaksa meng0rbankan masa bersama keluarga.

Melihat video yang dimuat naik, kami tertumpu pada satu moment di mana beliau sedang melalukan persiapan barang-barang untuk bawa ke lokasi. Beliau dilihat membawa kain pelikat persediaan untuk solat semasa perlumbaan.

Video :

“Race race jugak, ironman ironman jugak, esok dia tak tanya finish ke ironman tu”?

Terdahulu Alif Satar berjaya menamatkan cabaran Ironman dalam masa 15jam 5min 49saat. Antara cabaran yang berjaya dilalui ialah 3.8km berenang, 180km berbasikal dan 42km berlari menjadikan keseluruhannya 225.8km. Alif Satar turut menggalakkan orang ramai untuk sama-sama dengannya untuk menyertai Ironman pada tahun yang akan datang.

Rata-rata netizen begitu teruja dengan perkongsian yang dibuat oleh Alif dan malah mengatakan bahawa Alif memberi inspirasi kepada mereka.

What did Lady Shadila do to deserve a perfect man like Lord Alif? I wanna know hahahahaha

For those yang pertikaikan alif solat tak masa race, here’s the proof. Alif siap pack kain pelikat. Keep it up alif, all the best


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..