Rasa menyirap nak tamp4r je anak saud4ra umur 4 tahun tak ada adab

Bila anak saud4ra nampak kitorang kemas, boleh dia punggahkan balik mainan yang kami anak beranak sama – sama mengemas tadi. Dia punya rasa, menyirap macam nak tamp4r je. Kalau itu anak aku, memang dah kena habuan dah..

#Foto sekadar hiasan. Hai Assalamuaikum. Ini adalah kisah luahan hati aku dan apa yang aku rasa selama ini semasa bercuti di kampung. Sebenarnya masa aku taip ini pon, aku masih berada di kampung lagi.

Cerita bermula apabila suami ajak pulang ke kampung beliau setelah sekian lama tak pulang. Tidak menjadi masalah aku untuk balik ke kampung beliau sebab aku pon suka balik ke sana.

Dekat kampung suami, ada adik ipar aku dan keluarganya yang dah menetap di situ dalam tiga bulan lepas. Adik ipar aku mempunyai dua orang anak yang berumur empat tahun dan seorang bayi tiga bulan.

Pada mula nya kami sampai semua okey, anak aku memang suka berkawan dengan sepupu dia. Anak aku berumur dua tahun lebih, memang aktif dan boleh dengar kata terutama kalau orang dewasa bagi arahan walaupun dia tak mampu nak bercakap dengan ayat yang betul.

Tapi lain pula dengan anak adik ipar aku itu (anak saud4ra suamiku), apa yang aku nampak, ibu bapa dia tak bertegas langsung dengan sikap anaknya. Kesan daripada itu, anaknya jadi kurang adab dan tak dengar kata.

Ada suatu hari, aku suruh anak aku kemas mainan lepas bermain, anak aku pon mula mengemas bila tengok aku kemas barang mainan sebab memang cara aku didik anak aku, dah ambil barang, letak semula.

Bila anak saud4ra suamiku nampak kitorang kemas, boleh dia punggahkan balik mainan yang kami anak beranak sama – sama mengemas tadi.

Fuhh.. dia punya rasa, menirap macam nak tamp4r je.. haha. Kalau itu anak aku, memang dah kena habuan dah.

Sebelum itu, masa aku mengemas mainan, ada biras aku tegur (isteri adik ipar aku), tak payah kemas.. nanti dia sepahkan balik.

Dalam hati aku, patutlah pon anaknya tak pernah nak mengemas. Aku tak kisahlah dia budak lagi ke apa tapi sebagai ibu bapa kenalah tunjuk dan ajar anak lepas main, tunjuk cara kemas.

Memang banyak hari dah aku nampak, dorang biarkan je mainan tersebut sepah sana sini. S4kit mata tengok, memang lumrah budak akan main dan sepah – sepahkan barang tapi ajak kemas lepas bermain.

Anak aku pergi rumah siapa pon, lepas main, dia sendiri yang kutip dan kemas mainan sebelum kami beredar pulang dari rumah tersebut.

Ada satu lagi peristiwa, di mana budak tersebut berdiri atas meja, anak aku pon tunjuk – tunjuk suruh turun dari meja (dengan bahasa dia sambil jari tunjuk suruh turun).

Bayangkan anak aku yang lebih muda dari budak tersebut pon tahu sikit – sikit pasal adab.

Sepatutnya tengah umur masih budak lagi, kita tunjuk dan terapkan nilai – nilai baik walaupun kita tahu budak takkan paham tapi percaya la kalau dia selalu nampak dan perhati, dia akan ikut dengan sendirinya.

Yang ini paling aku geram sangat. Tengah taip pon bila teringat rasa menyirap je dar4h. Dah pukuI 11 malam, memang time anak aku tidur, nampak dah anak aku mengantuk sangat tapi dia tahan mata sebab nak main juga dengan sepupu dia.

Sepupu dia tidur lambat dan kebetulan ayahnya bagi handphone, lagi lambatlah nak tidur. Ingat lagi, aku dalam bilik nak tidurkan anak aku nombor dua. Tiba – tiba pintu bilik dibuka dan anak saud4ra suamiku muncul dan buat bising.

Masa ini, aku geram sangat sebab anak kedua aku baru tidur dan terjaga. Tekanan rasanya, aku panggil suamiku suruh bawak keluar.

Dua tiga kali jugak budak bertuah masuk bilik tidur kami sebab suamiku sendiri tak boleh nak handIe. Aku cakap, pergi panggil mak ayah dia, kutip anaknya yang tak tidur lagi sebab kacau orang lain (at the time, jam menunjukkan pukuI 11 lebih).

Jawapan paling tak masuk akal suamiku bagi, adik dia dan isterinya dah tidur dalam bilik.

Ehh… jenis ibu bapa lain macam pernah aku jumpa, kau dah sedap landing dalam bilik, boleh biarkan anak kau kacau family orang lain sampai masuk bilik orang which is bagi aku kurang sopan! (even dia budak lagi)

Anak aku pon kalau masuk bilik orang terutamanya kalau orang tengah rehat, memang aku panggil dan tegur tak elok masuk bilik orang.

