Ustazah tiba – tiba pindah sekolah dan aku langsung tak sempat jumpa dia. Baru – baru ni aku pergi umrah, depan kaabah tiba – tiba teringat ustazah, menangis aku berdoa..
#Foto sekadar hiasan. Masa saya tingkatan 3, saya sesi pagi, sebelum ni tingkatan 1 dan tingkatan 2 segi petang. Bila masuk sesi pagi ni semua cikgu yang kita tak kenal. Naik tingkatan 3 baru kenal muka cikgu – cikgu sesi pagi.
Jadi yang ajar agama kat saya nama dia, Ustazah Salma. Orangnya agak garang dan tegas. Tapi ada masa yang dia sangat lembut dan baik. Melalui ustazah ni, banyak saya belajar mengenai agama. Dan cara dia ajar agama tu sangat berkesan di hati saya.
Kerana dia la saya belajar cara doa yang betul, cara buat solat hajat. Dan kerana dia la hari ni saya pandai baca ayat kursi. Saya ingat lagi masa hafazan, ada 5 surah pilihan. Tapi masa tu tak salah kena undi ke apa tah. Saya dapat surah An Nas.
Happy la saya sebab surah tu saya memang dah hafal. Ustazah tanya, kamu tahu ayat kursi? Saya kata tak tahu. Ustazah kata kamu ambik ayat kursi la. Saya cakap la panjang, tak nak. Tapi ustazah cakap hafal, surah ni banyak manfaat. Akan berguna untuk kamu satu hari nanti.
So dalam terp4ksa saya hafal jugak la, sebab nak bantah tak berani. Ustazah kan garang. Selalu jugak la saya berulang ke bilik guru suruh ustazah dengar. Sampai saya berjaya hafal. Lepas tu rasa happy, sebab saya dah tahu satu lagi ayat Quran.
Dalam solat saya dah mula amalkan ayat tu. Sebab zaman tu, ayat kursi tak ramai yang tahu. Ustazah cakap dalam kelas, siapa dapat A subjek dia dalam pmr, dia bagi 10 ringgit. Bila keputusan keluar, saya dapat A. Betul – betul tak sangka.
Ustazah masa tu datang dan peIuk saya sambil bagi 10 ringgit. Saya cakap tak nak. Tapi ustazah kata kena ambik sebab dia dah nazar. Sebenarnya ustazah ni bukan cikgu pilihan macam cikgu – cikgu lain yang hot tu. Kawan – kawan pun kurang dengan dia sebab dia garang.
Tapi saya suka ustazah ni sebab saya dapat banyak ilmu dari dia. Cara dia ajar tu mudah faham. Sampai sekarang saya masih ingat antara topik – topik yang dia ajar. Sebenarnya rasanya ramai jugak kelas kami dapat A dalam agama sebab cara dia ajar melekat dalam otak.
Soalan – soalan ramalan dia masa tu banyak yang keluar. So kami jawab dengan mudah. Dia ajar cara mandi jen4zah, buat praktikal. Cara sembeIih haiwan dan macam – macam lagi la. Ustazah sangat kreatif tarik minat pelajar.
Semua orang focus dalam kelas dia walaupun budak – budak laki yang nakal. Ustazah ni kalau kita jumpa kat koridor ucap salam. Dia akan baIas sambil peIuk kita laga pipi. Selama pengalaman saya bergelar pelajar, sekolah rendah atau menengah, dia seorang saja yang akan buat macam tu.
She is the first guru yang buat macam tu. Tak kira la masa tu dia dah rush nak masuk kelas ke apa ke, dia mesti akan jawab salam sambil peIuk. Dengan kawan – kawan saya pun sama. Dan dia akan senyum buat macam tu walaupun dia garang.
Naik form 4 saya sekolah sama tapi agama ustazah lain ajar. Ustazah Salma pun dah pindah sekolah sebab naik pangkat. Zaman tu sosiaI media belum ada. Hp pun cap ayam ja. Number ustazah pun saya takde. Sebab saya habis pmr baru ada handphone.
Jadi saya memang tak tahu ustazah dah pindah ke mana. Sekarang umur saya dah 35 tahun, sekali pun tak pernah miss doa khas untuk ustazah tu. Setiap kali lepas solat, saya baca ayat kursi, saya cakap dalam doa, ya Allah aku tahu ayat ni kerana dia p4ksa aku hafal.
Kalau tanpa dia, mungkin aku tak pandai baca ayat ni. Tak pernah sekali pun saya miss doakan kesejahteraan ustazah dunia akhir4t. Saya tulis ni sambil lap air mata. Rasa sebak sangat. Sebab ilmu dia sangat besar dalam hidup saya.
Dulu zaman tak berapa pandai mengaji, saya selalu baca surah dari rumi. Saya masih ingat dia selalu pesan, kalau baca ayat quran jangan baca dengan ejaan bahasa melayu. Sebab ejaan rumi kadang – kadang sebutan arab tak betul.
So kalau baca dengan rumi, mesti kena suruh orang pandai dengar bacaan kita, takut kita baca dengan bunyi yang salah. Selama ni saya dah puas cari ustazah tu, tapi ramai cikgu tak tahu dia kat mana. Lagi satu cikgu – cikgu yang saya rapat pun tak berapa rapat dengan dia.
So dia orang pun tak de number dia atau tahu dia mengajar mana sekarang. Ada kata dia dah kat ppd, ada kata last depa tau dia naik pangkat jadi PKHEM, tapi sekolah mana tak pasti. Kawan ada la nak tolong cari dalam group cikgu malaysia, tapi kawan mintak nama penuh dia. ‘Tapi saya pun tak ingat nama penuh dia. So agak susah nak trace dia. Sebab kami tau dia Ustazah Salma, tu ja.
Saya ada jugak pergi sekolah lama saya nak tanya maklumat pasal dia, tapi biasa la orang zaman sekarang mana nak layan sangat. Tambah cikgu – cikgu sekolah tu semua cikgu baru, kalau ada cikgu lama mungkin boleh bantu.
Sebenarnya niat nak dapat nama penuh dia dari buku majaIah sekolah, tapi mungkin zaman sekarang kawalan sekolah ketat, tambah saya orang luar. So saya balik dengan kosong. Baru – baru ni saya pergi umrah, depan kaabah tiba – tiba teringat ustazah, menangis saya berdoa untuk ustazah. Saya teringin sangat nak jumpa ustazah.
Ustazah seorang ja guru yang sentiasa lekat dalam hati saya. 2003 tu adalah kali terakhir saya jumpa ustazah. Setahun mengajar saya, banyak ilmu dari ustazah sampai sekarang saya amalkan. Melalui ustazah saya faham betapa kehidupan beragama ni sangat penting dalam hidup.
Harap satu hari Allah makbulkan doa saya untuk bertemu ustazah. Semoga ustazah sentiasa sihat, panjang umur dan diberkati Allah selalu. – Nisa (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nur Anis Naziera : Saya ada seorang guru begini. cikgu bm. Dia nampak cermin mata saya ber selotep dan spray dengan warna hitam. Terus dia cari budak – budak tahun 6 untuk buat cermin mata dengan peruntukkan sekolah.
Semoga cikgu halim SK Ayer Hitam Bt 18, sentiasa dirahm4ti Allah selalu.
Rahmah Rahman : Nangis saya sedih.. Pentingnya seseorang guru itu bila melakukan kerja bukan setakat mengajar tapi memberi kefahaman dan ajaran rohani juga.. Semoga tt dapat jumpa ustazah tu 1 hari nanti.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.