Walau kau tak boleh dah nak lentur anak sebab kedegiIan dia, kau boleh fikir kot, dah malam, apalah salahnya panggil anak masuk bilik.

Takkan kau nak tunggu semua orang berjaga sebab nak layankan anak kau sampai dia tertidur. Anak aku tak sama macam kau, lewat malam tidur main handphone.

Ajar anak speaking high level sekalipun tapi dengan adab tahap paling bawah, baik tak payah tunjuklah.

Geram betul rasa nya. Memang tunggu masa nak kena dengan aku kalau budak bertuah buat hal, mak bapak kau tak nak ambil tindakan, biar aku sendiri yang ajar anak kau macam mana.

Tolong lah mak ayah sekalian, jangan nak guna alasan “alah. .dia budak lagi” dan kau biarkan anak kau jadi m4kin kurang ajar.

Masih tak terlambat lagi adik ipar aku nak ajar anak dia pasal adab tapi kena struggIe dan perlu ada kekerasan sedikit. Aku tak perfect pon didik anak tapi bagi aku penting tunjuk adab yang baik depan anak.

Ada juga anak aku buat perangai tapi aku dan suamiku memang marah depan – depan, bukan guna konsep tegur ada fasa – fasa. Tiada. Anak buat silap, direct tegur dan daripada itu anak belajar.

Cukup lah bebeIan aku setakat ini. Anak aku pon tak sebaik mana, ada juga perangainya tapi tugas ibu bapa kena kawal pergerakan anak semua bukan biarkan sahaja. – Acik D (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Ros : Dengan budak pun nak berg4duh. Budak 4 tahun plak tu. Kalau dah tak tahan, kau tegur je la. “Jangan buat macam tu. Nanti acik jentik baru tau!” dengan muka serius mata jegil. Warning je. Budak ni kadang – kadang dia buat suka hati sebab dia tak faham lagi dan tak ada orang larang sebelum ni. Aku tak peduli anak sapa pun. Aku tegur je. Tapi tak ada la kata – kata yang melibatkan mak ayah dia. Kita sendiri bagi amaran. Budak kat pasaraya buang sampah merata – rata depan mak bapak dia pun aku tegur. Tapi ayat tu kena berhemah sikit la kalau depan parent dorang.

Nor Hidayah : Budak memang sentiasa budak. Sebab tu mereka perlukan bimbingan. Tapi kalau berdepan budak macam tu, saya akan tegur je dengan cara yg boleh saya tegur. Jadikan mereka kawan. Cuma memang tak boleh hadam la kalau anak masih tak tidur, mak bapa dah terlena dan biarkan ganggu orang lain. Mak bapa kena tegur la tentang adab. Kalau berdepan budak yang ada isu pasal adab ni, saya tak tuding jari pada budak, sebab mereka hanya ikut keadaan sekeIiling. Mak bapa kena sentiasa ada bagi perhatian, tegur selalu. Baru budak ada common sense.

Faezah Za : Ini tak teruk sangat. Setakat sepahkan mainan. Aku paling menyirap mak bapak biarkan anak lari – lari kat restoran nanti terbalik mangkuk tomyam kat anak ko, ko jugak mer0yan. Aku memang pelik giIa orang yang biar anak main lari – lari kat restoran. Mak bapak sedap mencekik. Alahai…

Aminah Siti : Dah dapat bilik satu sorang, setakat anak sed4ra buat hal, tegur je la budak tu. Jangan sampai berg4duh dengan ipar duai dah la. Sebab bab anak ni sensitif. macam mana kita tak suka orang buat kat anak kita, macam tu la orang tak suka kita buat kat anak dia. Lain kali kunci pintu bilik, atau panggil anak masuk tidur, kalau anak tak nak, marah je la anak sendiri dulu.. Saya pun tak bagi anak gajet, tapi bila balik kampung, tutup je la mata. Bagi dia main dengan sepupu, sekali setahun je balik kampung.

Naz Nazirah : Anak aku umur 2 tahun 7 bulan. Perangai macam anak buah confessor ni lah. Mainan tak boleh kemas, tak faham instructions. Bukannya kami tak didik, tapi anak aku autistic. Memang tak faham walaupun bagi arahan yang mudah pun. Kalau dia nak dengar dia dengar, kalau tak dia buat tak tahu. Gadget kami bagi sebab cara tu je nak bagi dia calm tak meng4muk. Kalau meng4muk orang m4ki jugak. Sebelum sedap nak judge mak bapak tak pandai didik anak, kau ambil tahu dulu masalah orang tu. Ramai budak yang ada neuro / learning dis0rder Imasalah pembelajaran) yang tak dikenal pasti. Jangan sedap nak kata kau sempurna sebab dapat rezeki anak dengar kata.

Apa kata anda?